You are on page 1of 26

56

BAB 4
PENEMUAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan mengenai hasil analisa data yang diperolehi daripada
borang soal selidik. Sebanyak 400 borang soal selidik telah diedarkan dan hanya 380
borang soal selidik telah diterima semula. Daripada 380 borang soal selidik, hanya 368
borang soal selidik yang akan dianalisa. Data yang diperoleh daripada borang soal
selidik itu telah direkodkan dalam perisian SPSS. Laporan analisa akan ditunjukkan
melalui pelbagai jadual untuk pemahaman dan rujukan mengenai dapatan kajian ini.
Penganalisian data adalah seperti berikut:
Jadual 4.1: Hipotesis dan Kaedah Analisa Data
Hipotesis Kaedah Analisa Data
Terdapat hubungan yang signifikan di
antara pengetahuan kewangan dengan
tingkah laku kewangan.
Ujian Korelasi Pearson
Terdapat hubungan yang signifikan di
antara masalah kewangan dengan tingkah
laku kewangan.
Ujian Korelasi Pearson
Terdapat hubungan yang signifikan di
antara pengaruh rakan dengan tingkah laku
kewangan.
Ujian Korelasi Pearson
Terdapat perbezaan pengetahuan
kewangan di antara pelajar lelaki dan
perempuan di KUIS.

Ujian-t
Terdapat perbezaan masalah kewangan di
antara pelajar lelaki dan perempuan di
KUIS.

Ujian-t

Selain daripada itu, kekerapan, peratusan dan min digunakan untuk mengkaji latar
belakang responden.

57
4.2 Analisa Pengumpulan Borang
Pengkaji telah mengedarkan sebanyak 400 set borang soal selidik kepada pelajar-pelajar
program Ijazah Sarjana Muda Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
iaitu responden kajian ini. Daripada 400 borang soal selidik yang telah diedarkan,
sejumlah 380 borang telah dikembalikan dan setelah disisih hanya 368 borang sahaja
yang dianalisa. Sebanyak 12 borang tidak dianalisa memandangkan sampel saiz
sebanyak 368 sudah memadai untuk kajian ini kerana sudah melebihi 327 dan ada di
antara borang soal selidik tersebut yang tidak lengkap. Dengan itu, kadar pulangan
borang soal selidik adalah sebanyak 95.0% dan merupakan satu kadar yang memuaskan.
Pemerolehan data ini dilakukan selama 2 minggu. Berikut adalah jadual kadar
responden dalam kajian ini.

Jadual 4.2: Kadar Pengumpulan Borang Soal Selidik
Jumlah Peratus (%)
Borang soal selidik
yang diedarkan
400 100
Borang soal selidik
yang diterima
380 95.00
Borang soal selidik
yang dianalisa
368 96.84

4.3 Analisa Demografi Responden
Bahagian ini menjelaskan dapatan analisa demografi responden yang terdiri daripada
jantina, umur, status perkahwinan, penginapan pelajar, fakulti, semester dan penajaan
bagi setiap pelajar yang menjawab borang soal selidik ini.





58
Jadual 4.3: Maklumat Demografi Responden
Bilangan Latar Belakang
Responden
Item Kekerapan(f) Peratusan(%)

1

Jantina
Lelaki
Perempuan
88
268
23.9
76.1
Jumlah 368 100.0


2


Umur
18-21 tahun
22-25 tahun
26 tahun ke atas
66
289
13
17.9
78.5
3.5
Jumlah 368 100.0

3
Status
Perkahwinan
Bujang
Berkahwin
355
13
96.5
3.5
Jumlah 368 100.0

4

Penginapan
Pelajar
Dalam Kampus
Luar Kampus
336
32
91.3
8.7
Jumlah 368 100.0


5


Fakulti
Pengurusan dan
Muamalah (FPM)
Akademi Islam (AI)
Sains dan Teknologi
Maklumat (FSTM)
144

209

15
39.1

56.8

4.1
Jumlah 368 100.0


59




6




Semester
Semester 1
Semester 2
Semester 3
Semester 4
Semester 5
Semester 6
Semester 7
Semester 8
Semester 9 dan ke atas
0
7
31
83
85
87
40
30
5
0
1.9
8.4
22.6
23.1
23.6
10.9
8.2
1.4

Jumlah 368 100.0


7


Penajaan
Sendiri
PTPTN
MARA
Lain-lain
34
222
98
14
9.2
60.3
26.6
3.8
Jumlah 368 100.0













60
4.3.1 Jantina


Rajah 4.1: Peratusan Berdasarkan Jantina

Berdasarkan Rajah 4.1 di atas, daripada jumlah responden seramai 368 orang,
sebanyak 88 responden (23.9%) adalah pelajar lelaki manakala 268 responden
(76.1%) adalah pelajar perempuan.









