You are on page 1of 10

7.

1 CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN


1. PENGENALAN (5m)

a) Maksud demokrasi berparlimen / Latar belakang demokrasi
berparlimen di Malaysia.
Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri
dalam sistem pemerintahan negara.
Dalam konteks Malaysia pula, meletakkan Raja-raja Melayu
sebagailambang taat setia rakyat .
Selain itu demokrasi berparlimen memberi rakyat peluang
membentuk kerajaan.
Rakyat juga bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya.
Umumnya pula negara demokrasi lahir
daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
Terdapat dua corak pemerintahan Negara demokrasi
iaitu sistem Raja berpelembagaan dan sistem republik.
Sistem Raja berpelembagaan pula bermaksud sistem
pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintahan
tertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana
Menteri.
Bagi sistem Republik pula ialah bermaksud sistem
yang menolak institusi beraja. Kerajaan diketuai oleh presiden.
Manakala Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
Contoh seperti Negara Perancis, Korea Selatan, India dan
Filipina. Presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua
kerajaan dan ketua negara

** Atau latar belakang demokrasi berparlimen di Malaysia

Asas demokrasi berparlimen bermula apabila British
memperkenalkanSistem Ahli 1955. Seterusnya tertubuhnya Parti
Perikatan iaitu kerjasama kaum melalui UMNO dan MCA untuk
menghadapi pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur 1952. Asas
ini bertambah kukuh apabila kemasukan parti MIC dalam Parti
Perikatan bagi menghadapi pilihan raya umum pertama 1955.

Demokrasi berparlimen direalisasikan apabila Parti Perikatan
menang dan membentuk kerajaan iaitu Tunku Abdul Rahman
sebagai Ketua Menteri. Seterusnya demokrasi berparlimen jelas
apabila peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Antaranya menjadikan Yang diPertuan Agong
sebagai Ketua Negaradan konsep Raja
Berperlembagaan. Pilihanraya umum yang diadakan lima tahun
sekali merupakan tonggak utama demokrasi berparlimen di
Malaysia. Sejak merdeka hingga kini Malaysia adalah sebuah
negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

2. PEMAHAMAN

Ciri-ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen (30 m)

Ciri utama dalam sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen ialah mempunyai perlembagaan.
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang
menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.

Perlembagaan menjadi panduan kepada kerajaan untuk
melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik /
kerajaan yang memerintah akan mengetahui hala tuju
pentadbiran negara.

CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SEJARAH SPM 2014
Perlembagaaan ini menjamin kerajaan menunaikan
tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang
terkandung di dalamnya.

Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti Senarai
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan senarai Bersama.
Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan
Badan Kehakiman dan Perlembagaan Malaysia telah membuat
pembahagian kuasa. Wujud kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan.

Negeri-negeri yang bergabung dengan persekutuan
Malaysia diberi hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang
diperuntukkan dalam perlembagaan negeri.

Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan sesebuah
negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya.
Perlembagaan membantu dan menjamin kecekapan, kejujuran,
keadilan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah
kerajaan.

Ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen berikutnya
ialah institusi Raja Berpelembagaan. Di Malaysia, Raja
Berpelembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut
peruntukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan
Perlembagaan. Dalam menjalankan tugasnya,Yang di-Pertuan
Agong tidak boleh bertindak sendirikecuali dalam perkara tertentu
yang memerlukan budi bicara baginda dalam membuat
keputusan.


Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan
sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri
Melayu secara bergillir-gilir. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
dibuat mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.

Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara. Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga badan kerajaan
iaitu Badan Perundangan(Legislatif),Badan Pemerintah (Eksekutif)
dan Badan Kehakiman (Judisiari)

Baginda merupakan Ketua Tertinggi angkatan
Bersenjata.Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan
menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang
dibicarakan oleh Mahkamah tentera. Baginda
bertanggungjawabmenjaga dan memelihara kedudukan dan hak
istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja
Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan
keistimewaaan,kedudukan,kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja
Melayu.

Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua Agama
Islam bagi negeri baginda sendiri,Pulau Pinang, Melaka, Wilayah
Persekutuan,Sarawak dan Sabah.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara
untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa
melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan
Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-
undang darurat di bawah Undang-undang X jika mendapati
keselamatan negara terancam.
Baginda melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya
Pilihan Raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman,serta Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Baginda bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan
seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.Yang di-Pertuan
Agong mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta
negara kita.

Sistem Raja Berpelembagaan merupakan tonggak
keagungan kerajaan Malaysia sehingga kini. Sistem ini membantu
memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di
samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi
rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja.

