You are on page 1of 6

REFLEKSI

Alhamdulillah, kerana dengan izinNya saya telah dapat melaksanakan


tugasan lawatan penanda aras ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sik iaitu sekolah
kluster kecemerlangan dengan jayanya. Kejayaan menyiapkan tugasan ini adalah
hasil usaha saya bersama rakan-rakan PPG , rakan-rakan guru di sekolah serta
bimbingan daripada pensyarah khususnya oleh Tuan Haji Hassan bin Jaafar.
Kejayaan sekolah tersebut hingga diiktiraf sebagai sekolah kluster
kecemerlangan oleh Kementerian Pelajaran adalah kerana ciri-ciri kepimpinan setiap
tenaga pelajarnya termasuklah tuan pengetua sekolah tersebut. Hal ini memberitahu
kepada saya bahawa setiap guru termasuk guru besar perlulah mempunyai ciri-ciri
kepimpinan yang unggul dan komitmen yang tinggi supaya pencapaian kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah murid dapat dilonjakkan secara berterusan. Bukti jelas
ialah tuan pengetua sendiri( pada masa itu disandang oleh Tn Hj Omar bin
Muhammad) sebelum Sekolah Menengah Kebangsaan Sik diiktiraf sebagai sekolah
cluster kecemerlangan, beliau bertindak sebagai pentadbir dan tenaga pengajar
subjek Matematik Tambahan SPM. Hal ini menjadi dorongan kepada guru-guru dan
stafnya.
Seterusnya , saya dapati sahsiah murid adalah sangat penting untuk
melestarikan visi dan misi Sekolah Menengah Kebangsaan Sik yang mana menjurus
visi dan misi Kementerian Pendidikan kerana nilai murni dan disiplin yang tinggi
adalah syarat seseorang untuk berjaya. Buktinya , Sekolah Menengah Kebangsaan
Sik adalah sebuah sekolah kawalan yang mana hanya murid yang mendapat
keputusan UPSR sekurang-kurangnya 3A sahaja yang layak di tempatkan di situ.
Oleh itu, untuk menjadi sekolah cemerlang, sahsiah murid adalah penting
ditekankan oleh guru dan ibu bapa di awal persekolahan lagi.
Di samping itu, hasil lawatan saya mendapati juga prasarana turut memainkan
peranan yang penting untuk menjana kecemerlangan sekolah kerana dapat menarik
minat pelajar untuk terus menimba ilmu. Buktinya di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sik terdapat berbagai prasarana atau infrastuktur seperti kerusi-kerusi
batu yang disumbangkan oleh bekas pelajar untuk mentelaah, papan-papan
informasi yang kemas, penghawa dingin di bilik-bilik khas seperti pusat sumber,
makmal bahasa, bilik kaunseling dan lain-lain lagi, galeri yang mempamerkan hasil
kerja atau bakat murid, makmal sains dan bilik muzik yang lengkap dengan
peralatan,bilik pergigian yang berfungsi, beberapa buah pondok telefon dan
sebagainya.
Namun demikian, persekitaran sekolah , asrama dan kelas yang kondusif
merupakan elemen penting untuk merangsang pembelajaran pelajar. Ini jelas
terbukti dapat dilihat semasa saya membuat lawatan. Tanpa elemen ini, murid-murid
rasa bosan hadir ke kelas dan sekolah serta tinggal di asrama yang akan
menjejaskan prestasi akdemik mereka. Budaya sayangi sekolah jelas kelihatan
apabila murid-murid datang ke sekolah walaupun cuti hujung minggu. Ini dapat di
buktikan apabila anak saya yang merupakan pelajar di SMK Sik seringkali ke
sekolah pada waktu tersebut untuk membuat perbincangan kumpulan.
Walaubagaimanapun , terdapat juga kekurangan semasa saya dan rakan-
rakan membuat lawatan. Lawatan kami mungkin mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran murid-murid. Maklumlah lawatan yang agak ramai dan tidak
dirancang dengan lebih teliti. Tambahan pula minggu tersebut merupakan minggu
Peperiksaan Percubaan SPM Negeri.
Akhir kata, lawatan penanda aras ke SMK Sik ini banyak memberi pengetahuan
baru kepada saya walaupun saya sememangnya bekas pelajar di sekolah tersebut
dari tahun 1980 hingga 1984. Pengetahuan ini amat berharga buat diri saya untuk
meneruskan tugas dalam bidang keguruan pada masa hadapan Segala kelemahan
adalah kekurangan dari saya. InsyaAllah saya akan berusaha memperbaikinya di
masa akan datang.
Sekian terimakasih.