23.9
76.1
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Lelaki Perempuan
JANTINA
Lelaki
Perempuan

61
4.3.2 Umur


Rajah 4.2: Peratusan Berdasarkan Umur

Rajah 4.2 di atas menunjukkan jumlah responden mengikut kekerapan umur
yang berbeza peringkat umurnya dan dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu
18-21 tahun, 22- 25 tahun dan 26 tahun ke atas. Seramai 13 responden (3.5%)
berumur 26 tahun ke atas, manakala responden yang berumur 18-21 tahun pula
adalah seramai 66 orang (17.9%), dan responden yang berumur 22-25 tahun
adalah seramai 289 orang (78.5%). Jumlah keseluruhan responden seramai 368
orang dan semuanya terdiri daripada pelajar KUIS.







17.9
78.5
3.5
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
18-21 22-25 26 tahun ke
atas
UMUR
18-21
22-25
26 tahun ke atas

62
4.3.3 Status Perkahwinan


Rajah 4.3: Peratusan Berdasarkan Status Perkahwinan

Berdasarkan Rajah 4.3 di atas jelas menunjukkan jumlah responden seramai 368
orang mempunyai status perkahwinan yang berbeza. Seramai 355 responden
(96.5%) adalah bujang manakala 13 responden (3.5%) sudah berkahwin.









96.5
3.5
0
20
40
60
80
100
120
Bujang Berkahwin
STATUS PERKAHWINAN
Bujang
Berkahwin

63
4.3.4 Penginapan Pelajar


Rajah 4.4: Peratusan Berdasarkan Penginapan Pelajar

Kajian ini menunjukkan bahawa majoriti responden yang terlibat dalam kajian
ini adalah responden yang duduk di dalam kampus iaitu seramai 336 orang
(91.3%) manakala responden yang duduk di luar kampus pula hanyalah seramai
32 orang (8.7%).








91.3
8.7
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Dalam Kampus Luar Kampus
PENGINAPAN PELAJAR
Dalam Kampus
Luar Kampus

64
4.3.5 Fakulti


Rajah 4.5: Peratusan Berdasarkan Fakulti

Merujuk kepada Rajah 4.5 di atas, majoriti responden adalah daripada Akademi
Islam iaitu seramai 209 orang (56.8%) diikuti dengan Fakulti Pengurusan
Muamalah (FPM) iaitu seramai 144 orang (39.1%) dan hanya seramai 15 orang
(4.1%) daripada Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM).









39.1
56.8
4.1
0
10
20
30
40
50
60
FPM AI FSTM
FAKULTI
FPM
AI
FSTM

65
4.3.6 Semester


Rajah 4.6: Peratusan Berdasarkan Semester

Kajian ini menunjukkan jumlah responden seramai 368 orang adalah terdiri
daripada pelbagai semester. Majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini
adalah daripada semester 6 iaitu seramai 87 responden (23.6%), daripada
semester 5 seramai 85 responden (23.1%), semester 4 seramai 83 responden
(22.6%), manakala responden daripada semester 7 seramai 40 responden
(10.9%), semester 3 seramai 31 responden (8.4%), semester 8 seramai 30
responden (8.2%), responden daripada semester 2 seramai 7 responden (1.9%),
semester 9 dan ke atas pula seramai 5 responden (1.4%) dan tiada responden
yang menjawab soal selidik daripada semester 1.





