You are on page 1of 5

20 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang
besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t.
kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang
yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa
kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda: "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul."
Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."
Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai
anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal
dunia."-(Maksud Al-Hadith)


Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa
mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar
Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak.. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa
anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-
Baqarah, 2 :128).
Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan
atau motivasi) seperti : menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat
gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan
paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak tidak menjadualkan kegiatan
harian anak-anak terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa
mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif mengeluarkan kata-kata kesat dan maki
hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-
anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara
jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) ramai
yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan
Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh
Aisyah r.a. :

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu
Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya
Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang
pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak
mengasihi tidak akan dikasihi."- (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas ibu bapa tidak
menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada
di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak
terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam,
makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam,
lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh
anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak
juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak
rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam
rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan
memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada
dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan
rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas
lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh
merosakkan agama anak-anak.

15.. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik
anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini.
Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak
terdidik dengan didikan Islam.



1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang
baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.(Dalam Islam sendiri
nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari
akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan
anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan,
ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang
dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan
baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.
Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah
berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang
penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan
kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan
akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan
datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang
giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan
menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah
harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar
menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai
orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka
mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali..

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila
anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka
dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam
dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan
menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang
kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat
demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan
mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar
bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound
effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula
yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar
tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Kain yang puteh terpulang pada anda
untuk mewarnakan nya...semuanya di tangan anda ..

Fikir-fikirkanlah ..... Nampak mudah tapi bermakna..... yg buruk dtgnya dr diri sendiri...dan
Segala yang baik hanya dtg dr Allah s.w.t.............

You might also like