You are on page 1of 6

Definisi Seni

Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2005) :


Halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara,
comel bentuk badan.
Karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat
atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan.
Mengikut Kamus pelajar bahasa Malaysia, terbitan Dewan bahasa dan Pustaka
(1988), "seni bermaksud kecil sekali, halus, molek atau elok, kecekapan atau
kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah".
Definisi Visual
Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui
deria penglihatan.
Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka.
Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin
seni halus,dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka
benatuk dan persekitaran. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan
sesuatu idea ataupun yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan
ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu.



Perbezaan pengkaryaan dan perekaan

PENGKARYAAN PEREKAAN
Ialah penghasilan seni halus
dalam bentuk 2D dan 3D.
Kebanyakan bahan-
bahan yangterhasil menggunakan
media dan teknik konvensional
iatualatan dan media asas dan
kurang mengunakan bantuan
teknologi.
Contoh pengkaryaan ialah
Lukisan, catan, seni cetak dan
arca.
Ialah penghasilan 2D dan 3D
yang lebih banyak menggunakan
teknik dan media baru
berteraskan teknologi.
Contoh perekaan ialah grafik dan
multimedia ( komunikasi visual)
, reka bentuk teknologi seperti
rekaan industeri ( automobil,
logam halus, tekstil dll ) dan
reka bentuk persekitaran seperti
senihiasan dalaman & seni
lanskap.

Matlamat
Untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Objektif
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif
dan menyeronokkan,
3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang
berfaedah.
Organisasi
Empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:
1. Pemerhatian secara aktif pemerhatian terhadap objek alam dan objek
buatan manusia.
2. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
3. Apresiasi seni visual yang mudah
4. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.


Bidang Utama Seni Visual
Teknik Menggambar










Cetakan
Menggunakan bahan utama linoleum yang
telah diukir
Kolaj
Kertas Dan Kekacang
Membuat Rekaan Corak





BUATAN MANUSIA
GEOMETRI
ALAM SEMULAJADI
Membentuk Dan Membuat Binaan



Kraftangan



ARCA
ANYAMAN

You might also like