You are on page 1of 14

ISL MINGGU 9

KEMUNGKINAN-KEMUNGKINAN YANG BERLAKU APABILA GURU YANG


GAGAL MEMATUHI ETIKA, AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI

a) Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidak maksimum akibat kurangnya
kualiti dan produktiviti.
Apakah yang dimaksudkan oleh kualiti dan produktiviti? MS ISO 9000 mendefinisikan kualiti
sebagai keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti iaitu produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi
kehendak pelanggan yang dinyatakan dan tersirat. Dalam perkhidmatan pendidikan, guru
hendaklah menyediakan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan iaitu murid
dan ibu bapa. MS ISO 9000 mula digunapakai seperti yang tercatat di dalam Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 : Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000
dalam Perkhidmatan Awam. Selain itu, kakitangan awam juga boleh merujuk kepada Surat
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Bil 2/2002 : Garis Panduan bagi Melaksanakan MS ISO
9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam. Kualiti menyentuh tentang kefahaman kehendak dan
pengharapan pelanggan. Ini menghendaki guru menunjukkan kemampuan mereka dalam
merekabentuk perkhidmatan seperti yang diperlukan dan diharapkan murid dan ibu bapa.

Apakah pula yang dimaksudkan oleh produktiviti? Merujuk kepada Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam Bilangan 6 Tahun 1991 : Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti dalam
Perkhidmatan Awam, produktiviti boleh didefinisikan sebagai nilai atau kuantiti output yang
dapat dihasilkan oleh satu unit input. Maka, output merujuk kepada keluaran atau perkhidmatan
yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Dalam konteks sekolah sebagai organisasi, input
perujuk kepada ilmu dan kemahiran yang diberikan kepada murid manakala output merujuk
kepada tingkahlaku dan pengadaptasian ilmu dan kemahiran oleh murid itu sendiri. Mengapa
pula kualiti dan produktiviti adalah berkaitan dengan penyalahgunaan masa? Jika kita merujuk
kepada Pekeliling tadi, Kerajaan Malaysia ada menggariskan beberapa panduan untuk
meningkatkan produktiviti. Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti ialah pihak pentadbiran
sekolah mengambil langkah-langkah bagi mengukuhkan faktor-faktor yang mempengaruhi
produktiviti. Faktor-faktor tersebut ialah:
ISL MINGGU 9

i. Tenaga manusia (guru-guru)
ii. Sistem dan prosedur
iii. Struktur organisas
iv. Gaya pengurusan
v. Persekitaran kerja
vi. Teknologi
vii. Bahan-bahan
viii. Kelengkapan modal

Kesemua faktor di atas menyumbang kepada produktiviti Negara. Maka tidak syak lagi jika
penyalahgunaan masa guru akan menyebabkan kurangnya produktiviti kerana guru tidak
bersikap positif, berada dalam persekitaran yang kurang kondusif, tidak menyediakan atau
menggunakan teknologi dalam pengajaran, tidak menyediakan bahan dan alatan yang
bersesuaian dan tidak melakukan refleksi pengajaran untukmengenalpasti dan menyelesaikan
masalah murid. Penyalahgunaan masa menyebabkan guru tidak membuat persediaan rapi dalam
menentukan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

b) Kepimpinan Melalui Teladan tidak diaplikasikan.
Guru adalah role model murid. Maka, guru perlu menghayati slogan kepimpinan melalui
teladan. Ini disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek muka, pakaian malah
personaliti guru tersebut. Kepimpinan Melalui Teladan merupakan slogan yang dilancarkan
oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 19 Mac 1983. Slogan ini diwujudkan bagi menanam
dan memupuk sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap
lapisan masyarakat. Selain itu, ia juga dapat menerap nilai kebertanggungjawab dan etika murni
di kalangan kakitangan awam. Guru merupakan antara orang yang paling kerap mendampingi
ISL MINGGU 9

murid selain ibu, bapa dan ahli keluarga mereka. Malah, kebanyakan murid sering mendengar
kata guru berbanding dengan ibu dan bapa mereka sendiri. Malah, mereka juga kerap bercerita
kepada ibu bapa tentang kehebatan guru. Tetapi sekiranya guru mereka sering menghabiskan
waktunya dengan perkara yang tidak berfaedah, apakah pula pandangan dan cerita yang akan
didengari oleh ibu bapa mereka? Tentunya ini akan menimbulkan pandangan yang negatif dari
pihak ibu bapa dan mengundang tanggapan yang negatif dari murid-murid juga.

