You are on page 1of 38

SENI ANYAMAN

Ulfa Nur Asyifa


Annisa fitha cintani
Dony Harry Pratama
Bagus Setiawan
Sejarah
Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat
dipisahkan daripada cara hidup tradisional
masyarakat di nusantara. Daripada tikar hingga
kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja
menganyam membentuk persekitaran hidup
yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak
menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan
tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan
bahan anyaman. Keseluruhannya, kemahiran
asas dalam seni anyaman tidak banyak berbeza,
cuma bergantung kepada jenis tumbuhan yang
dijadikan bahan anyaman. Antara tumbuh-
tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam
seni anyaman ialah buluh, mengkuang, rotan,
ribu-ribu dan lidi. Perbezaan ciri tumbuh-
tumbuhan ini menghasilkan pelbagai bentuk
dan barangan seni anyaman.
JENIS-JENIS ANYAMAN
1. Anyaman Mengkuang - Daun
mengkuang -Tikar, tudung salji,
bekas pakaian dan lain-lain
2. Anyaman pandan - Daun pandan
duri -Tikar sembahyang, hiasan
dinding,
3. Anyaman Buluh - Jenis-jenis buluh
yang sesuai - Bakul, bekas
pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
4. Anyaman Rotan - Rotan yang telah
diproses -Bakul, bekas pakaian,
tempat buaian anak dan lain-lain
5. Anyaman Lidi - Lidi kelapa-Lekar,
bekas buah, bekas telor.
6. Anyaman ribu-ribu-Paku pakis
ribu-ribu.-Tempat tembakau, bekas
sirih terbus, bakul, bekas seba
guna dan lain-lain.

Buluh merupakan salah satu spesis rumput,
sama seperti lalang, jagung dan padi. Buluh
yang kadang-kadang disebut bambu atau aur,
tumbuh dan membiak dengan mudah di
kebanyakan kawasan tropika dan subtropika.
Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis
buluh. Antaranya buluh akar, buluh
batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh
duri, buluh gading, buluh kasap, buluh
minyak/padang, buluh peleting, buluh perindu
dan buluh sembilang. Bagi masyarakat
peribumi di nusantara, buluh mempunyai
seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur kail
atau joran, baur panah, bekas membakar
lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar,
ranting dan batang payung, rakit, sangkak,
seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan
sebagainya. Hasil anyaman buluh pula
termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji.
Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh
betung, buluh minyak dan buluh gading.
MEMPROSES BAHAN
Merendam

Mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian
direndam di dalam air asam dan air selut selama seminggu. Tetapi kini
cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu direbus bersama
campuran soda. Proses ini bertujuan mengeluarkan kandungan gula
yang terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan
tahan lebih lama. Dari segi rupa pula, buluh yang telah direndam
sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik walaupun berbau
masam.

Menyalai


Selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap hingga
kering. Kemudian buluh dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada
isi batang pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan isi batang yang
diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam anyaman. Bilah
bahagian kulit buluh lebih keras dan sukar dilenturkan jika
dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu, bilah bahagian kulit lebih
sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan. Dalam
pembuatan nyiru, misalnya, bilah kulit dijadikan bingkai untuk
anyaman bilah isi.






Anyaman Pandan dan
Mengkuang
Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur,
paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi
air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni
menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas.
Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada
anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan
mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang
sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang
daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya
mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda
yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-
benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu,
bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar
daripada bilah anyaman pandan.

Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan
hasil kerja, lebih kecil bilah, lebih halus hasil kerjanya.
Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai
hiasan yang tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih
menekankan ciri fungsional. Tikar mengkuang yang lebar
anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi,
mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya.
Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak
dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang
dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang
bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak dan
berwarna-warni.
Memproses
Bahan

Anyaman Pandan dan Mengkuang

Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-
tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan
yang menggenangi air tawar di seluruh
nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam
pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan
itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan
daripada anyaman pandan dan mengkuang.
Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan
daripada spesis yang sama. Daun mengkuang
lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun
pandan. Oleh yang demikian, biasanya
mengkuang digunakan untuk menganyam
benda-benda yang lebih besar dan kukuh
berbanding dengan benda-benda yang
diperbuat daripada pandan. Namun begitu,
bilah anyaman mengkuang tidak semestinya
lebih lebar daripada bilah anyaman pandan.

Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan
kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah, lebih halus
hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus
pembuatannya mempunyai nilai hiasan yang
tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih
menekankan ciri fungsional. Tikar mengkuang
yang lebar anyamannya biasanya digunakan
untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur
atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang
dianyam untuk kegunaan demikian tidak
dicelupkan warna, berlainan daripada tikar
yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu
dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus
anyamannya malah bercorak dan berwarna-
warni.

