You are on page 1of 27

Page | 1

ISI KANDUNGAN
TAJUK/TITLE PAGES
NO
ISI KANDUNGAN 1
PENGENALAN 2
KAUM MELAYU 3
-Perayaan 4-5
-Kesenian 6-8
-Perkahwinan 8
-Pakaian 9-11
-Makanan 11-12
KAUM CINA 13
-Kebudayaan 13-15
-Perayaan 15-17
-Pakaian 17-18
-Makanan 18-19
KAUM INDIA 20
-Perayaan 20
-Pakaian 21
-Makanan 21
-Perkahwinan 21
-Kematian 22-23
KESAN KEPELBAGAIAN KAUM 24
KESIMPULAN 25
BIBLIOGRAFI 26
RUJUKKAN/REFERENCE 27





Page | 2

PENGENALAN
Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun
tidak dapat dinafikan . Adat dan budaya yang merangkumi seluruh aspek bermula dari
kelahiran , perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua
masyarakat di Malaysia . Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan
oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat
tersebut .
Pengetahuan terhadap kebudayaan adalah penting bagi rakyat Malaysia kerana banyak
salah faham antara prasangka timbul daripada gagasan untuk mewujudkan
kebudayaan kebangsaan Malaysia yang berteraskan kebudayaan peribumi . Ini kerana
kebudayaan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan masyarakat kerana tidak
aka nada kebudayaan sekiranya tidak ada masyarakat.













Page | 3

Kaum melayu
Dari segi bahasa , bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu adalah daripada
kelompok bahasa Austronesia. Bahasa ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mengikut
tiga kumpulan manusia berdasarkan kedudukan geografi masing masing (Mardiana
Nordin:2014). Tiga kumpulan tersebut adalah di semenanjung dan Kepulauan Melayu
yang meliputi Malaysia , Indonesia ,Filipina , dan Madagascar ; kedua Malenesia dan
kepulauan sekitarnya serta ketiga polinesia dan kepulauan sekitarnya . Bahasa yang
digunakan oleh orang melayu ialah bahasa melayu . Sebelum kedatangan barat ,
tulisan yang digunakan oleh orang melayu ialah tulisan jawi iaitu pengaruh yang dibawa
oleh pedagang-pedagang Arab sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi .
Dari segi hukum adat , dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah
Melayu iaitu adat perpatih dan adat Temenggung . Adat perpatih diamalkan oleh
masyarakat Melayu di Negeri Sembilan . Adat ini menekan konsep demokrasi dan
muafakat . Oleh itu , rajanya bukan berkuasa mutlak.Dalam adat ini juga , pewarisan
harta pusaka diutamakan kepada anak perempuan . Adat Temenggung menjadi amalan
masyarakat melayu seluruh semenanjung kecuali Negeri Sembilan . Adat ini
menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Selain itu ,
Adat ini turut mendapat pengaruh yang banyak daripada agama islam .









Page | 4

PERAYAAN-PERAYAAN KEAGAMAAN KAUM MELAYU
a) Aidilfitri
-Hari Raya Aidilfitri setahun sekali yang diraikan dalam bulan syawal mengikut kalendar
islam . Hari ini diraikan sebagai hari kemenangan dan hari kegembiraan setelah semua
umat islam berpuasa selama sebulan pada bulan ramadhan mengikut kalendar islam
islam iaitu bulan sebelum bulan syawal .
b) Aidiladha
-Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban .pada hari ini , masyarakat
melayu akan berkorban binatang ternakan mereka sebagai mengenang kesanggupan
nabi isail mengorbankan diri demi ketaatan kepada Allah s.w.t .
c) Nuzul Quran
-Hari Nuzul quran merupakan hari ke 17 dalam bulan ramadhan sempena hari
penurunan al-Quran. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-
Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-
peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41
daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat diGua
Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau
berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar
Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya
yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui
perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.



