You are on page 1of 6

LAPORAN AKHIR

Isnin ( 22 September 2014 )


Saya tiba di Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari pada pukul 7.15 pagi. Saya
memilih sekolah ini untuk program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kerana
saya ingin menimba pengalaman di sekolah yang berhampiran rumah saya. Apabila
tiba di sekolah, saya terus ke pejabat untuk menandatangani buku kehadiran
menjalankan program PBS. Seperti kebanyakkan semua sekolah, hari Isnin
merupakan hari perhimpunan rasmi sekolah.Semua guru dan murid-murid diminta
untuk berkumpul sebelum perhimpunan dimulakan. Saya mengikut beberapa orang
guru untuk berada dihadapan.
Perhimpunan bermula pada pukul 7.40 pagi. Guru yang bertugas pada hari itu
memberi sedikit ucapan dan teguran kepada pelajar. Fokus utama ucapan beliau
ialah kelewatan pelajar untuk datang ke sekolah. Ramai pelajar yang lewat tiba di
sekolah .Guru Besar memberi ucapan dan memberi sedikit nasihat kepada pelajar
supaya belajar bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi akademik
sekolah. Selepas perhimpunan tamat, pelajar. Saya bersalam-salaman dengan
guru-guru dan saling mengenali antara satu sama lain. Selepas beramah mesra
dengan guru-guru, saya terus menuju ke pejabat untuk melapor diri. Saya melapor
diri dengan Guru Besar.
Setelah itu, saya bersama rakan saya pergi mendapatkan maklumat tentang
sekolah. Kami meronda sekitar kawasan sekolah dan mengambil gambar untuk
dijadikan bukti laporan kami. Saya dan rakan menuju ke bilik guru untuk berjumpa
dengan guru bahasa Melayu. Saya menerangkan tugasan yang akan saya jalankan
kepada cikgu tersebut dan beliau akan berusaha untuk membantu saya bagi
memudahkan tugasan saya berjalan dengan lancar dan sempurna.




Selasa ( 23 September 2014)
Saya tiba di sekolah pada pukul 7.20 pagi. Seperti kebiasaannya, saya
menuju ke pejabat untuk menandatangani buku kehadiran. Selepas itu, saya turun
semula ke tapak perhimpunan untuk meninjau aktiviti pelajar. Pada hari itu, para
pelajar diminta untuk membawa sebuah buku untuk aktiviti bacaan senyap. Pada
hari itu, ramai pelajar yang datang lewat ke sekolah. Guru yang bertugas telah
menyuruh pelajar untuk berdiri di hadapan pentas kerana datang lewat ke sekolah.
Guru yang bertugas memberi sedikit nasihat
Saya berada di bilik guru dan mengambil peluang untuk mendapatkan
maklumat dengan guru-guru bekenaan tugasan saya yang memfokuskan kepada
kepentingan KOMSAS dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Selain itu,
saya juga pergi ke pejabat untuk mendapatkan maklumat tambahan dan mengambil
peluang untuk fotostat bahan-bahan yang diperolehi. Setelah semua bahan-bahan
telah dikumpulkan , saya mencari guru bahasa Melayu untuk memberi peluang
kepada saya membuat penyelidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas. Guru tersebut memberi peluang kepada saya untuk membuat tinjauan
dan penyelidikan semasa beliau mengajar di kelas . Saya menggunakan masa
tersebut sebaik-baiknya untuk melengkapkan borang kaji selidik saya.
Di samping itu, saya juga dapat melihat situasi seorang guru melayan
kerenah murid-murid di dalam kelas. Ini akan dapat meningkatkan semangat saya
untuk menjadi guru yang cemerlang pada masa akan datang.














Rabu ( 24 September 2014 )

Saya tiba di sekolah pada pukul 7.15 pagi dan terus menandatangani buku
kehadiran. Pelajar-pelajar perlu berkumpul di tapak perhimpunan untuk
perhimpunan unit kokurikulum. Pada hari itu, masih ada lagi pelajar yang datang
lewat ke sekolah namun dapat dikurangkan dan lebih baik jika hendak dibandingkan
dengan semalam yang bilangannya lebih ramai. Seperti kebiasaan, guru bertugas
akan memberi ucapan dan nasihat semasa perhimpunan tersebut. Guru bertugas
mengingatkan pelajar supaya menunggu guru dan meminta kebenaran guru untuk
mengambil alatan sukan di stor sukan. Para pelajar yang terlibat dengan sukan dan
permainan pada waktu petang perlu berada di padang pada pukul 5.15 petang.

Setelah perhimpunan tamat, para pelajar berbaris untuk naik ke kelas
masing-masing. Saya meninjau kawasan padang dan ia menarik perhatian saya
kerana segelintir pelajar menjalankan aktiviti pendidikan jasmani selepas
perhimpunan tamat. Saya melihat para pelajar begitu aktif bermain berbagai-bagai
permainan semasa waktu tersebut. Mereka begitu seronok dan gembira kerana
dapat bermain bersama rakan-rakan. Setelah selesai aktiviti tinjauan di padang,
saya meluru ke bilik guru

Saya menuju ke bilik guru untuk mengemaskini laporan .Selepas itu, saya
mengambil sedikit masa untuk meninjau suasana pembelajaran bagi pelajar tahap 1.
Saya masuk ke kelas tahun 1 dan memerhatikan proses P&P mereka.Pada waktu
rehat, saya mengambil kesempatan untuk bertemu dengan beberapa orang pelajar
untuk menemubual dan menjalankan sedikit aktiviti berkenaan tugasan saya. Sesi
temubual dapat dijalankan dengan sempurna kerana mereka dapat memberi
kerjasama sepanjang sesi temubual dijalankan.