c) Penambahbaikan dalam kaedah dan strategi pengajaran tidak berlaku.
Sekiranya guru tidak menggunakan masa terluang kita untuk membuat kajian tindakan, guru
tidak dapat membuat penambahbaikan terhadap teknik pengajaran mereka. Kajian tindakan ialah
kajian yang dibuat berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba
mengatasi dalam konteks itu. Ada baiknya jika guru terus menulis refleksi pengajaran selepas
sesi pembelajaran dilaksanakan atau selepas sesuatu tajuk diajar. Selepas itu, guru tersebut
hendaklah membuat kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Guru boleh
menggunakan masa senggang di antara waktu pengajaran atau sewaktu sesi persekolahan untuk
mencari jalan penyelesaian. Guru boleh merujuk artikel akademik seperti jurnal pendidikan,
bertanya kepada guru lain, merujuk kepada guru cemerlang dan jurulatih utama ataupun merujuk
kepada kajian penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada
pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses
oleh guru-guru lain. Maka, jika penyelidikan tindakan dijalankan, guru boleh berkongsi
maklumat dengan guru lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Semua perkara ini boleh
dilakukan pada waktu persekolahan sekiranya guru tidak berhasrat untuk menyalahgunakan
masa.


ISL MINGGU 9

d) Tidak maju akibat tidak positif dan tiada matlamat hidup.
Terdapat segelintir guru yang tidak mempunyai matlamat hidup. Mereka tiada fokus tertentu
dalam kerjaya mereka. Maka, mereka tidak tahu untuk memenuhi masa di sekolah mereka.
Sebagai guru, seharusnya mereka menetapkan satu atau lebih matlamat untuk dicapai.
Contohnya, Cikgu Hadi mempunyai matlamat untuk menjadi guru cemerlang Matematik dalam
tempoh 2 hingga 3 tahun lagi. Untuk mencapai matlamatnya, Cikgu Hadi merancang untuk
mendokumentasikan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya sebelum memohon jawatan
tersebut. Oleh itu, Cikgu Hadi akan menggunakan masa senggang di sekolah untuk menyediakan
dokumentasi tersebut. Guru juga hendaklah lebih positif dalam menentukan hala tujunya dalam
kerjaya. Sebagai guru yang positif, mereka sentiasa berfikir untuk memenuhi keperluan murid.
Jadi, masa terluang tersebut akan digunakan untuk memikirkan sesuatu yang dapat meningkatkan
motivasi intrinsik agar dapat melakukan tugasnya dengan lebih ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Terdapat beberapa ciri guru yang berfikiran positif iaitu optimis, bersemangat, keberanian,
keyakinan, keazaman, kesabaran, ketenangan dan fokus. Sekiranya seorang guru itu mempunyai
matlamat kerjaya dan bersikap positif, maka isu penyalahgunaan masa ini dapat dikurangkan.










ISL MINGGU 9

CONTOH ISU ETIKA KEGURUAN DAN KEMUNGKINAN-KEMUNGKINAN YANG
BERLAKU APABILA GURU YANG GAGAL MEMATUHI ETIKA, AKAUNTABILITI
DAN INTEGRITI


1.0 Pengenalan
Paparan isu dan masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru sering kali
dilaporkan tidak kira melalui media cetak atau media elektronik. Paparan isu ini sering kali
dijadikan isu yang hangat dan menjadi topik perbincangan oleh masyarakat di seluruh Malaysia
secara amnya dan di seluruh dunia secara khususnya. Pelbagai masalah yang melibatkan etika
perguruan sering dilaporkan melibatkan beberapa kes tingkah laku negative yang dilakukan oleh
guru seperti kes rasuah, gangguan seksual, dera dan sebagainya.

