You are on page 1of 55

1

TAJUK HALAMAN
PUISI TRADISIONAL

1. PANTUN ENAM KERAT 2
2. PANTUN LAPAN KERAT 3
3. SYAIR MAKNA RIAK 4
4. SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI 5
5. GURINDAM TONGGAK DUA BELAS 6
6. SELOKA SI LUNCAI 8

PUISI MODEN (SAJAK)

1. DIRGAHAYU BAHASAKU 9
2. KECEK 10
3. BANGKITLAH 12
4. PASAR PERASAAN 13
5. DI BAWAH LANGIT YANG SAMA 14
6. ARKITEK KOTA 16

PROSA TRADISONAL

1. HIKAYAT LANGLANG BUANA 18
2. HIKAYAT SIAK 19
3. DUA GELIGA HIKMAT 21
4. HIKAYAT UPU DAENG MENAMBUN 23

CERPEN

1. PAHLAWAN BUNTUNG 26
2. PUNGUT @ ZAHARA @ YAP SIEW HONG 28
3. IDOLA 31
4. PENANGGUNGAN 34
5. HUTAN RIMBA 37
6. TANGGAR AMANAT 41

DRAMA

1. TIANG CENGAL DINDING SAYUNG 43
2. 1400 47
3. DATO ONN 50















2

Puisi Tradisional

Pantun Enam Kerat

MAKSUD:
Rangkap 1
Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam.
Rangkap 2
Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua sudah suratan takdir
bukannya salah ibu yang melahirkan kita.
Rangkap 3
Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang lama terasa disisihkan dan
tidak diperlukan lagi.

TEMA
Kekecewaan dalam hidup.

PERSOALAN
1. Persoalan menyembunyikan hati yang terluka (rangkap 1)
2. Persoalan menerima suratan takdir (rangkap 2)
3. Persoalan mengutamakan yang baru berbanding yang lama. (rangkap 3)

BENTUK
1. Mempunyai 3 rangkap
2. Mempunyai 6 baris bagi setiap rangkap
3. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris
Contoh : Putik kelapa menjadi muda ( 4 perkataan rangkap 1)
Contoh : Sudah mendapat orang yang baru (5 perkataan rangkap 3)
4. Terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata.
5. Rima abcabc
6. Bentuk pantun terikat.

GAYA BAHASA
1. Unsur bunyi
Asonansi hati luka pura tiada ( rangkap 1 baris 4) pengulangan vokal a
Aliterasi kail tersangkut di tepi batang ( rangkap 3 baris 3) pengulangan konsonan t
2. Peribahasa
Ibarat kaca jatuh ke lantai ( rangkap 1 baris 6)
Ibarat melukut di tepi gantang (rangkap 3 baris 6)
3. Sinkope
Rasa pedih buat tak tahu (rangkap 1 baris 5)
4. Repitisi
Sudah takdir sudah suratan (rangkap 2 baris 5)
5. Unsur alam
Haiwan ikan cencaru, ikan gelama
Tumbuhan kelapa, kedondong, buluh,

NILAI
1. Nilai keredaan.Contohnya reda dengan suratan takdir.
2. Nilai ketabahan. Contohnya sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri.


PENGAJARAN
1. Kita janganlah terlalu menunjukkan rasa kecewa.
2. Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir.
3. Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita.
____________________________________________________________________________________


3




Pantun Lapan Kerat
MAKSUD
Rangkap 1
Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan
itu sebagai tanda kejayaan.
Rangkap 2
Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka bumi Allah.
Rangkap 3
Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari oleh budaya Barat malah
bahasa ibunda juga turut diabaikan.

TEMA
Keagamaan

PERSOALAN
1. Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. (rangkap 1)
2. Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap 2)
3. Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3)

BENTUK
1. Mempunyai 3 rangkap.
2. Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap.
3. Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : ikan teluk parang-parang ( 3 perkataan rangkap 2)
Contoh : biarlah sabar dengan perlahan ( 4 perkataan rangkap 1)
Contoh : Di tepi halaman menanam kubis ( 5 perkataan rangkap 1)
4. Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata.
5. Rima akhir abcdabcd
6. Bentuk pantun terikat.

GAYA BAHASA
1. Unsur bunyi
Asonansi - kerana lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6)
Aliterasi bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)
2. Sinkof
Bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)
3. Kata ganda
Anak ketam disangka lelabi (rangkap 2 baris 2)
Dapat buruan dibelah-belah (rangkap 2 baris 4)
Bukan makhluk sebarang-barang (rangkap 2 baris 5)
Lengkang-lengkung apa dipaku (rangkap 3 baris 1)
4. Unsur alam
Tumbuhan kubis, papaya
Haiwan ikan , ketam, lelabi
Alam hutan, langit, bumi

NILAI
1. Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis.
2. Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita dengan segala anugerah Allah kepada kita.
3. Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan.
2. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin.
3. Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu.

4




Syair Makna Riak
MAKSUD:
Rangkap 1:
Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Perbuatan ini dibenci
oleh tuhan kerana mendatangkan syirik.

Rangkap 2:
Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan
melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri.

Rangkap 3:
Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia. Perbuatannya nampak
baik tetapi sebenarnya dia sekadar berpura-pura.

Rangkap 4:
Kadang-kadang riaknya dilakukan dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya. Dia sentiasa membaca al-quran
dan memberi ceramah. Namun perkara yang betul dan salah semua dicampur aduk.

Rangkap 5:
Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah idea/fikirannya logik. Seolah-olah telah membuat penyelidikan supaya dia
disangka cerdik. Oleh itu, banyak orang ingin menjadikannya sebagai menantu.

Rangkap 6:
Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian. Mereka berserban dan sejadah sentiasa terletak di bahunya
serta di tangannnya memegang tasbih.

Rangkap 7:
Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Gayanya keterlaluan seolah-olah dialah
ketua.

Rangkap 8:
Riak boleh mendatangkan bala. Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka dengan sifat riak.

TEMA
Syair ini mengemukakan tema tentang sifat-sifat manusia yang riak.

PERSOALAN
1. Persoalan sifat riak merupakan sifat yang dibenci oleh tuhan.
2. Persoalan terdapat golongan manusia yang suka menunjuk-nunjuk tentang kelebihan diri.
3. Persoalan ilmu yang dimiliki digunakan untuk kepentingan diri
4. Persoalan kehidupan orang yang riak pasti tidak mendapat keberkatan amalan tidak diterima oleh Allah.

BENTUK
1. Rima akhir aaaa.
2. Syair ini mengandungi lapan rangkap.
3. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
4. Jumlah perkataan antara empat hingga lima patah kata setiap baris.
5. Jumlah suku kata antara 7 hingga 14 suku kata setiap baris.

GAYA BAHASA

1. Diksi (Bahasa Arab) - Contoh : syirik, jazbah, Allah, zikir dan sebagainya.
2. Simile - Contoh: Terkadang jazbah seperti gila.
3. Asonansi - Contoh: supaya disangkanya ianya wali (pengulangan vokal a)
4. Aliterasi Contoh: Tetapi hatinya ke dunia bertali (pengulangan konsonan t)
5

5. Inversi Contoh akan dunia tidak peduli.


NILAI
1. Nilai kesyukuran
Contoh: bersyukur dengan ilmu yang dimiliki.
2. Nilai kesederhanaan
Contoh: bersederhana dalam segala perbuatan tanpa menunjuk-nunjuk.

PENGAJARAN
1. Kita janganlah bersifat riak.
2. Kita janganlah suka menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada pada diri kita.
3. Kita haruslah menggunakan ilmu yang dimiliki ke arah jalan benar.
4. Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas.
5. Kita janganlah melakukan perkara yang membawa kepada syirik.

_______________________________________________________________________________

Syair Pemberontakan Patani

MAKSUD

Rangkap 1: Laksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani dengan segera untuk pergi mendapatkan panji -
panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang peraturan dan hukuman.

Rangkap 2: Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh memohon agar diberikan
pengampunan daripada pegawai yang berkenaan.

Rangkap 3: Setelah mendengar titah betara, laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang ditinggalkannya akan
tetap terpelihara daripada huru-hara.

Rangkap 4: Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara laksamana, sudah lama gering
dan laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda.

Rangkap 5: Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara.

Rangkap 6: Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan laksamana
menyerahkan segala-galanya pada Allah.

Rangkap 7: Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan negara walaupun
laksamana terpaksa berkorban.

Rangkap 8: Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun dalam hati
kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya.

Rangkap 9: Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan masalah
bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata.

Rangkap 10: Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panji-panji/perintah
Raja Senggora.

TEMA

Syair ini mengemukakan tema tentang tanggungjawab seorang laksamana melaksanakan perintah raja.

PERSOALAN

6

1. Persoalan kesetiaan terhadap pemimpin.
2. Persoalan mematuhi arahan pemerintah.
3. Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat.
4. Persoalan keamanan negara tanggungjawab kita.

BENTUK
1. Rima akhir aaaa
2. Syair ini mengandungi sepuluh rangkap.
3. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
4. Jumlah perkataan antara tiga hingga lima patah kata setiap baris.
5. Jumlah suku kata antara sembilan hingga tiga belas suku kata setiap baris.

GAYA BAHASA
1. Diksi (Bahasa Melayu Klasik)
Contoh: masyghul, dura, pegari, peri dan sebagainya.
2. Asonansi
Contoh: Laksamana dititahkan betara (pengulangan vokal a)
3. Aliterasi
Contoh: Barang yang hendak dihukumkan (pengulangan konsonan n)
4. Kata ganda
Contoh: Huru-hara, terkata-kata, bersegera-segera.

NILAI
1. Nilai kesetiaan - Contoh: Setia kepada pemerintah dan negara
2. Nilai amanah - Contoh: Laksamana melaksanakan amanah betara.
3. Nilai cinta akan negara - Contoh: Laksamana sanggup tinggalkan bondanya yang sakit demi
negara.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan.
2. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara.
3. Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri.
4. Kita hendaklah setia kepada raja dan negara.
5. Kita janganlah bersedih dengan keputusan yang diambil sekiranya mendatangkan kebaikan
kepada orang lain.
___________________________________________________________________________________

Gurindam Tonggak Dua Belas

MAKSUD
Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.



Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.



Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.




Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Kejayaan akan dikecapi jika kita berusaha dengan tekun dan gigih.
Apabila kita seronok bekerja, hidup kita akan lebih gembira.
Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan dengan bijaksana.
Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan masa.
7





Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.



Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.



Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.



Menjadi kewajipan menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.



Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.



Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi senang.



Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.



Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.




TEMA

Nilai-nilai murni dalam kehidupan
Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang.

PERSOALAN
1. Persoalan menghargai masa penting dalam kehidupan ( rangkap 1)
2. Persoalan tekun berusaha membawa kejayaan ( rangkap 2)
3. Persoalan kepimpinan melalui teladan (rangkap 7)
4. Persoalan berfikiran tenang dalam membuat keputusan (rangkap 10)
5. Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12)

BENTUK
1. Mempunyai 12 rangkap.
2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris
Contohnya : Hendak pandai menghargai masa
Jangan dinanti esok lusa
3. Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris
Contohnya Nikmat mencipta budaya kreatif:
4. Suku kata antara 9 hingga 14 suku kata
Peribadi unggul dan kejujuran hati perlu diterapkan dalam kehidupan .
Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati jadikan amalan.
Pemimpin yang baik menjadi ikutan.
Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna.
Pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja.
Kesabaran dan ketenangan fikiran perlu dalam menghadapi sebarang situasi.
Kebolehan diri yang ada perlu ditonjolkan sebagai motivasi.
Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.
8

Contohnya ; Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa 9 sukukata sebaris
Hi/dup da/lam ke/mu/lia/an ke/se/der/ha/na/an 14 sukukata sebaris
5. Rima akhir aa ,Contohnya : Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif

GAYA BAHASA
1. Simpulan bahasa baik hati (rangkap 6 baris 1)
2. Unsur Bunyi
Asonansi pengulangan vokal a
Kekuatan sifat baik hati ( rangkap 6 baris 1)
Nikmat mencipta budaya kreatif (rangkap 12 baris 1)

3. Aliterasi pengulangan bunyi konsonan n
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan (rangkap 4 baris 2)

NILAI

1. Nilai kegigihan, Contohnya kegigihan apabila bekerja.
2. Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab.
3. Nilai kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan dalam kehidupan.:
4. Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran menghadapi cabaran.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bertindak secara bijaksana
2. Kita hendaklah menghargai masa
3. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik
4. Kita janganlah suka membazir.
5. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan
_______________________________________________________________________________
Seloka Si Luncai

MAKSUD
Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kehilangan harta benda. Sebagai contoh ada rumah
tetapi tidak dijaga dengan baik. Ada anak tetapi tidak diasuh, ada ternakan tidak dibela, tidak bercucuk tanam
walaupun ada kebun. Kesimpulannya,Si Luncai kerugian kerana tidak memanfaatkan segala yang dimiliki.

TEMA
Sikap negatif menyebabkan kerugian

PERSOALAN
1. Persoalan sikap tidak bertanggungjawab membawa kerugian
2. Persoalan tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh.
3. Persoalan tidak menggunakan kudrat yang ada.

BENTUK
1. Mempunyai satu rangkap sahaja.
2. Mempunyai 12 baris.
3. Jumlah perkataan antara dua hingga enam perkataan dalam satu baris.
Contoh : biarkan, biarkan...! (2 perkataan - baris 11)
Ada kuat tiada buat (4 perkataan baris 10)
Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan (5 perkataan baris 1)

GAYA BAHASA
1. Anafora - Contoh: Ada rumah tidak dijaga, Ada anak tidak dilataih
2. Repitisi - Contoh: Biarkan...biarkan
3. Unsur bunyi
Contoh: Asonansi Ada mata tiada kuasa (baris 9) (pengulangan vokal a)
Aliterasi Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya (baris 12) (pengulangan konsonan n)

NILAI
9

1. Nilai bertanggungjawab.
Contoh: bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
2. Nilai kebijaksanaan
Contoh: Kebijaksanaan dalam menjalankan apa jua kerja.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menjaga harta benda dengan sebaik-baiknya.
2. Kita hendaklah bijak menggunakan akal.
3. Kita janganlah membiarkan perkara yang salah tanpa menegur kesalahan itu.
_____________________________________________________________________________________________

PUISI MODEN (SAJAK)
Dirgahayu Bahasaku
(Ahmad Sarju)

MAKSUD:
Rangkap 1
Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang-orang Melayu. Bangsa Melayu sememangnya terkenal
sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah.

