menyarankan Kabilah Bani Bayadhah daripada golongan Ansar supaya mengahwinkan seorang hamba mereka yang bernama Yasar dan diigelar Abu Hind dengan seorang perempuan daripada kabilah tersebut. Mereka telah mempertikaikan saranan tersebut seraya berkata: (Apakah kamu ingin mengahwinkan anak-anak perempuan kami dengan hamba sahaya kami?) Maka Allah taala menurunkan ayat ini. Allah menegaskan sesungguhnya manusia adalah sama dari segi asal kejadian mereka, iaitu daripa seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (Hawa). Dari asal yang sama, manusia dijadikan berbagai-bagai etnik, bangsa dan kabilah supaya mereka berkenalan. Manusia diingatkanbahawa kedudukan mereka disisi Allah bukan ditentukan mengikut keturunan, harta dan pangkat tetapi ketaqwaan dan kebersihan jiwa menjadi ukuran.