You are on page 1of 14

NAMA:NUR AMIERA IZZYANI BINTI ISMAIL

Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau


barang yang diterima masyarakat umum dan sah di
sisi undang-undang sebagai medium
pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga
lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan
nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang.
[1]

Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata
wang atau wang kertas dan syiling yang berada
dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai
status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam
pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti
akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit.
Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah
komponen terkecil dalam bekalan wang.










Wang tidak mempunyai nilai benar tetapi digunakan
sebagai pengukur nilai yang menjadi alternatif mudah
kepada sistem barter. Tanpa wang, sistem ekonomi
menjadi tidak cekap kerana sistem barter
memerlukan keperluan serentak antara mereka yang
mahu menukar barang, dan persetujuan bahawa
pertukaran barangan ini mestilah sama nilai sebelum
pertukaran barter berlaku. Dengan wang, seseorang
hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk
mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh
menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang
yang diperlukannya.
Penggunaan wang dalam masyarakat menggalakkan
perdagangan yang meningkatkan pembahagian kerja,
yang menaikkan produktiviti dan kekayaan secara
menyeluruh.








Dolar Malaya Dan Wang Kertas Yang Pernah Digunakan Di
Malaysia
Dolar Malaya adalah mata wang tanah Jajahan dan negeri naungan
British di Tanah Melayu dan Brunei hingga 1953. Ia diperkenalkan pada
tahun 1939, menggantikan Dolar Selat di par, dengan 1 Dolar = dua siling
empat pence sterling (60 Dolar = 7 paun).

Dolar Malaya telah diutarakan oleh Badan Pesuruhanjaya Mata
wang Malaya, sewaktu zaman bermastautin Jepun Rancangan (1942-
1945).
Pada zaman ini, wang Kertas telah proposed ke dalam sen dan Dolar.
Mata wang ini dilaraskan ke 1 Dolar = 1 Yen Jepun Rancangan,
berbandingkan dengan suatu Bab Kadar Ukuran 01:02 bebek rasaya.
Sewaktu bebek, mata wang bermastautin zaman Jepun Rancangan telah
diumumkan tidak bernilai dan Dolar Malaya terdahulunya mendapatkan
nilainya Berkaitan Dengan sterling.
Pada tahun 1952 Perbadanan tersebut telah dinamakan Badan
Pesuruhanjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo. Badan ini bermula
mengusulkan nota bank pada tahun 1953.







Wang merupakan topik utama yang dipelajari dalam
bidang ekonomi dan mempunyai kaitan yang sangat rapat
dengan kewangan. Monetarisme adalah teori ekonomi yang
kebanyakannya berkisar tentang penawaran dan keperluan untuk wang
tunai. Kestabilan keperluan untuk wang tunai sebelum tahun 1980-an
merupakan hasil kajian utama kerjaMilton Friedman, Anna
Schwartz, David Laidler dan banyak lagi. Perubahan teknikal, institusi
dan perundangan telah mengubah ciri-ciri keperluan wang tunai semasa
tahun 1980-an.
Perubahan teknikal, keinstitusian dan undang-undang telah mengubah
keadaan permintaan wang semasa 1980-an dan sejak itu pengaruh
monetarisme makin berkurang.
Polisi kewangan merupakan proses kerajaan, bank pusat atau pihak
berkuasa dalam kewangan menguruskan penawaran wang untuk mencapai
matlamat tertentu. Biasa matlamat polisi kewangan ialah untuk memberi
ruang bagi pembangunan ekonomi dalam persekitaran harga yang stabil.
Sebagai contoh, adalah jelas dicatatkan di dalam Akta Simpanan
Persekutuan A.S. bahawa Lembaga Gabenor dan Jawatankuasa Pasaran
Terbuka Persekutuan harus dapat "mempromosi secara berkesan
matlamat memaksimumkan buruh, menstabilkan harga dan mengawal
selia kadar faedah jangka panjang."
[10]

Polisi kewangan yang gagal boleh menjejaskan ekonomi dan masyarakat
yang bergantung kepadanya. Ini
termasuklah hiperinflasi, stagflasi, kemelesetan, pengangguranberleluas
a, kekurangan barangan import, ketidakupayaan mengeksport barangan,
bahkan kegagalan sistem kewangan hingga terpaksa kembali sistem
ekonomi barter yang sememangnya kurang efisien. Ini berlaku di Rusia
contohnya, setelah kejatuhan Kesatuan Soviet.
Kerajaan dan bank pusat telah mengambil kedua-dua pendekatan
pengawalan dan pasaran bebas berkenaan polisi kewangan. Antara cara
yang digunakan untuk mengawal penawaran wang termasuklah:
pembelian atau penjualan mata wang
peningkatan atau penurunan perbelanjaan kerajaan
peningkatan atau penurunan peminjaman kerajaan
penukaran kadar peminjaman atau pemberian pinjaman
pemanipulasian kadar pertukaran wang
cukai atau pelepasan cukai modal yang diimport atau dieksport
peningkatan atau penuruanan keperluan simpanan bank
pengawalan atau larangan mata wang persendirian
Terdapat banyak hujah sejarah tentang kombinasi fungsi wang,
sesetengah pihak berhujah bahawa mereka memerlukan lebih banyak
pengasingan dan satu unit tunggal tidak mencukupi untuk mewakili
kesemua fungsi tersebut. Modal kewangan adalah definisi yang lebih
umum dan merangkumi semua instrumen cair, tidak mengira sama ada
instrumen tersebut merupakan tender yang seragam.












