You are on page 1of 7

PRINSIP ASAS GRAFIK

1. Prinsip
2. Elemen Grafik
3. Reka bentuk visual
4. Penghurufan Prinsip penghasilan grafik
5. Peralatan penghasilan grafik



1. Prinsip Grafik
Kejayaan sesuatu media pengajaran bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan
keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui
perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggunaan pelbagai jenis
teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta,
graf, gambarajah, poster,kartun, lutsinar dan lain-lain media pengajaran.


Definisi
Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih
keterangan visual. Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek graphikos
bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.

Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka,
perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari
pengirim kepada sasarannya dalam proses penyampaian maklumat.


2. Elemen Reka Bentuk Visual

1. Ruang /space
2. Garis
3. Permukaan
4. Bentuk tiga dimensi
5. Bentuk dua dimensi

Ruang /space
Tujuan ruang digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara
elemen-elemen visual yang dipaparkan, serta membuat bgrafik kelihatan kemas dan
terancang. Ruang kosong yang ditinggalkan di sekeliling perkataan dan elemen visual lain
untuk mengelakkan perasaan sesak di kalangan pemerhati.




Garisan
Fungsi garisan dalam reka bentuk adalah untuk menghubungkan elemen visual dan untuk
mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.

Permukaan
Permukaan boleh diubah dan diolah dengan memberi warna dan tekstur.Garis dan tekstur
boleh memberi kesan yang berbeza kepada visual. Boleh diolah untuk menjadikan visual
lebih menarik.

Bentuk Dua Dimensi / shape
Setiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhan sama ada bentuk
nyata atau tidak. Bentuk membuat visual kelihatan menarik dan istimewa serta
mengarahkan penonton dari satu elemen kepada satu elemen yang lain; gabungan elemen-
elemen pada bentuk U atau S atau T atau Z atau O atau I

1. Bentuk geometri
2. Bentuk abstrak
3. Bentuk gambaran



Bahan yang dilukis atau dicetak di atas permukaan rata atau kertas
1. Gambar 5. Grafik
2. Carta 6. Peta
3. Graf 7. Poster
4. Kad Imbasan 8. Kad Gambar


Bentuk Tiga Dimensi/form
Mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Terdapat dua bentuk tiga dimensi.

1. Tiga dimensi sebenar




Tiga dimensi


2. Tiga dimensi tiruan

3. Prinsip Reka Bentuk Visual
1. Mudah
2. Dominan
3. Pola
4. Seimbang
5. Variasi
6. Harmoni


Mudah / simplicity
Hadkan jumlah perkataan yang ditayangkan kepada 15-20 patah perkataan sahaja dalam
sesuatu visual tayangan. Konsep yang hendak dipaparkan hendaklah mudah difahami oleh
guru dan pelajar.

Mudah

1. Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar (outline)hendaklah dibuat dengan garisan
tebal. Garisan yang tidak perlu harus ditinggalkan supaya tidak mengelirukan.
2. Pilih jenis penghurufan yang mudah dibaca

Dominan
Tegaskan satu elemen atau idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat dan pusat
perhatian. Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea tersebut




Seimbang
Kesemua elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan tidak berat
sebelah. Perimbangan merupakan susun atur elemen-elemen visual dalam bentuk gubahan
yang baik dan elok dipandang. Perimbangan terdiri daripada perimbangan formal dan
perimbangan tidak formal

Pola
Pola atau corak merupakan sususnan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Antara
tujuanya ialah menarik perhatian. Ia menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan
visual dalam arah yang betul. Ia juga mengekalkan penglihatan mata sehingga kepada titik
akhir visual.

Variasi
Elemen-elemen yang menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak.
Variasi dapat menyokong pola bagi menambahkan minat terhadap visual.


Harmoni
Dapat menteteramkan jiwa dan perasaan.

4. Prinsip penghasilan grafik

1. Perancangan
2. Penyediaan ilustrasi
3. Warna
4. Huruf
5. Persembahan

Perancangan
Sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan, satu perancangan yang teliti perlu diadakan
supaya visual yang dibuat itu menepati objektif yang hendak dicapai. Mulakan dengan
lakaran kasar mengenai idea visual tersebut berdasarkan prinsip-prinsip reka bentuk.