0
1.9
8.4
22.6
23.1
23.6
10.9
8.2
1.4
0
5
10
15
20
25
1 2 3 4 5 6 7 8 9 dan
ke
atas
SEMESTER
1
2
3
4
5
6
7
8
9 dan ke
atas

66
4.3.7 Penajaan


Rajah 4.7: Peratusan Berdasarkan Penajaan

Rajah 4.7 di atas menunjukkan jenis penajaan bagi setiap responden yang terdiri
daripada empat jenis penajaan iaitu sendiri, PTPTN, MARA, dan lain-lain.
Dalam kajian ini, didapati bahawa seramai 222 orang (60.3%) yang mengambil
tajaan dari PTPTN untuk menampung kos pembelajaran di KUIS. Selain itu,
seramai 98 orang (26.6%) mengambil penajaan dari MARA, manakala seramai
34 orang (9.2%) menggunakan penajaan sendiri dan seramai 14 orang (3.8%)
menggunakan penajaan lain-lain seperti Dermasisiwa Pusat Zakat Selangor,
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
(SUK) dan zakat daripada negeri-negeri.





0
10
20
30
40
50
60
70
Sendiri PTPTN MARA Lain-lain
9.2
60.3
26.6
3.8
PENAJAAN
Sendiri
PTPTN
MARA
Lain-lain

67
4.4 Ujian Kebolehpercayaan (Reliability)
Kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan merujuk kepada keupayaan suatu kajian
untuk memperolehi nilai yang sama apabila pengukuran yang sama diulangi. Jadual 4.4
dibawah menunjukkan jadual kebolehpercayaan instrumen kajian.

Jadual 4.4: Kebolehpercayaan Instrumen Kajian
Pekali Korelasi (r) Kebolehpercayaan
0.0-0.2 Boleh diabaikan
0.21-0.40 Rendah (Ubah kesemua item)
0.41-0.60 Sederhana (Ubah sebilangan item)
0.61-0.80 Tinggi (Item boleh diterima)
0.81-1.00 Sangat Tinggi (Item boleh diterima)
Sumber: Mohammad Najib (1999)

Dapatan kajian yang lebih tepat boleh diperolehi sekiranya kesemua
pembolehubah di dalam borang soal selidik menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang
tinggi. Keputusan kebolehpercayaan (Cronbach Alpha) pada keseluruhan soal selidik
kajian ini ialah 0.802, 0.741, 0.648 dan 0.790. Ini menunjukkan bahawa setiap
pembolehubah berada pada aras yang tinggi dan boleh dipercayai. Jadual 4.5 di bawah
menunjukkan nilai kebolehpercayaan setiap pembolehubah dalam kajian ini:

Jadual 4.5: Nilai Kebolehpercayaan Instrumen
Pembolehubah Bersandar Nilai Cronbach Alpha (Kajian
Sebenar)
Tingkah Laku Kewangan .802
Pembolehubah Tidak Bersandar
Pengetahuan Kewangan .741
Masalah Kewangan .648
Pengaruh Rakan .790


68
4.5 Analisa Deskriptif
Nilai kekerapan menerangkan kecenderungan setiap pembolehubah bersandar dan
pembolehubah tidak bersandar. Jadual dibawah menunjukkan analisa pengelasan bagi
skor min dan tahap penilaian:
Jadual 4.6: Analisa Pengelasan Skor Min
Pengelasan Skor Min Tahap Skor
1.00-2.33 Rendah
2.34-3.67 Sederhana
3.68-5.00 Tinggi
Sumber: Mohd Najib (2003)

4.5.1 Analisa Deskriptif bagi Setiap Pembolehubah:
Jadual 4.7: Analisa Deskriptif Setiap Pembolehubah
Pembolehubah Bilangan Soalan Min Tahap
Tingkah Laku Kewangan 6 3.8646 Tinggi
Pengetahuan Kewangan 6 4.0208 Tinggi
Masalah Kewangan 6 3.7572 Tinggi
Pengaruh Rakan 6 3.2785 Sederhana

Jadual 4.7 menunjukkan pernyataan-pernyataan yang digunakan di dalam borang soal
selidik, bagi kesemua pembolehubah mempunyai tahap yang tinggi dan sederhana. Ini
menunjukkan ia sesuai digunakan untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah
tersebut.

Merujuk kepada skor min bagi setiap pembolehubah, dapatlah disimpulkan
bahawa secara puratanya, tingkah laku kewangan, pengetahuan kewangan, masalah
kewangan dan pengaruh rakan dalam kalangan pelajar KUIS secara umumnya berada
pada tahap yang tinggi dan sederhana.