Page | 5

d) Maulud Nabi
-Maulud nabi merupakan sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. hari
bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul
Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim,
8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda
adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran
baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis
memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara
seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang
akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat
mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

e) Awal Muharam
- Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi
umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam
sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahanNabi Muhammad s.a.w dari
Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku
pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW
dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
[1]

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan
solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram
merupakan hari cuti umum di Malaysia.





Page | 6

KESENIAN
a) Tarian Zapin
-Terkenal di johor dan diperkenalkan dari timur tengah. Merupakan sejenis tarian
rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan
berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di
Nusantara iaitu di Semenjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang
sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti
di Malaysia,Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian
dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Tarian Zapin
mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara
peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin
adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai
sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat.
Ini disebabkan muzik yang dihasilkan Rebab mempunyai persamaan dengan gesekan
biola.
b) Tarian Inang
-Berasal dari kesultanan Melaka dan tarian gerak geri yang lemah gemalai. Tarian
Inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang. Ia
sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo
rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan
yang berwarna-warni.





Page | 7

c) Tarian Joget
- Merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian Joget sangat digemari oleh
masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari.
Tarian ini biasa dipersempahkan ketika upacara Mandi Safar. Suatu ketika dahulu di
Negeri Melaka, tarian Joget Lambak begitu terkenal. Malah Joget Lambak juga menjadi
acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya di
Negeri Melaka.
Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian Kaum Portugis iaitu Branyo. Ketika itu
Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu
dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget Rentak 106, Joget Johore Sport Club,
Joget Pucuk Pisang dan lain-lain lagi. Joget juga dikenali sebagai ronggeng yang
mengambil nama daripada perkataan wrong gang kerana ditarikan secara
berpasangan lelaki dan wanita.

d) Wayang Kulit
-Wayang kulit merupakan persembahan bayangan patung yang menggunakan bahasa
melayu-siam selatan. Seni hiburan ini popular di pantai timur serta mengandungi unsur
dan pengaruh dJripada hindu dan islam .
e) Makyong
-Sejenis dramatari berunsurkan Negara thai seperti gerakan tangan , jari dan posisi kaki
.Demikian juga alatan muziknya seperti geduk dan gedombak .Tarian ini
menggambarkan kehalusan dan keindahan istana .
f) Kuda Kepang
-sejenis tarian yang mendapat pengaruh hindu dan islam . dramatari ini tanpa dialog
yang mengisahkan satu cerita atau keadaan emosi umum dengan muzik .

Page | 8

g) Manora
-sejenis dramatari yang mengisahkan jataka , Buddha bercirikan Negara thai telah
diserap kedalam kebudayaan melayu . persembahannya menunjukkan percantuman
unsur Negara thai dengan melayu .

h) Joget Gamelan
-popular di Terengganu dan Pahang . ia bersal dari Indonesia . tarian ini dibawa oleh
orang bugis dari kepulauan riau .ia menceritakan cerita panji seperti raden galuh
cendera kirana dan raden ini keterpati .


PERKAHWINAN
a) Merisik
-proses bertanya oleh keluarga lelaki terhadap keluarga perempuan sekaligus berjanji .
b) Bertunang
-Persetujuan dan perjanjian antara dua pihak untuk melangsungkan akad nikah .
c) Pelamin Dan Bersanding
-pelamin ialah tempat pengantin duduk berdampingan (bersanding) dan bentuknya
bertingkat . pelamin melambangkan singgahsana raja dan pengantin akan bersanding
seumpama raja yang bersemayam di singgah sana kerana pada haro perkahwinan ,
pengantin dianggap raja sehari .