REFLEKSI
Alhamdulillah, kerana dengan izinNya saya telah dapat melaksanakan tugasan
dengan jayanya. Kejayaan menyiapkan tugasan ini adalah hasil usaha saya
bersama rakan-rakan PPG , rakan-rakan guru di sekolah , guru cemerlang serta
bimbingan daripada Pensyarah iaitu Tn Haji Hassan bin Jaafar melalui talian telefon.
Hasil lawatan penanda aras saya dan rakan-rakan PPG, barulah saya fahami
bahawa Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran,
dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan
bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara
berterusan. - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang.
Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru
Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar
cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam
bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan
cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam
sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi
memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru
yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi
kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian
kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan
dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi
akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.
Sesungguhnya dalam era globalisasi ini, perkembangan ilmu pengetahuan dan
kemahiran amat dititik beratkan. Menurut Mantan Perdana Menteri, Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya sempena Hari
Pekerja (2002), beliau menyatakan bahawa setiap pekerja haruslah memiliki
kemahiran, kebolehan dan kecenderungan untuk berdaya saing serta mempunyai
keperibadian yang luhur dan bersedia menghadapi persekitaran dunia kerja tanpa
sempadan. Justeru, seseorang guru cemerlang haruslah mempunyai pemikiran yang
professional dan mampu memperkembangkan secara kritikal akan pengetahuan,
kemahiran serta kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran.
Berdasarkan temubual bersama guru cemerlang di SMKA Sik, Puan Faridah binti
Othman berbagai ilmu baru saya perolehi mengenai guru cemerlang. Seseorang
guru cemerlang perlulah menjadi guru yang kreatif dan inovatif bagi meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran supaya seiring dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Dengan adanya guru cemerlang ia dapat menyumbangkan lebih banyak
inovasi pada masa akan datang di samping memberi bimbingan kepada guru-guru
lain menjalankan kajian tindakan dan inovasi di peringkat sekolah dan daerah.
Selain itu, guru cemerlang juga haruslah mempunyai keperibadian yang tinggi
dengan menepati masa, bersifat mesra, mudah didekati dan sentiasa berpakaian
kemas. Ia menjadi idola kepada masyarakat untuk meningkatkan kemahiran
menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran ke arah penghasilan bahan yang
lebih bersifat inovatif dan kemahiran menggunakan bahan menggunakan teknologi
terkini. Seterusnya melalui hasil kerja seseorang guru cemerlang itu juga diharapkan
dapat meningkatkan hasil kerja pelbagai pihak.
Sebagai guru cemerlang, membina jaringan dengan pelbagai pihak amatlah penting.
Ini kerana berbagai ilmu dan bahan dapat dikongsi bersama dan mewujudkan
kolaborasi antara rakan guru dan guru cemerlang yang lain.
Di samping itu amalan membaca adalah amat penting untuk memajukan diri dan
meningkatkan kemahiran serta kepakaran dalam sesuatu bidang. Oleh itu, guru
cemerlang seharusnya rajin membaca, membuat rujukan, kajian dan sebagainya. Ia
adalah bagi merealisasikan visi dan misi sebagai guru yang aktif, rajin, kreatif,
proaktif, berhemah, bijaksana, terbuka dan setiakawan.
Peranan sistem maklumat internet adalah bersifat dinamik dan sofistikated yang
dapat menjimatkan masa dan tenaga manusia untuk melakukan sesuatu kerja
dengan lebih konsisiten, berkesan dan sempurna. Oleh yang demikian, diharapkan
guru cemerlang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri
berdasarkan kemampuan masing-masing dan guru bertindak sebagai fasilitator.
Selain itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi sangat menarik dan
menyeronokkan kerana pelbagai unsur dapat digabungkan seperti visual, grafik dan
muzik dalam pengajaran.
Guru cemerlang sentiasa mahukan pembelajaran berfikrah dalam pengajaran dan
pembelajaran. Adalah menjadi wawasan setiap guru cemerlang untuk menjalankan
pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira pelbagai kecerdasan seperti
verbal-linguistik, muzik, logic Matematik, interpersonal, visual, ruang, kinestetik dan
naturalis. Justeru menjadi harapan setiap guru cemerlang agar pelajar dapat
memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari melalui pelaksanaan
pendekatan intergrasi merentas kurikulum.
Kesimpulannya, sesungguhnya guru cemerlang mempunyai peranan yang amat
besar sekali dalam era pendidikan. Sebagai guru cemerlang, ia banyak membantu
pihak sekolah menjayakan program kemenjadian sahsiah murid. Hanya pelajar yang
dapat membina jati diri yang akan menjadi individu yang berjaya dalam pelajaran
dan kehidupan seharian. Malah guru cemerlang juga menjadi pemangkin wadah
perjuangan bagi membolehkan setiap pelajar membina daya pemikiran yang
analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu yang dapat mengadaptasikan
diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.

You might also like