Ciri demokrasi berparlimen seterusnya ialah parlimen /
badan perundangan. Parlimen merupakan badan perundangan
yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Malaysia.
Komponen Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong,
Dewan Negara dan dewan Rakyat.

Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi
dalam sistem pemerintahan negara kita. Dewan Negara
mempunyai 69 orang ahli,26 orang ahli dipilih daripada 13 buah
negeri,iaitu dua orang setiap negeri.

Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada
kalangan ahli DUN. Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
seorang lagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.

40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang
terdiri daripada individu yang telah memberi sumbangan yang
cemerlang dalam perkhidmatan awam,bidang professional atau
bidang tertentu seperti perniagaan,perusahaan,pertanian,kesenian
dan kebajikan atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti
orang asli.

Ahli Dewan Negara digelar Senator dan mereka dilantik
tanpa bertanding dalam pilihan raya.Seorang Senator memegang
jawatannya bagi tempoh 3 tahun. Selain itu, Senator mesti berumur
sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf senator sama dengan ahli
Parlimen. Seseorang Senator boleh dilantik menjadi ahli Jemaah
Menteri.

Dewan rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya
dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan rakyat
mempunyai 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan
raya di seluruh negara.

Tempoh jawatan bagi anggota Dewan Rakyat ialah 5
tahun. Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan
meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.

Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dikenal sebagai
Akta. Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri
dinamakan Enakmen. Manakala Undang-udang yang dibuat oleh
Dewan Undangan Negeri di Sarawak dan Sabah
dinamakan Ordinan.

Pilihanraya juga merupakan salah satu ciri demokrasi
berparlimen di Malaysia. Pilihan raya ialah proses memilih wakil
rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau
persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan
menggunakan prosedur yang telus dan teratur.


Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya
direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.
Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. Pilihan raya
merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR). Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu. Suruhanjaya
Pilihan Raya ditubuhkan untukmenjamin pilihan raya yang adil dan
bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.

Terdapat dua jenis pilihanraya di Malaysia iaitu pilihanraya
umum dan pilihan raya kecil. Pilihan raya umum diadakan untuk
memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri
secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.Di Sarawak dan
Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri diadakan secara berasingan.

Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan
kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri. Setiap warganegara Malaysiabebas memilih dan
menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari.
Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam
pilihan raya. Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan
raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun,
bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis,
tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak
disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.

Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam
sistem pemerintahan demokrasi. Setiap warganegara perlu
bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa.
Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin
negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak
pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.
Dalam konteks Malaysia, demokrasi
berparlimen mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa
pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang,iaitu Badan
Perundangan,Badan Pelaksana,dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga
badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk
mengelakkan pembolotan kuasa.

Fungsi badan perundangan merujuk kepada undang-
undang yang digubaloleh badan perundangan yang
dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan
perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin
keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan badan
perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-
undang di Malaysia.Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan
Agong,Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Jemaah Menteri,atau kabinet merupakan badan pelaksana
dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi
negara. Tugas Jemaah Menteri, atau Kabinet ialah menggubal
dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri
merupakan Ketua Jemaah Menteri.


Sebagai negara demokrasi berparlimen, badan
kehakiman mempunyai kuasa mendengar dan menentukan
perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman
(biasanya memerlukan affidavit) manakala perkara jenayah pula
melibatkan kanun keseksaan.

Badan Kehakiman menentukan kesahihan undang-
undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan
pelaksana. Selain itu, badan ini mentafsir Perlembagaan
Persekutuan dan Perlembagaan Negeri

Sistem mahkamah pula diwujudkan oleh Perlembagaan
Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di
Malaysia.Antara tugas Mahkamah ialah mentafsir perlembagaan
negara, mentafsir undang-undang, mengisytiharkan undang-
undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan
mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-
undang

Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana
pindaan tertakluk pada badan perundangan atau Parlimen. Sistem
mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid.

Penubuhan parti-parti politik juga merupakan salah satu ciri
demokrasi berparlimen. Secara umumnya parti politik merujuk
kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk
mencapai matlamat bersama.Parti-parti politik ini berjuang untuk
mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan
selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap
perjuangan parti.


Selain ideologi politik, sikap perkauman juga menjadi asas
pembentukandan penyatuan ahli-ahli parti.Contohnya Parti
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Cina Se-
Tanah Melayu (MCA)dan Kongres India Tanah Melayu (MIC) di
negara kita. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk
menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing.

3. Soalan 3 [15 markah]

Malaysia sebagai Negara Persekutuan
(a) Konsep pengagihan kuasa.