Page | 9

PAKAIAN
a) Sarung
-sarung boleh dipakai oleh wanita atau lelaki dalam bentuk kain lepas yang diikat
dipinggang . mempunyai tiga sifat iaitu kepala kain , badan kain dan tepi kain . bagi
wanita sarung dipakai bersama baju kurung dan bagi lelaki sarung boleh dipakai
bersama baju melayu sahaja ataupun bersama seluar dengan dijadikan kain samping .
b) Pakaian Cik Siti Wan Kembang
-pakaian diraja yang masyhur di Kelantan . terdiri daripada tiga helai kain iaitu sehelai
kain sarung songket diikat seribu di pinggang , kain selendang dibelit di dada seperti
berkemban dan bahu terdedah ditutup dengan kain limar panjang yang ditenun .
bersamanya dipakai pending , tali pinggang dan kalung emas bertatah permata .
c) Baju Riau
-Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri
atau Raja Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima
dari keturunan Bugis. Pada umumnya baju traisional melayu untuk kaum laki-laki
biasanya dilengkapi dengan kain Songket.







ma
Page | 10

d) Baju Belah Kebaya Panjang
-Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis,
mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan
Johor-Riau.Pola baju belah panjang ini masih bersifat mengurungkan anggota badan.
Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan
berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau
upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-
Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai baju panjang dan kebaya
panjang. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak
lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau
kerongsang tiga
e) Baju Melayu Cekak Musang
- yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di
Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Istilah ini berhubung langsung dengan pola
lingkaran leher baju, tengkuk cekak tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian
cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri
(2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) Ibni Sultan Abu
Bakar.
f) Baju Teluk Belanga
-Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai
ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki
yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan
perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau
bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut
selengkapnya Baju Melayu.

Page | 11

g) Baju kurung
-Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya
terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan
mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung
secara tidak langsung telah membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh.
Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah
istilah kurung diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang.
Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya baju kurung bernyawa
walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri
tersendiri.


MAKANAN
a) Nasi lemak
-Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura
terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak
dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala
daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan
sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti
ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.




Page | 12

b) Lemang
-Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya
terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan
tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan
tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat
daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun
pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di
Malaysia.
c) Otak-Otak
-Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan.
Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis
otak-otak di Malaysia iaitu Otak-otak Terengganu dan Otak-otak Johor.Pada
lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh
dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai spring roll. Kebiasaan otak-otak
diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak
ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa
atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak
dimakan ketika masih panas.









Page | 13

Kaum Cina

A. KEBUDAYAAN
Masyarakat Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam
kumpulan dialek utama iaitu Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan, dan Fuzhou (Hokchiu).
Sandakan pernah bergelar Hong Kong Kecil kerana bandar itu dijadikan tempat
tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong. Maka, secara amnya
terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia. Justeru itu, masyarakat Cina
mengamalkan pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang dalam kehidupan
seharian mereka. Antara amalan yang boleh dilihat sebagai kebudayaan dan adat
resam mereka ialah:

a) Kalendar Orang Cina
Perhitungan hari orang Cina ini bermula dari hari pertama anak bulan dan berakhir
selama 29 atau 30 hari. Setiap tahun mengandungi 12 bulan dan setiap tahun dikenali
dengan nama binatang-binatang tertentu. Apabila cukup 12 tahun, nama yang pertama
akan diulang. Nama-nama tersebut ialah tikus, lembu jantan, harimau, arnab, naga,
ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.
b) Keinginan Mendapat Anak Lelaki Pertama
Keinginan Mendapat anak lelaki sememangnya kuat di kalangan masyarakat Cina
kerana anak lelaki akan mengekalkan nama keluarga dan orang yang mengendalikan
upacara roh kepada ibu bapa yang meninggal dunia.




Page | 14

c) Pelajaran
Masyarakat Cina sejak dari beribu-ribu tahun dahulu amat mementingkan pelajaran. Di
Tanah Melayu dalam abad ke-19 dan ke-20, anak-anak Cina merupakan yang paling
ramai bersekolah berbanding dengan anak-anak Melayu dan India. Masyarakat Cina
beranggapan, bagaimana miskin pun seseorang itu bahawa mereka patut diberi
peluang yang sama untuk pelajaran. Pelajaran diharap dapat memajukan seluruh
keluarga dan membantu sanak saudara kelak.