Sebagai contohnya isu gangguan seksual iaitu mencium murid yang dilakukan oleh guru
yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro yang bertarikh 22 Julai 2010 telah menjadikan isu ini
semakin hangat diperkatakan disegenap lapisan masyarakat. Berdasarkan isu gangguan seksual
yang dilakukan oleh guru yang berumur 50 tahun yang mencium murid tahun satu, menunjukkan
bahawa guru tersebut telah melanggar kod etika perguruan dengan membuat gangguan seksual
ke atas muridnya. Isu gangguan seksual yang dilakukan oleh guru ini semakin berleluasan dari
hari ke hari. Persoalannya mengapa isu gangguan seksual ini berlaku?

Kejadian gangguan seksual semakin berleluasan dewasa ini. Gangguan seksual ini bukan
sahaja berlaku di tempat kerja dan tempat awam malah isu ini telah menular di sekolah dimana
mangsanya ialah murid-murid. Gangguan seksual yang dilakukan oleh para pendidik ini
menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dalam melindungi anak murid dibawah jagaan
ISL MINGGU 9

mereka. Sering kali kita dengar terdapat tingkah laku yang negatif yang dilakukan oleh guru
tidak kira guru itu muda atau tua. Ini memberikan gambaran bahawa sekolah bukan lagi institusi
yang selamat dari masalah ini jika hal ini dilakukan sendiri oleh guru.

Kod Amalan (1999) mentakrifkan gangguan seksual contohnya mencium ialah sebarang
tingkah laku berunsur seksual yang tidak dingini dan memberi kesan samada secara lisan,
isyarat, visual, psikologi atau fizikal. Gangguan seksual boleh dikategorikan kepada 2 bahagian
iaitu gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coercion) dan gangguan seksual berbentuk
ancaman terhadap ketenteraman peribadi(sexual annoyance).

Gangguan seksual berbentuk ugutan ialah gangguan yang memberikan kesan secara
langsung kepada mangsanya contohnya seseorang pelaku mempunyai kuasa untuk cuba
mengugut mangsanya untuk mendapatkan kepuasan mereka. Manakala gangguan seksual secara
peribadi ialah tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, ugutan atau
penghinaan.

Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual
kepada lima jenis iaitu gangguan secara lisan, gangguan secara isyarat, gangguan secara visual,
gangguan secara fizikal dan gangguan secara psikologikal. Gangguan secara lisan ialah bentuk
gangguan yang dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita,
berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan
berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual
sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut

Selain itu, gangguan secara isyarat (Bukan Lisan) ialah gangguan yang dipamerkan
melalui sikap atau perlakuan seseorang yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang
berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat
bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain. Manakala gangguan secara visual ialah perlakuan
menghantar nota, surat, e-mail, pesanan ringkas (sms), gambar, poster, objek atau bahan bacaan
yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau
peralatan komunikasi kepada mangsa yang menyebabkan mangsa berasa tersinggung, terhina
atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual.

Disamping itu, gangguan secara fizikal ialah gangguan yang berbentuk sentuhan fizikal
yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga
orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit,
mencium atau meraba sehingga mangsa berasa tersinggung, terhina atau terugut. Manakala
gangguan secara psikologi ialah mangsa cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak,
mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual seseorang sama ada melalui
surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada mangsa yang
menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas mangsa.
ISL MINGGU 9

2.0 Punca Tingkah Laku Guru Bagi Kes/ Isu Tersebut
Gangguan seksual contohnya cabul (mencium) adalah satu isu tingkah laku yang negatif
yang dilakukan oleh guru terhadap muridnya sehingga murid tersebut takut untuk ke sekolah.
Keselamatan murid tersebut telah terancam kerana perbuatan yang dilakukan oleh guru tersebut
sangat keterlaluan. Menurut Koss (1990), murid yang mengalami gangguan seksual iaitu dicium
seringkali merasa diri mereka sebagai mangsa dan menukar corak hidup mereka menjadi
pendiam, kurang bergaul dan sebagainya. Murid yang menjadi mangsa ini melarikan diri dari
keadaan tersebut menyebabkan peluang untuk belajar mereka rosak dan menjejaskan masa depan
mereka.

