You are on page 1of 14

HBML 2103 1

PENGAJARAN MORFO-SINTAKSIS BAHASA MELAYU


1.0. PENGENALAN
Analisis yang dibuat dalam tugasan Pengajaran Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu
Semester Tiga adalah penggunaan kata nama dari segi jenis atau bentuk binaannya (tunggal,
terbitan, majmuk dan gandaan), penggolongan kecil kata nama ( kata nama khas, kata nama am
dan ganti nama) dan kekerapan penggunaannya bagi setiap golongan kecil itu di dalam rencana
akhbar Berita Harian Online bertajuk Generasi muda kini lupa sejarah ikatan serumpun oleh
Mior Kamarul Shahid. Ini adalah salah satu cabang ilmu yang terdapat dalam morfologi.
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan
kata dalam bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi
ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah
rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Aspek morfologi yang diberikan tumpuan ialah:
i) Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi kata asli bahasa Melayu dan kata
pinjaman bahasa Melayu.
ii) Bentuk kata terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.
Manakala proses pembentukan kata bahasa Melayu meliputi pengimbuhan, penggandaan dan
pemajmukan. Antara ketiga-tiga proses pembentukan di atas, yang amat kompleks ialah
pengimbuhan. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang
betul dari sudut bentuk dan makna, termasuk aspek baru dalam proses pengimbuhan.
iii) Golongan kata terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit
terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Perkataan juga
adalah bentuk bahasa yang terkecil tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri
sendiri dalam ayat. Morfem pula boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem
yang dapat wujud bersendirian contohnya sekolah dan laut. Sebaliknya morfem terikat ialah
morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Contohnya imbuhan ber- perlu wujud
bersama-sama dalam bersekolah dan an dalam lautan. Unit-unit ini tidak boleh wujud tanpa
kata dasar.



HBML 2103 2
PENGAJARAN MORFO-SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia
terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya, perkataan ialah
bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya ialah kerusi, dapur dan meja.
Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah penyusunan morfem menurut
peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan
perkataan melibatkan pengimbuhan.
Tugasan ini akan menganalisis penggunaan kata nama iaitu salah satu daripada aspek
golongan kata yang terdapat di dalam bidang morfologi bahasa Melayu. Kata nama ialah
sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya
perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Kata nama boleh
dikelompokkan kepada tiga jenis iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.
Dalam tugasan ini juga akan di huraikan secara terperinci penggunaan kata nama dari
segi jenis atau bentuk binaannya (tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan), penggolongan kecil
kata nama ( kata nama khas, kata nama am dan ganti nama) dan kekerapan penggunaanya bagi
setiap golongan kecil itu.
2.0. KATA NAMA
Di dalam jadual di bawah disenaraikan kata nama yang di perolehi dari rencana akhbar
Berita Harian Online bertajuk Generasi muda kini lupa sejarah ikatan serumpun.
Kata Nama Khas
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (SBY)
Mac Kuala Lumpur
November Malaysia
Perdana Menteri Republik Indonesia
Datuk Seri Semalam di Malaya
Najib Razak Begawan Solo
Oktober Cinta Ku Tertinggal Di Malaysia
Malaysia-Indonesia Tatasusila Kewartawanan Malaysia 1980
Universiti Malaya Kod Etika Jurnalistik 2006
Melayu Indonesia



HBML 2103 3
PENGAJARAN MORFO-SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Persidangan Antarabangsa Hubungan
Malaysia-Indonesia 2009 (Media dan
Budaya)
Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan
Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM)

Kata Nama Am
haribulan negara majlis rakyat dunia
bangsa universiti bidang kerajaan hari
anjing kucing adik anak-anak lagu
cita-cita tangan isu peristiwa manusia
tragedi pembantu rumah media jenayah
tokoh seminar budaya akhbar berita
agensi antarabangsa wartawan majikan politik
alam bencana sejarah individu generasi
pensyarah pendapat republik analisis keganasan
leher hukuman landasan kajian lawatan
minggu penggal akal tahun kemarahan

Kata Ganti Nama
beliau itu -nya ini
mereka kita ia

3.0. JENIS KATA NAMA
Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk
kata majmuk dan bentuk kata ganda. Perkataan-perkataan yang tergolong dalam kata nama boleh
dikaji dari segi pembentukan dan unsur-unsur yang ada di dalamnya. Berdasarkan itu kata nama
boleh dibahagikan kepada empat jenis atau bentuk, iaitu:
3.1. Kata nama tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan
perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan
menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal adalah seperti berikut:



