You are on page 1of 1

KEMASAN SILING

Kemasan Siling:
Lepa Kapur
Lepa Simen
Lepa tyrolean
Lepa gypsum


Lepa Kapur:
Dibuat daripada bahan seperti kapur, pasir dan serabut.
Batu kapur dibakar dengan suhu 900C hingga 1200C.
Kapur yang dibuat dari proses pertama dipanggil kapur tohor(quick line)
Kuasa menyerap air yang sangat hebat
Oleh itu kapur ini tidak boleh terus digunakan untuk kerja lepa dan sebagainya.
Biasanya digunakan melalui slaking
Kapur yang telah melalui proses slaking dikenali sebagai kapur tertindai( hydrate lime)
jika batu kapur tersebut mengandungi banyak magnesium lebih daripada 30% maka ia
dipanggil dolomait. Ianya mudah dibuat dan harganya murah.


Lepa Simen:
Dibuat daripada simen dan pasir.
Simen yang digunakan untuk kerja ini ialah simen Portland dan kadang kala simen putih
digunakan untuk kerja hiasan.
Pasir sungai digunakan sebagai pasir untuk kerja lepaan.
Pasir sungai yang digunakan bagi membuat lepa siling mestilah bersaiz lebih kecil dari
pasir sungai yang digunakan untuk membuat lepa tembok dan lepa lantai.
Pasir dan air yang digunakan untuk membuat lepa ini mestilah bersih dan tidah
mempunyai bahan lain dan juga bahan kimia.
Sedikit kapur ditambah bagi memudahkan proses melepa
Selain kapur, dolomit dan pozolan juga boleh digunakan.
Nisbah mortar yang digunakan bagi membuat lepa syiling ialah 1:2.

Lepa tyrolean:
Lepa ini biasanya daripada kapur dan simen , dimana ia dihasilkan secara menggerutu
dengan menggunakan rough cast iaitu sejenis alat tangan.
Sesuai untuk permukaan syiling di sebelah luar bangunan.
Campuran simen dan pasir yang digunakan ialah 1:4.

Lepa gypsum
Dibuat daripada campuran kapur dan gypsum.
Dibuat dalam bentuk lapisan
Lapisan biasanya bersaiz agak besar dan sesuaai untuk sebarang keadaan dinding.
Kebaikannya ialah ia menyerap bunyi serta kedap
Keburukannya ialah mudah pecah.

You might also like