Rotan merupakan sejenis tumbuhan palma yang
memanjat. Pelbagai jenis rotan tumbuh liar di hutan-hutan
nusantara. Antaranya rotan air, rotan bakau, rotan batu,
rotan bukit, rotan kera, rotan kolam, rotan manau, rotan
sega dan sebagainya. Daripada puluhan jenis itu, rotan
batu, rotan manau dan rotan sega dianggap paling baik
untuk tujuan pembuatan perabot dan hasil anyaman.
Malah, berasaskan potensinya dalam pembuatan perabot,
sejak beberapa tahun
kebelakangan rotan manau telah ditanam secara besar-
besaran sebagai tanaman komersil sampingan di celah-
celah barisan tanaman lain. Hasil anyaman rotan
tradisional termasuk bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan
juga alat permainan tradisional seperti sepak raga. Sesuai
dengan cara hidup moden, rotan kini semakin popular
sebagai kelarai perhiasan, seperti terendak lampu.
ANYAMAN ROTAN
Memproses Bahan
Batang rotan yang besar dipotong daripada
pokoknya antara dua hingga tiga depa
panjang supaya mudah diangkut ke luar
hutan. Rotan kecil-kecil pula dipotong
setakat yang berguna, kemudian
dilingkarkan. Sebelum digunakan, rotan
perlu direbus supaya tisunya mati dan
kandungan gulanya tersingkir. Ini penting
untuk memastikan ketahanan dan
mengelakkan serangan serangga seperti
bubuk.

Rotan yang siap direbus, dijemur hingga
kering. Seterusnya, rotan batang yang ingin
dijadikan kerangka perabot diketam dan
dipelas kertas pasir sebelum divarnis.
Sementara rotan yang mahu dijadikan bilah
anyaman terus divarnis sebelum disepat atau
dibelah.

Anyaman Ribu-Ribu

Anyaman ribu-ribu Ribu -ribu adalah
sejenis paku-pakis yang hidup liar
terutama di kawasan belukar yang
lembap. Terdapat beberapa jenis ribu-ribu
iaitu ribu-ribu biasa, ribu-ribu besar/gajah
dan ribu-ribu bukit/duduk atau akar sidin.
Kegunaan utama ribu-ribu pada masa
dahulu ialah sebagai bahan untuk
dijadikan tali. Banyak rumah di
Terengganu misalnya menggunakan tali
ribu-ribu sebagai pengikat rabung kerana
tali jenis ini tahan lama. Tetapi kini
kegunaan ribu-ribu hampir terbatas
kepada hasil kraftangan sahaja. Barang-
barang yang diperbuat daripada ribu-ribu
termasuk terendak, bekas tembakau,
bekas sirih dan dompet.

Pokok kelapa dikenali sebagai
pokok serbaguna kerana semua
bahagian pokok ini boleh
digunakan. Salah satu bahan
kraftangan yang diperbuat
daripada pokok kelapa ialah lidi.
Berbagai-bagai barangan boleh
dihasilkan daripada lidi kelapa.
Antaranya, lekar, bakul, tempat
simpan telur, bekas buah-
buahan dan raga gubahan bunga.
Memproses Lidi
Kraftangan ini bermula dengan kerja meraut
dan mengisit daun kelapa yang muda dan
panjang untuk mendapatkan lidinya. Lidi
yang sudah licin, direbus dengan bahan
pewarna dan kemudian dijemur hingga
kering. Kini lidi itu sedia untuk dianyam
mengikut bentuk yang dikehendaki.

Cara menganyam lidi tidak banyak berbeza
daripada cara menganyam rotan bulat.
Untuk membuat lekar atau bakul, misalnya,
bahagian tapak disusun terlebih dahulu
didalam satu bingkai supaya bilah-bilah lidi
tidak mudah terungkai. Kemudian hujung lidi
dilentur secara berselang-seli dan diselitkan
di antara satu sama lain dalam aturan
tertentu untuk menghasilkan suatu corak.
Seterusnya lidi itu ditarik supaya anyaman
tersebut menjadi kukuh. Akhirnya bahagian
hujung lidi diselitkan dengan kemas dan
bakinya dipotong.

