Murid yang mengalami gangguan seksual akan menanggung tekanan yang tinggi
termasuk perasaan takut, marah, murung, malu, mudah tersinggung dan kurang motivasi untuk
belajar (Koss, 1990). Keadaan yang dialami oleh murid ini berpunca dari guru yang tidak
bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan murid tersebut.Terdapat pelbagai teori yang
boleh dikaitkan denga punca tingkah laku yang dilakukan oleh guru tersebut terhadap muridnya.
Persoalannya adakah punca ini menyebakan guru berkelakuan begini?

Antara punca tingkah laku negatif yang dilakukan guru bagi kes gangguan seksual
(mencium) pertamanya ialah kurang memahami etika keguruan. Guru yang memahami etika
keguruan tidak akan tergamak melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya sendiri.
Ini berbeza pula dengan guru tersebut kerana telah melanggar kod etika guru yang telah
digariskan. Ini menunjukkan bahawa guru tersebut tidak mengerti dan memahami apa yang
terkandung dalam kod etika guru. Berdasarkan kod etika perguruan sepatutnya setiap ahli
profesion iaitu guru sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh
dilakukan. Tetapi dalam kes ini yang terjadi adalah sebaliknya.

Selain itu, punca berlakunya tingkah laku negatif dikalangan guru ini ialah mereka
mempunyai masalah keluarga. Guru yang mengalami masalah keluarga contohnya penceraian
mengalami tekanan dan emosi yang tidak stabil. Ini bermakna guru yang mengalami krisis rumah
tangga ini tiada tempat untuk mengadu dan meluahkan perasaan kasih sayang. Hal ini
menyebabkan guru tersebut mengambil jalan mudah dengan melakukan gangguan seksual
kepada anak muridnya sendiri bagi melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka.

Menurut teori seksualiti menjelaskan bahawa perkembangan hidup dan tingkah laku
manusia adalah didorong oleh kemahuan, kehendak dan kuasa seksualiti (Abd Rahim, 2003).
Disini jelas menunjukkan bahawa seks adalah satu keperluan asas kepada orang dewasa dan cara
manusia mencapai kehendak dan keperluan seksual pada umurnya mencorakkan perkembangan
tingkah laku, sahsiah, emosi dan moral. Ini menunjukkan bahawa, masalah rumah tangga seperti
penceraian menyebabkan keperluan seksual tidak dapat dipenuhi menyebabkan guru terbabit
menjadikan murid sebagai tempat untuk melepaskan tuntutan seksual mereka.

ISL MINGGU 9

Di samping itu juga, antara punca penyumbang kepada tingkah laku negatif yang
dilakukan oleh guru tersebut ialah pengaruh media massa tidak kira media cetak atau media
elektronik. Mengikut kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari media
massa kerana media elektronik mudah didapati dengan meluas tanpa sekatan. Pengaruh ini
akhirnya mendorong guru tersebut melakukan perkara seumpama ini terhadap anak muridnya.
Pengaruh media massa contohnya media cetak membolehkan guru tersebut mendapatkan bahan
lucah melalui buku, majalah dan sebagainya dengan mudah seterusnya membuat gangguan
seksual kepada anak muridnya.

Manakala melalui media elektronik seperti penggunaan internet, telefon bimbit dan
sebagainya membolehkan bahan-bahan lucah mudah didapati dan mudah di layari berbanding
medium yang lain. Ini menyebabkan guru tersebut mudah mendapatkan bahan bagi tujuan
sedemikian. Oleh itu, apa yang dilihat dan dipelajari telah di aplikasikan ke atas murid. Sudah
sedia maklum bahawa kes keganasan seksual kanak-kanak di luar negara semakin berleluasan
dimana kanak-kanak dijadikan hamba seks. Dengan kata lain, guru tersebut telah meniru budaya
tersebut yang diperolehi melalui media elektronik yang begitu banyak dewasa ini sehingga
melakukan gangguan ini terhadap anak muridnya sendiri.