d) Upacara Pengebumian
Masyarakat Cina sering mengadakan perarakan apabila berlaku sebarang kematian.
Perarakan ini akan diiringi bunyian muzik dan biasanya menelan kos yang besar. Oleh
itu, seseorang yang menyambut hari lahir yang ke-60 menandakan orang itu sudah
layak untuk memasuki persatuan keranda dan ia perlu membayar yuran bulanan
supaya apabila ia mati kelak ia mempunyai keranda yang baik.
e) Perkahwinan
Masyarakat Cina akan merancang dan mengatur sesuatu perkahwinan dengan sebaik-
baiknya. Mengikut kepercayaan mereka, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut
aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat Cina
iaitu eksplisit dan implisit. Pada asasnya, adat resam perkahwinan mereka merangkumi
beberapa peringkat. Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis
yang diingini. Hal ini, kerana mereka terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan,
peribadi, watak dan tingkah laku. Hari pertunangan pula dilakukan berdasarkan
kalendar Cina. Akhir sekali, mereka akan menandatangani dua pucuk surat iaitu Keat
Foon Chung Su sebagai bukti perkahwinan mereka.




Page | 15

f) Pantang Larang Wanita Semasa Mengandung Dan Selepas Bersalin
Memastikan bayi yang bakal lahir tidak ditimpa kejadian buruk. Sebagai contoh, wanita
mengandung dilarang melakukan kerja-kerja memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir
akan mengalami kecacatan. Mereka juga terpaksa berpantang 40 hari selepas
melahirkan anak. Seperti masyarakat Melayu, mereka turut mengadakan kenduri
apabila bayi tersebut mencapai umur sebulan. Masyarakat Cina juga mengamalkan
adat mencukur rambut kerana mereka menganggap rambut bayi yang baru lahir adalah
rambut sementara.

B. PERAYAAN
Selain itu, dari segi perayaan masyarakat Cina juga mempunyai beberapa perayaan
yang disambut dalam satu tahun. Antara perayaan tersebut ialah:
a) Tahun Baru Cina
Perayaan ini lebih mengutamakan perjumpaan keluarga yang diadakan menjelang hari
tersebut. Masyarakat Cina memastikan sebelum perayaan ini menjelang, hutang
dibayar dan semua akaun ditutup. Persediaan bagi perayaan ini dibuat sejak hari ke-24
bulan ke-12 lagi. Perayaan ini berlanjutan selama 3 minggu.
b) Tarian Naga Dan Tarian Singa
Satu bentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Tarian ini sering
dipersembahkan pada musim perayaan. Masyarakat Cina menganggap bahawa naga
mewakili kekuatan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah.
Gerakan-gerakan dalam persembahan ini melambangkan peranan naga yang
menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian singa juga terdapat dalam adat warisan
masyarakat Cina. Dua tarian singa yang amat terkenal ialah Tarian Singa Utara dan
Tarian Singa Selatan.


Page | 16

c) Chap Goh Mei
Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut
sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei
disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana
colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api
dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. Chap Goh Mei juga
dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba
indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk.
Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa
untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka
mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada
waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung,
tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".

d) Perayaan Ching Ming
Perayaan ini diraikan pada hari terakhir bulan kedua dalam tahun lunar. Pada hari ini,
kaum keluarga melawat kubur nenek moyang untuk dibersihkan dan bersembahyang.
juga dipanggil Pesta Ching Ming, Ceng Beng atau (diterjemah sebagai "Perayaan Jelas
dan Terang"), merupakan perayaan Cina yang diadakan pada hari ke-104
selepas solstis musim sejuk (atau hari ke-15 selepas ekuinoks musim bunga), dan
lazimnya diadakan sekitar 5 April dalam kalendar Gregorian (lihat kalendar Cina). Pada
setiap tahun lompat pula, Qing Ming diadakan pada 4 April. Secara istilah astronomi,
perayaan ini merupakan jieqi (lihatQingming). Dalam jieqi, perayaan Qingming jatuh
pada hari pertama jieqi ke-5, yang juga dipanggil Qingming.
e) Perayaan Hantu Lapar
Perayaan ini diraikan pada hari ke-15 dalam bulan ketujuh. Perayaan ini lebih popular di
Pulau Pinang. Hari ini diraikan sempena ingatan terhadap seseorang bernama Mu Lien
yang juga dikenali sebagai Ti Tsang Wang yang menyelamatkan ibunya daripada
syaitan-syaitan yang kelaparan.
Page | 17