Negara Malaysia merupakan sebuah negara
persekutuan yang mengandungi beberapa buah negeri di
dalamnya. Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan
bidang kuasa yang diperuntukkan.
Pengamalan konsep pengasingan kuasa jelas pada kuasa
pemerintahan yang terbahagi kepada tiga badan iaitu badan
pelaksana, badan perundangan dan badan kehakiman.
Pengasingan kuasa juga melibatkan kuasa kerajaan persekutuan
dan kerajaan negeri. Terdapat tiga senarai mengikut
perlembagaan iaitu Senarai Negeri, Senarai Persekutuan dan
Senarai Bersama.

Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa
Persekutuan iaitu hal ehwal luar negeri (hubungan luar),
Pertahanan, Keselamatan dalam negeri, Pentadbiran dan
keadilan, Kerakyatan negara, Pilihan raya negara, Kewangan,
Perniagaan,perdagangan dan perusahaan, Jabatan ukur dan
penyelidikan, Kerja raya dan tenaga pusat, Pelajaran, Kesihatan,
Keselamatan buruh dan sosial, Orang asli dan Hal-hal lain.

Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa
eksekutif kepada setiap negeri. Kuasa eksekutif peringkat negeri
terletak pada Raja atau Sultan atauYang Dipertua Negeri.

Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh raja atau
Yang di-Pertua Negeri daripada kalangan Ahli Dewan Undangan
Negeri (DUN) yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan
tersebut.

Seterusnya, urusan pentadbiran negeri terletak pada
perlembagaan negeri seperti mana yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan Persekutuan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(EXCO) di Semenanjung Malaysia, Majlis Tertinggi di Sarawak dan
Kabinet di Sabah mempunyai sebilangan ahli DUN serta tiga orang
pegawai kerajaan (ex-officio),iaitu Setiausaha Kerajaan
Negeri,Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang
Negeri yang berperanan menjalankan dasar pentadbiran negara
di peringkat negeri.

Senarai Negeri terdiri daripada bidang kuasa yang
diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri iaitu Undang-undang Islam,
Tanah, Pertanian dan perhutanan, Kerajaan Tempatan,
Perkhidmatan tempatan, Kerajaan negeri, Hari cuti negeri dan
Undang-undang negeri.

Senarai Bersama pula ialah kuasa yang diperuntukkan
kepada kerajaan pusat, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
seperti contoh biasiswa dan taman negara.




(b) Kerajaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang
luas kepada Kerajaan Persekutuan berhubung dengan
pentadbiran negara. Pentadbiran negara meliputi semua aspek
perkhidmatan seperti perkhidmatan ekonomi,sosial,keselamatan
dan pendidikan.

Badan Pelaksana atau Eksekutif mempunyai tugas untuk
menjalankan kuasa-kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan
undang-undang yang sedia ada. Mengikut Perlembagaan
Persekutuan.kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak
pada Yang di-Pertuan Agong

Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang
menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan
Agong. Jemaah Menteri ini diketuai oleh seorang Perdana Menteri
daripada kalangan ahli Dewan Rakyat. Pusat pentadbiran
Kerajaan Persekutuan Malaysia terletak di Putrajaya.

Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan
iaitu hal ehwal luar negeri (hubungan luar), Pertahanan,
Keselamatan dalam negeri, Pentadbiran dan keadilan, Kerakyatan
negara, Pilihan raya negara, Kewangan, Perniagaan,perdagangan
dan perusahaan, Jabatan ukur dan penyelidikan, Kerja raya dan
tenaga pusat, Pelajaran, Kesihatan, Keselamatan buruh dan sosial,
Orang asli dan Hal-hal lain.




Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa
eksekutif kepada setiap negeri. Kuasa eksekutif peringkat negeri
terletak pada Raja atau Sultan atauYang Dipertua Negeri.

Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh raja atau
Yang di-Pertua Negeri daripada kalangan Ahli Dewan Undangan
Negeri (DUN) yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan
tersebut.

Seterusnya, urusan pentadbiran negeri terletak pada
perlembagaan negeri seperti mana yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan Persekutuan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(EXCO) di Semenanjung Malaysia, Majlis Tertinggi di Sarawak dan
Kabinet di Sabah mempunyai sebilangan ahli DUN serta tiga orang
pegawai kerajaan (ex-officio),iaitu Setiausaha Kerajaan
Negeri,Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang
Negeri yang berperanan menjalankan dasar pentadbiran negara
di peringkat negeri.

