You are on page 1of 8

TAJUK 1

KONSEP- KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK



KONSEP ETNIK
Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang
bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas
dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan
etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya
yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah,
nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola
keluarga, pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik,
kegiatan ekonomi dan hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India,
Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik.
Etnik pada daasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri
budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik
lain yang dipandang rendah dan anggil ganjil, berada ditahap rendah
atau tidak bermoral.

Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara
berulangan walaupun ia membawa makna yang berbeza. Di Malaysia,
kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali dicampuradukkan dan
digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih
kurang sama. Orang Melayu, Cinaa dan India sepatutnya dikenali
sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia
dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan
kumpulan manusia ialah warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh
didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik
boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui
perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa,
kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia
juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau
membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula
daripada satu konsep keterunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik
hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-temurun
daripada nenek moyang itu.

Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik
juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan
geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak
terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang
berbeza.


Konsep Negara Bangsa
Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung
satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara
yang sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-
budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa
kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun
mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.

CIRI-CIRI NEGARA BANGSA:
Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama
iaitu, pertama melalui aspek kenegaraan, kedua adalah aspek
kewarganegaraan dan yang ketiga adalah aspek kebangsaan
Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap
rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial.
Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol yang
mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan,
Rukun Negara, dan sebagainya.
Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa
Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui
kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia.

KONSEP MASYARAKAT
Masyarakat boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang
hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara
tertentu.

Keperluan Mengkaji Masyarakat
1. Manusia Hidup Bermasyarakat
Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan dengan masyarakatnya. Oleh
itu, seseorang yang menghormati orang laian atau rajin bekerja
dicermin dan mencerminkan masyarakatnya. Kegigihan individu Jepun
dikaitkan dengan kegigihan masyarakatnya. Maka, kajian terhadap
masyarakat itu menjadi penting kerana melaluinya, kita dapat
memahami manusia secara keseluruhan.

2. Memahami Cara Hidup Bermasyarakat
Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu
bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat
setempat. Iini akan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan
sukar untuk melanggar peraturan yang wujud di dalam lingkungan
sosialnya.

3. Memahami Budaya dan Masyarakat Lain
Individu yang telah mengkaji masyarakat lain tidak akan mengalami
satu kejutan budaya, tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang
wujud.seseorang yang mengkaji masyarakat industri tidak akan terkejut
jika pergi ke negara tersebut.

4. Memupuk Kerjasama di Antara Masyarakat
Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di kalangan satu
masyarakat sahaja tetapi merangkumi masyarakat dunia
keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu global seperti pencemaran,
teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya, memerlukan kerjasama
antara masyarakat. Maka, kajian terhadap masyarakat akan
membolehkan kita memahami dan memupuk kerjasama dengan
sesuatu masyarakat.

Ciri-Ciri Masyarakat
1.Manusia Yang Hidup Berkelompok
Manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok.
Kelompok ini lah yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali
antara satu sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan sosial wujud
dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak
mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada
manusia lain.

2.Melahirkan Kebudayaan
Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan
melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan.
Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generassi berikutnya dnegan
proses penyesuaian.

3.Mengalami Perubahan
Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan.
Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari
masyarakat itu snediri. Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin
akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat itu.

4.Berinteraksi
Salah satu syarat kewujudan massyarakat ialaah terdapatnya perlakuan
berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan
interaksi. Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak
lisan.komunikasi berlaku apabila masyarakat bertemu di antara satu
sama lain.

5,Terdapat Kepimpinan
Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua
negara dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan
adalah bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan.