Tiada kesedaran agama juga adalah punca kepada tingkah laku negatif yang dilakukan
oleh guru tersebut. Kesedaran agama yang kurang terutama tentang hukum halal dan haram
menyebabkan seseorang guru tersebut sanggup melakukan perkara terkutuk itu demi kepuasan
mereka sendiri. Kesedaran agama yang kurang iaitu tidak menggunakan ilmu yang
dipelajari dengan sebaik mungkin menyebabkan guru tersebut tidak dapat membezakan yang
mana betul dan yang mana salah. Guru tersebut juga tidak menjaga pergaulan beliau dengan
anak muridnya dimana dia sanggup membuat gangguan seksual keatas anak muridnya sendiri. Di
sini jelas menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh guru tersebut bukan mencerminkan beliau
sebagai seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Jika difikir kembali tidak
mungkin akan berlaku kes seumpama ini jika guru tersebut mempunyai kesedaran agama yang
tinggi serta takutkan balasan dari Allah SWT.

Selain itu, punca tingkah laku negatif ini ialah pengaruh pil peransang. Kebanyakkan kes
yang melibatkan gangguan seksual ini sering kali dipengaruhi oleh pengambilan pil peransang
seperti Viagra yang tidak terkawal dan dijual di pasaran secara terbuka. Apabila pengambilan pil
peransang secara tidak terkawal, keinginan seksual semakin meningkat menyebabkan berlakulah
gangguan seksual keatas murid. Kebanyakkan guru lelaki yang tidak berkahwin atau telah
bercerai yang menggunakan pil peransang ini akan cuba membuat gangguan seksual terhadap
anak muridnya apabila teransang. Dalam situasi ini, guru tersebut hanya ingin memuaskan diri
mereka tanpa mengira nasib yang akan menimpa anak murid apabila berkelakuan negatif seperti
ini.

ISL MINGGU 9

Tambahan lagi, punca yang menyebabkan tingkah laku negatif ini ialah tekanan kerja
yang dihadapi menyebabkan guru tersebut mengalami stress yang tinggi. Mengikut Kyriacou
(2000), stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti
tekanan, kekecewaan, kebimbingan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya
sebagai guru. Bebanan kerja yang terlalu banyak, dimarahi oleh pihak pentadbir, disisihkan dan
sebagainya adalah contoh tekanan kerja yang dihadapi oleh guru setiap hari menyebabkan guru
itu tidak dapat berfikir panjang seterusnya mencari jalan lain untuk melepaskan tekanan yang
dihadapi. Guru terbabit menggangap, gangguan seksual yang dilakukan ini boleh mengurangkan
tekanan kerja yang dihadapi namun kesan dari perkara itu lebih teruk dari apa yang dijangkakan.
Selain itu, pengurusan tekanan yang tidak betul menyebabkan guru tersebut menggunakan murid
sebagai alat untuk gangguan seksual bagi melepaskan tekanan yang dihadapinya.

3.0 Kesan Jangka Pendek Dan Jangka Panjang Kepada Guru, Profesion Perguruan Dan
Pihak Lain (Sekirannya Terlibat)
Sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan baik, mungkin masalah ini akan menular
dengan lebih teruk lagi. Kesan dan akibat dari perbuatan tingkah laku guru yang negatif ini
bukan sahaja akan tmemberi kesan kepada diri guru tersebut sahaja namun kesannya akan turut
dirasai oleh mangsa gangguan seksual, guru-guru lain, sekolah, masyarakat dan sebagainya.

3.1 Guru
Antara kesan jangka pendek yang akan menimpa guru yang melakukan perbuatan ini
ialah menyebabkan hubungan guru dan murid menjadi semakin rengang dimana semua murid
membenci dan takut untuk menuntut ilmu dengan guru tersebut. Dalam situasi ini, murid berasa
tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dan rakan
sejawatannya juga akan musnah kerana mereka semua tidak lagi mempercayai guru tersebut
selepas sekali melakukan perkara yang tidak senonoh. Guru tersebut akan mengalami tekanan
emosi juga adalah kesan jangka pendek yang akan dihadapi dimana guru tersebut mungkin
mengalami konflik jiwa yang serius akibat dari perbuatannya. Mengikut Terri Mauro (2004),
terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi contohnya masalah ketidakfungsian
otak, pemakanan dan masalah keluarga.