Tikar lipat wakatobi
Satu lagi kerajinan asli Kepulauan
Wakatobi yang rasanya pantas untuk
dibicarakan adalah seni anyaman tikar
lipat. Dengan bahan dasar daun
pandan yang dikeringkan, dan
kemudian dianyam menjadi tikar.
Banyak penduduk desa Feruke
mencoba menjualnya ke turis yang
biasa datang ke sana.
Biasanya baru setelah dijemur
selama tiga hari. Daun pandan siap
untuk dianyam menjadi tikar liap,
ungkap seorang ibu. Harganya juga
tidak terlalu mahal,berkisar antara 25
50 ribu saja, kita telah memiliki
sebuah tikar lipat seukuran badan
orang dewasa. Rasa sejuk yang
keluar saat kita tidur di atasnya,
menjadi daya tarik tersendiri di tengah
teriknya udara lautan di sana. (slg)

Seni anyaman dengan bahan rotan,
bambu dan purun sangat artistik.
Anyaman rotan berupa tas dan kopiah.
Bentuknya
a.MbolaMbola
terdiri dari tiga jenis:
# Mbola rombo
Terbuat dari daun lontar dan bahan anyaman lainnya dengan empat sudut pada dasarnya dan permukaannya berbentuk bulat dilengkapi dengan tagli, digunakan untuk mengisi hasil tanaman dengan cara menjunjung di kepala oleh para wanita Ende Lio.
# Mbola Gata
Cara membuatnya seperti mbola rombo, hanya ukurannya lebih kecil digunakan sebagai tempat padi, beras, jagung dalam wuru mana wai laki.
# Nora
Bentuknya seperti mbola rombo hanya ukurannya besar dianyam dari daun lontar atau wunu rea, sebagai tempat untuk mengisi hasil panen seperti padi, jagung, mete dll.

b.Kadhengga
Terbuat dari daun lontar dengan dasar enam sudut, tingginya 15 cm, digunaakn sebagai alat batu titi jagung dan menapis jagung yang sudah dititi menjadi 3 bagian yaitu: Pu weni wu atau kasar halus bubuk.

c.Kidhe
Dianyam dari kulit bambu dan bentuknya ceper dan bulat, permukaannya dianyam dengan tali ngidho/ rata dan bulatan bila bambu agar menjadi kuat. Kegunaannya untuk menapis beras/ padi dan juga digunakan sebagai payung disaat hujan.

d.Kadho
Dianyam dari daun lontar dengan dasar enam sudut dan permukaannya berbentuk gerigi, gunanya untuk mengisi nasi/ nasi jagung disaat makan. Dan kuahnya diisi dengan tempurung sehingga menjadi istilah adat yaitu kea kadho yang berarti kaum keluarga atau suku.

e.Wati-Wati
dianyam dari daun lontar atau bhoka au dengan bentuk enam sudut hingga delapan sudut, dilengkapi dengan tutupannya dan gunanya untuk mengisi bekal, bibit tanaman, benang dll. Wati mempunyai bentuk sangat banyak dan adapula yang bermotif diantaranya wati woga, wati robha, wati wuga dll.

f.Kopa
Bentuknya seperti peti, digunakan untuk menyimpan pakaian lambu luka lawo, dianyam dari daun lontar dan bilah bambu yang dilengkapi dengan tutupannya dan ada juga dinamakan kopa wuga.

g.Mbeka Weti
Tempat sirih pinang/ kapur yang dianyam dari daun lontar dengan bentuk empat persegi, dibuat dari 2 susun dan bagian dalam dibuat 2 laci untuk menyimpan uang, pea bako dll.

h.Mbeka/ Mbosa
Dianyam dari daun lontar, bentuknya seperti mbola gata hanya agak lonjong, dilengkapi dengan tali gantungan. Jenis anyaman ini disebut juga mbola doko.

i.Rembi
Dianyam dari daun lontar dilengkapi dengan tali eko yang dipintal, bentuknya seperti tas gantung, digunakan oleh mosalaki Ria Bewa/ tua-tua adat saat upacara adat dan acara resmi lainnya.

j.Supa
Bentuknya sangat kecil dilengkapi dengan tutupan, berbentuk bulat lonjong dianyam dari daun lontar untuk menyimpan barang-barang penting yang sangat berharga.

k.Ripe/Nepe
Berbentuk seperti dompet dianyam dari daun lontar, dilengkapi dengan tutupannya untuk menyimpan tembakau, dudu sunga, uang dll.

l.Te/Tikar
Tikar dianyam dari daun lontar, dianyam dua lapis digunakan untuk alas tidur sedangkan tikar besar digunakan untuk menjemur padi, jagung, wete, ke, pega, lusi dll. Pengrajin anyam tikar yang sudah dikenal oleh masyarakat umum yaitu Te Ndori dengan pinggir kain merah, Te Reka. Te Roga biasa membuat khusus tikar jemuran. Selain untuk tempat tidur dan alas jemuran, juga digunakan untuk alas duduk bagi tamu agung atau tamu yang sangat dihormati.

m.Lpo
Dianyam dari daun gebak atau daun boro untuk mengisi kapas, garam dapur dll.

n.Kiko
Bahan anyaman dari daun lontar, berbentuk segi empat digunakan untuk mengisi beras/ emping beras serta digunakan sebagai sarana upacara seremonial adat.

o.Raga
Terbuat dari kulit bambu dengan dasar empat sudut seperti mbola, dilengkapi dengan empat tali gantungan untuk tempat ikan dll.