6.Stratifikasi Sosial
Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan
yang harus dimainkannya atau merujuk kepada susunlapis masyarakat.
Stratifikasi sosial boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kelas,
status dan kasta. Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat
berdasaarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti orang kaya kelas
atasan dan orang miskin, kelas bawahan

Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam
masyarakat seperti penerimaan gelaran iaitu haji, lebai, dato' dan
sebagainya. Kasta ialah kelas sosial yang keahlinya ditentukan hanya
melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini
dapat dilihat dalam zaman tradisional India yang memecahkan kasta
kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sundra

KONSEP BUDAYA
Definisi: Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada
dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan,
tarian dan sebagainya.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu
Budaya kebendaan
Budaya bukan kebendaan

Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti
rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya, Contohnya, orang
Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau
orang Eskimo
Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-
undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang
berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan
masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran
kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India,
hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada
pihak lelaki.
Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah
dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal.
Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi dan adat resam juga
mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan
hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya
Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian
dan identiti
Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan
berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.(
Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).

Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali
sebagai budaya dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok
itu dari segi cara ia mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari
satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh
dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan
kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan
kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan
sekeliling.

Ciri-Ciri Budaya
Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan
budaya itu terbit daripada tingkahlaku dan akal manusia :

*Dipelajari
Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses
asimilasi, adaptasi, Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu
dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta
sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya
itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk
berbahasa dan berhubung.

Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat
bergantung kepada beberapa faktor iaitu:
a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah,
institusi latihan dan sebagainya.
b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah
masyarakat itu.
c. Umur seseorang.
d. Tahap pendidikan
e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

*Dikongsi
Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat.
Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan
didokong oleh sekumpulan mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi
budaya keranan masyaarakat menggemarinyabahasa Melayu adalah
kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam
kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan
manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri
walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya
menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

*Sejagat
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu
wujud dalam semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang
tidak memiliki kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat
itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh
luar dan tahap penyesuaian anggota
Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua
budaya iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. bahasa
v. kesenian
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.
(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat;
eg. Hutington etc.)

*Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini
bermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari
ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah
berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi
juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini
adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

*Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu
hingga sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji
daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.rumah
beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Dalam
sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat
dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada
ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat
berubah.

Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:
i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
iv. pertembungan budaya.
v. konflik yang berlaku.
vi. perubahan alam sekitar.

*Perlambanggan
Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang
memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera,
warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya. Perlambangan yang
wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama
mereka seperti isyarat memanggil.

*Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran
terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian.
Pandnagan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian
yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula
diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa
(seperti aur dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa
(setanak nasi) dan sebagainya.

Fungsi Budaya Dalam Kehidupan
Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan
membawa makna yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu
dicipta manusia, maka budaya itu diperlu dan dihasilkan oleh manusia
itu sendiri bagi keperluan hidup.

1.Memenuhi dan Menyediakan Keperluan
Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh
yang demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian,
kayu-kayan untuk pembinaan rumah dan sebagainya. Keutamaan
pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan
aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewrisi
ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal

2.Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku
Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan
kehidupan manusia. Manusia memperolehi keperluannya hasil dari
tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai peranan memberikan
panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku dalam
memberikan panduan, meliputi:
i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.
ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.
iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.

3.Mengatur Hubungan Sesama Manusia
Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati
jiran, tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang
menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran Islam. Ini bermakna
dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan
mengatur hubungan sesama manusia.

4.Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta
Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang
berbeza. Orang Eskimo memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya
budaya ini, ia sebagai pendorong kepada penciptaan bagi memenuhi
keperluan harian dan memudahkan segala urusan.

5. Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti
Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenaalan identiti.
Sesuatu bangsa dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi
dari budayanya. Kita mengenali Jepun bukan sahaja dari segi
fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya dalam ekonomi
dan perindustrian.manusia juga akan bersatu apabila anggota
masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerja sama
bagi mencapai sesuatu.

PLURALITI BUDAYA
Di Malaysia, setelah wujudnya perjanjian di antara kaum Melayu
dengan wakil-wakil kaum bukan Melayu di dalam Kontrak Sosial,
pendekatan konsep pluraliti budaya digunakan sebagai satu
penyelesaian masalah hubungan ras.
.
Pluraliti budaya menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal
yang penting kepada negara seluruhnya tetapi dalam masa yang sama
setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya
tersendiri. Konsep ini diwakili oleh formula
A + B + C = A + B + C. (A,B dan C merujuk kepada budaya)

You might also like