Rangkap 2
Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi
keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam
usaha mengeratkan hubungan silaturahim.

Rangkap 3
Para cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang demi mendaulatkan bahasa. Sebenarnya setiap
orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada.

Rangkap 4
Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat. Mereka begitu berani
menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah benua ke benua yang lain. Dari situ bahasa
Melayu mula tersebar.

Rangkap 5
Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat
antarabangsa. Bangsa Melayu turut dikenali. Kini bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan.

TEMA

Semangat cinta akan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya mampu bersaing
dengan bahasa-bahasa yang lain. Peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak.

PERSOALAN
1. Persoalan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu.Bahasa Melayu perlu dimartabatkan di
negara ini.
2. Persoalan perjuangan memartabatkan bahasa. Perjuangan memartabatkan bangsa
dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu.
3. Persoalan sejarah kegemilangan Bahasa Melayu.Bahasa Melayu mempunyai sejarah
kegemilangannya yang tersendiri.
4. Persoalan kepentingan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu berperanan
sebagai alat komunikasi yang penting.

BENTUK
1. Bebas
2. Terdapat 5 rangkap
3. Rima akhir baris-baris ayat
Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd.
10

Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnyanya aabab
Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc
Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb
Rangkap 5 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abaccaa

NADA
Patriotik

GAYA BAHASA
1. Ayatnya pendek-pendek - Contohnya :setia dan amanah
2. Diksi mudah difahami dan puitis - Contohnya; warga yang berbudi
3. Aliterasi perulangan konsonanm - Contohnya : hak bangsaku memilikimu
4. Asonansi perulangan vokal a - Contohnya : Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
5. Sinkope . - Contohnya: mu, ku, tak
6. Metafora - Contohnya : lautan bijaksana, mutiara silam, lagu bahasamu
7. Perlambangan - Contohnya ; pejuangku, pelautku, pulau
8. PersonifikasI - Contohnya : bahasaku mencengkam, suaramu tumbuh.
9. Anafora - Contohnya ; hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
10. Epifora - Contohnya ; hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu

NILAI
1. Nilai bersopan santun. Penggunaan bahasa yang betul membolehkan nilai budi bahasa dapat
dilahirkan dalam komunikasi.
2. Nilai setia pada bangsa. Apabila memartabatkan bahasa maka nilai setia dapat ditunjukkan.
3. Nilai amanah dalam meneruskan warisan bangsa.Warisan bangsa perlu dipertahankan.
4. Nilai mencintai bahasa bangsa sendiri. Sesuatu bangsa bertanggungjawab mencintai bahasanya
sendiri.
5. Nilai bersatu padu semasa menggunakan bahasa yang sama Penggunaan bahasa yang sama
dapat memupuk nilai bersatupadu..
6. Nilai kegigihan dalam memastikan bahasa Melayu terus digunakan.Sifat ini penting agar
penggunaan bahasa Melayu dapat diteruskan.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu hendaklah sepenuh jiwa.
2. Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu .
3. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
4. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat perhatian
masyarakat dunia.
____________________________________________________________________________________

Kecek
(Abdullah Awang)
MAKSUD
Rangkap 1
Seorang yang berjawatan pengarah dalam sebuah bank sibuk mengumpul kekayaan dengan hasil
simpanan pelanggan. Semasa menjalankan tugas dia begitu licik pecah amanah dan menggelapkan
wang. Perbuatan jenayah itu telah lama dilakukan.

Rangkap 2
Di kampung pula, seorang petani hidup dalam serba daif dan kekurangan. Dia tabah dalam membesarkan
anak-anak dan menyara keluarga. Namun dia tidak pernah mengambil hak orang lain dalam usaha untuk
keluar dari belenggu kemiskinan.

Rangkap 3
Di kawasan pantai, seorang nelayan juga terus dibelenggu kemiskinan. Anak-anaknya turut dibesarkan
dalam keadaan serba kekurangan. Namun dia juga tidak pernah menggunakan hasil titik peluh orang lain
sepanjang meniti kehidupan yang semakin lama semakin menghimpit.

11

Rangkap 4
Setiap dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan setiap individu itu akan dicatatkan. Mereka akan
mendapat pembalasan dari Tuhan seperti yang telah dijanjikan.

TEMA
Sikap amanah. Dalam mencari rezeki kita perlu amanah kerana wang yang diperoleh digunakan untuk
menyara keluarga. Golongan yang berjawatan didapati seringkali pecah amanah untuk hidup mewah
berbanding golongan yang berpendapatan rendah.

PERSOALAN
1. Persoalan sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi.
2. Persoalan golongan miskin terus dibenggu kemiskinan dan hidup susah.
3. Persoalan setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang dijanjikan oleh
Allah

BENTUK
1. Bentuk bebas
2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
- Rangkap 1 - 8 baris ayat
- Rangkap 2 - 11 baris ayat
- Rangkap 3 - 12 baris ayat
- Rangkap 4 - 5 baris ayat
3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 abbcddba
- Rangkap 2 abcdccedccb
- Rangkap 3 abcccdebcfgc
- Rangkap 4 abcb

NADA
Sinis.

GAYA BAHASA
1. Ayatnya pendek-pendek - Contohnya ; di kampung
2. Diksi mudah difahami - Contohnya: seorang nelayan
3. Aliterasi perulangan konsonann - Contohnya : dan mengunci sedozen anak-anaknya
4. Asonansi perulangan vokal a - Contohnya :di dalam pagar sengsara
5. Perulangan perkataan di - Contohnya :di sebuah, di pantai
6. Metafora
Contohnya : akaun kemiskinan, ruang kedaifan, pagar sengsara, akaun sengsara,
pusaran nasib, papan hidupnya, rumah keadilan
7. Perlambangan - Contohnya ; akaun, musim berlumut.


NILAI
1. Nilai amanah dalam menjalankan tugas. Apabila menjalankan tugas, laksanakan dengan penuh
amanah.
2. Nilai bertanggungjawab dalam mencari rezeki yang halal.Bertanggungjawablah untuk mencari yang
halal.
3. Nilai kegigihan berusaha walaupun mengalami kesusahan. Walaupun kesusahan melanda, kita
perlu gigih berusaha mencari rezeki.
4. Nilai simpati terhadap nasib golongan kurang berada.Perasaan ini perlu wujud terhadap golongan
kurang berada.
5. Nilai rasional dalam peredaran kehidupan.Untuk menjalani kehidupan, kerasionalan amat
diperlukan.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah amanah semasa menjalankan tugas.
2. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab mencari rezeki
yang halal.
3. Kita tidak boleh mencari kekayaan dengan menindas orang lain.
12


__________________________________________________________________________________

Bangkitlah
(Rejab F.I)

MAKSUD:

Rangkap 1
Penyajak menyeru anak bangsanya agar sedar daripada terlena dibuai kelalaian. Negara sudah lama merdeka dan
semakin maju.

Rangkap 2
Negara kita semakin makmur dan bangsa-bangsa asing sibuk merebut kekayaan tanah air. Penyajak tertanya-tanya
mengapa anak bangsanya masih leka.

Rangkap 3
Penyajak menyeru anak bangsanya supaya bangkit dari lena agar mereka tidak menyesal. Kekayaan hasil bumi
negara semakin berkurangan dek pembangunan.

Rangkap 4
Penyajak berasa risau akan masa depan bangsanya yang mungkin terus ketinggalan dan hidup dalam kesusahan.
Beliau tidak mahu bangsanya berputih mata.

Rangkap 5
Jikalau bangsanya tidak mahu perkara itu berlaku, mereka perlu bangkit dan berusaha. Masih ada waktu dan
kesempatan mereka untuk maju dan mengejar arus pembangunan.

TEMA
Kesedaran anak bangsa perlu untuk bangkit daripada leka dalam mengejar arus pembangunan selepas
kemerdekaan. Mereka harus merebut kemakmuran negara agar tidak menyesal.


PERSOALAN
1. Persoalan kepentingan mengejar arus pembangunan.Arus pembangunan perlu disedari dan diikuti oleh anak-
anak.
2. Persoalan kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa yang leka.Kemajuan dan
pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapapun.
3. Persoalan sumber bumi dan khazanah negara semakin berkurangan.Hal ini perlu disedari oleh semua orang.
4. Persoalan masa depan anak bangsa yang masih leka. Kelekaan anak bangsa merunsingkan penyajak tentang
masa depan mereka.

BENTUK
1. Bebas
2. Terdapat 5 rangkap
3. Rima akhir baris-baris ayat
Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd.
Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rimanya abbbc
Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abccd
Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abcde
Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd

NADA
Patriotik

GAYA BAHASA
1. Ayatnya pendek-pendek - Contohnya : bangkitlah
2. Diksi mudah difahami dan puitis - Contohnya : Anak-anak yang sedang lena
13

3. Aliterasi perulangan konsonann - Contohnya : burung-burung berterbangan di udara
4. Asonansi perulangan vokal a - Contohnya: : Anak-anak yang sedang lena
5. Sinkope - Contohnya; kau
6. Perlambangan - Contohnya ; anak-anak, matahari, puncak gunung, madu bumi, perut belantara
7. Personifikasi - Contohnya : burung-burung belum menjamah awan.

NILAI
1. Nilai kegigihan. Kegigihan diperlukan untuk mengejar kekayaan..
2. Nilai kerjasama . Semangat ini diperlukan untuk merebut peluang yang ada.
3. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk memajukan diri.

PENGAJARAN
1. Kita tidak boleh leka walaupun telah merdeka.
2. Kita perlulah merebut peluang yang ada.
3. Kita perlulah bersaing dengan bangsa lain untuk maju.
4. Kita janganlah leka kerana kelekaan menyebabkan kita menderita dan terus dihimpit kemiskinan.

__________________________________________________________________________________

Pasar Perasaan
(T. Alias Taib)
MAKSUD
Rangkap 1
Penulis mendapati warung atau kedai kopi menjadi gelanggang untuk pengunjung melontarkan pendapat dan
berdebat. Perdebatan yang berlaku pula dikuasai oleh emosi.

Rangkap 2
Semasa berdebat, kata-kata yang dilontarkan lebih luahan perasaan dan bukannya hasil daripada pertimbangan akal
fikiran.

Rangkap 3
Mereka juga melontarkan pelbagai hujah sesuka hati tanpa sebarang makna dan fakta kukuh. Hujah-hujah yang
sebegitu rapuh dan mudah disangkal.

Rangkap 4
Di warung jugalah para pengunjung silih berganti dan kerap menjadi tumpuan. Di sinilah mereka kerap berbual -bual
dan berdebat kosong tanpa kesudahan.

Rangkap 5
Di warung jugalah, para pengunjungnya memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu pengetahuan.
Perdebatan kosong terus menjadi agenda walaupun tidak membawa kebaikan.

Rangkap 6
Penyajak cuba terlibat dan menyelami intipati perdebatan tersebut. Beliau mendapati pendebat-pendebat itu lebih
dikuasai emosi ketika berbicara berbanding fakta dan ilmu.

Rangkap 7
Bagi penyajak perdebatan di warung atau kedai kopi hanya sesuai untuk mereka bercakap tanpa berfikir dahulu.
Perdebatan nampak menarik tetapi tidak membawa makna.

TEMA
Perbincangan kosong di kedai kopi. Seringkali dikatakan kedai kopi sebagai tempat perdebatan pengunjungnya.
Hujah mereka kosong tanpa fakta dan ilmu. Hanya sekadar meluahkan perasaan. Seringkali juga berlaku perdebatan
yang sia-sia kerana dikuasai emosi.

PERSOALAN
1. Persoalan perbincangan kosong dan tidak ilmiah hanya sekadar menghamburkan kata-kata dan meluahkan
perasaan.
14

2. Persoalan luahan pendapat akan menjadi sia-sia kerana kurangnya kebijaksanaan.
3. Persoalan pendapat tanpa ilmu dan fakta mudah dipatahkan dan ditepis.
4. Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujahan.

BENTUK
1. Bebas
2. Terdapat 7 rangkap
3. Rima akhir baris-baris ayat
Rangkap 1 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb
Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rimanya abcd
Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcd
Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abc
Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abc
Rangkap 6 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb
Rangkap 7 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab

NADA
Sinis

GAYA BAHASA
1. Ayatnya pendek-pendek - Contohnya ; ini pasar perasaan
2. Diksi mudah difahami dan puitis - Contohnya :bagai ranting kering
3. Aliterasi perulangan konsonann - Contohnya :: di tengah-tengah penjual dan pembeli
4. Asonansi perulangan vokal i - Contohnya : kususuri sungai sibuk ini
5. Personifikasi - Contohnya : ini pasar tidak berakal
6. Metafora - Contohnya : pasar perasaan , sungai manusia
7. Simile - Contohnya : bagai kayu buruk.
8. Epifora - Contohnya ; kumasuki pasar ini
kususuri sungai sibuk ini

NILAI
1. Nilai rasional . Kerasionalan diperlukan dalam menyampaikan maklumat.
2. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk mencari ilmu untuk menguasai kemahiran
3. Nilai kebijaksanaan. Nilai ini diperlukan untuk mengemukakan maklumat
4. Nilai kesabaran . Kesabaran diperlukan dalam menghadapi cabaran hidup..
5. Nilai keprihatinan . Keperihatinan terhadap persekitaran amat diperlukan..

