You are on page 1of 6

PELAPORAN BERGAMBAR:

a) Ucapan perasmian dari guru besar. b) Suasana semasa ceramah





c) Pameran Antidadah oleh AADK Pasir Puteh













Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 12 Mei 2014. Acara dimulakan dengan
ucapan pengerusi yang mengalu-alukan kedatangan pegawai-pegawai AADK. Kemudian
Guru Besar menyampaikan ucapan perasmian majlis. Majlis diteruskan lagi dengan
menjemput wakil pegawai AADK untuk memberi ceramah berkai tan bahaya dadah serta
kesan buruknya terhadap diri pelajar. Gaya penyampaian yang bersahaja oleh pegawai
AADK tersebut telah menarik minat murid untuk mengikuti ceramah yang disampaikan.
Kadangkala beliau juga menyoal pengetahuan sedia ada murid berkaitan dadah.
Mereka yang berjaya menjawab soalan yang diajukan akan diberi hadiah. Ini berjaya
menarik minat murid untuk memberi tumpuan 100% kepada isi-isi ceramah. Apabila selesai
program ceramah, murid-murid diberi 30 minit untuk rehat. Pada jam 10 pagi, murid telah
berkumpul semula di dewan sekolah dan dibawa ke tapak pameran yang terletak di antara
blok C dan blok D.
Antara pameran yang disediakan ialah jenis-jenis dadah, gambar serta model-model
mereka yang terlibat dengan dadah serta kesan negitif. Muri d-murid menghabiskan masa
kira-kira 1 jam di ruangan pameran. Pada jam 11 pagi, pihak sekolah menjemput pegawai -
pegawai AADK untuk menikmati jamuan yang disediakan.
Secara keseluruhan, ceramah dan pameran yang dijalankan telah berjaya memberi
kesedaran kepada murid tentang bahayanya dadah. Saya berharap agar program ini akan
dapat dijadikan acara tahunan di SK Tok Bali. Sekian terima kasih`


Disediakan oleh :

..
(MOHD SARIFFUDIN DAUD)



























CONTOH RISALAH PENYALAHGUNAAN DADAH

You might also like