f) Perayaan Kuih Bulan
Perayaan ini diraikan pada hari ke-15 dalam bulan kelima. Ia diraikan sempena
mengingati kejayaan kumpulan pemberontak yang menentang pemerintahan kerajaan
Mongol pada abad ke-14 di negara China. Kuih bulan dijadikan alat untuk
menyampaikan mesej dalam intinya.tanglung yang turut manjadi sebahagian daripada
perayaan ini sebenarnya mengambil daripada kegunaannya pada waktu itu yang
dijadikan sebagai medium isyarat dari puncak bukit ke puncak bukit yang lain.


C. PAKAIAN
Dari segi pakaian pula, masyarakat Cina kini kebanyakannya telah menggunakan
pakaian moden yang bercirikan barat. Namun, pakaian tradisi golongan wanita Cina
masih digunakan hingga kini. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat
dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai
mengikut peredaran masa dan kesuaian.

a) Samfoo
Membawa maksud baju dan seluar dalam bahasa dialek Kantonis. Dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan
dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian tradisional ini bukan
pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah
pakaian tradisional kepada orang Manchu.
b) Cheongsam
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-
upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan Tahun Baru Cina. Baju ini asalnya
labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Cheongsam dipakai
ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
Page | 18

c) Hanfu
Orang Cina merupakan Suku Cina Han. Hanfu merupakan pakaian tradisional sebenar
kaum Cina. Tetapi kaum perempuan bangsa Cina di Malaysia tidak lagi memakai
pakaian ini kerana telah diganti dengan Cheongsam atau pakaian berbentuk barat.


D. MAKANAN
Makanan asas bagi masyarakat Cina di negara ini ialah nasi. Namun, jenis makanan
utama terdiri daripada Kantonis, Hokkien, dan Szechuan. Jelas menunjukkan
masyarakat Cina mempunyai identiti atau budaya mereka tersendiri. Budaya yang
diamalkan jauh berbeza daripada budaya masyarakat tempatan dan kaum pendatang
yang lain.

a) Bak Kut The
Secara harfiah bermaksud Daging Bone Teh. Ini masakan yang unik, popular di
Malaysia. Ini sup herba China direbus dengan rusuk cadang dan bahan tambahan lain
seperti cendawan, jeroan, tahu goring puff. Esensi dari hidangan ini terletak pada
harum sup siap dengan bermacam-macam jamu. Biasanya dimakan dengan nasi putih
dan secangkir the China.
b) Lok-Lok
Satu-satunya makanan Cina yang dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok-lok
atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan
makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh
semua rakyat Malaysia.


Page | 19

c) Char Kway Teow
Merupakan makanan yang popular di Malaysia. Ia diperbuat daripada kuey teow,
digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos,cili, udang, kerang, telur, tauge dan
kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain
ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak
babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan
minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.
d) Kuih Bulan
Kuih bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang
diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan
pada bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun
Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini
kerana namanya nian gao di mana perkataan gao bermaksud kuih dalam nama
kuih ini berbunyi sama seperti perkataan gao bermaksud tinggi melambangkan erti
semakin tahun semakin tinggi (niannian gaosheng) atau ringkasnya setahun lagi
kehidupan, setingkat lagi kemajuan.














Page | 20

Kaum India

Masyarakat India juga mempunyai nilai-nilai kebudayaan dan adat tradisi mereka yang
tersendiri. Kebudayaan kaum ini juga dibawa dari tanah asal mereka dan kini
kebudayaan mereka turut mengalami asimilasai dengan budaya tempatan.