HBML 2103 4
PENGAJARAN MORFO-SINTAKSIS BAHASA MELAYU
manusia negara majlis rakyat dunia
bangsa universiti bidang majikan hari
anjing kucing adik rumah lagu
tokoh agensi budaya akhbar berita
penggal individu wartawan alam isu
analisis kajian minggu tahun haribulan
Kata akronim tergolong ke dalam kata nama tunggal. Kata nama akronim ialah perkataan
yang dihasilkan melalui pencantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan.
Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf-huruf, suku-suku kata, atau
bahagian-bahagian daripada perkataan. Berdasarkan rencana ini ada pencantuman bahagian-
bahagian perkataan yang membina kata akronim cantuman huruf awal perkataan. Kata akronim
ini dibentuk melalui pencantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakkannya terdiri
daripada nama-nama khas tertentu. Contohnya:
SBY - Susilo Bambang Yudhoyono

3.2. Kata nama terbitan
Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu
proses menggandingkan imbuhan-imbuhan kata nama pada kata-kata dasar. Ada empat jenis
imbuhan kata nama yang boleh berganding dengan lima jenis kata dasar untuk menghasilkan
kata nama terbitan. Empat jenis imbuhan itu ialah awalan kata nama, akhiran kata nama, apitan
kata nama dan sisipan kata nama.
Berdasarkan rencana yang dikaji, terdapat kata nama yang terhasil daripada proses
pengimbuhan pada awalan kata nama. Awalan-awalan yang membentuk kata nama dalam bahasa
Melayu ialah peN-, pe-, peR-, ke- dan juru. Contohnya:
Jenis-jenis kata nama
terbitan
Contoh perkataan Huraian
i. Awalan kata nama
peN-
bantu - pembantu peN- menjadi pem- apabila bergabung
dengan kata dasar yang bermula dengan
huruf b




HBML 2103 5
PENGAJARAN MORFO-SINTAKSIS BAHASA MELAYU
dapat - pendapat peN- menjadi pen- apabila bertemu dengan
kata dasar yang bermula dengan huruf d
syarah - pensyarah peN- menjadi pen- apabila bertemu dengan
perkataan-perkataan pinjaman yang kata
dasarnya bermula dengan huruf s
Terdapat juga kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan pada akhiran kata
nama. Hanya ada satu akhiran kata nama asli, iaitu -an yang boleh bergabung dengan kata-kata
dasar tertentu. Dalam rencana yang dikaji terdapat akhiran -an apabila bergabung dengan kata
dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja tertentu membawa maksud kerja atau perkara
atau benda hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:
Jenis-jenis kata nama
terbitan
Contoh perkataan Huraian
ii. Akhiran kata nama hukum + an - hukuman Akhiran -an bergabung dengan kata
dasar daripada golongan kata nama
membawa maksud perkara
landas + an - landasan Akhiran -an bergabung dengan kata
dasar daripada golongan kata nama
membawa maksud benda
kaji + an - kajian
lawat + an - lawatan
Akhiran -an bergabung dengan kata
dasar daripada golongan kata nama
membawa maksud kerja

Seterusnya berlaku juga pembentukan kata nama terbitan hasil daripada apitan kata nama.
Apitan-apitan yang membentuk kata nama terbitan dalam bahasa Melayu ialah peN-...-an, pe-...-
an, peR-...-an dan ke-...-an. Berdasarkan rencana yang dikaji, apitan kata nama yang
dimaksudkan ditunjukkan di bawah.
Jenis-jenis kata nama
terbitan
Contoh perkataan Huraian
iii. Apitan kata nama ke-...-an - kerajaan Apitan ke-...-an bergabung dengan
kata dasar untuk membentuk kata



HBML 2103 6
PENGAJARAN MORFO-SINTAKSIS BAHASA MELAYU
nama yang bersifat abstrak. Apitan
ke-...-an ini bergabung dengan kata
nama yang membawa maksud hal
keadaan yang terkandung dalam
kata dasar
ke-...-an - kesalahan
ke-...-an - keganasan
ke-...-an - kemarahan
Apitan ke-...-an bergabung dengan
kata dasar untuk membentuk kata
nama yang bersifat abstrak. Apitan
ke-...-an ini bergabung dengan kata
adjektif yang membawa maksud
hal keadaan yang terkandung
dalam kata dasar

