You are on page 1of 14

Rancangan Pengajaran Harian

JU Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Negeri Sembilan





Rancangan Pengajaran
Harian

Pendidikan Kesihatan

Tahun 1


















Rancangan Pengajaran Harian
JU Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Negeri Sembilan
Tajuk : Kesihatan diri dan reproduktif

Standard Kandungan : 1.1 Memahami aspek fizikal lelaki dan
perempuan.

Standard Pembelajaran : 1.1.1 Mengenali bahagian tubuh badan
kepala, badan, tangan, kaki dan
genital.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir P&P, 20/20 murid dapat
1) menamakan 5 bahagian tubuh badan.

Bahan bantu Belajar : Lirik lagu, poster
EMK : KREATIVITI
Langkah Pengajaran :
1. Edarkan lirik lagu Tubuh Saya (modul pengajaran PK)
2. Murid menyanyi sambil beraksi mengikut melodi lagu Are
You Sleeping.
3. Murid menamakan bahagian tubuh yang ditunjukkan dalam gambar.
4. Murid menunjukkan bahagian tubuh yang disebutkan oleh guru.
Contoh : Mana mata kamu?


Kod Evidens : B1D1E1
Impak :







Rancangan Pengajaran Harian
JU Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Negeri Sembilan
Tajuk : Kesihatan diri dan reproduktif

Standard Kandungan : 1.1 Memahami aspek fizikal lelaki dan
perempuan.

Standard Pembelajaran : 1.1.2 Berkata TIDAK/JANGAN kepada
sentuhan tidak selamat.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir P&P, 20/20 murid dapat
1) menunjukkan cara mengatakan
TIDAK/JANGAN kepada sentuhan
selamat.

Bahan bantu Belajar : Kad gambar
EMK : KREATIVITI
Langkah Pengajaran :
1. Soal jawab tentang aspek fizikal lelaki dan perempuan.
2. Murid menyatakan tentang sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat.
3. Murid menunjukkan cara mengatakan TIDAK/JANGAN kepada sentuhan
tidak selamat.
4. Murid melakonkan situasi sentuhan tidak selamat.


Kod Evidens : Tiada Pentaksiran
Impak :







Rancangan Pengajaran Harian
JU Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Negeri Sembilan
Tajuk : Kesihatan diri dan reproduktif

Standard Kandungan : 1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan
diri.

Standard Pembelajaran : 1.2.1 Memahami kepentingan menjaga
kebersihan diri.
1.2.2 Menjaga kebersihan diri kepala,
badan, tangan, kaki dan genital
dengan cara mandi yang betul.
1.2.6 Menjaga kebersihan organ genital
cara dan masa mencuci organ genital
dengan betul

Objektif Pembelajaran : Pada akhir P&P, 20/20 murid dapat
1) menyebut cara menjaga kebersihan
diri yang betul.

Bahan bantu Belajar : Lembaran kerja
EMK : KREATIVITI
Langkah Pengajaran :
1. Terangkan kepentingan menjaga kebersihan diri.
2. Bersoal jawab dengan murid tentang cara membersihkan setiap bahagian
tubuh.
3. Murid menyebut cara menjaga kebersihan diri dengan betul.


Kod Evidens : B2D1E1,B4D1E1
Impak :









Rancangan Pengajaran Harian
JU Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Negeri Sembilan
Tajuk : Kesihatan diri dan reproduktif

Standard Kandungan : 1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan
diri.

Standard Pembelajaran : 1.2.3 Menjaga kebersihan tangan dan kaki-
cara dan masa mencuci dengan betul.
1.2.4 Menjaga kebersihan kuku tangan dan
kaki cara membersih dan
memotong kuku dengan betul.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir P&P, 20/20 murid dapat
1) mencuci tangan dengan betul.

Bahan bantu Belajar : Lembaran kerja
EMK : KREATIVITI
Langkah Pengajaran :
1. Guru memeriksa kebersihan kuku murid di bilik darjah.
2. Bersoal jawab dengan murid tentang kebersihan tangan dan kuku.
3. Tunjukkan cara mencuci tangan dan kaki.
4. Murid mencuci tangan dengan betul.
5. Edarkan lembaran kerja.


Kod Evidens : B3D1E1
Impak :











Rancangan Pengajaran Harian
JU Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Negeri Sembilan
Tajuk : Kesihatan diri dan reproduktif

Standard Kandungan : 1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan
diri.

Standard Pembelajaran : 1.2.5 Menjaga kesihatan gigi menggosok
gigi dengan cara yang betul dan
mengurangkan makanan yang boleh
makanan yang boleh merosakkan gigi.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir P&P, 20/20 murid dapat
1) menamakan makanan yang boleh
merosakkan gigi.