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mendengar dengan teliti sebelum memberi pendapat.
2. Kita mestilah mengemukakan pendapat yang bernas dan berfakta
3. Kita janganlah beremosi ketika berdebat kerana ini akan mendedahkan kelemahan diri sendiri.
__________________________________________________________________________________

Di Bawah Langit Yang Sama
(Lim Swee Tin)
MAKSUD:
Rangkap 1
Penyajak menggambarkan bahawa walau di manapun kita berada, kita menghirup udara yang sama dan berada di
bumi ciptaan Tuhan. Taraf manusia pun sama.

Rangkap 2
Penyajak kagum akan gerimis di kota London dan terpesona dengan tiupan bayu dingin di Washington. Namun
aneka warna tumbuh-tumbuhan tetap serupa. Tempat-tempat lain yang mempunyai keisimewaan tersendiri juga
didiami oleh manusia.

Rangkap 3
Penyajak ingin menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi impian
yang sama iaitu melihat keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama bagi
memperjuangkan keamanan.

15



Rangkap 4
Penyajak mendapati manusia sering dipisahkan oleh sempadan negara dan untuk memasuki negara tersebut perlu
ada dokumen rasmi seperti pasport dan visa. Penyajak menyeru rakyat di dunia agar sama-sama berjuang mencapai
keamanan dunia serta mengikis rasa benci dan dendam .

TEMA
Kesamatarafan manusia walau di mana-mana mereka berada. Walaupun manusia itu berada dan dipisahkan oleh
sempadan, mereka setaraf dan mengimpikan kehidupan yang aman dan harmoni.

PERSOALAN
1. Persoalan keindahan alam semula jadi di sesuatu tempat. Setiap tempat mempunyai keindahan alam
semulajadi yang tersendiri.
2. Persoalan harapan dan impian manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan harmoni.Setiap orang
mempunyai impian dan harapan untuk kehidupan yang aman dan harmoni.
3. Persoalan garis sempadan seringkali memisah dan membezakan manusia.Manusia dipisahkan oleh faktor
geografi.
4. Persoalan kepentingan nilai hormat dan menghormati antara manusia. Nilai ini penting dalam kehidupan.

BENTUK
1. Bebas
2. Terdapat 4 rangkap dalam sajak ini.
3. Rima akhir baris-baris ayat
Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabbaa.
Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rimanya aabbbca
Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abcabbbb
Rangkap 4 terdapat 9 baris ayat. Rima akhirnya aabbbcdeb


NADA
Sinis

GAYA BAHASA
1. Ayatnya pendek-pendek - Contohnya : Di bawah langitnya
2. Diksi mudah difahami dan puitis - Contohnya: Aku suka gerimis di Kota London.
3. Kata pinjaman bahasa Inggeris - Contohnya :i visa, pasport,
4. Aliterasi perulangan konsonann - Contohnya : : pohon-pohon hijau atau aneka warna
5. Asonansi perulangan vokal i - Contohnya : berkongsi siang miliki malam
6. Sinkope - Contohnya : mu, ku
7. Perulangan - Contohnya Di bawah langit ini.
8. Kata ganda - Contohnya : pohon-pohon, peta-peta

NILAI
1. Nilai menghargai keindahan alam. Keindahan alam perlu dihargai.
2. Nilai hormat- menghormati sesama manusia. Nilai ini penting dalam kehidupan seharian.
3. Nilai bertoleransi antara masyarakat. Toleransi penting dalam kehidupan bermasyarakat.
4. Nilai bekerjasama dalam menjayakan sesuatu.Kerjasama penting untuk menjayakan sesuatu.

PENGAJARAN
1. Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf walau di manapun mereka berada.
2. Kita mestilah menganggap setiap tempat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
3. Kita hendaklah sedar bahawa manusia seringkali dipisah dan dibezakan oleh sempadan waktu dan tempat.
4. Kita mestilah mewujudkan hubungan harmoni sesama negara dan rakyatnya.
5. Kita hendaklah mengimpikan kehidupan yang lebih baik dan harmoni.





16



Arkitek Kota
(SN Muhammad Hj Salleh)
MAKSUD

Rangkap 1
Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka merupakan
golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok belok dan keadaan serta keperluan semasa kota yang
hendak dibangunkan.

Rangkap 2
Hal ini demikian kerana, mereka merupakan penghuni yang mendiaminya. Banyak kajian dibuat dan mengambil kira
pandangan dan kepentingan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut.

Rangkap 3
Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara.
Keindahan alam semula jadi perlu dipertahankan malah perlu diperindah dengan landskap yang mempesona.

Rangkap 4
Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu pengetahuannya malah sarat
dengan idea-idea yang bernas.

TEMA
Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota.

PERSOALAN
1. Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan.Nilai ini penting supaya sesuatu keadaan
dapat difahami.
2. Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Pembangunan kota perlu dilihat menerusi
pelbagai sudut.
3. Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar.Alam sekitar perlu dijaga.
4. Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.Golongan ini mempunyai idea-idea baru yang bernas.

BENTUK
1. Bentuk bebas
2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
- Rangkap 1 - 7 baris ayat
- Rangkap 2 - 6 baris ayat
- Rangkap 3 - 5 baris ayat
- Rangkap 4 - 2 baris ayat

3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 abacdea
- Rangkap 2 aabcdd
- Rangkap 3 abcad
- Rangkap 4 ab

NADA
Sinis

GAYA BAHASA
1. Ayatnya pendek-pendek - Contohnya : perasaan musim
2. Diksi mudah difahami - Contohnya : pemerhati tasik
3. Aliterasi perulangan konsonanp - Contohnya : perenung di perpustakaan
4. Asonansi perulangan vokal i - Contohnya : fiil langit dan sabar bumi
5. Kata ganda - Contohnya : berbagai-bagai
6. Metafora - Contohnya : jiwa laut,diam batu, perasaan musim
7. Perlambangan - Contohnya ; pengadil, pemancing, pengawas, pendekar
17



NILAI
1. Nilai cintakan alam sekitar. Alam sekitar perlu disayangi.
2. Nilai bertoleransi. Nilai ini penting dalam menjalani kehidupan seharian.terutama di kota.
3. Nilai bertanggungjawab Bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar. .
4. Nilai bijaksana dalam membuat keputusan Kebijaksanaan penting apabila membuat keputusan.
5. Nilai rasional dalam semua aspek.Kerasionalan penting dalam semua aspek.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang pembangunan.
2. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan negara..
3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan.
4. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat pembangunan kota..
5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas dan alternatif.











































18



PROSA TRADISIONAL
Hikayat Langlang Buana

SINOPSIS

Kisah bermula apabila Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama-sama dayang inang pengasuhnya pergi ke
taman untuk bersiram. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak mengetahui bahawa semasa dia bersiram, dia telah
diperhatikan oleh Raja Indera Bumaya yang bersembunyi di balik pokok kemunting. Raja Indera Bumaya telah
bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik lalu hinggap di dahan pokok kemunting dan mengeluarkan bunyi
yang sangat merdu. Bunyian tersebut telah menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri telah
mengarahkan dayang untuk menangkap burung bayan tersebut tetapi tidak berjaya. Apabila kesemua dayang gagal
menangkap burung bayan itu, dayang mencadangkan Tuan Puteri menangkap burung bayan itu sendiri. Tiba-tiba
burung bayan terbang dan hinggap pada lengan Tuan Puteri. Tuan Puteri bertanya tentang asal -usul bayan. Bayan
menceritakan dia berasal dari Negeri Lela Gambar dan mempunyai tuan yang bernama Raja Indera Bumaya.
Bayan bercerita tentang kehebatan tuannya yang menyebabkan Tuan Puteri ingin sekali bertemu dengan tuannya
itu. Bayan akhirnya menukarkan dirinya menjadi Raja Indera Bumaya dan akhirnya mereka saling berkasihan. Berita
tentang adanya suara lelaki di istana Tuan Puteri telah menyebabkan ayahanda Tuan Puteri iaitu Raja Bahrum Dewa
menjadi murka. Baginda telah mengarahkan 40 orang hulubalang dan rakyat untuk menangkap Raja Indera Bumaya.
Perintah tersebut telah menyebabkan Tuan Puteri berasa sedih dan bimbang akan keselamatan Raja Indera
Bumaya. Namun Raja Indera Bumaya berjaya menewaskan angkatan serangan Raja Bahrum Dewa dengan
bantuan 4 orang hulubalang yang dijelmakan daripada batu geliga. Raja Bahrum Dewa sangat murka dengan
kekalahan tersebut lalu mengarahkan pula seluruh rakyat menangkap Raja Indera Bumaya sekali lagi. Kali ini Raja
Indera Bumaya dibantu oleh empat ribu jin. Pertempuran tersebut menyebabkan berlakunya pertumpahan darah
yang dahsyat.

TEMA
Percintaan anak raja
Raja Indera Bumaya sanggup menukarkan dirinya menjadi bayan semata-mata untuk menarik perhatian Tuan Puteri
Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak sanggup kehilangan Raja Indera Bumaya.

PERSOALAN
1. Persoalan Keberanian Menghadapi Cabaran. Raja Indera Bumaya Tidak Gentar Untuk Menentang Hulubalang
Raja Bahrum .
2. Persoalan Kebijaksanaan Mencari Peluang. Raja Indera Bumaya Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Burung
Bayan Agar Dapat Menghampiri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

WATAK DAN PERWATAKAN
WATAK PERWATAKAN
Raja Indera Bumaya
Anak raja dari Negeri Lela Gambar
Bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelmakan dirinya sebagai burung
bayan agar dia dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu
Ratna Dewi.
Berani. Raja Indera Bumaya berani duduk bersama-sama Tuan Puteri
Mandu Ratna Dewi dalam istananya memadu kasih.
Mempunyai kuasa sakti (bertukar menjadi seekor burung bayan yang
cantik) matanya daripada intan, bulunya daripada pusparagam dan
kakinya daripada emas.
Gagah perkasa. Raja Indera Bumaya tidak dapat ditangkap oleh
hulubalang yang mengepungnya .
Baik budi bahasa. Dia memuji-muji keelokkan paras rupa Tuan Puteri
Mandu Ratna Dewi.
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
Puteri Raja Bahrum Dewa
Periang. Tuan puteri suka bergurau senda.
Seorang yang cantik. Raja Indera Bumaya terpesona dengan
kecantikan Tuan Puteri ketika berbedak dan berlangir
Suka akan binatang. Tuan Puteri terlalu sukacita apabila mendapat
burung Bayan
19

Sangat mencintai kekasihnya. Tuan Puteri tidak sanggup hidup lagi jika
Raja Indera Bumaya mati.
Raja Bahrum Dewa
Seorang raja yang tegas. Dia tidak suka lelaki luar berada bersama-
sama puterinya.
Pemarah. Baginda mengarahkan hulubalang mengepung Raja Indera
Bumaya yang memadu kasih dengan anakandanya sehingga
mencetuskan kemarahannya.
Mengambil berat akan anakandanya. Baginda menganggap perbuatan
Tuan Puteri Ratna Dewi yang memadu kasih dengan Raja Indera
Bumaya sebagai celaka dan memalukan baginda.


LATAR
Latar Masa
Waktu malam. Tuan Puteri bergurau senda dengan dayang-dayang inang pengasuhnya. Bayan dikeluarkan dari
sangkar emas.
Waktu pagi . Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berbedak dan berlangir

Latar Tempat
Kolam tempat Tuan Puteri mandi
Mahligai tempat didengar suara Tuan Puteri bersama suara laki-laki tertawa.
Luar kota. Raja-raja dan menteri hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya.

Latar Masyarakat
Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
Masyarakat saling mengasihi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat mengasihi Raja Indera Bumaya dan
begitulah sebaliknya.
Masyarakat yang tidak bertolak ansur. Raja Bahrum Dewa amat marah kepada Raja Indera Bumaya yang
berkasih-kasihan dengan Puterinya.

NILAI
NILAI PERISTIWA
Nilai keberanian Raja Indera Bumaya berani menghadapi serangan daripada Raja Bahrum Dewa.
Nilai
Kasih sayang
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat menyayangi Raja Indera Bumaya sehingga
sanggup mati bersama-samanya.
Nilai
bekerjasama
Rakyat bekerjasama dengan hulubalang menyerang Raja Indera Bumaya.
Nilai
kebijaksanaan
Raja Indera menukarkan dirinya menjadi bayan untuk memikat hati
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
Nilai
ketaatan
Jin-jin mematuhi arahan Raja Indera Bumaya berperang dengan
rakyat Raja Bahrum Dewa

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berani menghadapi apa-apa rintangan..Raja Indera Bumaya sanggup melakukan apa sahaja
demi mendekati Tuan Puteri .
2. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua. Empat ribu jin telah berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa
setelah diarahkan Raja Indera Bumaya.
3. Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelma sebagai burung agar dapat
memerhatikan gerak geri Tuan Puteri.
__________________________________________________________________________________

Hikayat Siak
SINOPSIS
Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada Sultan Palembang.
Tuan Bujang dibekalkan oleh Sultan Palembang dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang
20

sampai ke Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. Tuan Bujang mendapat seorang anak lelaki dan
dinamakan Raja Alang. Di Pagar Ruyung, Tuan Bujang telah ditabalkan sebagai Yamtuan Sakti. Tuan Bujang juga
telah diuji bagi membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan kesultanan Johor. Tuan Bujang telah diberi
gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Yang Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak namun tiada sesiapa yang
mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nakhoda Penangguk . Kemudian baginda pergi ke
Mengkalis dan di sana telah digelar oleh orang Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak
menyerang negeri Johor. Pada masa yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng Parani, Daheng Calak dan Raja Tuha
telah datang ke Mengkalis. Mereka ingin membantu menyerang Johor. Daheng Parani telah membuat perjanjian
sekiranya baginda berjaya menawan Johor, maka baginda akan menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daheng Parani
dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda. Sepucuk surat telah dihantar kepada Yang Dipertuan Johor memaklumkan
bahawa paduka anakanda Marhum Mangkat Dijulang ingin menuntut bela atas kematian ayahandanya. Berita
kedatangan Yang Dipertuan Raja Kecik anakanda Marhum Mangkat Dijulang di negari Johor menjadi perbualan
rakyat. Bagi membuktikan bahawa baginda ialah anakanda Marhum Mangkat Dijulang , rakyat Johor telah meminta
supaya baginda menawarkan air masin menjadi air tawar. Dengan izin-Nya, maka air masin telah bertukar menjadi
air tawar. Rakyat Johor terus bersorak dan menyebut Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai Tuanku Yang Maha Mulia.
Baginda juga bertitah kepada rakyat Johor agar menyembah dengan ucapan daulat. Baginda kemudian menyerang
Johor. Yang Dipertuan Johor bersama anakanda baginda telah pulang ke kampung lama Bendahara. Sesampai
Yang Dipertuan Raja Kecik ke dalam Kota Johor, baginda telah masuk ke istana. Baginda hairan kerana tidak ada
Bendahara di dalam Istana. Baginda dimaklumkan bahawa Bendahara sudah melarikan diri. Yang Dipertuan Raja
Kecik dimaklumkan bahawa bondanya Encik Apung telah meninggal dunia. Baginda berasa sugul dengan berita
tersebut. Baginda telah bertunang dengan anak Bendahara yang bernama Tengku Tengah tetapi telah memutuskan
pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak bongsu Bendahara iaitu Tengku Kamariah. Akhirnya baginda
berkahwin dengan Tengku Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

TEMA
Pengembaraan anak raja.

