You are on page 1of 10

Ulasan buku : JUARA hasil nukilan S.

Othman Kelantan

Novel ini dikarang oleh seorang sasterawan terkenal di Malaysia iaitu S.Othman
Kelantan. Novel Juara sarat dengan konflik politik desa yang menjadi imejan
perkembangan sistem politik tempatan. Novel yang telah diadaptasi kepada medium
layar dengan judul Jogho ini dikritik oleh Abdul Rahman Napiah menerusi judul Juara
dalam Teori Teksdealisme yang mencari citra keunggulan karya mahupun
keperibadian pengarang sendiri.

Novel Juara mengisahkan Mamat dan anak-anak buahnya yang terdiri daripada Mat
San, Jali, Seli, Sani dan Salam yang kematian rakan seperjuangan mereka iaitu Abang
Lazim yakni abang Sani dan Salim yang ditembak mati oleh Pak Isa, Dollag Munduk
dan kumpulan mereka kerana perasaan tidak puas hati lembu abang Lazim iaitu Calet
mengalahkan lembu mereka iaitu Langsat. Latar belakang novel ini ialah Siam yang
bersempadan dengan Kelantan. Mamat merupakan orang politik yang meletakkan
jawatan setelah gagal dalam pilihan raya sebanyak dua kali walaupun beliau
merupakan orang kuat dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melatu. Beliau
meletak jawatan atas sebab rakyat sudah tidak memerlukan beliau lagi untuk terus
berkhidmat selain mendapat saingan hebat dari parti lain.
Walaupun Mamat kalah dalam bidang politik tetapi dalam laga lembu Mamat adalah
juara dan jarang menerima kekalahan. Namun, setelah kalah dalam politik di Kelantan,
Mamat berpindah ke Siam dan mula mendekati laga lembu melalui Abang Lazim.
Sikapnya yang hebat dalam menilai lembu menbuatkannya dihormati dalam kalangan
anak-anak buahnya. Mamat hanya berlegar di sekitar bong dan laga lembu.
Selepas kematian Calet bersama Abang Lazim, Mamat telah melatih Aral, seekor
lembu muda yang belum pernah masuk ke dalam bong. Aral menjadi juara dan
terkenal. Usaha menjejaki Pak Isa terhenti sejak setahun selepas Mamat ditahan untuk
disoal sisat selepas kematian Dollah Munduk yang mati dibunuh.
Aral menjadi terkenal setahun selepas itu dan Aral beradu dengan seekor lembu dari
Pulau Lonel. Lembu ini kepunyaan Pak Isa. Tanduknya telah disaluti besi supaya lebih
tajam dengan tujuan membunuh Aral. Pada hari itu, bukan lembu yang berlaga
sebaliknya Pak Isa dan Mamat. Pak Isa masih berdendam kerana kalah sementara
Mamat berdendam kerana Pak Isa membunuh Abang Lazim. Akhirnya, Pak Isa mati
ditembak Mamat di hadapan penyokong laga lembu.

You might also like