69
4.5.2 Analisa Min bagi Tingkah Laku Kewangan
Analisia min berkenaan tingkah laku kewangan dalam kalangan pelajar di KUIS yang
diperolehi daripada maklum balas responden pada Bahagian B borang soal selidik telah
diringkaskan seperti dalam Jadual 4.8:
Jadual 4.8: Analisa MinTingkah Laku Kewangan
No. Soalan Min Tahap
1 Saya meniliti dan menilai perbelanjaan
pada setiap akhir bulan.

3.56

Sederhana
2 Saya mempunyai perancangan untuk
mencapai matlamat kewangan saya.

3.83

Tinggi
3 Saya sering mengasingkan wang untuk
tujuan kecemasan.

3.79

Tinggi
4 Saya sering membuat belanjawan
mingguan dan berhati-hati dalam
perbelanjaan.

3.53

Sederhana
5 Sebelum saya membuat sebarang
pembelian, saya sering
membandingkan harga.

4.17

Tinggi
6 Pengurusan kewangan dan
perbelanjaan yang baik boleh
membentuk sifat positif dalam diri
saya.

4.31

Tinggi

Berdasarkan Jadual 4.8 di atas menunjukkan sebanyak 6 item telah dikemukakan
untuk mendapatkan maklumbalas responden. Berdasarkan skor min yang tertinggi iaitu
di antara 4.31 dan 4.17, penemuan analisis ini menunjukkan tingkah laku kewangan
dalam kalangan pelajar di KUIS memberi kesan kepada seseorang sebelum membuat
sebarang pembelian dan sering membandingkan harga. Penemuan ini juga menunjukkan
pengurusan kewangan dan perbelanjaan yang baik boleh membentuk sifat positif dalam
diri setiap individu. Manakala skor min sederhana pula adalah di antara 3.53 dan 3.56
yang merangkumi pernyataan-pernyataan yang menunjukkan bahawa seseorang pelajar

70
itu kurang meniliti dan menilai perbelanjaan mereka pada setiap akhir bulan dan kurang
dalam membuat belanjawan mingguan juga gemar berbelanja.

4.5.3 Analisa Min bagi Pengetahuan Kewangan
Analisis min berkenaan pengetahuan kewangan dalam kalangan pelajar di KUIS pula
diperolehi daripada maklumbalas responden pada Bahagian C borang soal selidik yang
kemudiannya diringkaskan seperti dalam Jadual 4.9:
Jadual 4.9: Analisa Min Pengetahuan Kewangan
No. Soalan Min Tahap
1 Saya sering mengambil tahu tentang cara
pengurusan kewangan yang berkesan
daripada internet, surat khabar, bacaan
ilmiah dan program-program yang
dianjurkan.



3.08



Sederhana
2 Saya sepatutnya berbelanja mengikut
keperluan bukannya kemahuan.
4.25 Tinggi
3 Saya sering belajar untuk memahami nilai
sebenar wang dengan lebih baik, agar
saya lebih bijak berbelanja.

3.89

Tinggi
4 Saya percaya sekiranya saya merancang
dan membuat pelan perbelanjaan, saya
dapat menguruskan kewangan saya
dengan lebih baik.

4.33

Tinggi
5 Saya percaya bahawa sikap suka
menabung boleh mengelakkan saya
daripada menghadapi masalah kewangan.


4.41

Tinggi
6 Kurangnya ilmu pengetahuan dalam
menguruskan kewangan akan
menyebabkan saya sering berbelanja
secara berlebihan.


4.17


Tinggi

71
Penemuan analisis ini menunjukkan nilai min bagi pengetahuan kewangan
dalam kalangan pelajar di KUIS. Jadual 4.9 menunjukkan sebanyak 6 item telah
dikemukakan untuk mendapatkan maklumbalas responden. Berdasarkan skor min yang
tertinggi iaitu di antara 4.41 dan 4.33, penemuan analisis ini menunjukkan pengetahuan
kewangan adalah sesuatu yang amat penting dalam setiap pengurusan kewangan
individu. Ini kerana jika seseorang individu itu gemar menabung ia dapat mengelakkan
daripada menghadapi masalah kewangan. Manakala skor min sederhana pula adalah
3.08 yang menunjukkan bahawa seseorang pelajar itu kurang dalam mengambil tahu
berkaitan cara pengurusan kewangan yang berkesan daripada internet, surat khabar,
bacaan ilmiah dan program-program yang dianjurkan.