Yang Dipertuan Raja Kecik telah mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda
merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang sehinggalah baginda ditabalkan menjadi Sultan
Johor.

PERSOALAN

1. Persoalan kesabaran akan membuahkan kejayaan.
2. Persoalan kebenaran tetap terbukti apabila tiba masanya.

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Yang Dipertuan Raja Kecik.

Keturunan Raja Johor
Nama asalnya Tuan Bujang.
Berkahwin dengan Tengku Kamariah
Ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.
Berani
Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah.
Gigih
Contoh: Yang dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi
membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat
Dijulang.

LATAR
Latar Masyarakat

1. Golongan masyarakat feudal
Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

21

2. Golongan masyarakat istana.
Contoh: Masyarakat yang tinggal di istana .

Latar Masa
1. Latar masa tidak dinyatakan dengan terperinci namun peristiwa berlaku pada zaman Kesultanan
pemerintahan Raja Siak.

Latar Tempat
1. Rawas
Contoh: Tempat Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching.

2. Siak
Contoh:Tempat Yang Dipertuan Raja Kecik tetapi tiada siapa mengenali baginda malah baginda
terpaksa bekerja sebagai Nahkhoda Penangguk.

3. Johor
Contoh:Yang dipertuan Raja Kecik telah ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul
Jalil Syah.

GAYA BAHASA

1. Penggunaan bahasa Arab - Contoh: Allah Taala,
2. Penggunaan bahasa istana - Contoh: Patik, baginda,hulubalang, titah
3. Penggunaan kata ganda - Contoh: Kaya-kaya, besar-besar,masing-masing

NILAI

1. Nilai kegigihan
Contoh: Yang dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan
bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang.
2. Nilai keberanian
Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah.
3. Nilai ketaatan
Contoh: Rakyat negeri Johor menunjukkan taat setia kepada Yang Dipertuan Raja
Kecik setelah mengetahuai baginda ialah keturunan raja.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.
2. Kita janganlah cepat berputus asa sekiranya gagal dalam sesuatu hal.
3. Kita hendaklah patuh akan perintah ketua.
_________________________________________________________________________________

Hikayat Inderaputera
SINOPSIS

Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan
Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata
yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera
mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera
menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-
mayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa
gentar. Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih
Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera
melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan
Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan
cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa
dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksaksa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri
22

Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera
menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh
raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri
bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat
yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke
mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor geroda dan
seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke
mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala
hikmat kepada Inderaputera.

TEMA
Pengembaraan seorang anak raja
Inderaputera sangggup menghadapi segala rintangan untuk sampai ke Berma Sakti bagi mendapatkan batu gemala
hikmat.

PERSOALAN
1. Persoalan kebijaksanaan dalam mencapai sesuatu hasrat. Inderaputera telah mengambil baju Tuan Puteri Seri
Ratna Gemal Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri.
2. Persoalan keberanian menghadapi musuh. Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di
dalam tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rumbut peri tersebut.
3. Persoalan berpegang kepada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera untuk memberikan
geliga kepada Inderaputera.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama
Inderaputera
Ayahandanya Maharaja Bikrama Puspa
Bondanya Puteri Jamjam Ratna Dewi
Paras rupa yang menarik
Bijaksana. Inderaputera telah mengambil baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemal Nehran agar dia dapat
bertemu dengan Tuan Puteri.
Berani. Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam
tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rumbut peri tersebut.
Berpegang pada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera untuk
memberikan geliga kepada Inderaputera.

Watak sampingan
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
Ayahandanya Maharaja Syah Tokan
Tunangan Raja Mengerna Lela Dewa
Rupa paras yang amat cantik
Berpegang pada janji. Tuan Puteri telah menyerahkan gemala hikmat kepada
seperti yang dijanjikannya

LATAR

Latar Tempat
Tasik - tempat peri tinggal.
Mahligai - tempat tinggal Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
Balai Rangga Puspa Berahi - Tempat yang disediakan oleh Tuan Puteri kepada Inderaputera untuk beradu

Latar Masa
Waktu fajar - Tuan Puteri datang ke tepi tasik untuk kali ketujuh.
Waktu malam - Tuan Puteri Seri Ratna Gembala Nehran mengenakan baju antakesuma dan pakaian yang sangat
cantik.
Tengah malam - Inderaputera duduk bersembunyi di tepi tasik menunggu kedatangan Tuan Puteri Seri Ratna
Gemala Nehran.

23


Latar masyarakat
1. Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
2. Masyarakat yang menepati janji. Peri telah menyerahkan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang
dijanjikannya jika Inderaputera melepaskannya.

NILAI
1. Nilai keberanian
Contoh:
Indeputera berani menghadapi raksasa walaupun telah diberi amaran
oleh mayat.
2. Nilai kebijaksanaan
Contoh:
Inderaputera berpura-pura tidur semasa raksasa keluar dari tasik dan mengambil peluang mencengkam
rambut raksasa semasa raksasa ingin menindihnya.
3. Nilai menepati janji
Contoh:
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran menepati janji dengan memberikan batu gemala hikmat kepada
Inderaputera.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berani dalam menghadapi situasi yang mencabar. Inderaputera tidak gentar menghadapi peri
sehingga dapat menangkap peri tersebut.
2. Kita hendaklah menggunakan akal dalam apa-apa situasi. Inderaputera mencuri baju Tuan Puteri Seri Ratna
Gemala Nehran agar dapat bertemu Tuan Puteri.
3. Kita hendaklah berpegang pada janji. Tuan Peteri Seri Ratna Gemala Nehran telah mengembalikan gemala
hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya.
______________________________________________________________________________

Hikayat Upu Daeng Menambun

SINOPSIS
Bab III

Kisah bermula dengan pelayaran Upu Deang dengan lima bersaudara. Pelayaran Upu Daeng disertai juga
Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Upu Daeng dan
lima saudaranya. Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin. Daeng Perani mencadangkan Upu Daeng
Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Upu Daeng Menambun
bersetuju.

Bab IV
Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhamad Zainudin bertitah kepada Upu
Daeng dan lima bersaudara menyerang Panembahan Agung. Upu Daeng dan lima bersaudara sampai ke
pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Upu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung. Menantu
Panembahan Agung, Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berjumpa Upu Daeng berlima. Mereka bersalaman dan
bertanya khabar. Selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman. Upu Deang Menambun berkata kepada
Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berasa
serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Upu Daeng berlima daripada masuk ke dalam
kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan Hj Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah.
Upu Daeng berlima telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa
mengadap Sultan Muhamad Zainudin oleh Upu Daeng berlima.

Bab V
Upu Daeng berlima telah berlayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta
pertolongan Upu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara
perempuannya dan dijadikan isteri. Upu Daeng berlima bersetuju dengan syarat apabila menjadi Yang Amtuan
Besar, baginda harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda. Maka berperanglah orang Siak
dengan orang Bugis. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman
24

mengucapkan terima kasih kepada Upu Daeng berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil.
Seperti yang dijanjikan, Yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Upu Daeng Merewah dilantik menjadi Yang Amtuan
Muda di Riau. Upu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan.

Bab VI
Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Upu
Daeng lima bersaudara. Upu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah untuk
mendapatkan takhtanya dan berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Upu
Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di
bawah perintahnya namun Raja Kedah berkata bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut
untuk Upu Daeng. Upu Daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan
menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah. Setelah tiga hari, rombongan Upu Daeng lima bersaudara bersetuju
menabalkan Raja Kedah menjadi Yam Amtuan negeri Kedah. Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak
bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan peperangan berlarutan sehingga tiga hari tiga malam
dan berterusan sehingga lapan hari yang akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Bugis. Raja Kedah yang
baru mengahwinkan Upu Daeng Perani dengan saudara perempuan dan membayar tiga bahara seperti yang
dijanjikan kepada mereka.


Bab VII
Upu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan antara mereka
dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di
Sambas. Upu Daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama Upu Daeng
Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu rumah
dalam sebuah kampung. Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk berjumpa Upu
Daeng Menambun dan Upu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada
mereka dengan adiknya Raden Tengah. Upu Daeng Menambun mencadangkan agar Upu Daeng Kemasi
dikahwinkan dengan Raden Tengah dan sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Upu Daeng Kemasi telah
dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas.


Bab VIII
Setelah sekian lama di negeri Sambas, Upu Daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan. Hal ini
menggembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalu mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut
ketibaannya. Setelah setahun, Sultan Muhamad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan
pangeran dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri penggawa meminta
tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk Matan
tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin
dengan anak Raja Mempawah.

Bab IX
Khabar berita telah sampai ke Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah
mangkat. Lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besarann
di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala
Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengirng raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke
Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam
Marhum Panembahan Sangkawak.

TEMA
Kepahlawanan
Kepahlawan Upu Daeng lima bersaudara dalam menakluki dan menawan negeri-negeri Melayu dan akhirnya
menjadi raja di negeri-negeri Melayu.

PERSOALAN
1. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan
2. Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat.
3. Persoalan perebutan takhta kerajaan membawa kepada pertelingkahan.
25


WATAK DAN PERWATAKAN

1. Upu Daeng Menambun
anak raja
mempunyai 4 saudara yang lain iaitu Daeng Parani, Daeng Kemasi,
Daeng Merewah dan Daeng Celak.
berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau
dilantik menjadi raja di Mempawah

2. Daeng Perani
saudara yang tertua antara lima bersaudara
beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan
mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khatijah

3. Daeng Kemasi
beristerikan anak Raja Mempawah
dilantik menjadi raja di Sambas

4. Daeng Chelak
dilantik menjadi raja di Riau
berkahwin dengan Tengku Puan, adinda Sultan Raja Sulaiman

5. Daeng Merewah
menjadi Yang Amtuan Muda di Riau
berkahwin dengan Ungku Encik Ayu, anakanda Ungku Datuk
Temenggung

LATAR

Latar Masyarakat
1. Masyarakat feudal
Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .
2. Masyarakat Istana
Contoh : Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja.

Latar Tempat
1. Riau
Contoh: Upu Daeng Menambun lima bersaudara membantu Sultan Raja Sulaiman menyerang Siak.
2. Siak
Contoh: Peperangan antara Upu Daeng berlima dengan orang Siak.
3. Negeri Matan
Contoh : Tempat Puteri Kesumba diraikan dengan besar-besaran setelah dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun.

Latar Masa
1. Tujuh hari tujuh malam
Contoh: Meraikan Puteri Kesumba yang dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun.
2. Hari Jumaat
Contoh: Rombongan Ratu Agung Senuhun mula belayar.

GAYA BAHASA
1. Bahasa istana
Contoh: sultan, ayahanda, patih,paduka.dayang-dayang

2. Bahasa pinjaman bahasa Arab
Contoh: warith, Allah Subhanahu Wa Taala, tulisan jawi, Rahmatullah Taala

3. Kata ganda
Contoh: berkasih-kasihan, dibagi-bagi, betul-betul
26


NILAI
1. Nilai keberanian
Contoh:Upu Daeng berlima berani menentang musuh.
2. Nilai tolong-menolong
Contoh: Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.
3. Nilai menepati janji
Contoh: Raja Kedah memberikan wang sebanyak 3 gahara seperti yang dijanjikan kepada Upu Daeng berlima
kerana membantunya mendapatkan takhta.
4. Nilai bekerjasama
Contoh: Upu Daeng lima berkerjasama dalam menyelesaikan sesuatau masalah.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh . Upu Daeng berlima berani menentang musuh.
2. Kita hendaklah bermusyawarah dalam membuat keputusan. Ratu Sultan bermesyuarat dengan menantunya
orang Bugis yang bernama Upu Daeng Menambun.
3. Kita hendaklah membantu orang lain yang memerlukan. Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman
menentang orang Siak.
4. Kita hendaklah menepati janji.Raja Kedah memberikan wang sebanyak tiga gahara seperti yang dijanjikan
kepada Upu daeng berlima kerana membantu mendapatkan taktha.

_______________________________________________________________________________
CERPEN
Pahlawan Buntung
(S. Othman Kelantan)

SINOPSIS

Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun
mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang
Kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang
tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali
memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom tentera Jepun yang
mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana
telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

TEMA
Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota
tubuh badan dan juga kematian.

