You are on page 1of 4

Gigabait

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Kuantiti bait
Awalan SI Kegunaan sejarah Awalan perduaan
Simbol
(nama)
Nilai Simbol Nilai Simbol
(nama)
Nilai
kB (kilobait) 1000
1
= 10
3
KB 1024
1
= 2
10
KiB (kibibait) 2
10

MB (megabait) 1000
2
= 10
6
MB 1024
2
= 2
20
MiB (mebibait) 2
20

GB (gigabait) 1000
3
= 10
9
GB 1024
3
= 2
30
GiB (gibibait) 2
30

TB (terabait) 1000
4
= 10
12
TB 1024
4
= 2
40
TiB (tebibait) 2
40

PB (petabait) 1000
5
= 10
15
PB 1024
5
= 2
50
PiB (pebibait) 2
50

EB (eksabait) 1000
6
= 10
18
EB 1024
6
= 2
60
EiB (eksbibait) 2
60

ZB (zetabait) 1000
7
= 10
21
ZB 1024
7
= 2
70
ZiB (zebibait) 2
70

YB (yotabait) 1000
8
= 10
24
YB 1024
8
= 2
80
YiB (yobibait) 2
80

Unit Warisan
Unit Nilai
KB 2
10
Bait = 1024 Bait
MB 2
20
Bait = 1024 KB
GB 2
30
Bait = 1024 MB
TB 2
40
Bait = 1024 GB
Gigabait atau Gbait (diterbitkan daripada awalan SI, giga-) ialah unit maklumat atau storan komputer yang
membawa pengertian 1000 bait atau 1024 bait (1000 = satu bilion). Simbolnya ialah GB (harus tidak
dikelirukan dengan Gb yang digunakan untuk gigabit).
Perkataan "gigabait" adalah kabur maknanya, bergantung kepada konteks. Ketika merujuk kepada
saiz ingatan capaian rawak (RAM) dan fail, gigabait secara tradisi mempunyai takrif perduaan sebanyak
1024 bait. Untuk kegunaan-kegunaan lain, ia bermaksud tepat-tepat 1000 bait. Supaya dapat mengatasi
kekeliruan ini, semua badan piawaan yang berkaitan kini mempromosikan penggunaan
istilah gibibait untuk takrif perduaan.
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Takrif
2 Gigabait lwn. gigabit
3 Kekeliruan pengguna
4 Lihat juga
5 Rujukan
6 Pautan luar
Takrif[sunting]
Terdapat dua takrif yang berbeza sedikit untuk gigabait yang umum digunakan:
1,000,000,000 bait atau 10
9
bait ialah takrif perpuluhan yang digunakan dalam telekomunikasi (seperti
kelajuan rangkaian) dan oleh kebanyakan pengilang storan komputer (seperti cakera
keras dan pemacu flash). Penggunaan ini adalah selaras dengan SI. Petikan-petikan
daripada Seagate: "Piawai industri storan adalah untuk memaparkan muatan dalam perpuluhan", dan
"Satu gigabait atau GB adalah sama dengan satu bilion bait ketika merujuk kepada muatan cakera
keras". Petikan-petikan yang serupa juga boleh didapati dalam tapak web pengilang-pengilang storan
yang lain.
1,073,741,824 bait, iaitu sama dengan 1024 atau 2
30
bait. Ini adalah takrif yang umumnya digunakan
untuk ingatan komputer dan saiz fail. Sejak dari tahun 1999, IEC telah mengesyorkan bahawa unit ini
harus digelar sebagai gibibait (dengan singkatan GiB). Microsoft menggunakan takrif ini untuk
memaparkan saiz cakera keras, sebagaimana dengan kebanyakan sistem pengendalian yang
lain.
[1]
Setiap sistem pengendalian menggunakan takrif ini apabila merujuk kepada saiz fail.
Gigabait lwn. gigabit[sunting]
Dalam penggunaan moden yang lazim, satu bait ialah 8 bit. Oleh itu, satu gigabait adalah tepat sama
dengan lapan gigabit.
Unit Singkatan Bil. megabait Kegunaan
gigabait
GB
("B" dalam huruf besar)
1000 Storan komputer (misalnya cakera keras 500 GB)
gigabait
GB
("B" dalam huruf besar)
1024 Ingatan komputer (misalnya ingatan capaian rawak 4 GB)
gigabit
Gb
("b" dalam huruf kecil)