4.5.4 Analisa Min bagi Masalah Kewangan
Analisa min berkenaan masalah kewangan dalam kalangan pelajar di KUIS pula
diperolehi daripada maklumbalas responden pada Bahagian D borang soal selidik yang
kemudiannya diringkaskan seperti dalam Jadual 4.10:
Jadual 4.10: Analisa Min Masalah Kewangan
No. Soalan Min Tahap
1 Saya sukar menyimpan wang sebagai
simpanan untuk masa hadapan.

3.53

Sederhana
2 Saya sering meminta wang daripada
ahli keluarga, untuk membantu
menampung perbelanjaan harian.

3.69

Tinggi
3 Saya akan menghadapi masalah
kewangan sekiranya saya tidak
membuat simpanan secara tetap.

4.00


Tinggi
4 Saya sering berbelanja secara
berlebihan tanpa berfikir untuk
perbelanjaan yang akan datang.

3.74

Tinggi




72
5 Saya sering mempunyai masalah
kewangan akibat perancangan
perbelanjaan yang tidak betul.

3.79


Tinggi
6 Keinginan untuk memenuhi kemahuan
sering menyebabkan saya terjerumus
dalam masalah kewangan.

3.79


Tinggi

Jadual 4.10 pula menunjukkan sebanyak 6 item telah dikemukakan untuk
mendapatkan maklumbalas responden. Skor min yang tertinggi iaitu 4.00 yang
menunjukkan setiap pelajar setuju sekiranya mereka tidak membuat simpanan secara
tetap mereka akan menghadapi masalah kewangan. Penemuan analisis ini menunjukkan
kesukaran menyimpan wang sebagai simpanan untuk masa hadapan oleh seseorang
pelajar itu. Secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana dengan catatan skor min
sebanyak 3.53.

4.5.5 Analisa Min bagi Pengaruh Rakan
Analisa min berkenaan masalah kewangan dalam kalangan pelajar di KUIS pula
diperolehi daripada maklumbalas responden pada Bahagian E borang soal selidik yang
kemudiannya diringkaskan seperti dalam Jadual 4.11:

Jadual 4.11: Analisa Min Pengaruh Rakan
No. Soalan Min Tahap

1
Rakan-rakan sering menasihati saya
agar menyimpan wang lebihan dalam
akaun simpanan untuk masa depan.

3.15

Sederhana

2
Saya sering berbincang dengan rakan-
rakan mengenai isu pengurusan
kewangan dan cara untuk berjimat.

3.29




Sederhana

73

3
Pengaruh rakan boleh menyebabkan
saya boros berbelanja hingga
mengabaikan kepentingan sebagai
seorang pelajar.


3.26

Sederhana

4
Rakan-rakan sering mengingatkan
saya, agar tidak terlalu boros dan
membazir dalam berbelanja.


3.27

Sederhana

5
Rakan-rakan sering membantu saya
dalam membuat keputusan berkaitan
kewangan dan memberi nasihat dalam
perbelanjaan dan pengurusan
kewangan.

3.31

Sederhana
6 Saya dapat mengawal perbelanjaan
ketika berbelanja bersama rakan-rakan.

3.40

Sederhana

Jadual 4.11 di atas menunjukkan sebanyak 6 item telah dikemukakan untuk
mendapatkan maklumbalas responden. Kesemua pernyataan berada pada tahap
sederhana iaitu di antara 3.15 dan 3.40. Penemuan analisis ini menunjukkan pengaruh
rakan kurang mempengaruhi tingkah laku kewangan seseorang dalam membuat
keputusan berkaitan kewangan dan memberi nasihat dalam perbelanjaan dan
pengurusan kewangan. Ia juga kerana seseorang pelajar itu kurang berbincang dengan
rakan-rakan mereka mengenai isu pengurusan kewangan dan cara untuk berjimat.