3.3. Kata nama majmuk
Kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang
membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
Contohnya:
Kata nama majmuk Huraian
bencana alam
isu politik
kertas kerja
Republik Indonesia
Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas
Datuk Seri
Perdana Menteri
Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas yang
digunakan sebagai gelaran
antarabangsa
haribulan
Kata majmuk yang sudah di anggap mantap sebagai satu perkataan
utuh, walaupun perkataan tersebut ternyata mengandungi dua kata
dasar. Ia tetap dieja sebagai satu perkataan

3.4. Kata nama ganda
Kata nama boleh mengalami proses penggandaan untuk melahirkan makna-makna
tertentu. Kesemua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan, dan kata nama



HBML 2103 7
PENGAJARAN MORFO-SINTAKSIS BAHASA MELAYU
majmuk boleh digandakan. Ada tiga jenis penggandaan yang melibatkan kata dasar nama, iaitu
penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.
Berdasarkan rencana yang dikaji, hanya ada sejenis penggandaan yang melibatkan kata
dasar nama iaitu penggandaan penuh. Penggandaan penuh melibatkan seluruh kata dasar nama
digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk. Kata dasar yang digandakan boleh terdiri daripada
kesemua jenis bentuk, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk.
Contoh penggandaan kata nama tunggal tanpa imbuhan ialah seperti berikut:

anak-anak cita-cita

4.0. GOLONGAN KATA NAMA
Golongan kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada
tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Dalam perenggan
berikutnya akan dihuraikan secara terperinci golongan-golongan kata nama yang disebut tadi.
4.1. Kata nama khas
Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,
benda, perbadanan (institusi),undang-undang,bangsa,bahasa,pangkat dan seumpamanya. Dalam
tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.Kata nama khas boleh
dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup.
Kata nama khas hidup pula boleh dibahagikan lagi kepada kata nama khas hidup manusia dan
kata nama khas hidup bukan manusia. Ada dua jenis kata nama khas yang diperolehi dari
rencana ini iaitu:
4.1.1. Kata nama khas hidup manusia.
Kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yang merujuk manusia. Contohnya:
Najib Razak Susilo Bambang Yudhoyono







HBML 2103 8
PENGAJARAN MORFO-SINTAKSIS BAHASA MELAYU
4.1.2. Kata nama khas tak hidup.
Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang
khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, pangkat,
undang-undang dan seumpamanya. Contohnya:
Presiden Indonesia Kuala Lumpur
Perdana Menteri Malaysia
Mac Republik Indonesia
November Semalam Di Malaya
Oktober Begawan Solo
Malaysia-Indonesia Indonesia
Universiti Malaya Tatasusila Kewartawanan Malaysia 1980
Cinta Ku Tertinggal Di Malaysia Kod Etika Jurnalistik 2006
Melayu Datuk Seri
Persidangan Antarabangsa Hubungan
Malaysia-Indonesia 2009 (Media dan
Budaya)
Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan
Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM)

4.2. Kata nama am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum
sifatnya. Contohnya benda, perkara dan konsep. Kata nama boleh pula dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup,
manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau
tak berbilang. Di bawah diterangkan secara terperinci golongan kata nama am beserta dengan
contoh berdasarkan rencana yang telah dipilih.
4.2.1. Kata nama am hidup manusia.
Kata nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk manusia, iaitu bersifat hidup dan
mendukung makna nama am. Contohnya:
rakyat manusia adik wartawan
majikan tokoh bangsa anak-anak
individu pensyarah pembantu generasi




HBML 2103 9
PENGAJARAN MORFO-SINTAKSIS BAHASA MELAYU
4.2.2. Kata nama am hidup bukan manusia.
Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda hidup jenis
bukan manusia dan mendukung makna nama am. Contohnya:
anjing kucing

4.2.3. Kata nama am tak hidup institusi.
Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi yang
bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna nama am. Contohnya:
agensi universiti majlis

4.2.4. Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit.
Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi konkrit sifatnya.
Kebanyakkan kata nama dalam golongan ini merujuk tempat. Perkataan demikian tidak dapat
didahului oleh sendi nama kepada dan daripada, tetapi sebaliknya didahului oleh ke dan dari.
Contohnya:
negara tangan alam akhbar
dunia republik rumah landasan
kerajaan antarabangsa leher media

4.2.5. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang
Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang tidak hidup, bukan
institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang yakni dapat disertai oleh kata bilangan.
Contohnya:
pendapat sejarah isu penggal
berita lagu hari analisis
lawatan hukuman minggu kajian
haribulan jenayah berita politik
peristiwa seminar budaya cita-cita
tahun bencana tragedi bidang





HBML 2103 10
PENGAJARAN MORFO-SINTAKSIS BAHASA MELAYU
4.2.6. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang
Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang bukan jenis hidup,
bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak dapat dibilang. Contohnya:
kesalahan keganasan kemarahan akal

4.3. Kata ganti nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama khas dan kata
nama am. Kata ganti nama boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, iaitu ganti nama
tunjuk dan kata ganti nama diri. Ganti nama diri pula dibahagikan lagi kepada ganti nama diri
orang dan ganti nama diri tanya. Ganti nama diri orang pula terdiri daripada ganti nama diri
orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama diri orang ketiga. Berikut
diperincikan penggolongan ganti nama berdasarkan rencana.