Bahan bantu Belajar : Lembaran kerja
EMK : TMK
Langkah Pengajaran :
1. Guru menayangkan klip video cara menggosok gigi yang betul.
2. Murid melakukan aktiviti menggosok gigi dengan teknik yang betul.
3. Murid menyatakan makanan yang boleh merosakkan gigi.
4. Edarkan lembaran kerja.


Kod Evidens : Tiada Pentaksiran
Impak :







Rancangan Pengajaran Harian
JU Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Negeri Sembilan
Tajuk : Kesihatan diri dan reproduktif

Standard Kandungan : 1.3 Mengetahui penjagaan pakaian dan
alatan keperluan diri.

Standard Pembelajaran : 1.3.1 Menjaga kebersihan pakaian dan
alatan keperluan diri.

1.3.2 Mengelakkan daripada berkongsi
alatan keperluan diri sikat, berus
gigi, tuala, pakaian dalam, peralatan
makan dan minum.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir P&P, 20/20 murid dapat
1) menamakan alat keperluan diri yang
tidak boleh dikongsi.

Bahan bantu Belajar : Lembaran kerja
EMK : Keusahawanan
Langkah Pengajaran :
1. Bandingkan gambar budak berpakaian bersih dan berpakaian kotor.
2. Murid menyatakan kepentingan menjaga kebersihan pakaian.
3. Murid kenalpasti alatan yang diguna untuk membersih pakaian.
4. Murid menamakan alatan keperluan diri yang tidak boleh
dikongsi dan kepentingannya.


Kod Evidens : B2D1E2, B2D1E3, B3D1E2, B3D1E3
Impak :





Rancangan Pengajaran Harian
JU Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Negeri Sembilan
Tajuk : Kesihatan diri dan reproduktif

Standard Kandungan : 1.4 Mengetahui jenis makanan harian.

Standard Pembelajaran : 1.4.1 Memilih jenis makanan harian yang
berkhasiat.

1.4.2 Mengamalkan pengambilan makanan
yang sesuai mengikut waktu makan
(sarapan pagi, makan tengahari dan
makan malam)

Objektif Pembelajaran : Pada akhir P&P, 20/20 murid dapat
1) memilih makanan yang berkhasiat
mengikut waktu makan utama.

Bahan bantu Belajar : Lembaran kerja
EMK : Keusahawanan
Langkah Pengajaran :
1. Tunjukkan contoh pelbagai jenis makanan.
2. Murid mengenalpasti jenis makanan yang berkhasiat.
3. Murid memilih jenis makanan yang berkhasiat.
4. Murid menamakan waktu makan utama.
5. Murid pilih makanan yang berkhasiat mengikut waktu makan utama.


Kod Evidens : B1D2E1, B3D2E2
Impak :





Rancangan Pengajaran Harian
JU Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Negeri Sembilan
Tajuk : Kesihatan diri dan reproduktif

Standard Kandungan : 1.6 Mengetahui pelbagai jenis ubat.

Standard Pembelajaran : 1.6.1 Mengenali pelbagai jenis ubat.
1.6.2 Mengenalpasti tujuan ubat
digunakan.
1.6.5 Menyedari kepentingan ubat
disimpan di tempat yang sesuai.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir P&P, 20/20 murid dapat
1) menamakan jenis ubat.

Bahan bantu Belajar : Peti Pertolongan Cemas
EMK : Keusahawanan
Langkah Pengajaran :
1. Guru menunjukkan peti pertolongan cemas.
2. Murid meneka kandungan dalam peti pertolongan cemas.
3. Guru menunjukkan beberapa jenis ubat (kapsul, cecair, krim, pil).
4. Bersoal jawab dengan murid tujuan ubat digunakan.
5. Guru menerangkan kepentingan menyimpan ubat di tempat yang selamat.


Kod Evidens : B3D3E1
Impak :






Rancangan Pengajaran Harian
JU Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Negeri Sembilan
Tajuk : Pengurusan mental dan emosi

Standard Kandungan : 2.1 Memahami perasaan
Standard Pembelajaran : 2.1.1 Mempamerkan perasaan yang dialami
seperti gembira, sedih, takut, marah
dan malu.
2.1.2 Membezakan antara kehendak dan
keperluan.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir P&P, 20/20 murid dapat
1) menyatakan keperluan atau kehendak
terhadap sesuatu barang yang dipilih.