Penyediaan ilustrasi
Tentukan jenis visual yang akan dihasilkan berdasarkan:
a. Bahan yang sedia ada atau yang perlu disenaraikan seperti alat tulis.
b. Tentukan objektif visual dan jumlah audien bagi menentukan kesesuaian dan mengelakkan
pembaziran.
c. Perlu tahu bentuk visual sama ada untuk tayangan (lutsinar, slaid, filem,
video) bukan tayang (carta, buku, pena) atau pameran (poster, lukisan)

Warna
1. Memberi penegasan kepada visual-visual tertentu dan menolong menambah kesan
penyatuan di antara elemen dan objek.
2. Penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu ahan visual akan dapat
menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu. Walaupun begitu, penggunaan warna
adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan bahasanya.
3. Tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan
visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar dengan warna pada visual akan
menimbulkan kontras yang baik.

Panduan am mewarna
1. Gunakan warna untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elemen tumpuan.
2. Gunakan warna yang berharmoni seperti warna monokromik, warna, berhampiran atau
warna penggenap.
3. Gunakan warna supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahami.
4. Rancangkan penggunaan warna untuk melahirkan kesan tertentu.
5. Permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas jika warna putih digunakan sebagai warna
latar. Ini diikuti dengan warna merah, oren, hijau, biru, ungu dan kuning.

Skema warna
Warna diklasifikasikan ke dalam carta warna




1. Skim warna monokronomik
Warna monokromik berharmoni adalah sangat popular. Ia terdiri dari satu warna yang
muda membawa kepada warna tua. Cthnya: warna ungu muda hingga warna ungu tua.

2. Skim warna berhampiran
Warna berhampiran berharmoni terdiri daripada waran-warna yang berhampiran dalam carta
warna. Cthnya: warna hijau, hijau-biru dan biru; warna kuning, kuning oren.

3. Skim warna penggenap
Warna penggenap berharmoni terdiri dari warna-warna yang bertentangan dalam carta
warna. Cthnya: warna kuning-oren digunakan bersama warna biru-ungu.

Alat mewarna
1. Pena bermata felt.
2. Pensel warna,kapur warna, pastel dan krayon.
3. Cat air.
4. Cat sembur.
5. Kertas berwarna dan plastik berwarna

Huruf
Persembahan grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan mesej dengan lebih
berkesan. Prinsip penghasilan huruf ialah saiz huruf yang ditulis, jarak antara huruf dengan
huruf,perkataan dengan perkataan dan baris dengan baris, kontras di antara huruf dengan
warna latar; jenis atau bentuk huruf yang digunakan.

Saiz huruf
Huruf yang digunakan mestilah cukup besar (mengikut tahap) supaya dapat dibaca dengan
baik.

Jarak huruf
1. Jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan mestilah sepadan dan
sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta boleh dibaca dengan mudah.
2. Dekatkan huruf-huruf bulat (O.G,S,C).
3. Jauhkan huruf-huruf lurus (E, H,L,M,N).
4. Gabungkan jarak-jarak untuk huruf-huruf bercampur.
5. Tinggalkan jarak bersaiz M (besar) di antara perkataan dengan perkataan.
6. Jarak di antara baris dengan baris mestilah kurang satu huruf O kecil

Jenis huruf
Jenis huruf akan menentukan sama ada visual tersebut dapat dibaca dengan mudah atau
tidak. Secara amnya, gunakan jenis huruf yang ringkas dan mudah seperti san serif (huruf
blok) serif (times roman) dekoratif (huruf berbunga).

Cara menulis huruf / angka
1. Tulisan bebas.
2. Huruf yang dipotong
3. Huruf pindah kering (dry transfer lettering)
4. Huruf stensilan

Persembahan Cara membuat gambar
1. Menekap (tracing)
- karbon pensil
- kapur atau pastel
- kaedah tebuk
2. Petak grid
3. Pantograf
4. Episkop
5. Penyalin gambar (fotostat)
6. Kaedah pengunjuran (OHP, Slaid)

You might also like