Selepas tamat sesi bersama dengan pelajar, saya menuju ke kelas pemulihan
untuk memerhati proses pengajaran dan pembelajaran bagi kelas pemulihan pula.
Saya juga berkesempatan untuk menemubual guru pemulihan untuk mendapatkan
maklumat tentang kelas pemulihan di sekolah. Saya juga melihat guru yang
mengajar bahasa Melayu untuk murid pemulihan.

Khamis ( 25 September 2014 )

Saya meninjau sekitar kawasan luar sekolah dan memerhati gelagat pelajar
yang datang bersama ibu-bapa ke sekolah.Saya menandatangani buku kehadiran
setelah selesai membuat tinjauan. Saya juga mengumpul maklumat berkaitan
perancanagan strategik Bahasa Melayu seperti laporan pengurusan aktiviti dan
aktiviti panitia Bahasa Melayu yang memfokuskan kepada tugasan saya iaitu
KOMSAS . Kesemua maklumat ini memberikan maklumat kepada saya untuk
megetahui prestasi pelajar-pelajar dan cadangan tindakan yang diambil oleh guru
untuk meningkatkan prestasi pelajar yang lemah.
Pemerhatian yang dibuat ini memberikan info-info yang berguna untuk
persediaan kepada pelajar guru untuk merancang strategi pengajaran berdasarkan
prestasi murid-murid di sekolah.

Jumaat ( 26 September 2014 )

Hari ini merupakan hari terakhir saya menjalankan program PBS di Sekolah
Kebangsaan Mahkota Sari. Saya tiba di sekolah pada pukul 7.20 pagi . Semua guru
yang beragama islam diwajibkan untuk turun ke tapak perhimpunan untuk sama-
sama membaca yasin dengan para pelajar.Setelah tamat bacaan yasin, semua
pelajar beratur menuju ke kelas masing-masing.

Selepas itu, saya terus menuju ke bilik guru untuk menyemak semula bahan-
bahan yang diperolehi. Selepas menyemak bahan-bahan tersebut, saya menuju ke
pejabat untuk mendapatkan tandatangan Guru Besar untuk pengesahan kehadiran
sepanjang Program Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari.
Saya berjumpa dengan guru-guru dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama
mereka membantu saya sepanjang PBS.
Saya menuju semula ke pejabat untuk mendapatkan borang kehadiran dan
penilaian daripada Guru Besar. Saya mengucapkan terima kasih kepada
pengurusan sekolah dan kakitangan sekolah atas segala sokongan dan bantuan
yang diberikan sepanjang 5 hari menjalankan program tersebut di sekolah mereka.
Selepas itu, saya bersalaman dengan semua guru sebagai tanda terima kasih dan
selamat tinggal kepada mereka. Segala kenangan program PBS yang dijalankan
akan saya ingati sehingga saya menjadi guru yang cemerlang pada satu hari nanti.


Rumusan daripada seminggu menjalankan program PBS

Tempoh masa selama seminggu menjalankan Pengalaman Berasaskan
Sekolah amat bermakna dan sememangnya memberi banyak manfaat kepada
saya.Melalui pemerhatian serta temu bual yang dijalankan semasa program ini,saya
telah menyedari bahawa profesion keguruan ini bukannya mudah dan memerlukan
pengorbanan yang tinggi dalam membentuk sahsiah dan masa depan para
pelajar.Masa yang banyak bersama murid-murid di sekolah perlu digunakan sebaik-
baiknya oleh para guru dalam membentuk generasi yang cemerlang dan terbilang
pada masa akan datang.

Suasana pembelajaran yang kondusif perlu ada dan segala masalah perlu
dielak agar sekolah ini menjadi sebuah sekolah yang cemerlang baik dari segi
kurikulum mahupun kokurikulum.Kerjasama daripada kakitangan sekolah dan guru-
guru perlu wujud bagi mencapai kejayaan menjadi sebuah sekolah yang digeruni
oleh sekolah-sekolah lain di negeri Perak. Peranan daripada pihak pengurusan
sekolah juga amat baik dan banyak membantu menyokong usaha guru membentuk
pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum..

Saya juga telah membuat kajian terhadap sistem pengajaran yang dilakukan
oleh guru di dalam kelas. Kebanyakkan guru banyak menggunakan Alat Bantu
Mengajar (ABM) semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga amat
tertarik dengan cara pengajaran guru kerana mereka berjaya untuk membuatkan
para pelajar fokus kepada pengajaran mereka .Strategi yang digunakan oleh
sekolah ini juga berkesan dengan meletakkan murid-murid mengikut tahap
pembelajaran mereka.Pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran yang tinggi
akan diletakkan di dalam satu kelas ,tahap sederhana satu kelas dan tahap
pembelajaran yang lemah satu kelas. Ini memberi peluang kepada guru-guru untuk
lebih fokus kepada pelajar-pelajar yang lemah dan strategi ini sememangnya
berkesan melalui keputusan yang meningkat dari tahun sebelumnya.


Kerjaya guru bukanlah satu kerjaya yang mudah , tapi ianya adalah satu
kerjaya yang mencabar. Guru merupakan satu kerjaya yang mulia kerana gurulah
yang berjaya melahirkan para cendekiawan dan insan yang berjaya di dunia ini.
Tanpa guru, mungkin generasi akan datang tidak mempunyai nilai keperibadian
yang tinggi dan ini akan menyebabkan negara kita menjadi mundur dan senang
dijajah oleh kuasa-kuasa asing. Saya juga memepelajari bahawa , guru bukan
sekadar harus mempunyai ilmu yang tinggi , namun guru harus mempunyai
kemahiran untuk menyampaikan ilmunya kepada para pelajar secara berkesan.
Itulah yang paling penting dalam membentuk insan dan generasi yang berjaya pada
masa akan datang.

You might also like