Senarai Negeri terdiri daripada bidang kuasa yang
diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri iaitu Undang-undang Islam,
Tanah, Pertanian dan perhutanan, Kerajaan Tempatan,
Perkhidmatan tempatan, Kerajaan negeri, Hari cuti negeri dan
Undang-undang negeri

4. Kepentingan amalan Demokrasi Berparlimen (10m)

Antara kepentingan amalan demokrasi berparlimen ialah
adanya perlembagaan yang menjamin kestabilan sesebuah
negara dan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya.

Selain itu, Perlembagaan membantu dalam menjamin
kecekapan, kejujuran, ketelusan serta menjamin kelicinan
pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
Seterusnya, perlembagaanb dijadikan sebagai panduan
pemimpin semasa memerintah agar pemerintahannya menepati
kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.

Antara kebaikan sistem pemerintahan demokrasi
ialah rakyat terlibat dalam memilih dan membentuk
kerajaan. Rakyat boleh bersuara dan kemukakan pandangan.
Sistem ini berjalan dengan baik dan mantap kerana
adanya sokongan rakyat.

Seterusnya, pemimpin tidak berkuasa mutlak. Rakyat
juga bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya. Sistem demokrasi
berparlimen jugamenjamin hak asasi rakyat dan memastikan
keamanan. Sistem ini jugamenjamin kerajaan yang adil dan stabil.

Melalui sistem demokrasi berparlimen juga, kedaulatan
negara di tangan rakyat. Hal ini kerana kerajaan yang dipilih akan
menunaikan tanggungjawab dengantelus. Keadaan ini
menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.


5. Peranan warganegara dalam mengekalkan Malaysia sebagai
sebuah negara demokrasi berparlimen (10 markah)

Peranan warganegara dalam mengekalkan demokrasi
berparlimen ialahmenganggotai mana-mana parti politik. Selain
itu, mendaftar sebagai pemilih ataumenjadi calon pilihanraya.
Seterusnya, bertanding atas parti atau calon bebas. Kita juga
boleh memilih pemimpin yang bertanggungjawab, amanah,
berwawasan dan pemimpin yang mesra rakyat.

Warganegara Malaysia juga mestilah
sentiasa menghayati dan menjunjung perlembagaan negara.
Seterusnya mesti menerima institusi beraja dan tidak
memperlekehkan institusi tersebut.

Warganegara juga perlu taat kepada pemimpin negara.
Selain itu, tidak menyertai demonstrasi haram atau menganggotai
pertubuhan haram.Sekiranya warganegara tidak berpuas hati
terhadap sesuatu dasar, perlulah menyatakan pendirian melalui
saluran yang betul.

Kita juga memilih pemimpin yang menghormati hak asasi
manusia. Kemudian, kita hendaklah patuh kepada undang-undang
negara serta bertolak ansur, bekerjasamadan saling hormat
menghormati.

6. Amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan
negara dan bangsa Malaysia serta kesejahteraan rakyat. (10
markah)

ATAU

Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah menjamin
kestabilan politik di Malaysia. Buktikan. (10 markah)

Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen sememangnya
dapat menjamin kestabilan politik negara iaitu tiada penggulingan
kerajaan yang memerintah. Selain itu,tidak berlaku revolusi atau
demonstrasi yang radikal.
Selain itu, tidak berlaku perebutan kuasa antara
pemimpin. Hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat terjalin.
Pemimpin yang mendapat mandat daripada rakyat dapat
melahirkan politik yang stabil dan kesannya negara aman makmur.
Kestabilan politik dijamin dengan konsep pengagihan kuasa
yang diamalkan kerana hal ini dapat mengelakkan pertindihan
kuasa. Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara
boleh mengisytiharkan undang-undang darurat.

Demokrasi Berparlimen di Malaysia menjamin kestabilan
politik apabila raja dan pemimpin tertakluk kepada
Perlembagaan. Raja berperanan memberi kata putus dalam
menyelesaikan krisis politik.
.
Raja bertanggungjawab mempertahankan isu sensitif yang
boleh mencetuskan ketegangan kaum dalam masyarakat majmuk
di Malaysia. Kestabilan politik juga jelas dengankonsep muafakat.

**ATAU JIKA SOALAN MENGKEHENDAKI KESAN AMALAN DEMOKRASI
BERPARLIMEN MENJAMIN KEMAKMURAN SOSIOEKONOMI NEGARA
DAN RAKYAT. ANTARA CADANGAN JAWAPANNYA:

Demokrasi berparlimen menjamin kemakmuran ekonomi
negara ialah apabila kecekapan pentadbiran telah menarik ramai
pelabur asing. Selain itu, kedatangan pelancong juga bertambah
kerana kestabilan politik negara.