Di samping itu juga, keluarga guru yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini mungkin
akan mendapat kesan yang buruk contohnya mungkin keluarga beliau akan dibenci dan dicemuh
oleh masyarakat. Ini menyebabkan keluarga beliau akan hidup dalam suasana yang tidak
tenteram. Tambahan lagi, kesan jangka pendek yang akan menimpa guru tersebut ialah beliau
akan hilang pekerjaan dan mata pencarian akibat dari perbuatan mereka yang tidak senonoh itu.

Kesan jangka panjang yang akan ditempuhi oleh guru tersebut ialah mereka tidak lagi
diterima oleh masyarakat dimana masyarakat akan memandang serong kepada mereka. Selain
itu kesannya juga ialah guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah yang lain bagi menjaga nama
ISL MINGGU 9

baik sekolah tersebut. Di samping itu juga, guru tersebut tidak ada tempat dalam masyarakat
dimana beliau bukan lagi menjadi guru yang boleh dipercayai oleh masyarakat.

Kesan jangka pendek kepada guru lain ialah, masyarakat tidak lagi mempercayai bahawa
guru dapat mendidik dan mengajar anak mereka menyebabkan tugas guru tidak lagi di pandang
sebagai satu tugas yang mulia oleh masyarakat. Kesan daripada itu juga menyebabkan guru
guru walaupun mereka tidak bersalah akan diselubungi dengan perasaan malu terhadap
masyarakat dengan tindakan yang dilakukan oleh rakan sejawatannya yang berkelakuan
negatif. Kesan jangka panjang kepada guru yang lain menyebabkan mereka sendiri tidak lagi
berminat untuk meneruskan profesion ini lagi. Selain itu guru-guru yang lain tidak lagi
mempunyai perasaan seorang pendidik jika masalah ini berleluasan.

3.2 Profesion Perguruan
Kesan jangka pendek dari tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru ini
menyebabkan profesion perguruan ini dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak lagi
mempercayai kepada profesion perguruan sehingga menyebabkan profesion ini tidak lagi
diperlukan oleh masyarakat. Selain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap mulia oleh
masyarakat dimana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini dapat membantu anak
mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan berkesan. Tambahan pula, profesion
ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa dan murid-murid.

Manakala kesan jangka panjang kepada profesion perguruan menyebabkan generasi
muda tidak lagi berminat untuk menjadi guru dan ini mengakibatkan profesion ini kekurangan
genarasi muda yang berbakat untuk mendidik anak bangsa. Di samping itu juga, kesan dari ini
kerajaan tidak lagi dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana
kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang ini. Mengikut Lilia dan Norlena (1998),
penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara professional menyebabkan profesion
perguruan menurun di kaca mata masyarakat.

3.3 Sekolah
Kesan jangka pendek yang menimpa sekolah ialah reputasi sekolah atau nama baik
sekolah akan menurun menyebabkan masyarakat terutama ibu bapa tidak lagi menghantar anak
mereka ke sekolah tersebut. Selain itu, sekolah tidak lagi dianggap sebagai institusi pendidikan
yang memberi pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid. Manakala kesan jangka panjang
yang menimpa sekolah ialah sekolah dilabel sebagai tempat yang tidak bermoral kerana
membiarkan masalah gangguan seksual berleluasan secara tidak terkawal.

3.4 Ibubapa Dan Masyarakat
Kesan pendek dari kes ini menyebabkan hubungan ibubapa dan guru menjadi rengang
dimana ibubapa tidak lagi mempercayai kredibilitui guru untuk mendidik anak mereka menjadi
insane yang berguna. Di samping itu juga, masyarakat akan memandang serong kepada semua
ISL MINGGU 9

pihak termasuklah guru dan pentadbir sekolah. Tambahan lagi, kesannya ialah ibubapa tidak
puas hati dengan layanan guru terhadap anaknya. Manakala kesan jangka panjang yang
menimpa ibubapa dan masyarakat ialah mereka menyalahkan guru sehingga guru tersebut
dibenci dan dicaci oleh masyarakat yang lain. selain itu, ibubapa membawa isu gangguan seksual
ini kepada pihak atasan seperti polis dan peguam bagi mendapat keadilan bagi pihak anak
mereka.

