You are on page 1of 7

1.

1 Pendahhuluan

Matematik merupakan disiplin ilmu yang sentiasa mengalami anjakan paradigm
apabila unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran bagi memenuhi
kehendak dan cabaran masa hadapan murid. Pengajaran dan pembelajaran matematik
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terkini Kurikulum Standard
Sekolah Rendah(KSSR)perlulah di rancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi
mewujudkan suatu pengalaman yang member makna serta mencabar bagi murid-
murid. Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya murid yang berbeza-beza perlu
diambil kira dan diberi perhatian. Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah
ialah untuk membina dan mengembangkan keahaman murid dalam konsep nombor
dan kemahiran asas mengira.(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995).
Sehubungan dengan itu, program matematik sekolah rendah member tumpuan
kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam penyelesaian
masalah harian secara berkesan dan bertanggungjawab. Ramai pendidik telah
bersetuju bahawa penyelesaian masalah ialah satu tujuan yang paling penting dalam
pendidikan matematik (Kroll & Miller, 1993).
Oleh itu usaha untuk memperkembangkan kebolehan menyelesaikan masalah
telah diberi keutamaan yang semakin meningkat oleh pendidik-pendidik matematik
(Fariver & Webb, 1994). Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering
digunakan dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah Model Lester(1975), Model
Mayer(1983), Model Polya(1973) dan model Schoenfeld(1985). Model Polya
digunakan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) dan sekolah
rendah (KBSR) dan yang terkini ialah KUrikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
yang bermula padatahun 2011.
Selain itu, kaedah Analisis Kesilapan Newman (1983), juga digunakan dalam
membantu pelaja-peljar menyelesaikan bercerita dalam matematik. Terdapat lima
hirai yang perlu diambilkira iaitu:
1 membaca masalah
2 memahami apa yang dibacs
3 membuat transformasi pemikiran
4 mengaplikasikan kemahiran proses yang diperlukan
5 membuatpengkodan jawapan dalam bentuk bertulis.

1.2 Latar Belakang Kajian

Masalah Matematik berayat atau bercerita sememangnya merupakan
komponen penting dalam kurikulum KBSR. Ini jelas tergambar dalam komponen
soalan matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013, yang terdiri
daripada 70% soalan berbentuk masalah berayat.
Fenomena ini nnampaknya sealiran dengan kajian di luar Negara seperti Verschaffele
et. Al.(1999), Bransford et.al.(1995) yang mendapati masalah matematik berayat
menimbulkan banyak kesukaran dan kesilapan di kalangan murid peringkat awal
persekolahan terutamanya di peringkat sekolah rendah. Pelbagai factor yang menjadi
puncanya adalah seperti tidak boleh membaca dengan baik, tidak memahami apa yang
di baca, tidak boleh membuat pertukaran daripada bentuk ayat kepada ayat
matematik. Maka guru berperanan penting dalam mendidik dan mencari satu kaedah
yang sesuai untuk murid-murid mengatasi masalah ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Penyelesaian masalah ialah satu bidang matematik yang tersendiri dan
istemewa kerana perkara ini lebih berkait rapat dengan situasi dan pengalaman
harian.Penyelesaian masalah merupakan kemuncak bagi melengkapkan setiap topic
atau konsep matematik yang di pelajari sebab ianya menguji kepintaran berfikir dan
kemahiran lain seperti kemahiran dalam fakta asas, menaakul masalah operasi,
menyusun data dan menggunakan pelbagai konsep matematik dan menyemak secara
logik.

1.4 Tujuan Kajian

1. Membaca masalah
Murid-murid perlu membaca pernyataan masalah yang diberi. Jika murid
tidak pandai membaca adalah menjadi satu masalah utama baginya untuk
menyelesaikan masalah bercerita.
2. Memahami apa yang di baca
3. Membuat transformasi pemikiran
4. Mengaplikasikan proses yang diperlukan
5. Membuat pengkodan jawapan dalam bentuk bertulis.



1.5 Objektif kajian
Kajian ini cuba mencari punca-punca kesilapan murid-murid dalam
menyelesaikan masalah bercerita matematik. Secara khususnya kajian ini diharapkan
akan dapat:
a. Mengenal pasti punca-punca kesilapan berdasarkan prosedur analisis
kesilapan newman
b. Mengenal pasti jenis-jenis kesilapan algoritma dalam menyelesaikan
dalam menyelesaikan masalah bercerita matematik.
c. Mengenalpasti sikap murid-murid terhadap matapelajaran matematik
khususnya dalam penyelesaian masalah bercerita matematik.

1.6 Persoalan Kajian

Berdasarkan kajian di atas, kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut:
a) Apakah punca-punca kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid dalam
menyelesaikan masalah bercerita.
b) Apakah jenis-jenis kesilapan algoritma yang dilakukan oleh murid-murid
tahun 4 dalam menyelesaikan masalah bercerita matematik.
c) Bagaimanakah sikap murid terhadap mata pelajaran matematik khususnya
dalam tajuk penyelesain masalah bercerita.



1.7 Metodologi Kajian

1.7.1 Pendahuluan
Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai punca kesilapan dan jenis-jenis
kesilapan murid-murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Slim River, Daerah
Batang Padang.

1.7.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk tinjauan. Bentuk kajian ini dipilih kerana ia merupakan kajian
mengumpul maklumat serta dapatan daripada murid-murid tentang punca-punca dan
jenis-jensi kesilapan murid-murid dalam menyelesaikan masalah bercerita matematik
serta sikap murid-murid sendiri terhadap matapelajaran matematik khususnya dalam
penyelesaian masalah bercerita.

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah gabungan dua kaedah iaitu pensel dan
kertas dan temuduga secara individu. Murid-murid akan diberikan ujian secara
kumpulan untuk menentukan tahap pemahaman mereka dalam masalah bercerita.
Selepas itu pengkaji akan menemuduga yang gagal secara individu berdasrkan
Prosedur Analisis Kesilapan Newman yang telah diubahsuaikan seperti di bawah:




1 membaca masalah
2 memahami apa yang dibaca
3 membuat transformasi pemikiran
4 mengaplikasikan kemahiran proses yang diperlukan
5 membuat pengkodan jawapan dalam bentuk bertulis

1.8 Rangka Jadual Kerja

a) Borang maklumat respondan
b) Ujian bertulis penyelesaian masalah bercerita matematik
c) Temuduga Individu (pelajar)

1.9 Kepentingan Kajian

1 Kajian dijalankan ini hanya tertumpu pada murid-murid tahun empat di
Sekolah Kebangsaan Slim River sahaja. Kajian ini hendaklah diulangi bagi
semua sekolah rendah di seluruh negeri atau Negara untuk menguatkan lagi
dapatan kajian.
2 Kajian ini tertumpu pada murid-murid sederhana dan lemah tahun 4. Kajian
ini juga perlu diberi pada murid yang berada di kelas pertama atau yang
terakhir untuk menguji adakan mereka menghadapi masalah yang serupa
dalam penyelesaian masalah bercerita matematik.
3 Kajian ini juga perlu diulangi bangi menguji semula kebolehpercayaan dan
kesahan instrument yang telah di gunakan seperti ujian bertulis dan boring
soalan.

1.10 Rujukan
Fatimah Salleh (1999), Visualisasi Sebagai Satu Teknik Pengajaran Matematik.
Journal of the Assocition or scince and Mathematics education, Penang (ASMEP),
Volume 7, 1999, 36-42

Khairani Abu Bakar, & Hazali Hassan. (2000). Penilaian di Dalam Kelas Matematik
KBSR. Pulau Pinang. Cerdik Publications Sdn Bhd.

You might also like