PERSOALAN

1. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup.
2. Persoalan keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.
3. Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.
4. Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.
5. Persoalan berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup.
6. Persoalan hormat kepada warga tua atau warga emas

PLOT
Secara keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu;
(i) Permulaan
Watak Pak Husain diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang telah berlaku
berdasarkan fizikal.
(ii) Perkembangan
Dialog antara Pak Husain dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap peperangan yang
menyebabkan keluarganya berpindah. Pada ketika itu Pak Husain berusia 30 tahun dan dia telah
membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat yang diserang oleh tentera Jepun.
(iii) Konflik
Adik beradik Khalid memeluk ibu mereka kerana perasaan takut yang amat sangat. Pak Husain hilang
semasa mengetuai perpindahan orang-orang kampung. Pak Husain ditahan askar Jepun untuk menggali
kubur ketika dalam perjalanan memeriksa barang-barang di rumahnya.
27

(iv) Klimaks
Sewaktu Pak Husain melarikan diri dari tahanan askar Jepun dan semangat Pak Husain hilang dan
sentiasa meracau apabila teringat kembali tentang mayat-mayat yang dikebumikannya. Ketika pendaratan
perompak di kampung Pak Amat, dia telah membedil para perompak dengan senapang yang diambil dari
askar Punjabi dan menyebabkan rumah Pak Ngah Isa terselamat termasuklah penduduk kampung.
(v) Peleraian
Setahun selepas Jepun menyerah kalah, Pak Husain terkena saki baki bom yang ditanam dan
mengakibatkan kaki Pak Husain dipotong. Khalid mengimbas kembali segala peristiwa yang menimpa Pak
Husain dan keberaniannya menentang musuh serta berharap hubungannya dengan Pak Husain terus
terjalin.

TEKNIK PLOT
1. Pemerian
ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah timur. Kemerah-
merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa langkah para nelayan ke gigi
ombak

2. Dialog
Jemputlah ke rumah kami, kataku. kami tinggal di Jalan ayam. Abang dan Adik kebetulan ada.
Terima kasih Khalid! Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku.

3. Suspens
Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dan dia tetinggal dalam saat akhir bila
Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak seorang pun di antara kami yang
sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan. Dan ketika perahu kami melewati Tuk Lukup,
Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain.
Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar. Dan sekarang. Mak Bidah pula meraung

4. Imbas kembali
usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Husain
tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya

LATAR
Latar Masa
30 tahun lalu (situasi perang)
Tahun 1941 1973
Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan
Semasa zaman penjajahan Jepun
Latar Tempat
Kampung Pulau Pak Amat
Kampung Tok Lukup
Sungai Gali
Kampung Dal
Jalan Bayam
Latar Masyarakat
Masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat
Masyarakat nelayan yang bekerja menangkap ikan
Masyarakat yang hormat menghormati sesama jiran tetangga
Masyarakat yang setiakawan dalam memberi pertolongan

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Pak Hussain
Berusia 60 tahun
Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom)
Berpakaian sederhana (keperibadian desa suci murni)
Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk
kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampong Pulau Pak Amat.
Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan
menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan
dia meracau racau.
28

Berjasa kepada orang orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak jepun
bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi
menyelamatkan orang kampong.

Watak Sampingan
1. Khalid (aku)
Anak Pak Hasan
Menghormati pak Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup
membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampong

2. Fatimah
Ibu Khalid
Seorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila Jepun
menyerang kampung mereka.

GAYA BAHASA
1. Kata ganda - Contoh: berjabu-jabu
2. Metafora - Contoh : gebar kebingungan
3. Hiperbola - Contoh : diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa
4. Personifikasi - Contoh : ombak pagi yang malas

NILAI

1. Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun
2. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri
daripada askar Jepun.
3. Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.
4. Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.
2. Kita hendaklah bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.
3. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.
4. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.
_____________________________________________________________________________________________

Pungut @ Zahara @ Yap Siew Hong
(Mohammed Latif Mohammed)
SINOPSIS
Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula
dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama
Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil dari keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal
Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi
sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini
disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya.
Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.
TEMA
Kesabaran seorang ibu angkat (Mak Timah) menjaga anak yang cacat anggota (Pungut)

PERSOALAN
1. Persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya
kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.
2. Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut
yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.
29

3. Persoalan keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir Tuhan. Mak Timah hairan memikirkan orang
sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar
Pungut ke rumah kanak-kanak cacat.
4. Persoalan kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan. Mak Timah selalu berdoa kepada
Tuhan agar mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil nyawanya kerana dia tahu tidak ada
sesiapapun akan memelihara Pungut.

PLOT
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini disusun secara kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak Pungut yang bertingkah laku seperti orang kurang upaya dan dijaga
keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa.
(ii) Perkembangan
Mak Timah terkenangkan peristiwa 24 tahun lalu bagaimana dia mengenali Bibik dan mengambil anak Siew
Lan yang baru dilahirkan sebagai anak angkat yang sah kerana tidak sampai hati apabila mengetahui bayi
itu akan dibuang.
(iii) Konflik
Konflik timbul apabila anak Mak Timah mula bertengkar tentang Pungut dan mencadangkan agar Pungut
dihantar ke rumah kebajikan.
(iv) Peleraian
Mak Timah terus menjaga Pungut dan berdoa agar Pungut mati terlebih dahulu sebelum dirinya.

TEKNIK PLOT
1. Pemerian
Dia tergigil-gigil. Mulutnya mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk, berdenggung-denggung. Kepalanya
di geleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan dengan pantas. Kemudian dia meluru masuk bilik
2. Monolog
Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, fikir Mak Timah.
3. Dialog
Mengapa Bik? Mak Timah bertanya.
Siew Lan. Jawabnya lambat.
4. Imbas kembali
..Mak Timah terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun lalu

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
1. Mak Timah
Perempuan tua
Selalu sakit-sakit
Ibu angkat Pungut
Ikhlas menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih hidup.
Tabah dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap menjaga makan minium dan kencing berak Pungut
walaupun dia tidak bermaya kerana sakit.
30

Watak Sampingan
2. Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong
Berusia 24 tahun.
Cacat fizikal dan mental (terpaksa semua dibantu) dijangkakan tidak hidup lama oleh doktor.
Anak angkat Mak Timah.
Bertubuh sangat kecil (pekak dan bisu).
3. Bibik
Nenek Pungut.
Berbangsa Cina peranakan.
Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut kerana dia percaya kata-kata loktang
bahawa Pungut membawa sial.

LATAR
Latar Masa
1. Tahun 1957 ketika Pungut dilahirkan
2. 24 tahun selepas Pungut dewasa
Latar Tempat
1. Rumah sewaan Bibik tempat tinggal Mak Timah
2. Rumah lelaki anak bongsu Mak Timah.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat majmuk (bangsa Cina dan Melayu) . terdapat keluarga Siew Lan an keluarga Mak Timah.
2. Masyarakat yang percaya kepada bomoh (ramalan Loktang). Bibik amat percaya dengan ramalan Loktang
tentang Siew Lan.
3. Masyarakat yang simpati terhadap golongan kurang upaya. Mak Timah kasihan dengan nasib Siew Lan yang
akan di buang lalu sanggup memeliharanya

GAYA BAHASA
1. Kata ganda - Contoh: digeleng-gelengkan
2. Bahasa pasar - Contoh: sueh, loktang
3. Sinkope - Contoh: nak, kau
4. Personifikasi - Contoh : kelakuannya tak ubah macam wayang patung

NILAI
1. Nilai kasih sayang, contohnya seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut.
2. Nilai keikhlasan, contohnya Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas.
3. Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya, contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut.
4. Nilai setiakawan, contohnya semangat setiakawan di antara iaitu Mak Timah bertegur sapa dengan Bibik.
5. Nilai hormat-menghormati iaitu anak-anak Mak Timah menghormati pendirian emak mereka.
PENGAJARAN
1 Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja, contohnya Mak
Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun.
2. Kita mestilah ikhlas memberikan pertolongan, contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga
mencapai umur dewasa.
31

3. Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya, contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib
Pungut.
4. Kita hendaklah mengamalkan setiakawan, contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik.
5. Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa, contohnya anak-anak Mak Timah yang menghormati
keputusannya menjadikan Pungut anak angkat.
_____________________________________________________________________________________________
Cerpen Idola
( Zaen Kasturi)

SINOPSIS
Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan
pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada
suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar
sedar dengan realiti hidup. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam
pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.

TEMA
Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar.

PERSOALAN
1. Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan
keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil .
2. Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa beranggan-anggan
menjadi hero.
3. Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung
kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya.
4. Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri Si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya
bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya.

PLOT
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri setelah panggung kosong
dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orang sebelum panggung dibuka,
datang berbondong-bondong dari segenap penjuru kota sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan jam
dua belas tengah malam.
(ii) Perkembangan
Pada bahagian ini, watak penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero sepanjang pementasan dan
berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas pementasan tamat dia terkenangkan isteri dan
sepuluh orang anak-anaknya yang tinggal di rumah kecil kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri
yang masih belum berubah sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini yang belum mampu
membawa sebarang perubahan walaupaun anak lelakinya sudah menjelang remaja.
(iii) Konflik
32

Pada peringkat ini, watak penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang walaupun tidak bertugas
waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya selama ini. Penjaga
panggung berjabat salam dan berdialog serta memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan
menyatakan lakonannya bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung kembali
menjalankan tugasnya dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui penjaga panggung amat teringin
menjadi seperti hero.

(iv) Klimaks
Pada tahap ini watak penjaga panggung yang bertugas pada waktu malam selepas pementasan tamat
seperti tidak ada kemahuan menyusun kerusi-kerusi seperti biasa kerana dia teringatkan kata-kata hero
pada waktu siang semasa mereka bercakap yang sekaligus membuatkan dia berfikir tentang kekuatan
dirinya sendiri.
(v) Peleraian
Penjaga panggung telah bertindak melemparkan kerusi-kerusi panggung ke dinding sebagai tanda
melepaskan amarah dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya.

TEKNIK PLOT
1. Pemerian
Jam di belakang pentas berdentang dua belas kali. Si penjaga panggung membelingas matanya ke sekeliling
panggung, menatap dinding. Lamanya ditenungnya dinding kaku bercat kelabu itu
2. Monolog
akuaku berupaya menjadi hero kepada diriku sendiri, bisik si penjaga panggung kepada dirinya sendiri,
antara dengan tidak.
3. Dialog
Err tidak,
Bercakap benarlah saudara.
Err yaya
4 Suspens
Dengan bantuan tangan sasanya, si penjaga panggung mencapai kerusi di sisinya. Dengan sekuat tenaga,
kerusi itu dijulangnya, kemudian dilemparkannya ke dinding. Satu demi satu di dalam panggung itu
dilemparkannya ke dinding.

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Si Penjaga Panggung
Bekerja sebagai penjaga panggung.
Mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak.
Keliru dengan pendirian diri terhadap idola. Si Panjaga Panggung selalu mengagumi kehebatan hero tanpa
mengetahui bahawa Si Hero bukan hanya mahu memegang watak hero.
Watak Sampingan
1. Si Hero
Suka menyindir. Si Hero menyuruh Si Penjaga Panggung berhenti memuji dirinya dan meminta memuji diri
sendiri.
33

Seorang pelakon yang memegang watak utama (hero)
Berterus terang tentang realiti kehidupan yang dilaluinya. Si Hero menyatakan bahawa kehidupan di sini
hanya sementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung melupakan kehidupan di dalam panggung.
2. Isteri Penjaga Panggung
Berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib. Isteri penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya
tentang pekerjaan suaminya.
Mempunyai 10 orang anak.

LATAR
Latar Masa
1. Waktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja.
2. Waktu pementasan sandiwara, contohnya pementasan dilakukan sebelum hari menjelang tengah malam.

Latar Tempat
1. Panggung sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung.
2. Rumah penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh sampah.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang terlibat dengan pementasan, contohnya hero yang menjadi pelakon pentas.
2. Masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan, contohnya keluarga penjaga panggung.
3. Masyarakat yang sukakan hiburan, contohnya penonton yang membanjiri panggung semasa pementasan.
4. Masyarakat yang suka berkhayal, contohnya penjaga panggung yang berkhayal ingin menjadi seperti hero.

GAYA BAHASA
1. Kata ganda - Contoh: putera-puteri
2. Metafora - Contoh: kawah lupa diri
3. Simpulan Bahasa - Contoh: merendah diri
4. Hiperbola - Contoh: suaranya bak halilintar
5. Personifikasi - Contoh: kerusi-kerusi tetap kaku
6. Falsafah - Contoh: seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak

NILAI
1. Nilai kejujuran, contohnya hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilalui adalah berbeza dengan
lakonannya.
2. Nilai kesabaran, contohnya isteri penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi
tinggal di rumah kecil.
3. Nilai ketabahan, contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan membesarkan
sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san tinggal di kawasan setinggan.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan, contohnya hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza
dengan dunia lakonan.
34

2. Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga. Isteri Si penjaga
panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagong-agongkan hero.
3. Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak. Isteri Si penjaga
panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang
susah.
Penanggungan
(Wijaya Mala)

SINOPSIS
Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal.
Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang
anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu
ditanggung kerana sudah ketentuan Allah.

TEMA
Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kapten Mamat dan Masnah atas ketentuan Ilahi.
Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal
yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak.
Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum.
Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya.

PERSOALAN
1. Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa
seorang suami.
2. Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum,, suami Masnah
telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya..
3. Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang
ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami .
4. Persolan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap
yang hidup pasti akan mati.