Masyarakat India mempunyai berbagai-bagai perayaan. Tiga jenis perayaan utama
ialah Deepavali ,Thaipusam dan Thai Ponggol. Selain dari itu,masyarakat Hindu juga
merayakan beberapa perayaan lain yang diraikan di kuil-kuil tertentu di seluruh Negara.


a. Perayaan Deepavali
Perayaan ini juga dipanggil perayaan lampu. Diraikan dalam bulan kartikal dalam
Agama hindu yang biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November. Masyrakat
India meraikan hari ini sebagai symbol keterangan yang boleh mereka akan bangun
Deepavali dan mandi dengan minyak wangian,mengenakan pakaian baru dan
bersembayang Ataupun ke kuil.

b. Thaipusam
Thaipusam ialah perayaan yang mula dirayakan di tamil nadu (india selatan) Namanya
diambil daripada bahasa tamil sendiri iaitu Thai (selalunya merujuk pada bulan
January atau febuari ) dan pusam (perayaan). Perayaan ini sering diraikan
Thaipusam secara besar-besaran di tiga buah kuil utama Blathandayuthabani di
Pulau Pinang dan kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, Selangor dan kuil Sri
Subramaniam di
Ipoh . masyarakat hindu biasanya membayar nazar pada peryaan ini.

c. Thai Ponggal
Perayaan ini merupakan penuai atau petani. Ia di rayakan pada awal bulan Thai.
Perayaan ini kurang disambut di Bandar tetapi masih diraikan oleh masyarakat india
Thai Ponggal yang tinggal di lading-ladang atau estet-estet.
Page | 21

Pakaian

Dari segi pakaian, golongan wanita kerap menggunakan sari iaitu sejenis pakaian
daripda kain sepanjang enam ela yang dililitkan dikeliling badan dan dipakai bersama
dengan sehelai blaus. Pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar dhotis iaitu sejenis kain
berwarna putih. Kaum lelaki juga mengenakan vesti atau kurta iaitu pakaian putih
untuk kari atau perayaan tertentu

Makanan

Makanan masyarakat india di Negara ini ialah nasi ataupun roti-roti tertentu. Antara
jenis roti yang popular ialah chappati,parratta dan puri. Nasi dan roti dimakan
bersama dengan kari atau dal. Masyarakat india tidak makan daging babi dan lembu.

Perkahwinan Masyarakat India
Thirumanam
Thirumanam bermaksud penyatuan atauikatan suci melalui perkahwinan antara
pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat.Terdapat tiga jenis perkahwinan
dalam masyarakat india iaitu vaitikat thirumanam,tamil thirumanam, dan diya
thirumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku
kaum.Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah
menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu
kedalamnya,memberi sireh, mencium tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki ibu
bapa,memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua)dan
wang.Biasanyapasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga
kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.Upacara ini
menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri

Page | 22

Kematian.
Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula,iaitu
kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.Sarjana India juga
menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad,dimana jasad akan hancur
,tetapi kembali ke alam barzakh.Dalam masyarakat India,mayat akan dibakar atau di
kebumikan.Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai adat di tentukan.
Upacara Menanggalkan Thaali.
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya
sesebuahkematian dalam sesebuah keluarga.Thaali iaitu rantai suci perkahwunan
hanya boleh ditanggalkan oleh isteri setelah suaminya meninggal dunia.
Upacara Vaikkarasi
Setelah dimandi dan dihias cantik,mayat akan dimasukkan ke dalam
keranda.Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan.Saudara mara akan member
penghormatan yang terakhir kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan
tenang.Pada masa yang sama,ucapan tenna adudaiya shinaneepottri disebut beberapa
kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan.Ahli-ahli keluarga
akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda
penghormatan.






Page | 23

Kollic Catti.
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api.Periuk tersebut di
angkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan
diikat pada periuk.Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun
bapa.Anak sulung melakukan untuk bapa apa yang telah meninggal dunia dan anak
bongsu untuk ibu.seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat.Sebelum itu
kollic catti.Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut.Ini
menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru
tumbuh.