3.5 Mangsa Gangguan Seksual
Kesan jangka pendek yang dialami oleh mangsa gangguan seksual ialah mangsa lebih
cenderung berdiam diri, bersendirian, murung dan sebagainya. Ini menyebabkan mangsa tidak
lagi berminat untuk belajar sehingga prestasi mangsa menurun. Tambahan pula kesan jangka
panjang ialah mangsa gangguan seksual akan phobia dengan guru terutama guru lelaki. Kesan
jangka panjang kepada mangsa ialah mangsa mengalami tekanan emosi dan jiwa yang tinggi
sehingga mangsa cuba membuat perkara yang tidak diingini contohnya membunuh diri dan
sebagainya.

4.0 Kod Etika Guru Yang Berkaitan
Kod etika ialah peraturan, adab kebiasan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain
dan aturan ini menegaskan apa yang benar dan apa yang salah. Kod etika guru adalah peraturan
untuk membantu guru yang profesional agar mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub demi
menjaga imej profesion. Mengikut Nikki (2009) pula etika dianggap sebagai pedoman perilaku
yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan manusia dalam bahagian tertentu manakala
Bascom (2007) menganggap etika sebagai ilmu mengenai suatu kewajiban.

Antara fungsi kod etika ialah memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam profesion
mengenai prinsip profesionalisme yang dirangka. Ini bermakna setiap ahli yang juga guru sedia
maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Fungsi kod etika juga
ialah merupakan kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan. Ini bemakna
bahawa etika profesion dapat menyediakan pengetahuan kepada masyarakat supaya lebih
memahami kepentingan suatu profesion. Akhir sekali fungsi kod etika ialah membantu para
profesional mencegah campur tangan pihak di luar organisasi profesion tentang hubungan etika
dalam keanggotaan profesion.

Kod etika perguruan adalah pedoman dan panduan kepada guru dalam menjalankan tugas
mereka dengan bertanggungjawab membimbing murid-murid untuk mencapai kemajuan
sepenuhnya. Di dalam kod etika perguruan terdapat 4 tangggungjawab yang perlu dipatuhi dalam
profesion ini iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibubapa,
tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat
dan profesion keguruan.

ISL MINGGU 9

Berdasarkan isu tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru dalam kes gangguan
seksual (mencium), kita dapati guru tersebut telah melanggar kod etika perguruan dimana beliau
tidak menunjukkan tanggungjawab terhadap pelajar. Dalam kes ini sepatutnya guru tersebut
mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar namun guru tersebut telah melakukan perkara
yang sebaliknya terhadap pelajarnya. Kes seperti ini tidak seharusnya dilakukan kerana ia
mencemarkan nama baik profesion ini sehingga menyebabkan murid tersebut tidak lagi selamat
untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.

Selain itu, berdasarkan kod etika perguruan, guru sepatutnya bertanggungjawab dalam
menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberi contoh. Dalam
isu gangguan seksual ini, guru tersebut tidak bertanggungjawab dalam memberi contoh yang
baik kepada murid dimana guru tersebut menunjukkan tingkah laku yang negatif dengan
membuat gangguan seksual secara terangan ke atas murid dengan mencium murid tersebut.
Di samping itu kod etika yang terlibat dalam kes ini ialah guru tidak harus bertingkah
laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan akan menyebabkan
hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Tambahan lagi, guru haruslah
menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang
menjadi warga negara yang taat setia dan berguna. Ini berbeza dengan guru yang membuat
gangguan seksual tersebut sehingga melakukan sikap yang tidak baik terhadap muridnya.

Demikian juga dengan kod etika bahawa guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu
bapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh
masyarakat, guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya serta guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang
boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau Negara. Kod etika ini jelas menunjukkan
bahawa guru yang melakukan gangguan seksual tidak mengikut kod etika yang digariskan
sebagai seorang pendidik. Secara kesimpulannya, kod etika yang menjadi panduan kepada semua
guru tidak digunakan dan diamalkan oleh guru yang melakukan tingkah laku yang negatif
tersebut.