PLOT
Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Plot dimulakan dengan memperkenalkan Kapten Mamat yang sedang duduk berehat di rumahnya ketika
cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi
yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu terhempas ke petak besi dan mati serta-merta.
(ii) Perkembangan
Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia terkenangkan anak-anak
yang menjadi yatim dan isteri yang menjadi balu terutamanya isteri Baharum. Dia juga mengimbas kembali
saat-saat getir ketika menjalankan tugas syarikat semasa menjadi Kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi
Masnah dan anaknya. Masnah masih merengek-rengek bertanyakan hal ayahnya yang sudah meninggal
dunia sambil dipujuk Masnah. Memandangkan anak Masnah yang menangis itu cukup menyentuh hati
lelakinya.
35

(iii) Konflik
Pada peringkat ini konflik timbul akibat Kapten Mamat yang cuba menasihati dan memberikan motivasi
kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih setelah kematian suami kerana nasibnya
sedang diperjuangkan oleh kesatuan. Ketika dialog berlangsung, Masnah menegaskan bahawa dia tidak
mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal seperti bapa mereka.
(iv) Klimaks
Percakapan antara Kapten Mamat dan Masnah telah memberikan tekanan terhadap dirinya sehingga dia
telah pitam tambahan pula dalam cuaca yang panas terik ketika itu. Keadaan agak cemas namun Kapten
Mamat berjaya memulihkan Masnah berdasarkan pengalamannya ketika mengemudi kapal walaupun
Masnah pulih buat sementara waktu.
(v) Peleraian
Peringkat peleraian berlaku selepas Masnah sedar dari pitam dan Kapten Mamat berjanji untuk membela
nasibnya di samping menasihatinya agar membuat pemeriksaan doktor. Masnah pula menyatakan hasratnya
untuk pulang ke kampung dan digambarkan dia mula menerima takdir Allah..

TEKNIK PLOT
1. Imbas kembali
Kapten Mamat mengingat kembali bagaimana kecelakaan berlaku dalam kapalnya. Baharum seorang kelasi
terjatuh atas tiang agung ke atas geladak.
2. Suspens
Perkhidmatannya tidak berpanjangan dan itu sebabnya dia dilupakan. Tetapi saya berasaskan sesuatu
yang kejam berlaku terhadap suami saya dan kekejaman itu berpanjangan kepada anaknya..

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Kapten Mamat
Bekerja sebagai kapten kapal.
Seorang pesara.
Seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa
Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum..
Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa
selagi dia masih hidup keluarga Masnah tiadak akan disia-siakan.

Watak Sampingan
1. Masnah
Janda Baharum.
Mempunyai dua orang anak.
Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat menyayangi
suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.
Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami yang
menjadi tempat bergantungnya selama ini.

2. Isteri Kapten Mamat
36

Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah.
Percaya kepada perubatan bomoh.Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati penyakit
yang dihidapi oleh Masnah.

3. Bahar
Anak Baharum
Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap

LATAR
Latar Masa
1. Tengah hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia
membuka bajunya.
Latar Tempat
1. Rumah Kapten Mamat.Ketika itu membuka baju dan membiarkan tubuhnya dihembus angin.
2. Anjung rumah Kapten Mamat. Ketika Masnah memimpin tangan anaknya naik ke anjung.
3. Kapal . Tempat Baharum terjatuh kerana memanjat geladak ketika laut bergelora.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat ketika berdepan dengan isteri
dan anak-anak arwah Baharum.
2. Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.Setelah kematian Baharum, kesatuan kerjanya akan
membayar pampasan.
3. Masyarakat yang simpati atas penderitaan orang lain.Kapten Mamat terharu dan prihatin terhadap penderitaan
Masnah dan anak-anaknya yang telah hilang tempat bergantung...
4. Masyarakat yang menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah. Tetamu dihidangkan minuman seperti
dilakukan isteri Kapten Mamat.

GAYA BAHASA
1. Kata ganda . Contoh: :tulang-tulang.
2. Simpulan bahasa - Contoh : tulang belakang, mengikat perut.
3. Penggulangan kata - Contoh ; yang malang, yang melinang air mata, yang menanggung rindu.
4. Personifikasi - Contoh : badannya dihembus angin.
5. Simile - Contoh ; jantung saya terasa bagai ditikam-tikam

NILAI
1. Nilai simpati, Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya.
2. Nilai kasih sayang, Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian
suaminya.
3. Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai, Contohnya
Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum.
37

2. Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri. Seorang isteri hendaklah mengasihi suaminya yang
dikahwini sepenuh hati, Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat
selama-lamanya.
3. Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting, Contohnya Kapten
Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.
Cerpen Hutan Rimba
( Sasjira)
SINOPSIS
Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar.
Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya
dengan kerjaya masing-masing. Atas nasihat anak-anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya
yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya
berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya.

TEMA
Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan. Kawasan bekas aktiviti pembalakan akhirnya telah menjadi
kawasan perladangan. Estet-estet kelapa sawit luas saujana mata memandang..


TEMA

1. Persoalan kemusnahan flora dan fauna alam. Aktiviti pembalakan yang dilakukan telah memusnahkan
kehidupan flora dan fauna.
2. Persoalan kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana pekerjaannya sebagai
pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan khazanah hutan musnah,
3. Persoalan kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah berjaya dalam bidang
pendidikan dan kerjaya masing-masing.
4. Persoalan kepentingan pembangunan dalam memajukan negara. Pembangunan dalam bidang pertanian dapat
memberi sumber pendapatan kepada negara.

PLOT
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Pada peringkat ini watak Pak Tua digambarkan sedang memandu jentolak Caterpillar yang mengeluaran
asap hitam dan bunyi bising di dalam hutan dara. Jentolak tersebut menumbangkan pokok-pokok dan
mengakibatkan binatang-binatang hilang habitat semulajadi. Kawasan hutan dara menjadi gondol dalam
sekelip mata.
(ii) Perkembangan
Pada bahagian ini watak Pak Tua dipenuhi perasaan kesal sehingga menitiskan air mata ketika mengimbas
kembali pekerjaannya selaku pemandu jentolak 30 tahun yang lalu telah mengakibatkan kemusnahan alam
sekitar. Pak Tua berazam untuk mengembalikan kehijauan hutan dara dan flora serta faunanya. Mak Tua
pula cuba memujuk Pak Tua dengan menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia lakukan dahulu telah
membuahkan hasil kerana keempat-empat orang anaknya telah bekerjaya. Sepanjang membesarkan anak-
anak juga dia tidak membuat sebarang pinjaman untuk anak-anaknya melanjutkan pelajaran di universiti.
Pak Tua terkenangkan zaman mudanya sewaktu dia meninggalkan kampung halamannya untuk mencari
pekerjaan. Semasa di kampungnya dia menggunakan bom buatan sendiri untuk menangkap ikan walaupun
38

perbuatan tersebut memusnahkan terumbu karang. Mak Tua terus memujuk Pak Tua agar jangan terlalu
menyesali kemusnahan hutan kerana mereka bertemu jodoh dan hidup bahagia sehingga kini kerana dia
bekerja di dalam hutan itu.
(iii) Konflik
Peringkat ini bermula setelah Pak Tua mewarisi tanah pusaka ibu bapa mentuanya. Pada waktu ini Pak Tua
masih lagi dengan rutinnya pada setiap malam Jumaat menghantar juadah ke masjid sambil terus
melakukan solat fardhu dan membaca surah Yasin. Tanah pusaka itu dipenuhi buah-buahan tempatan dan
buah-buah itu dipungut oleh Pak Tua untuk anak cucunya, namun begitu untuk mendapatkan buah-buahan
hutan dia terpaksa meredah belantara. Digambarkan juga dusun Pak Tua didatangi pelawat yang menaiki
bas mini dan kereta kerana jalan yang sudah berturap. Konflik timbul apabila Ajam mempersoalkan tindakan
bapanya yang menjadikan tanah dusun itu menjadi hutan simpan di samping ada tanah untuk tapak rumah
dan dusun buah-buahan. Melati pula mempertahankan tindakan bapanya yang sebenarnya menolong
negara melaksanakan pembangunan dan hal ini disokong oleh Budi.
(iv) Klimaks
Apabila Bakar mencari pekerja untuk menjaga dusun dan hutan daripada pencuri kayu balak yang semakin
menjadi-jadi. Melati menyatakan rnacangan mereka adik beradik untuk menjadikan dusun dan hutan itu
sebagai kawasan pelancongan.
(v) Peleraian
Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi cucu-cunya sambil bercerita tentang kehidupan sebuah
hutan rimba yang indah dan damai. Pada ketika itu juga dia sudah bergelar haji dan berasa lega dengan
keputusannya melestarikan harta warisan alam.

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Pak Tua
Pemandu jentolak jenama Caterpillar.
Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Bertanggungjawab membiayai perbelanjaan
pendidikan anak-anaknya.
Berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi. Anaknya yang sulung Ajam berjaya dalam
bidang perniagaan pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua, Bakar bekerja sebagaipengurus
ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah IPT
dan anaknya yang bongsu seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Bangga dengan kejayaan anak-anak. Dia bangga kerana kesemua anaknya sudah Berjaya dalam bidang
akademik dan mempunyai kerjaya yang baik.
Bersyukur dengan pembangunan. Pembangunan yang telah dilakukan telah menyebabkan anak-anaknya
dapat menikmati kehidupan yang sempurna.
Kesal atas pencerobohan hutan. Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan aktiviti
pembalakan.
Watak Sampingan
1. Mak Tua
Isteri Pak Tua.
Tinggal di tepi sungai berdekatan hutan dara..
Pandai memasak. Menyediakan makanan yang enak untuk keluarganya.
39

Pandai mendidik anak-anak. Anak-anaknya saling menyayangi dan menghormati kedua orang tua mereka.
2. Ajam
Anak sulung Pak Tua
Seorang pengusaha pengangkutan bas antarkota..
Pakar dalam dunia perniagaan.
Gigih. Kegigihannya menyebabkan dia telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya..
Berfikiran terbuka. Menerima cadangan adik-adiknya yang mahu membuka kawasan pelancongan

3. Bakar
Anak kedua Pak Tua.
Berkelulusan Sarjana Pertanian.
Pengurus ladang estet kelapa sawit.

4. Melati
Anak ketiga Pak Tua.
Pensyarah IPT.
5. Budi
Anak bongsu Pak Tua.
Seorang guru ijazah Sarjana Muda Pendidikan.



LATAR
Latar Masa
1. 30 tahun yang lalu sepanjang usia Pak Tua membesarkan anak-anak.
2. Malam Jumaat . Majlis bacaan Yasin diadakan.
Latar Tempat
1. Hutan tempat diteroka oleh Pak Tua
2. Sungai tempat Mak Tua mencari ikan
3. Sungai Kinabatangan, Sabah
Latar Masyarakat
1. Masyarakat penyayang keluarga masing-masing Contohnya Pak Tua menyayangi semua ahli keluarganya.
2. Masyarakat beriman, Contohnya Pak Tua yang rajin bersolat di masjid.
3. Masyarakat inginkan pendidikan bagi mencorakkan kehidupan baru, Contohnya anak-anak Pak Tua yang
semuanya berpendidikan tinggi.
4. Masyarakat yang inginkan pembangunan bagi memajukan kawasan penempatan, Contohnya Pak Tua yang
tidak menghalang hasrat anak-anaknya yang ingin menjadikan kawasan dusun mereka sebagai kawasan
pelancongan.

TEKNIK PENCERITAAN
1. Pemerian
Contoh :
40

Kera dan monyet melompat bergayutan lari meninggalkan habitatnya. Begitu juga dengan gajah, babi hutan,
payau dan kijang, namun ada yang tak sempat menyelamatkan diri
2. Dialog
Contoh:
Bapa telah melestarikan harta warisan alam. Bakar mencelah kagum.
Hanya dengan cara inilah bapa dapat menebus kesalahan bapa kerana pernah terlibat dalam pemusnahan
hutan suatu masa dahulu.
3. Imbas Kembali
Contoh:
Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu tiga puluh tahun yang lalu.Jari jemarinya terketar-ketar
mengurut kerut di dahinya yang menyimpan begitu banyak memori
4. Suspens
Contoh:
Tapi kenapa semua kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran. Kehancuran hutan rimba. Akhirnya
kesesakan di dada Pak Tua ikut terluah bersama linangan air matanya. Dia menangis kini. Dia menangis
setelah menyedari bahawa tanpa sedar, dia sekali lagi ikut terlibat dalam pemusnahan alam

GAYA BAHASA
1. Kata ganda Contohnya pohon-pohon
2. Metafora Contohnya ;hutan dara, busana hijau
3. Hiperbola Contohnyajentolak yang dipandu oleh Pak tua telah merobek dan mengoyak hasil busana hutan
4. Personifikasi Contohnya ; bunyi mengaum keras mendengung, membingitkan suasana
5. Repetisi Contohnya : Dia menangis kini. Dia menangis setelah
6. Paradoks Contohnya : kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran

NILAI
1. Nilai tanggungjawab. Contohnya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan keempat-empat orang
anaknya sehingga mereka berjaya dengan kerjaya masing-masing..
2. Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling menyayangi antara satu
sama lain dan berbincang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
3. Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya.
4. Nilai kerajinan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan berhijrah meninggalkan
kampung halamannya.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua bertanggungjawab untuk membesarkan
dan member pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya..
2. Kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik.Ini yang ditonjolkan oleh anak-anak Pak Tua yang
sama-sama berbincang sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan dusun buah-buahan bapa mereka
sebagai kawasan pelancongan.
3. Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigih bekerja. Hal ini dapat dilihat menerusi watak Pak
Tua yang begitu gigih bekerja untuk menyara anak-anak dan isterinya.
41

4. Kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup.Contohnya Pak Tua yang rajin bekerja sejak zaman
mudanya lagi.





