You are on page 1of 3

Mata

Pelajaran
Sains
Kelas 5 BRILLIANT
Tema/Tajuk SAINS HAYAT/ HAIWAN
Masa 60 minit
Standard
Pembelajaran
3.2.1, 3.2.2
Objektif
Pembelajaran

Di akhir pembelajaran murid-murid dapat,

1- Mengemukakan soalan yang relevan untuk mencungkil maklumat
tentang ciri dan tingkah laku haiwan untuk melindungi diri daripada
musuh dan cuaca melampau
2- Membuat penaakulan bagi setiap ciri dan tingkah laku haiwan untuk
melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau.

KPS Berkomunikasi, Memerhati, Membuat inferens

Aktiviti :
1. Murid berada dalam kumpulan seperti mana semasa membina
model haiwan imaginasi.
2. Aktiviti soal jawab ini melibatkan 4 kumpulan serentak.
(Sebagai contoh, kumpulan tersebut ialah A, B, C dan D)

3. Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan seperti di bawah:
i. Kumpulan A akan menyerahkan model ciptaan mereka
kepada Kumpulan B
ii. Kumpulan B akan berbincang dan membina soalan untuk
mencungkil maklumat tentang ciri dan tingkah laku khas
haiwan ciptaan kumpulan A.
iii. Setiap ahli kumpulan B mesti mengemukakan sekurang-
kurangnya satu soalan kepada Kumpulan A.
iv. Kumpulan A mesti menjawab soalan yang dikemukakan.
v. Selepas menjawab, Kumpulan A juga mesti mempersoalkan
soalan yang telah dikemukakan oleh Kumpulan B.
vi. Kumpulan B mesti memberikan penjelasan mengapa soalan
itu dikemukakan berdasarkan pemerhatian yang dilakukan
terhadap model.
vii. Kumpulan C dan D bertanggungjawab memberi markah
kepada kumpulan A dan B berdasarkan Lampiran 1.







4. Cadangan soal jawab yang mungkin berlaku:

Ahli 1 Kumpulan B
B : Adakah haiwan ini boleh terbang?
A : Ya. Mengapa awak bertanya begitu?
B : Bahagian belakangnya mempunyai struktur seperti sayap.

Ahli 2 kumpulan B
B : Adakah haiwan ini menyembur racun?
A : Tidak. Mengapa awak bertanya begitu?
B : Ada serbuk berwarna merah dalam bahagian mulut.
A : Serbuk merah itu untuk menakutkan musuh seperti dakwat
hitam pada sotong

5. Sesi soal jawab berterusan sehingga kesemua ahli Kumpulan B
bertanyakan soalan atau sehingga semua soalan yang dibina
dikemukakan.

6. Secara ringkasnya, peranan kumpulan adalah seperti berikut:

7. Langkah 3 hingga 5 diulang dengan menggunakan model
Kumpulan B dan Kumpulan A bertanggungjawab mengemukakan
soalan.

8. Langkah 3 hingga 6 diulang dengan menukar peranan kumpulan
iaitu Kumpulan C dan D akan bersoal jawab manakala Kumpulan A
dan B memberi markah.

Penutup:
1. Murid dibimbing untuk membuat rumusan tentang kepentingan ciri /
tingkah laku khas kepada haiwan.
2. Murid membuat refleksi tentang kepentingan kemahiran menyoal
Kump Tugas Catatan
A
Menyerahkan model mereka kepada
kumpulan B. Setiap ahli kumpulan
WAJIB terlibat dalam sesi soal jawab
yang dijalankan
Menjawab
soalan dari ahli
kumpulan B
B
Menerima model dari kumpulan A,
membuat pemerhatian dan membina
persoalan. Setiap ahli kumpulan
WAJIB terlibat dalam sesi soal jawab
yang dijalankan
Mengemukakan
soalan kepada
kumpulan A
C &
D
Memerhatikan soal jawab antara
kumpulan A dan B.
Kumpulan C memberi markah kepada
kumpulan A dan Kumpulan D
memberi markah kepada B
Menggunakan
Lampiran 1
untuk mendapatkan maklumat.
EMK
Kreativiti dan Nilai
Bahan Bantu
Belajar
Bahan-bahan terbuang, gunting, gam, pensil warna
Penilaian
P&P
Lampiran 1

You might also like