74
4.6 Analisa Ujian Korelasi Pearson
Bagi menjawab persoalan kajian, kaedah analisa data yang digunakan ialah kaedah
korelasi pearson kerana data yang digunakan adalah bertahap interval. Penggunaan
kaedah ini adalah bertujuan untuk menguji kekuatan hubungan di antara dua
pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dengan pembolehubah tidak bersandar.
Jadual 4.12 di bawah menunjukkan nilai pekali korelasi(r) yang menggunakan kaedah
Pearson.

Jadual 4.12: Penerangan Korelasi Pearson
Nilai Pekali Korelasi Kekuatan Hubungan
0.90-0.99 Sangat Tinggi
0.70-0.89 Tinggi
0.40-0.69 Sederhana
0- 0.39 Rendah
Nota: Kesemua nilai kolerasi dinilai sama ada dalam bentuk negatif atau positif.
Sumber: Collis et al. (Business Research) 2009











75
Jadual 4.13: Jadual Korelasi Pembolehubah Tidak Bersandar Dengan Pembolehubah
Bersandar


Tingkah Laku
Kewangan
Pengetahuan
Kewangan
Masalah
Kewangan
Pengaruh
Rakan
Tingkah Laku
Kewangan
Pearson
Correlation
1
Sig. (2-tailed)


N 368
Pengetahuan
Kewangan
Pearson
Correlation
.509
**
1
Sig. (2-tailed) .000


N 368 368
Masalah Kewangan Pearson
Correlation
.152
**
.170
**
1
Sig. (2-tailed) .003 .001


N 368 368 368
Pengaruh Rakan Pearson
Correlation
.175
**
.155
**
.124
*
1
Sig. (2-tailed) .001 .003 .018

N 368 368 368 368
** Korelasi signifikan pada aras 0.01 (2 hujung).



Jadual 4.14: Jadual Nilai Korelasi
Faktor Yang
Mempengaruhi Tingkah
Laku Kewangan Pelajar

Nilai Korelasi

Nilai Signifikan
Pengetahuan Kewangan .509
**
.000
Masalah Kewangan .152
**
.003
Pengaruh Rakan .175
**
.001
** Korelasi signifikan pada aras 0.01 (2 hujung).
Berdasarkan jadual di atas, hasil dapatan kajian menunjukkan aras kepercayaan
korelasi antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah tidak bersandar adalah
kesemuanya signifikan dengan = 0.01 (1%).

76
Pembolehubah Tidak Bersandar 1 (Pengetahuan Kewangan)
Berdasarkan keputusan yang diperolehi daripada analisa korelasi, pengkaji
mendapati bahawa pembolehubah tidak bersandar yang pertama iaitu pengetahuan
kewangan mempunyai hubungan positif yang sederhana dengan nilai pekali kolerasi
bersamaan 0.509. Pembolehubah ini signifikan pada aras 0.000<0.05, iaitu 2 hujung.
Maka dapat disimpulkan bahawa pengetahuan kewangan mempengaruhi tingkah laku
kewangan dalam kalangan pelajar di KUIS. Ini menggambarkan bahawa pelajar
mempunyai kesedaran dalam mempertingkatkan pengetahuan am mengenai pengurusan
kewangan bagi menguruskan kewangan dengan lebih baik dan lebih teratur.

Pembolehubah Tidak Bersandar 2 (Masalah Kewangan)
Pembolehubah tidak bersandar yang kedua iaitu masalah kewangan mempunyai
nilai pekali korelasi sebanyak 0.152 yang membawa maksud ada hubungan antara
masalah kewangan dengan tingkah laku kewangan dalam kalangan pelajar di KUIS.
Walaubagaimanapun, hubungan di antara masalah kewangan dengan tingkah laku
kewangan adalah rendah. Pembolehubah ini signifikan pada aras 0.000<0.05, iaitu 2
hujung. Maka dapat disimpulkan masalah kewangan turut mempengaruhi tingkah laku
kewangan dalam kalangan pelajar di KUIS. Oleh kerana hubungan yang wujud adalah
positif, ini menggambarkan bahawa walaupun pelajar KUIS mempunyai masalah
kewangan tetapi mereka tetap berbelanja. Ini juga membuktikan tingkah laku akan
mempengaruhi seseorang untuk berbelanja melebihi jumlah wang yang mereka ada.