125 Truput rangkaian (misalnya kadar pindahan data 1 Gb/s)
Kekeliruan pengguna[sunting]
Mengikut dapatan pada tahun 2007, kebanyakan cakera keras pengguna ditakrifkan mengikut julat gigabait
muatannya. Muatan sebenar biasanya merupakan suatu angka yang lebih atau kurang daripada kelas
yang ditetapkan. Walaupun kebanyakan pengilang cakera keras dan cakera flash mentakrifkan 1 gigabait
sebagai 1,000,000,000 bait, sistem-sistem pengendalian komputer yang digunakan oleh kebanyakan
pengguna biasanya menghitung gigabait dengan membahagikan jumlah baitnya (sama ada muatan
cakera, saiz fail, atau ingatan capaian rawak sistem) dengan 1,073,741,824. Perbezaan ini adalah punca
kekeliruan, khususnya di kalangan mereka yang bukan daripada latar belakang teknik kerana sebuah
cakera keras dengan muatan yang terkadar oleh pengilang sebagai 400 gigabait mungkin akan dilaporkan
sebagai hanya mempunyai muatan sebanyak 372 GB oleh sistem pengendalian pengguna, bergantung
kepada jenis laporan yang dijanakan.
Perbezaan antara unit berasaskan SI dengan unit berasaskan awalan perduaan bertambah secara
eksponen. Dengan kata yang lain, satu kilobait SI adalah hampir sama dengan 98% kibibait, tetapi
satu megabait adalah kurang daripada 96% mebibait, dengan satu gigabait merupakan 93.1% gibibait. Ini
bermaksud bahawa sebuah pemacu cakera keras 500 GB akan dipaparkan sebagai "468 GB". Apabila
saiz-saiz storan menjadi lebih besar dan unit-unit yang lebih tinggi digunakan, perbezaan ini akan menjadi
lebih nyata.
Perhatikanlah bahawa ingatan komputer dirujuk mengikut asas 2 kerana reka bentuknya. Oleh itu, saiz
ingatan sentiasa merupakan suatu kuasa dua (atau kuantiti yang berkait rapat, misalnya 384 MiB =
32
27
bait) dan dengan itu, unit-unit perduaan adalah lebih sesuai untuk rujukan kepada ingatan capaian
rawak (RAM). Ukuran-ukuran komputer yang lain, misalnya saiz perkakasanstoran, kadar pemindahan
data, kelajuan jam, kendalian per saat dan sebagainya tidak berasaskan kuasa dua pada dirinya dan oleh
itu, biasanya diberikan dalam unit perpuluhan.
Sebagai contoh, ambillah sebuah pemacu keras yang boleh menyimpan tepat-tepat 25010
9
atau 250
bilion bait selepas pemformatan. Umumnya, sistem-sistem pengendalian menghitung saiz cakera dan fail
dengan menggunakan angka perduaan. Oleh sebab itu, pemacu 250 GB tersebut akan dilaporkan sebagai
"234.68 GB". Sebagai akibat, percanggahan yang ketara akan timbul antara apa dipercayai oleh pengguna
sebagai yang dibelinya dengan apa yang dilaporkan oleh sistem pengendalian.
Sesetengah pengguna berasa tertipu apabila mereka mendapati perbezaan ini, dan mendakwa bahawa
para pengilang pemacu dan pengilang peranti pemindahan data sengaja menggunakan ukuran perpuluhan
untuk meningkatkan bilangan dengan cara yang menipu. Terdapat banyak juga tindakan undang-undang
yang diambil tentang kekeliruan ini (sila lihat Awalan perduaan Pertikaian undang-undang).
Punca masalah ini sudah tentu berasal daripada takrif rasmi unit-unit SI yang tidak begitu dikenali, dengan
sesetengah penyelesaian undang-undang merangkumi arahan-arahan bahawa pengilang menggunakan
maklumat yang lebih jelas, misalnya dengan menyatakan saiz cakera keras dalam kedua-dua unit GB dan
GiB.

You might also like