4.3.1. Kata ganti nama tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan
mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu. Contohnya:
itu ini

4.3.2. Kata ganti nama diri
Ganti nama diri ada dua golongan iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama
diri orang. Kata ganti nama diri orang mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu,
iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. Berikut ditunjukkan penggunaan
kata ganti nama diri berdasarkan rencana yang dikaji.

Kata ganti nama diri
Ganti nama diri orang pertama kita
Ganti nama diri orang ketiga ia, mereka, beliau dan nya






HBML 2103 11
PENGAJARAN MORFO-SINTAKSIS BAHASA MELAYU

5.0. ANALISIS KEKERAPAN PENGGUNAAN KATA NAMA
Kekerapan Bilangan Peratusan
1. Kata nama khas 42 22
2. Kata nama am 103 54
3. Kata ganti nama 47 24
Jumlah: 192 100

Berikut adalah hasil analisis kekerapan penggunaan golongan kecil kata nama;




Rajah 1: Analisis kekerapan penggunaan kata nama

Graf di atas menunjukkan jumlah kata nama dalam rencana mengikut penggolongan
kecilnya. Jumlah kata nama yang paling tinggi ialah kata nama am iaitu sebanyak seratus tiga
kata nama (54%). Diikuti pula dengan kata ganti nama iaitu sebanyak empat puluh tujuh (24%)
seperti yang dianalisis dalam petikan rencana yang diberi. Kata nama khas pula mencatatkan
sebanyak empat puluh dua atau 22%. Jumlah semua kata nama yang dijumpai dalam petikan
rencana adalah sebanyak seratus sembilan puluh dua atau 100%.

Kata nama khas Kata nama am Kata ganti
nama Jumlah:
42
103
47
192
22
54
24
100
ANALISIS KEKERAPAN PENGGUNAAN KATA NAMA
Bilangan Peratusan



HBML 2103 12
PENGAJARAN MORFO-SINTAKSIS BAHASA MELAYU

6.0. PENUTUP
Setelah selesai membuat analisis petikan rencana bagi tugasan Pengajaran Morfo-
Sintaksis Bahasa Melayu ini, saya mendapati bahawa bahasa Melayu merupakan satu bahasa
yang unik kerana mempunyai unit-unit bahasa yang pelbagai. Melalui analisis yang dibuat, saya
lebih memahami jenis-jenis kata nama iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan (termasuk
imbuhan-imbuhan yang digunakan), kata nama majmuk, dan kata nama gandaan serta struktur
binaannya. Hasil analisis yang dibuat, terdapat tiga golongan kecil kata nama yang terdapat
dalam petikan. Setiap golongan kecil itu pula di pecahkan kepada sub golongannya sendiri iaitu
enam sub golongan untuk kata nama khas, enam sub golongan untuk kata nama am dan dua sub
golongan untuk kata ganti nama.
Kesimpulannya, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang jenis-jenis
binaan nama golongan kata-kata nama dalam sesuatu petikan bahasa Melayu setelah
menjalankan analisis petikan ini. Penganalisisan ini juga mendedahkan kepada saya agar lebih
memahami serta menguasai bidang morfologi dalam bahasa Melayu.



















HBML 2103 13
PENGAJARAN MORFO-SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan. 2006. Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd.

Ali Mahmood, et. al. 2009. Pengajaran Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open
University Malaysia.

Mior Kamarul Shahid . 2009. Generasi muda kini lupa sejarah ikatan serumpun. Dipetik dari
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Rencana/20091030231109/Article/
pada 31 Oktober 2009.

Nik Safiah Karim, et. al. 1989.Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nik Safiah Karim, et. al. 2006.Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. 1996. Tatabahasa Bahasa Melayu: Perkataan. Selangor :Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.













HBML 2103 14
PENGAJARAN MORFO-SINTAKSIS BAHASA MELAYU

LAMPIRAN

1. Rencana Generasi muda kini lupa sejarah ikatan serumpun.

You might also like