Pembolehubah Tidak Bersandar 3 (Pengaruh Rakan)
Pembolehubah tidak bersandar yang ketiga iaitu pengaruh rakan turut
mempunyai hubungan positif tetapi berada ditahap yang rendah iaitu 0.175.
Pembolehubah ini signifikan pada aras 0.000<0.05, iaitu 2 hujung. Maka dapat
disimpulkan pengaruh rakan turut mempengaruhi tingkah laku kewangan dalam
kalangan pelajar di KUIS. Ini menggambarkan bahawa pengaruh rakan merupakan
salah satu faktor persekitaran yang mendorong kepada aspek tingkah laku kewangan
kerana rakan merupakan sumber rujukan penting golongan pelajar terutamanya ketika

77
proses pemilihan dan pembelian sesuatu barangan. Kesimpulannya, kesemua
pembolehubah tidak bersandar iaitu pengetahuan kewangan, masalah kewangan dan
pengaruh rakan mempengaruhi tingkah laku kewangan dalam kalangan pelajar di KUIS.

4.7 UJIAN t
Ujian-t ini dilakukan untuk melihat perbezaan di antara dua kumpulan bagi
faktor demografi iaitu jantina terhadap pembolehubah-pembolehubah yang dikaji.
Keputusan ujian-t ini adalah seperti dalam Jadual 4.15.
Jadual 4.15: Analisa Ujian-t
Pembolehubah Faktor
Demografi
N Min t Nilai Sig.
Pengetahuan
Kewangan
Jantina
Lelaki
Perempuan

88
280

3.9223
4.0518

7.629

0.006
Masalah
Kewangan
Jantina
Lelaki
Perempuan

88
280

3.7102
3.7720

0.719

0.397

Berdasarkan Jadual 4.15 di atas, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat
perbezaan pengetahuan kewangan di antara pelajar lelaki dan perempuan di KUIS. Ini
kerana nilai signifikan yang diperolehi adalah 0.006, lebih kecil daripada nilai yang
telah ditetapkan iaitu 0.05. Nilai min sebanyak 4.0518 menunjukkan bahawa pelajar
perempuan lebih banyak pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan berbanding
pelajar lelaki. Manakala bagi pembolehubah masalah kewangan, nilai yang diperoleh
adalah 0.397, yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan masalah kewangan di antara
pelajar lelaki dan perempuan di KUIS. Ini menggambarkan bahawa pelajar lelaki dan
perempuan sering menghadapi masalah kewangan walaupun mereka mempunyai
pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan. Dapatlah diketahui bahawa tingkah laku
kewangan memainkan peranan yang besar dalam diri setiap individu.


78
4.8 Perbincangan Hipotesis Kajian
4.8.1 Analisis Hipotesis 1
Pengetahuan kewangan mempengaruhi tingkah laku dalam kalangan pelajar di
KUIS untuk membuat setiap keputusan berkaitan pengurusan kewangan. Dapatan kajian
ini berjaya menemui hubungan yang signifikn positif sederhana iaitu 0.509 pada aras
0.000 (2-hujung). Oleh itu, hipotesis kajian mengatakan terdapat hubungan yang
signifikan di antara pengetahuan kewangan dengan tingkah laku kewangan dalam
kalangan pelajar di KUIS diterima.
Dapatan ini menunjukkan bahawa semakin tinggi pengetahuan kewangan seseorang,
semakin mempengaruhi tingkah laku seseorang dalam pengurusan kewangan. Dapatan
kajian ini menunjukkan pengetahuan kewangan mempunyai hubungan yang sederhana
dengan tingkah laku kewangan dalam kalangan pelajar.

4.8.2 Analisis Hipotesis 2
Masalah kewangan turut mempengaruhi tingkah laku kewangan kerana
peningkatan kehendak dan kemahuan pelajar dalam perbelanjaan yang tidak terbatas.
Hal ini dapat dibuktikan melalui ujian kolerasi yang telah dijalankan iaitu masalah
kewangan mempunyai hubungan yang signifikan positif rendah 0.152 pada aras 0.003
(2-hujung).
Oleh itu, hipotesis kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di
antara masalah kewangan dengan tingkah laku kewangan dalam kalangan pelajar di
KUIS. Ini menunjukkan, semakin tinggi masalah kewangan seseorang, ia akan
mempengaruhi tingkah laku seseorang dalam melakukan perbelanjaan.

