You are on page 1of 16

BENDERA NEGERI SABAH

Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 : 2. Petak utama
dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak
ini berwarna biru salji sebagai latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu
berwarna nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan
sempadan bawah petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada
tiga jalur warna melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki
bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan
jalur bawah berwarna merah cili.Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan
ketenteraman, putih melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili
melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan perpaduan
dan kemakmuran sementara warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat
kerjasama.Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran
Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.















JATA NEGERI SABAH
Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan
berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu
susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan
nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai.
Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan
merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung
Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu
dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri
Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.Dua lengan yang menjulang Bendera
Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat
berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.Lima warna yang
tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru
zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan
kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru
Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan
kekuatan dan semangat kerjasama.Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri
Sabah.








BENDERA NEGERI SARAWAK
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat
dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan
kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri
contoh.Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan
(Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.Warna
hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak
dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.Bintang yang
berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana
rakyatnya tinggal di dalam harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi
rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas
merdeka.






JATA NEGERI SARAWAK

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi dengan
aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi
"politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan
Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.







BENDERA NEGERI TERENGGANU
Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah
hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah memberi
perlindungan kepada seluruh rakyat baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama
Islam, agama negeri.








JATA NEGERI TERENGGANU
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Di
Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri.
Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku
Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai
melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.








BENDERA NEGERI SELANGOR
Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah
iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan
bintang pula ialah sebagai Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri dan kesucian
Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.









JATA NEGERI SELANGOR
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-
tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula
Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang
berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali
bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.








BENDERA PULAU PINANG
Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna
putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda
kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.






JATA NEGERI PULAU PINANG
Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning
mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan
empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan
Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4)
jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.Jalur-jalur biru
dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang
memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang
terdapat di Pulau Pinang.








BENDERA NEGERI PERLIS
Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat. Bendera itu
maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda.









JATA NEGERI PERLIS

Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi.
Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.








BENDERA NEGERI SEMBILAN
Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah
bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya
Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.








LAMBANG NEGERI SEMBILAN
Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam
Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan
hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya
Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah
Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama.
Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara
pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.






BENDERA NEGERI MELAKA
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera
Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam
Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda
Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.






LAMBANG NEGERI MELAKA

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam
Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka
pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama
rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua
ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu
pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil
keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.







BENDERA NEGERI KELANTAN

Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja.
Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.







JATA NEGERI KELANTAN
Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya
kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam.
Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk
mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua
negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira
pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang
kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang
itu."BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri
ini.










BENDERA NEGERI PAHANG
Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan
hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.Hitam adalah warna kebesaran Bendahara
melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang
adalah seorang yang bertaraf Bendahara.Putih adalah melambangkan Raja.
Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang
adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga
membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan,
undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang
tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.























JATA NEGERI PAHANG
Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk
penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa
dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri
Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari
emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu
gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi
satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah
lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga
dijadikan azimat yang berguna.












BENDERA NEGERI PERAK

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning
dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih melambangkan kebesaran
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning
melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul
Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir
Perak Darul Ridzuan.







LAMBANG NEGERI PERAK

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan
sabit yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja
Pemerintah.Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga padi
menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.






BENDERA NEGERI KEDAH

Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning
dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang
merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan
kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai
melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya






LAMBANG NEGERI KEDAH
Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama
Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.










BENDERA NEGERI JOHOR

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.
Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri.
Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.






LAMBANG NEGERI JOHOR
Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan
Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan
Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua
ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang
buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang
berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua
jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.

You might also like