Rakyat juga dapat menikmati prasarana yang
lengkap seperti lebuh raya hasil pentadbiran yang mantap. Juga
rakyat dapat menikmati kemudahan komunikasi seperti jalur
lebar tanpa mengira tempat hasil daripada keberkesanan dasar-
dasar negara.

Amalan demokrasi berparlimen juga berjaya menyediakan
banyak peluang ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat
kerana kestabilan politik.
Soalan 7 (10 markah)
(a) Cabaran mengekalkan demokrasi berparlimen di Malaysia (5
markah)

Antara cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebagai
sebuah negara demokrasi berparlimen adalah terdapat segelintir
masyarakat yang tidak memahami konsep demokrasi.

Selain daripada itu, masyarakat masa kini terdedah dengan
ideologi baharudalam politik. Kepesatan teknologi maklumat
menyebabkan rakyat mudah terpengaruhdengan banyak
fahaman politik negara lain.

Cabaran seterusnya ialah tuntutan rakyat yang
melampaui peruntukan Perlembagaan. Masih terdapat masyarakat
Malaysia yang kurang matang serta bertindak mengikut perasaan.

(b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran (5 markah)

Antara langkah untuk mengatasi cabaran menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen ialah
melalui proses pendidikan bermula dari peringkat sekolah rendah
hingga ke institusi pengajian tinggi.

Selain itu , pihak kerajaan mempergiat usaha meningkatkan
kesedaran dalam kalangan rakyat tentang kebaikan demokrasi
berparlimen dan raja berpelembagaan yang telah sekian
diamalkan di Malaysia. Kerajaan perlu memperkukuhkan semangat
jati diri rakyat Malaysia supaya tidak mudah terpengaruh dengan
ideologi luar.

Seterusnya, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-
undang dengan lebih tegas bagi mengenalpasti individu atau
pihak yang mencabar Perlembagaan.
Pihak pemerintah hendaklah turun padang untuk mendekati dan
memahami masalah rakyat bagi mengelakkan salah faham antara
pemimpin dengan rakyat.

Soalan 8 (5 markah)

Nilai-nilai murni/iktibar/patriotism daripada amalan demokrasi
berparlimen.

Nilai-nilai murni yang diperoleh dalam demokrasi
berparlimen di Malaysia ialah pentingnya muafakat dan
toleransi antara pemimpin dan rakyat demi kemakmuran negara.
Seterusnya amat penting setiap warganegara membelakangkan
kepentingan kaummasing-masing demi kesejahteraan negara.
Setiap warganegara hendaklah menerima unsur-unsur budaya
kaum lain sesuai dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Seterusnya,sedia menerima perubahan demi kestabilan dan
keselamatan negara.

Selain itu, amat penting setiap rakyat mematuhi
Perlembagaan negara demi mengekalkan kedaulatan Malaysia.
Kita haruslah memelihara kemakmuran negara dan taat setia
kepada pemerintah,menyanjung tinggi kepada raja dan patuh
kepada undang-undang.Perasaan berbangga sebagai
warganegara juga perlu ada dalam diri setiap warganegara.
Rakyat Malaysia juga harus bertoleransi dan mengamalkan
permuafakatan dalam apa jua situasi sama ada dalam aspek
politik atau ekonomi dan sosial.

Soalan 9 (5 markah)

Rumusan

Pengetahuan yang diperoleh ialah negara Malaysia
ialah negara yang mengamalkan ciri-ciri demokrasi
berparlimen. Pengetahuan lain ialah permuafakatan antara
pemimpin dan rakyat menjamin kejayaan sistem demokrasi
berparlimen di negara kita.

Sebagai iktibar kepada diri, kita mestilah menunaikan
tanggungjawab kepada negara dengan mematuhi peraturan.
Manakala iktibar kepada bangsa, seharusnya bangsa
Malaysia saling menghormati dan bekerjasama dalam
menghadapi setiap cabaran. Iktibar kepada negara pula,
pihak kerajaan dan rakyat harus berganding bahu dan bersama-
sama membawa kemajuan kepada negara.

Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang
ialah supaya negara akankekal berdaulat dan dapat meneruskan
amalan demokrasi berparlimen yang telah terbukti memberikan
kita kehidupan yang amat harmoni sejak merdeka sehingga kini.
Seterusnya adalah diharapkan Malaysia akan menjadi negara
demokrasi yang palingdisegani di mata dunia.

KERTAS CADANGAN TAMAT

Selamat Menjawab Moga Berjaya dlm SPM 2014

You might also like