Page | 24

Kesan-kesan kepelbagaian kaum
Antara kesan-kesan yang diperolehi dari kepelbagaian budaya ialah:
a. Wujud kepelbagaian masyarakat yang unik Masyarakat di Malaysia terdiri
daripada pelbagai kaum seperti orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain,
Cina, dan juga India.
b. Keterbukaan atau toleransi antara kaum Kepelbagaian kaum ini menjadikan
masyarakat yang wujud di Malaysia lebih unik dan menarik kerana di dalamnya
terdapat pelbagai budaya, bahasa, agama, muzik, tarian dan kesenian, pakaian
dan makanan yang ada antaranya boleh dikongsi bersama.
c. Wujud beberapa aspek persamaan budaya Walaupun setiap kaum di Malaysia
mempunyai kebudayaan berbeza namun wujud beberapa aspek persamaan
yang boleh ditemui di kalangan semua kaum seperti kekeluargaan, adat resam,
objek-objek kebendaan dan nilai-nilai keagamaan. Misalnya setiap kaum di
Malaysia menghormati adat resam yang diwarisi secara turun temurun. Biar kaya
atau miskin, masing-masing berusaha untuk mematuhi adat resam turun
temurun ini. Pepatah Melayu yang menyebut biar mati anak, jangan mati adat
sebenarnya mempunyai makna yang sama bagi semua kaum di Malaysia.
d. Wujud persefahaman antara kaum Walaupun kepelbagaian kaum ini
adakalanya menimbulkan sedikit masalah kerana kurangnya perasaan saling
memahami antara satu kaum dengan kaum lain tetapi perkara ini bukanlah
sesuatu yang sukar jika setiap kaum bersedia untuk mempelajari dan
mengetahui dengan lebih mendalam tentang kaum-kaum lain. Cara ini juga
boleh membantu kita untuk memahami dengan lebih baik tentang masyarakat
yang kita sama-sama menganggotainya.



Page | 25

KESIMPULAN
Secara keseluruhan, setiap kaum utama yang ada di Malaysia mempunyai
identiti dan pengelompokan masing-masing. Pada peringkat awal, percampuran antara
kaum ini amat sukar untuk berlaku lantaran taburan petempatan mereka yang terasing.
Amalan budaya dan agama yang berbeza-beza. Fenomena ini menyebabkan hampir
tiada perpaduan yang dapat dikecapi di dalam negara dalam tempoh penjajahan ini.
Selepas kemerdekaan, kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai dasar dan
program bagi memastikan wujud perpaduan antara kaum.
Merujuk kepada hubungan etnik di Malaysia, etnik itu mempunyai identiti yang
tertentu dan diamalkan mengikut kaum masing-masing. Kepelbagaian identiti ini
merupakan satu keunikan yang tersendiri yang tidak sewajarnya dicerobohi. Usaha-
usaha ke arah menyeragamkan identiti ini akan menghakis kepelbagaian yang ada
demi mewujudkan keharmonian dalam hubungan etnik. Keharmonian ini akan mantap
sekiranya setiap etnik mempunyai sikap menghormati hak-hak yang menjadi identiti
etnik lain.
Ruang interaksi dalam menjaga keharmonian pelbagai etnik penting dan
sewajarnya dipelihara. Hal ini telah menjadi tanggungjawab setiap etnik dalam Malaysia
supaya berfikir ke arah memperkayakan khazanah kebudayaan masing-masing ini.







Page | 26

BIBLIOGRAFI
i. Bahagian kemahiran teknik MARA, modul pengajian Malaysia KUA/TUA 3013
ii. http://1mbudaya.blogspot.com/2011/12/perayaan-perayaan-yang-disambut-
oleh_31.html?m=1
http://she101grp120.150m.com/website/rumusan
http://totallydelicious.wosd press.com/2012/02/09/makanan-tradisi-kaum-cina/
http://pikyung.blogspot.com/2011/11/pakaian-tradisional-kaum-cina-
sejarah.html?m=1
iii. Nazaruddin Hj. Mohd Jali (2004) pengajian Malaysia, Edisi 2, Selangor : Prentice
Hall
iv. Ruslan Zainuddin (2004) kenegaraan dan kewarganegaraan, Selangor, Fajar
Bakti.












Page | 27

LAMPIRAN

You might also like