Cerpen Tanggar Amanat
(Amaruszati Noor Rahim)

SINOPSIS
Di Yellowstone Hawa dan Adam iaitu sepasang suami isteri tinggal di situ. Hawa yang sedang hamil menghadapi
konflik apabila Adam suaminya mengajaknya pulang ke Malaysia sedangkan dia ingin terus mempertahankan
perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah yang pertama di situ. Tambahan lagi kawasan
Yellowstone merupakan kawasan lingkaran gunung berapi. Dalam keadaan kebingungan ditinggalkan Adam, Hawa
berhalunisasi dengan janin dalam kandungannya yang berdialog dengannya tentang kemusnahan yang akan
dihadapi jika terus tinggal di situ. Atas nasihat dan pandangan yang diberikan olah janin dalam kandungannya, Hawa
mengambil keputusan untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia.

TEMA
Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga.Halunisasi janin dan Hawa menyebabkan Hawa
mengambil keputusan kembali ke Malayisa mengikut suaminya Adam yang mahukan mereka meneruskan
perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah.

PERSOALAN
1. Persoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika
Syarikat.
2. Persoalan perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis
kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat.
3. Persoalan kepincangan hidup di tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah
air sendiri.
4. Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar. Hawa mengaku segala yang berlaku adalah ketentuan
Allah.

PLOT
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Plot dimulakan dengan memperkenalkan watak Hawa yang mengalami alahan semasa mengandung. Dia
terkenangkan Adam yang entah ke mana setelah gagal memujuknya agar meninggalkan tempat itu setelah
ada ramalan bahawa Yellowstone akan dilanda bencana.
(ii) Perkembangan
Setelah ditinggalkan Adam, Hawa mula berhalusinasi bahawa dia berada di alam rahim dan berkomunikasi
dengan janinnya sendiri
(iii) Konflik
42

Konflik timbul apabila janin membangkang keputusan Hawa untuk kekal di tempat itu
(iv) Klimaks
Hawa mula sedar bahawa keselamatan janinnya lebih penting berbanding kepentingan mempertahankan
perusahaan di Yellowstone.
(v) Peleraian
Hawa tersedar dari halusinasinya kerana mendengar Adam memanggil namanya berkali-kali.

TEKNIK PLOT
1. Pemerian
Contohnya :
..Roma tengkuknya meremang. Topi jaket di tarik ke kepala yang pening semenjak subuh tadi. Dunia bagai
diayun. Berdiri bagai tidak jejak bumi. Loya menganggu tekak, tetapi dia
2. Suspens
Contohnya ;
Istighfarnya berenang dalam lautan merah. Hangat terasa. Di mana? Dalam lahar Yellowstone? Tidak
mungkin. Ini bukan hangat kawalan api Yellowstone. Tidak mungkin dia hidup dalam tumbuhan gelegak
lava. Kalimah Lailahaillallah terdengar

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
1. Hawa
Keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah
Seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan suaminya, Adam.
Seorang yang setia dengan hubungan keluarga. Amat menyayangi Adam suaminya.
Seorang yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia.
Isteri kepada Adam

Watak sampingan
1. Adam
Suami Hawa
Seorang yang penyabar.Sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali ke Malaysia.
Mempunyai sifat patriotik yang tinggi . Ingin kembali dan menetap ke Malaysia..
2. Janin
Generasi ke-8 Ahmad Abdullah.
Mempunyai keberanian yang tinggi untuk menyatakan pendiriannya.Berani memberi pandangan terhadap
ibunya supaya mengikut ayahnya kembali ke Malaysia.
Ikhlas memberi pandangan.Dia ikhlas member pandangan kepada ibunya.
Mempunyai semangat patriotik yang tinggi.Mempunyai semangat patriotik terhadap tanah tumpah darah
ayahnya, Adam.

LATAR
Latar Masa
1. Lapan tahun menunggu zuriat.
43

2. Generasi kelapan Ahmad Abdullah.
Latar tempat
1. Yellowstone.
2. Devils Tower.
3. Canyon Village.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang penyayang terhadap hubungan kekeluargaan, iaitu Hawa yang menyayangi janinnya.
2. Masyarakat yang memperjuangkan warisan keluarga, Contohnya Hawa yang berkeras mahu mempertahankan
perusahaan keluarganya.
3. Masyarakat yang maju dalam bidang perniagaan, Contohnya Perusahaan Taman Nasional Yellowstone yang
sudah bertahan sehingga generasi kelapan.
4. Masyarakat yang percaya kepada kekuasaan Tuhan, Contohnya janin yang mendengar degupan jantung yang
berzikir kepada Tuhan.

GAYA BAHASA
1. Kata ganda - Contohnya : tiba-tiba.
2. Metafora - Contohnya :perut bumi.
3. Hiperbola - Contohnya : kita akan terpelanting, lebur, berkecai entah ke mana.
4. Simile - Contohnya : lidah merah melahap bagai naga menyemburkan api.
5. Personifikasi - Contohnya ; kita kembangkan sayap warisan di tempat lain.
6. Kata pinjaman - Contohnya : Bahasa Arab (Kun Fayakun).

NILAI
1. Nilai kasih sayang, Contohnya Hawa menyayangi perusahaan keluarganya yang telah diwarisi turun-temurun.
2. Nilai kesabararan. Contohnya Adam masih bersabar dengan Hawa semasa menghadapi pertentangan
pendapat.
3. Nilai ketabahan. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menghadapi cabaran hidup di tempat orang.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga. Contohnya Hawa yang sanggup
mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone.
2. Kita hendaklah sabar menghadapi tekanan. Contohnya Adam yang bersabar dengan kedegilan Hawa.
3. Kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menempuh dugaan hidup di perantauan.
_______________________________________________________________________________
DRAMA
Tiang Cengal Dinding Sayung
(Suriani Mohd Yusof)

SINOPSIS
Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian
ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabriah dan Salmah, manakala Sani anak
angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani
agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani
meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabriah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan
bapaknya (Jumaat) yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang kepada ibu
44

bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami
Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabriah supaya menukar
pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabriah untuk menyerahkan tugas
menjaga emak mereka. Sikap mereka ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan
kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabriah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan
selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan
mangsa tsunami.
Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta
menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka
mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabriah, Salmah, Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan
Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir
bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat
menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.

PEMIKIRAN
Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap ketua keluarga (suami/bapa) serta kepincangan
sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak.


PERSOALAN
1. Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi.
2. Persoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.
3. Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang.
4. Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.
5. Persoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.
6. Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

PLOT
Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan
dan diakhiri dengan peleraian.
Pembinaan Plot

Secara keseluruhan drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu;

(i) Permulaan

Dialog Pak Man dengan Sani yang bertanya khabar dan menyatakan simpati atas nasib keluarga Jimah
yang kehilangan Pak Jumaat semasa kejadian tsunami.

(ii) Perkembangan

Nasihat Pak Man terhadap nasib Sani walaupun sebagai anak angkat dalam keluarga Mak Jimah tetapi
telah dibesarkan dengan mendapat pendidikan yang sempurna.
Berlaku pertengkaran antara Shahrul dan Sani mengenai sikap Shahrul yang mementingkan
kerjayanya dan hendak pulang ke kuala Lumpur walaupun bapa mereka belum ditemui lagi.

(iii) Konflik

Arahan Shahrul agar Sani menasihati Jimah (ibu mereka) agar menerima kenyataan bahawa bapa
mereka telah meninggal di laut semasa kejadian tsunami.
Sabriah yang tidak puas hati atas sikap bapanya yang terus turun ke laut walaupun dia telah
mengirimkan wang kepada bapanya untuk menyara kehidupan mereka.
Mak Jah menyatakan perasaannya yang mengambil berat terhadap anak-anak Jimah kepada Sani dan
dia menganggap mereka sebagai anak-anaknya juga.
Sabriah menyindir sikap Sani yang hanya sebagai anak angkat menumpang kehidupan mereka.
Jimah memahami sikap anak-anaknya terutama Sabriah yang hanya mementingkan kerjaya dan diri
sendiri sahaja.

(iv) Klimaks

45

Jimah memulangkan wang anak-anaknya yang disimpan di dalam bank dan meminta mereka pulang ke
tempat masing-masing walaupun Pak Jumaat belum ditemui.

(v) Peleraian

Jumaat dijumpai terselamat dalam kejadian tsunami. Dengan penemui itu memberi banyak kesedaran
kepada anak-anak Jimah bagi memohon maaf atas kesalahan masing-masing. Jimah meminta anak-
anaknya juga memohon maaf daripada Sani yang banyak dihina oleh mereka. Pak Man bersyukur
dengan situasi yang ceria itu dan dia juga bersyukur dikurniakan cucu angkat seperti Man Bengap.


TEKNIK PENCERITAAN

1. Pemerian

Dia budak lurus. Putih, putihla yang dia kata. Kalau hitam, hitamlah yang dia kata. Dia manusia yang
tidak ada kepentingan langsung(ms 439)

2. Suspens

Man: Orang sudah jumpa tuk, sudah jumpa dah.

3. Kejutan

Kita ni sibuk dengan kerja, dengan laki, dengan bini, dengan perniagaan. Beginilah, kalau sudah
semua tidak mahu, kita hantar ke rumah welfare. Mahu? (ms 434)

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
1. Jimah
Isteri Jumaat, berusia 55 tahun
Seorang yang setia, penyayang dan bertanggungjawab. Setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti
kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut.
Sabar dengan dugaan dengan berdoa. Jimah sentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan sejak kejadian
suaminya hilang di laut.

Watak Sampingan
2. Sani
Anak angkat Jimah seorang doktor dan telah beristeri
Seorang yang bertanggungjawab dan sabar. Sangat mengambil berat akan emaknya terutama ketika
bapanya hilang di laut.

3. Sabri
Anak sulung Jimah
Mengetuai ahli keluarga
Penyabar. Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka tidak
dijumpai.

4. Sabariah
Graduan ekonomi bekerja di London
Panas baran, anak kedua dalam keluarga. Dia menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke
laut walaupun wang belanja bulanan dikirim setiap bulan.
Tidak sukakan Sani. Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-mandai dan berdolak
dalik tentang soal kematian. Dia juga menginggatkan bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka.

5. Shahrul
Anak ketiga dalam keluarga
Seorang akauntan di Kuala Lumpur
Mementingkan kerjayanya. Shahrul hendak balik ke Kuala Lumpur walaupun mayat bapanya belum
dijumpai.
46

Berselisih faham dengan Sani. Shahrul sindir menyindir dengan Sani ketika dia pulang ke rumah
emaknya.

6. Salmah
Seorang pereka fesyen
Seorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang ke rumah dengan hanya memakai skirt.
Lebih mementingkan kerjayanya. Salmah lewat pulang ke kampung atas urusan pekerjaan.

7. Wan Malin

Isteri Sani
Banyak membantu Sani menjaga Jimah. Wan Malin berjanji dengan Jimah akan bersama-sama
mentuanya itu menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.

8. Man Bengap
Pemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong sehingga
menyebabkan Pak man ketawa.
Cucu angkat Pak Man

9. Pak Man
Jiran Jimah yang prihatin dengan kelurga Jimah. Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah memujuk Jimah
yang begitu sedih dengan kehilangan suaminya. Beliau bimbang akan kesihatan Jimah yang setiap hari
pulang lewat malam dari pantai.
Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah. Pak Man menasihati anak-anak Jimah supaya
bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga.

10. Mak Jah
Isteri Pak Man
Seorang yang penyayang. Mak Jah sanggup bersama-sam keluarga Jimah menenangkan mereka
ketika mereka bersedih kehilangan bapa mereka di laut.

11. Wahid dan Senin
Penjahat yang mengambil kesempatan. Mereka berpura-pura ditugaskan membanci kerugian yang di
hadapi mangsa Tsunami.
Mencuri harta mangsa tsunami. Mereka hendak mencuri barang di rumah Jumaat semasa ketiadaan
orang di rumah tersebut.

LATAR
Latar masa
Siang, tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak
Pagi, semasa Man mencuci kereta Abang Sabri
Senja di rumah Jimah
Latar tempat
Tepi pantai, Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut
Rumah Jimah semasa Sabariah memarahi Salmah.
Anak tangga rumah Jimah semasa Sabariah duduk termenung memikirkan nasib emaknya
Latar masyarakat
Masyarakat penyayang iaitu menyayangi anak-anak contohnya sikap Jimah dan Jumaat yang tidak
mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas.
Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan, misalnya Pak Man yang datang menziarahi
keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.
Masyarakat yang berpendidikan, misalnya anak-anak Jimah yang berjaya dengan kerjaya masing-
masing, Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, Shahrul sebagai akauntan.
Masyarakat yang mementingkan kerjaya misalnya Shahrul yang ingin kembali ke Kuala Lumpur setelah
tamat cutinya.
Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua misalnya Sani dan Wan Malini yang menghormati
Jimah dan Jumaat.

GAYA BAHASA
1. Diksi
47

Kata pinjaman bahasa Inggeris (survey, HQ)

2. Falsafah
Daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga

3. Simile
.. air matanya itu macam anak air mengalir

4. Metafora
Ombak susu, gigi ombak

5. Repetisi
Putih, putihlah yang dia kata kalau hitam, hitamlah


NILAI
1. Nilai kasih sayang kepada suami. Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan.

2. Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami. Misalnya Jimah tetap setia menanti suaminya yang hilang.

3. Nilai hormat-menghormati orang yang lebih tua. Misalnya Sani tetap menghormati Sabariah walaupun kerap
dimarahinya.

4. Nilai nasihat-menasihati. Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani anak angkat emaknya.

5. Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa. Misalnya Sani dan Wan Malini terus menjaga Jimah dan
Jumaat setiap hari.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik memberi pendidikan kepada anak-anaknya.
Contohnya Pak Jumaat dan Mak Jah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti.

2. Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Misalnya menyayangi mereka
sepenuh hati walaupun dibesarkan oleh keluarga angkat sahaja.

3. Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita. Contohnya Sabariah insaf atas kesilapannya yang
tidak dapat meluangkan masa dengan ibu bapanya.