5.0 Cadangan Mengatasi Tingkah Laku Guru Yang Negatif Tersebut
Gangguan seksual yang berlaku keatas murid ini bukannya penghujung kepada kes yang
melanda masyarakat kita pada hari ini. Mungkin suatu hari nanti kes ini menjadi semakin serius
jika tidak ditangani dengan segera. Tingkah laku yang negatif ini boleh dibendung jika
masyarakat berkerjasama dalam menyelesaikan masalah ini.

Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi tingkah laku guru yang
negatif dimana melalui kaedah ini kita boleh membangunkan kesedaran guru tentang bahaya
gangguan seksual yang dilakukan oleh mereka terhadap murid-murid. Kebanyakkan negara maju
telah memperkenalkan pendidikan seks kepada semua masyarakat bagi mendedahkan pelbagai
ISL MINGGU 9

isu dalam menimbulkan kesedaran mengenai gangguan seksual seperti diskriminasi seksual, hak
asasi wanita, hilai-nilai baik dalam hubungan antara lelaki dan wanita, pencabulan, penderaan
seksual dan sebaginya.

Justeru itu kerjaan atau badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan yang penting
dalam menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan masyarakat khususnya guru-
guru dalam mengatasi masalah tingkah laku yang negetif ini . Pendidikan seks bukan sahaja
sesuai kepada murid, guru-guru dan masyarakat namun kepada pesalah gangguan seksual itu
sendiri. Pendidikan seks ini bertujuan untuk memberi maklumat yang sebenar tentang kesalahan
seksual yang dilakukan lebih-lebih lagi dilakukan kepada murid-murid. Di samping itu juga,
pendidikan seks ini juga mengetengahkan implikasi dan kesan yang diperolehi oleh pesalah
gangguan seksual jika mereka terus melakukan gangguan seksual kepada murid-murid.

Selain itu, bagi mengatasi masalah ini, kursus, ceramah atau bengkel perlu dibuat bagi
meningkatkan nilai-nilai dan tingkah laku yang teratur dan bertanggungjawab terutama yang
melibatkan penjawat awam contohnya guru. Bagi mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi,
semua guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan bagi menyedarkan mereka
tentang tanggungjawab sebagai pendidik. Nilai murini seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai
moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya perlu di terapkan ke dalam diri semua guru dalam
kursus ini bagi menyedarkan mereka tentang kesalahan gangguan seksual dari terus berlaku.
Nilai hidup yang baik ini dapat memelihara mereka daripada melakukan gangguan seksual yang
bertentangan dengan norma hidup yang perlu dipertahankan. Menurut Fullan (1993) menyatakan
guru melibatkan diri secara produktif dalam proses perubahan, guru mempunyai tujuan moral
yang dikaitkan dengan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

Selain itu bagi menangani masalah tingkah laku guru yang negative ini (gangguan
seksual), kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu menyediakan kemudahan khidmat
kaunseling khususnya kepada murid-murid yang mengalami gangguan seksual serta guru yang
melakukan gangguan seksual. Di setiap sekolah perlu diwujudkan khidmat bimbimbing dan
kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu gangguan seksual di mana khidmat
ini dikendalikan oleh individu yang pakar dalam masalah ini. Khidmat bimbingan dan
kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan guru mendapatkan bantuan dan nasihat dari pakar
kaunseling jika mereka terjebak dengan masalah ini. Menurut Shertzer dan Stone (1981)
mengatakan bahawa bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang
memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.

Kuatkan undang-undang juga adalah satu jalan mudah yang boleh diambil bagi mengatasi
tingkah laku yang negatif. Penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kes gangguan
seksual dikalangan pendidik ini perlulah dibanteras dengan segera supaya kes seumpama ini
dapat diatasi dengan segera. Penguatkuasaan undang-undang seperti penjara, sebatan, hukuman
dan sebagainya perlulah dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah ini dari terus berleluasan.
ISL MINGGU 9

Dengan adanya penguatkuasaan ini, tingkah laku negatif dikalangan guru mungkin dapat diatasi
dan dibanteras dengan segera. Di samping itu juga, guru yang melanggar etika perguruan
perlulah dilucut dari jawatannya. Ini dapat memberi pengajaran kepada guru-guru yang lain
supaya tidak melakukan perkara yang tidak bermoral ini.

You might also like