Bahan bantu Belajar : Gambar memek muka, kotak beracun,
pemain CD dan CD muzik
EMK : Kreativiti
Langkah Pengajaran :
1. Permainan kotak beracun.
2. Murid yang terpilih mempamerkan memek muka berdasarkan cabutan
memek muka.
3. Guru menunjukkan beberapa jenis barang .
4. Murid memilih barang yang digemari.
5. Murid menyatakan keperluan atau kehendak terhadap sesuatu barangan
yang dipilih.


Kod Evidens : B1D3E1, B5D3E1
Impak :



Rancangan Pengajaran Harian
JU Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Negeri Sembilan
Tajuk : Kekeluargaan

Standard Kandungan : 2.3 Memahami diri sendiri dan ahli dalam
keluarga/penjaga
Standard Pembelajaran : 2.3.1 Mengenalpasti ahli dalam
keluarga/penjaga.
2.3.2 Menyedari peranan ahli dalam
keluarga/penjaga.
2.3.6 Mengenalpasti ahli dalam rumah
Objektif Pembelajaran : Pada akhir P&P, 20/20 murid dapat
1) menamakan ahli keluarga yang hidup
bersama.

Bahan bantu Belajar : Gambar, Poster
EMK : Kreativiti
Langkah Pengajaran :
1. Bersoal jawab dengan murid tentang keluarga mereka seperti nama, umur
dan pekerjaaan ibu bapa serta ahli keluarga lain yang tinggal bersama.
2. Paparkan gambar atau poster keluarga di hadapan kelas.
3. Murid memperkenalkan ahli keluarga yang terdapat dalam gambar.
4. Murid ceritakan peranan murid sebagai anak dan ahli keluarga lain.




Kod Evidens : B1D4E1, B2D3E1
Impak :


Rancangan Pengajaran Harian
JU Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Negeri Sembilan
Tajuk : Perhubungan

Standard Kandungan : 2.4 Mengetahui perhubungan dengan ibu
bapa/penjaga, ahli keluarga, rakan
sebaya dan indvidu lain
Standard Pembelajaran : 2.4.1 Menjalinkan hubungan berkekalan
dengan ibubapa/penjaga, ahli
keluarga, rakan sebaya dan orang
lain.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir P&P, 20/20 murid dapat
1) bercerita tentang perhubungan
dengan ibu bapa.

Bahan bantu Belajar : lirik lagu keluarga bahagia
EMK : Kreativiti
Langkah Pengajaran :
1. Edarkan lirik lagu dan nyanyian bersama.
2. Murid bercerita tentang perhubungan berkekalan dengan ibu bapa dan adik
beradik.
3. Edarkan lembaran kerja.




Kod Evidens : Tiada pentaksiran
Impak :


Rancangan Pengajaran Harian
JU Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Negeri Sembilan
Tajuk : Penyakit

Standard Kandungan : 3.1 Mengetahui kuman.
Standard Pembelajaran : 3.1.1 Menyedari kuman organism yang
berbahaya.
3.1.2 Menceritakan cara kuman merebak.
3.1.3 Menceritakan cara mengelak kuman
merebak.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir P&P, 20/20 murid dapat
1) menceritakan cara kuman merebak.

Bahan bantu Belajar : Gambar
EMK : Kreativiti
Langkah Pengajaran :
1. Bersoal jawab dengan murid tentang jenis penyakit yang murid tahu.
2. Murid menamakan penyakit yang diketahui.
2. Murid menyakan penyakit disebabkan oleh kuman.
3. Murid menyatakan cara kuman merebak.
4. Murid menceritakan cara untuk mengelak daripada jangkitan kuman.




Kod Evidens : B4D4E1, B5D4E1
Impak :



Rancangan Pengajaran Harian
JU Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Negeri Sembilan
Tajuk : Keselamatan

Standard Kandungan : 3.3 Mengetahui keselamatan diri di
rumah, sekolah, taman permainan dan
tempat awam.
Standard Pembelajaran : 3.3.1 Menyimpan sendiri nama, nombor
telefon, alamat sendiri serta nama,
nombor telefon dan tempat kerja ibu
bapa/penjaga.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir P&P, 20/20 murid dapat
1) menyatakan kepentingan menyimpan
butiran diri.


Bahan bantu Belajar : Gambar, Poster, kad butiran diri murid
EMK : Kreativiti
Langkah Pengajaran :
1. Guru pamerkan kad butiran diri murid.
2. Murid menyatakan kandungan kad butiran murid.
3. Guru berikan situasi untuk lakonan (murid tertinggal bas sekolah)
4. Murid membuat lakonan dan kaitkan dengan kepentingan menyimpan
butiran diri.
5. Murid lengkapkan butiran diri.




Kod Evidens : B1D5E1
Impak :

You might also like