You are on page 1of 3

Abu Raihan Al-Biruni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, cari


Abu Raihan Al-Biruni
Abu Raihan Al-Biruni (15 September 973 - 13 Disember 1048) merupakan seorang ahli
matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi,
pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak menyumbang kepada bidang
matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia. Karya agungnya ialah Rasa'll al-Biruni,
sebuah ensiklopedia astronomi dan mathematik. Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan
musim dan pasang sudut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi,
mencipta jam dan kalendar, mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat
ketumpatan.
Dilahirkan di Khwarazm (kini Uzbekiztan) di Asia Tengah yang pada masa itu terletak dalam
sempadan Kerajaan Parsi, Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr
Mansur. Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan Ibn Sina,
pakar sejarah, pakar falsafah, dan pakar etik (ethicist) Ibn Miskawayh, di universiti dan pusat
sains yang ditubuhkan oleh putera Abu Al Abbas Ma'mun Khawarazmshah. Abu Raihan Al-
Biruni juga mengembara ke India dengan Mahmud dari Ghazni dan menemani beliau dalam
kempen ketenteraannya di sana, mempelajari bahasa, falsafah dan agama mereka dan menulis
buku mengenainya. Dia juga mengetahui bahasa Yunani, dan kemungkinannya Syriac dan
Berber. Dia menulis bukunya dalam bahasa Persia (bahasa ibundanya) dan bahasa Arab.
Pencapaian
Sebahagian pencapaiannya termasuk:
Ketika berusia 17 tahun, dia mengira latitud bagi Kath, Khwarazm, dengan menggunakan altitud
maksima matahari.
Ketika berusia 22, dia menulis beberapa hasil kerja ringkas, termasuk kajian unjuran pemetaan
(map projections), "kartografi", yang termasuk pengkaedahan untuk membuat unjuran
hemisfera pada satah matematik (plane (mathematics)) .
Ketika berusia 27, dia telah menulis buku bertajuk "Kronologi" yang merujuk kepada hasil kerja
lain yang dihasilkan oleh beliau (sekarang tiada lagi) termasuk sebuah buku berkenaan
astrolabe, satu berkenaan sistem perpuluhan, empat buku berkenaan astrologi, dan dua
berkenaan sejarah.
Beliau membuat pengiraan jejari bumi kepada 6,339.6 kilometer (hasil ini diulang di Barat pada
abad ke-16).
Hasil karya Al-Biruni mencecah melebihi 120 buah kitab.
[sunting] Hasil karya matematik
Sumbangannya kepada matematik termasuk:
teori dan amali aritmetik
penjumlahan siri
analisis kombinatorik
peraturan tiga
nisbah (irrational numbers)
teori nisbah
definisi algebra
kaedah untuk penyelesaian persamaan algebra
geometri
teori Archimedes
pembahagian tiga sama sudut
[sunting] Hasil karya bukan matematik
Hasil kerjanya yang bukan matematik termasuk:
Kajian kritis mengenai apa yang telah dikatakan oleh India, baik diterima mengikut pemikiran
atau tidak (Bahasa Arab: ): Sari pati agama dan
falsafah India.
Tanda-tanda tinggal abad-abad yang lalu (Bahasa Arab: ): kajian
perbandingan kalendar-kalendar pelbagai budaya dan peradaban, berjalin maklumat matematik,
astronomi dan sejarah.
Daftar karya Mas'udi (Arabic ): sebuah buku mengenai Astronomi, Geografi
dan Kejuruteraan, yang didedikasikan dan dinamai sempena nama Mas'ud, anak lelaki kepada
Mahmud dari Ghazni.
Memahami Astrologi (Bahasa Arab ): Buku soal-jawab mengenai
matematik dan astronomi, dalam bahasa Arab dan Persia.
Farmasi: mengenai drug dan ubat.
Permata (Bahasa Arab: ) mengenai geologi, mineral dan permata, yang
didedikasikan kepada Mawdud, anak lelaki kepada Mas'ud.
Astrolabe.
Buku sejarah ringkas.
Sejarah Mahmud dari Ghazni serta ayahandanya
Sejarah Khawarazm

You might also like