p.Bela Raga
Bela terbuat dari anyaman rotan ua/taga untuk digunakan sebagai sarana yaitu wedhi raga.

q.Sesa dan Notu Sesa
dianyam dari bhoka - sedangkan notu dianyam dari kulit bambu, digunakan sebagai alat penangkap ikan, udang dan binatang air lainnya.

r.Wuwu
Keranjang besar berbentuk segi empat, dianyam dari bambu dilengkapi dengan pintu yang tidak dapat keluar, digunakan sebagai alat penangkap ikan laut.

s.Ola Bao
Ikat pinggang besar yang dianyam dari tali eko atau jenis tali lainnya digunakan sebagai ikat sarung luka/ ragi sewi lowe pada upacara adat dan acara resmi lainnya.

t.Rabha
Daun kelapa dianyam seperti tikar digunakan sebagai tempat duduk, tutu seda, tempat jemur ikan dll.

u.Kata
Keranjang yang dianyam dari daun kelapa, dilengkapi dengan tali gantung pikulan, sebagai tempat untuk mengisi hasil ladang, ayam dll. Ada beberapa jenis keranjang yaitu kata mapa, kata kowe, kata rabha, kata manu, kata rembi dll.
PERJALANAN WAKTU
SEJARAH SENI ANYAMAN

1.Dipercayai seni graf tangan muncul dan bergembang tanpa pengaruh luar.

2.Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan
bukan sebagai mata pencarian utama.

3.Hasil graf tangan dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah untuk anak saudara atau
sahabat handai sebagai tanda kasih atau kenang-kenagan.

4.Seseorang wanita dianggap tidak mempunyai sifat kewanitaan yang lengkap jika dia tidak mahir dalam
seni anyaman.

5.Proses anyaman biasanya dijalankan oleh kaum wanita; lelaki hanya menolong menetap daun dan
memprosesnya.

6.Perusahaan anyaman biasanya dilakukan secara individu dan secara kecil-kecilan yang merupakan satu
usaha ekonomi bagi orang-orang di kampung.

7.Kini,terdapat organisasi dan perbadanan yang mengusahakannya, dengan skala yang besar seperti
cawangan-cawangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Persatuan Gerakan Wanita Felda,
Pusat Graftangan Felda, dan sebainya.

8.Hasilan anyaman bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan pealangan.Hasilan anyaman tidah
terkongkong dalam bentuk tradisional sahaja. Ciptan dimensi baru dari segi rupa dan bentuk, warna dan
corak, teknik dan bahan sering diubah-ubahkan mengiikut peredaran zaman dan cita rasa pelanggan.

9.Bahan-bahan asas untuk anyaman ialah:-

**Pandan atau mengkuang.
**Nipah.
**Bertam.
**Buluh.
**Paku-pakis ribu-ribu.
**Bemban.
**Daun serdang.
**Rotan.
**Rumput-rampai.
**Lidi.
i. Cik Siah bt Jumaat berasal
dari negeri Terengganu
mencipta kelarai Sambas
ii Hajah Asiah bt. Salleh dari
negeri Terengganu mencipta
kelarai Tapak harimau
iii Hajah Semek dari negeri
Terengganu mencipta kelarai
Mak Mek
iv. Esah bt Said dari negeri
Kelantan mencipta kerai Sisik
Kelah.
v. Dayang Aisah bt. Awang
Husin dari negeri Sabah
mencipta kelarai bunga

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944.
Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman,
iaitu tempat penghasilan kraftangan
anyaman yang terkenal. Puan Aminah
merupakan tokoh kraf anyaman yang telah
dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia.
Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat
pertama dalam pertandingan Pertukangan
tangan sezaman anjuran muzium Negara.
Hingga kini beliau masih aktif sebagai
seorang ahli kraftangan anyaman.
Puan Aminah binti Ali

Perkembangan
Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak
mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah
anyaman adalah sama dengan perkembangan seni
tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik
kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan
keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan
adalah bahan asas yang awal digunakan untuk
menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam
buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi
menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus
(1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman
digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar
Raja yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif
menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung.
Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru
Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di
negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih
terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah,
Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka,
Sarawak dan Sabah.
Anyaman bermaksud proses
menyilangkan bahan-bahan
daripada tumbuh-tumbuhan untuk
dijadikan satu rumpun yang kuat
dan boleh digunakan. Bahan-
bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar,
buluh, pandan, mengkuang, jut
dan sebagainya. Bahan ini biasanya
mudah dikeringkan dan lembut.
PENGENALAN

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi
kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu.
Menganyam bermaksud proses menjaringkan
atau menyilangkan bahan-bahan daripada
tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun
yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-
tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan,
akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa
bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.

You might also like