Sejak pembentangan Bajet 2009 pada 29 Ogos 2008, krisis kewangan global yang
tercetus di Amerika Syarikat dan Eropah kini semakin ketara dan telah memberi
impak negatif kepada ekonomi benar di peringkat global, termasuk Malaysia.
Perkembangan ini sudah pasti akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global dan
perdagangan antarabangsa pada tahun 2009.

Dengan mengambil kira persekitaran ekonomi global yang mencabar ini, kerajaan
telah mengambil langkah tindak balas polisi bagi menangani krisis kewangan global
ini. Ke arah ini, dasar pengembangan fiskal dilakukan memandangkan negara
mempunyai fleksibiliti untuk melaksanakan projek serta program berimpak tinggi
berikutan daripada penjimatan subsidi minyak akibat penurunan harga minyak di
peringkat global. Melalui penjimatan yang dijangkakan ini, pelbagai inisiatif
melibatkan suntikan peruntukan sebanyak RM7billion akan dilaksanakan bagi
memangkinkan aktiviti ekonomi dalam negeri serta merangsang aktiviti sektor
swasta dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Projek dan program yang dilaksanakan ini adalah selari dengan 5 teras Misi Nasional
dan juga selaras dengan 3 Strategi Khusus Bajet 2009, dalam usaha mengekalkan
momentum pertumbuhan ekonomi negara yang mapan dan menjamin kesejahteraan
rakyat.

Selain pakej ransangan RM7 bilion, langkah-langkah berikut juga akan dilaksanakan:


* Untuk meningkatkan keberkesanan perbelanjaan kerajaan:
Projek yang mempunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import yang
rendah akan diutamakan.

Pelaksanaan pendaftaran serta liputan penuh penerima bantuan kebajikan
masyarakat berdasarkan tahap kelayakan baru akan dipercepatkan.

Pengambilan kakitangan bagi jawatan yang kritikal dalam sektor awam secara
kontrak akan dipercepatkan.
* Untuk menyediakan persekitaran perniagaan dan pelaburan yang kondusif serta
penjanaan peluang pekerjaan yang mapan bagi sektor swasta:
Tanah kerajaan di lokasi strategik akan dibangunkan secara usahasama
dengan sektor swasta dan GLC, yang juga akan mempelbagaikan hasil kerajaan.

Duti import bagi simen dan keluaran besi keluli panjang bagi sektor
pembinaan dan pembuatan akan dihapuskan, manakala Approved Permit (AP) bagi
keluaran besi keluli panjang juga dikecualikan.

Pembelian hartanah komersil bernilai RM500,000 atau lebih, untuk kegunaan
sendiri, dibenarkan tanpa kelulusan FIC.

Dana tambahan sebanyak RM200 juta akan disediakan bagi skim mikro kredit
di bawah seliaan Bank Negara Malaysia.

Permit kerja akan terus diberi kepada knowledge worker

Proses pengambilan profesional, pengiktirafan kelayakan asing serta
pengeluaran visa di bawah program pelancongan kesihatan dan pendidikan
dipermudahkan.

Syarikat GLC akan melaksanakan program Graduate Employability
Management Scheme (GEMS) untuk melatih 12,000 graduan dalam tempoh 2 tahun.

Masa perniagaan pasaraya besar dan pusat membeli belah dilanjutkan.
* Untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dan mengekalkan permintaan
dalam negeri:
Potongan caruman pekerja KWSP boleh dikurangkan secara sukarela
sebanyak 3% selama 2 tahun, mulai 1 Januari 2009.

Had kelayakan pinjaman kereta bagi penjawat awam ditingkatkan.

Pinjaman perumahan bagi penjawat awam untuk hartanah di pasaran sekunder
di mana hak milik strata belum dikeluarkan boleh dibenarkan.

Tempoh bayaran balik pinjaman perumahan kerajaan sediada dilanjutkan
daripada 25 tahun kepada 30 tahun.
Langkah-langkah di atas merupakan pakej ransangan yang komprehensif yang bukan
sahaja disasarkan untuk menangani impak krisis kewangan global pada tahun 2009,
maalh meletakkan asas-asas yang kukuh bagi mengekalkan momentum pertumbuhan
negara yang mapan demi mencapai objektif Misi Nasional dan Wawasan 2020.

























Sejarah telah membuktikan bahawa mekanisme
penggunaan mata wang telah mengalami beberapa
perubahan. Sejak tahun 800 S.M (Wickliffe B. Vennard,
1969) sehingga ke hari ini kita dapat menyaksikan
hamper lima bentuk mekanisme besar yang telah
digunakan iaitu penggunaan logam emas dan perak
sebagai mata wang, mata wang berasaskan gold
standard,system Bretton Woods dan sistem mata wang
terapung yang diamalkan pada masa kini.















INTERNET
http://norwatiabdmanaf.blogspot.com/2008/12/langkah-langkah-memperkukuhkan-
daya.html
http://gilerkentang.com/jom-lihat-dolar-malaya-dan-wang-kertas-yang-pernah-digunakan-di-
malaysia/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wang#Ekonomi_kewangan
http://norwatiabdmanaf.blogspot.com/2008/12/langkah-langkah-
memperkukuhkan-daya.html

You might also like