4.8.3 Analisis Hipotesis 3
Pengaruh rakan juga turut mempengaruhi tingkah laku kewangan kerana
sebilangan besar pelajar tinggal di asrama tidak kira pelajar itu belajar di universiti
mahupun di kolej. Ini kerana pengaruh rakan boleh mempengaruhi seseorang untuk

79
berbelanja lebih daripada jumlah wang yang ada. Dapatan kajian ini menemui hubungan
yang signifikan positif rendah iaitu 0.175 pada aras 0.001(2-hujung).
Dapatan ini menunjukkan bahawa semakin rendah pengaruh rakan dalam
perbelanjaan, tingkah laku seseorang dalam membuat pembelian juga akan menurun.
Dengan itu, terdapat hubungan yang signifikan di antara masalah kewangan dengan
tingkah laku kewangan dalam kalangan pelajar di KUIS diterima.

4.8.4 Analisis Hipotesis 4
Ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pengetahuan kewangan di
antara pelajar lelaki dan perempuan di KUIS. Hal ini dapat dibuktikan melalui ujian-t
yang telah dijalankan iaitu bagi pelajar perempuan (min = 4.0518, n = 280, p = 0.006)
dan bagi pelajar lelaki iaitu (min = 3.9223, n= 88, p = 0.006). Analisis menunjukkan
bahawa skor min bagi pelajar lelaki lebih rendah berbanding skor min pelajar
perempuan. Ini bermakna pelajar perempuan lebih berpengetahuan berkaitan
pengurusan kewangan daripada pelajar lelaki.

4.8.5 Analisis Hipotesis 5
Manakala untuk pembolehubah masalah kewangan terhadap jantina di antara
lelaki dan perempuan tidak terdapat perbezaan masalah kewangan iaitu untuk pelajar
perempuan (min = 3.7720, n = 280, p = 0.397) dan bagi pelajar lelaki iaitu
(min = 3.7120, n= 88, p = 0.397). Berdasarkan analisis tersebut ini menunjukkan
walaupun pelajar perempuan mempunyai tahap pengetahuan kewangan yang tinggi,
namun mereka tetap meghadapi masalah kewangan. Oleh itu, hipotesis kajian
menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara masalah kewangan di antara pelajar lelaki
dan perempuan di KUIS.




80
4.9 Ringkasan
Dapatan kajian boleh diringkaskan dalam Jadual 4.16:
Jadual 4.16: Ringkasan Hipotesis

No.

Hipotesis

Butiran

Keputusan

1

Ho
Tiada hubungan yang signifikan
di antara pengetahuan kewangan
dengan tingkah laku kewangan.

Tidak Disokong

2

Ho
Tiada hubungan yang signifikan
di antara masalah kewangan
dengan tingkah laku kewangan.

Tidak Disokong

3

Ho
Tiada hubungan yang signifikan
di antara pengaruh rakan dengan
tingkah laku kewangan.

Tidak Disokong

4

Ho
Tidak terdapat perbezaan
pengetahuan kewangan di antara
pelajar lelaki dan perempuan di
KUIS.

Tidak Disokong

5

Ho
Tidak terdapat perbezaan
masalah kewangan di antara
pelajar lelaki dan perempuan di
KUIS

Disokong








81
4.10 Kesimpulan
Dalam keseluruhan bab ini, pengkaji telah menerangkan keputusan analisa data
dan proses penganalisisan data yang diperolehi daripada borang kaji selidik. Ia
merangkumi analisis berkaitan profil demografi responden, penerimaan dan penolakan
hipotesis. Analisa deskriptif juga digunakan untuk membantu pengkaji dalam
menganalisis data. Pengkaji turut menggunakan korelasi dan ujian-t sebagai cara untuk
mengenal pasti hubungan antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak
bersandar. Data juga dianalisa bagi menjawab persoalan kajian. Dengan terjawabnya
persoalan-persoalan kajian tersebut, akan membawa kajian untuk mencapai objektif
kajian dan seterusnya membantu pengkaji untuk menerima atau menolak senarai
hipotesis kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua pembolehubah mempunyai
hubungan yang signifikan pada tahap yang sederhana dan rendah. Segala keputusan
yang diperolehi dalam dapatan kajian ini dapat digunakan sebagai rujukan dan kebaikan
bersama.

You might also like