4. Kita perlu bertsyukur dengan apa-apa yang kita miliki, misalnya Man Bengap bersyukur dengan
kehidupannya yang serba kekurangan.
5. Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga.

6. Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. Misalnya Pak Jumaat menyimpan duit yang dikirim oleh anak-
anaknya.
Drama 1400
(Nordin Hassan)

SINOPSIS
Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan
harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung.
Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun
Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan
pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli.
Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaanya Dollah telah membina
empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah
yang beriman dan baik perangainya. Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan
orang kampung. Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan
memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk
kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air
sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat.
Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan
makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan dari kampung tersebut.
48

Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah telah bertemu
dengan mayat ibunya yang minta dia bertaubat. Akhirnya semua harta kekayaannya hilang dan balik kepada
keadaan asal.
Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam. Akhirnya Dollah
hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya.

TEMA
Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan yang lemah. Dollah seorang
pemuda yang asalnya miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat . justeru dia berazam untuk menjadi
kaya. Malangnya setelah hajatnya untuk menjadi kaya termakbul, sikap Dollah terus berubah. Dia sering menindas
orang kampung. Dollah langsung tidak mempedulikan akibat pencemaran sumber air penduduk kampung yang
berpunca dari najis kuda yang dipeliharanya. Dia juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan golongan susah.
Dollah lupa daratan.


PERSOALAN
1. Persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta
2. Persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan
3. Persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit
4. Persoalan penindasan kepada golongan yang lemah
5. Persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu

PLOT
Secara keseluruhannya, plot ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan
Memperkenalakan watak Dollah yang tempang, tiada berharta tetapi baik budi bahasa serta suka
membantu. Dollah sering ditindas atas kelemahan dirinya menyebabkan dia ingin menjadi kaya. Nasihat
Soud kepada Dollah supaya ikhlas membantu dan jangan mencari rezeki haram.

(ii) Perkembangan
Dollah bertemu bomoh yang membantunya menggunakan azimat mayat ibunya bagi mendapatkan harta
karun. Dollah berubah menjadi kaya dan berperwatakan orang yang mewah.

(iii) Konflik
Pinangannya ditolak pada peringkat permulaan walaupun Dollah sudah kaya.
Dollah mengambil tanah orang kampung dan memelihara kuda yang mencemar
sungai dan membawa penyakit kepada penduduk kampung.
Dollah disondol binatang ganjil dan Siti Rahimah melahirkan anak cacat lalu
dibuang.

(iv) Klimaks
Dollah hilang kekayaan dan harta benda dan pertemuan dengan mayat ibunya yang meminta dia
bertaubat atas segala perbuatan syiriknya.

(v) Peleraian
Dollah insaf dengan kesalahan dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang ditemui
semula di kampung lain. Walau bagaimanapun Dollah hilang di laut.

TEKNIK PLOT
1. Kejutan
Dollah bertemu dengan mayat ibunya
Siti Rahimah melahirkan anak yang cacat dan hodoh

2. Suspens
Dollah disondol binatang ganjil

3. Pemerian
Manusiakah? Jinkah? Jembangkah! Apa dia! Kepalanya besar, telinganya panjang, matanya halus,
berbulu di sana, berbulu di sini, tabik-tabik cakap ...

4. Imbas Kembali
Dollah: Imah pernah tak ke tepi laut?
49

Siti Rahimah: Pernah, tapi lewat petang saja, apabila matahari hampir terbenam, sebelum maghrib.
Waktu itu angin kerap kali sayu dan laut beranak ombak di gigi air. Pantai tak jauh.

5. Monolog
Dollah: (Agak kehilangan akal pada mulanya, tetapi tiba-tiba dia berkata) Ya Allah, ampunlah dosaku.
Berilah aku rahmat-Mu.


WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
1. Dollah
Capik, miskin dan dihina masyarakat
Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan. Dollah sudah tidak mengambil berat tentang
solat setelah dia menjadi kaya.
Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membenarkan isterinya membantu orang-orang
kampung mengajar anak-anak jirannya yang susah..
Seorang yang sombong apabila mempunyai kekayaan. Dollah marah apabila semua pinangannya ditolak
walaupun dia mempunyai harta yang banyak.

Watak Sampingan
1. Intan Siti Rahimah
Isteri Dollah
Perempuan yang cantik
Beriman dan baik tingkah laku disukai oleh semua orang. Intan Siti Rahimah menerima jemputan ke surau
daripada isteri dan ibu-ibu pekerja mereka.

2. Abu Lahab
Broker tanah
Menipu orang kampung menjual tanah mereka untuk mengaut keuntungan. Abu Lahab hampir-hampir
dikenakan hukuman ditanam hidup-hidup kerana menipu orang-orang kampung.

3. Pak Sudin
Pekerja Dollah yang setia kepadanya. Pak Sudin terlalu setia kepada Dollah sehingga dianggap sebagai tali
barut Tuan Dollah.


LATAR
1. Latar masa
Lewat petang (sebelum Maghrib) Siti Rahimah pergi ke tepi laut
Minggu depan Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampung di surau
Petang di surau, Dollah berbual dengan Pak Long

2. Latar tempat
Kampung Kuala dan Kampung Kenanga tempat Dollah membeli tanah dan memelihara kuda-kuda
Sungai Nenekairnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil Sungai Kuda
Surau tempat Intan Siti Rahimah mengajar anak-anak orang kampung mengaji
Di rumah pawang Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi kaya

3. Latar masyarakat
Masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampung demi
mengumpul harta kekayaan.
Masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan kekayaan yang
dimiliki .
Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah supaya menjadikan
Al-Quran sebagai petunjuk.
Masyarakat yang mementingkan diri . Dollah tidak membenarkan isterinya Intan Siti Rahimah membantu
bergaul dengan orang susah.
Masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja Dollah yang
susah dengan mengajar anak-anak mereka.


GAYA BAHASA

50

1. Simpulan Bahasa
Besar hati, naik kepala, duri dalam daging

2. Repetisi
Mereka, merekalah
Cakap, cakap, cakap, cakap ...

3. Personifikasi
Kambing-kambing tersenyum

4. Kata Pinjaman
Bahasa Inggeris
Order, secret,you, I
Bahasa Arab
Fajar, sidik, hijrah



NILAI

1. Nilai kesabaran
Contoh:
Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung.
2. Nilai tolong-menolong
Contoh:
Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji.

3. Nilai menghargai barangan tempatan
Contoh:
Dollah yang tidak menggunakan batu mamar dari Langkawi untuk membuat rumah sebaliknya memilih
batu mamar dari Itali.
4. Nilai kasih sayang antara suami isteri
Contoh:
Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik.
5. Nilai ketaatan
Contoh:
Intan Siti Rahimah mendengar arahannya suaminya iaitu Dollah semasa mengandung.


PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal. Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang
kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan.
2. Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Dollah dihina oleh masyarakat kampung
sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin.
3. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar. Dollah mencemarkan sungai dengan najis-najis kuda yang
dipeliharanya.
4. Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah
dan bukannya menurut nafsu.
5. Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan. Abu Lahab dan isterinya
insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung. Mereka berjanji akan memulangkan harta orang
kampung semula.








51









Drama DatoOnn
(Othman Hj Zainudin)

SINOPSIS
Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut
kemerdakaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato Onn berkahwin dengan anak panggung
iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato Onn dipecat
dari jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah
dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura.
Di sana Dato Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat,
membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun
menentang Inggeris bersama-sama Dato Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk
mewujudkan Malayan Union.
Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah,
berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang
terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Kemudian Dato Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu
pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing
tidak mahu mengalah. Dato Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut
kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.
Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato
Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang
menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu diistiharkan merdeka oleh Tunku Abdul
Rahman. Dato Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bahru.

PEMIKIRAN
Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit menentang sebarang bentuk
penjajahan. Drama ini menyorot kisah perjuangan Dato Onn menentang penjajah yang menguasai negeri Johor.
Walaupun menghadapi pelbagai dugaan berat dan hidup melarat, tidak melunturkan semangat juangnya menentang
Inggeris. Penentangan dibuat dengan pelbagai kaedah seperti melalui akhbar, penubuhan parti dan mengadakan
permuafakatan dengan matlamat mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan. Dalam keadaan genting
Dato Onn tetap bersama anak-anak buahnya. Perjuangan diteruskan melalui penentangan Malayan Union.
Walaupun menjadi pengasas UMNO, Dato Onn terpaksa keluar parti kerana berlainan pendapat.

PERSOALAN
1. Persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak Dato Onn
yang sanggup hidup susah dan tidak akan meninggalkan anak-anak buahnya dalam keadaan genting
sekalipun.

2. Persoalan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan amat penting untuk kesepakatan dan
mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan kuat. Dalam drama ini, rakyat jelata khususnya orang Melayu
bersatu padu bersama Dato Onn menentang penjajah demi mencapai kemerdekaan. Kesannya Malayan
Union dibatalkan.

3. Persoalan pengorbanan seorang pemimpin. Dato Onn sanggup dipecat daripada menjadi pemungut cukai
lantaran tidak bersetuju dengan dasar penjajah yang menindas rakyat Johor. Rumahnya dilelong oleh
Inggeris dan beliau terpaksa berpindah ke Singapura dan menjalani kehidupan getir sebagai seorang
nelayan.

52

4. Persoalan keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Dalam novel ini, pihak komunis sanggup melakukan
pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan memberikan kerjasama. Banyak nyawa terkorban dan tidak
kurang yang kehilangan harta benda.

5. Persoalan menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Demi menyelamatkan keluarganya dan demi
menyelamatkan anak-anak adiknya, Dato Onn sanggup mengahwini Halimah iaitu balu kepada arwah
adiknya, Muhammad. Dia tidak sanggup melihat Halimah dan anak-anaknya yang juga anak saudaranya
hidup terbiar dan merempat.

6. Persoalan kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini. Dalam drama ini, banyak
kumpulan bangsawan yang terkubur dengan kemunculan wayang-wayang gambar. Orang ramai tidak mahu
lagi menonton pementasan bangsawan. Secara tidak langsung ramai penggiat bangsawan pada ketika itu
hilang pekerjaan.

7. Persoalan kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui tipu daya berjaya
mendapatkan perintah Sultan Johor untuk memungut cukai di negeri ini. Mana-mana rakyat yang gagal
menjelaskan cukai akan ditindas. Rumah dan tanah keluarga DatoOnn di Bukit Senyum turut dirampas
kerana kononnya bapanya banyak berhutang dengan kerajaan Johor sedangkan harta benda itu semuanya
anugerah Sultan Johor kepada bapa Dato Onn.

8. Persoalan akhbar dalam membentuk minda rakyat. Dato Onn berjaya membentuk fikiran bangsanya yang
jauh ketinggalan melalui akhbar Warta Malaya. Melalui akhbar Warta Malaya, rakyat mula sedar akan
kepentingan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Akhirnya mereka bangkit menentang
Malayan Union.

PLOT
Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu :
(i) Permulaan
Pada peringkat ini, watak Dato Onn digambarkan sebagai pemimpin orang-orang Melayu yang berasal
dari keturunan bangsawan. Beliau seorang yang berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat. Dato Onn
juga pernah berkahwin dengan perempuan daripada kumpulan bangsawan,tetapi perkahwinan mereka
gagal.


(ii) Perkembangan
Pada bahagian ini, watak Dato Onn sebagai pejuang kemerdekaan tanah air berkembang. Adiknya
meninggal dunia dan beliau telah mengahwini balu adiknya Halimah demi menyelamatkan keluarganya.
Beliau telah dilantik menjadi pemungut cukai oleh Inggeris tetapi menentangnya dengan keras. Beliau
telah dipecat dan hartanya dirampas dengan cara licik. Selepas berhijrah ke Singapura, beliau dan
beberapa orang rakan menerbitkan akhbar sendiri untuk menyuarakan penentangan dan menyedarkan
bangsanya. Banyak pihak bangkit menentang Inggeris apabila ada ura-ura akan diwujudkan gagasan
Malayan Union. Keadaaan tanah air menjadi huru-hara semasa penjajahan Jepun dan Komunis. Dato
Onn tetap berusaha menyatupadukan rakyat jelata untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa
menggunakan kekerasan.

(iii) Konflik
Perkahwinan Dato Onn tidak mendapat restu keluarga dan akhirnya terpaksa berpisah.
Dato Onn menentang sekeras-kerasnya tindakan Inggeris untuk memungut cukai di negeri itu.
Akhirnya dia dipecat daripada tugasnya sebagai pemungut cukai. Tanah dan rumah keluarganya
dirampas.
MPAJA dan orang-orang di bawah pimpinan Kiai Salleh berperang. MPAJA bertindak zalim dengan
membunuh dan membakar kampung. Orang-orang Kiai Salleh bertindak balas. Huru-hara berlaku.
MPAJA berkonflik dengan pemimpin KMM tentang isu hak sama rata antara orang-orang Melayu
dan bukan Melayu selepas merdeka.
53

Dato Onn tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin KMM Burhanuddin dan Ahmad Boestamam
yang ingin mengangkat senjata dan menyertai MPAJA menentang Inggeris untuk menuntut
kemerdekaan.

(iv) Klimaks
Dato Onn menubuhkan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu yang jauh ketinggalan.

(v) Peleraian
Oleh sebab dasar yang diperkenalkan dalam UMNO tidak dipersetujui banyak pihak, Dato Onn
meninggalkan UMNO. Sebelum ajalnya, Dato Onn sempat mendengar berita kemerdekaan tanah
air.

TEKNIK PENCERITAAN
1. Pemerian
Dato Onn Jaafar, nama yang menghias setiap bibir bangsa Melayu, nama yang harum bermadu
menjadi penawar keresahan dan kesengsaraan hidup di bawah penjajahan

2. Imbas Kembali
Tapi, semalam dia sihat walafiat. Kawan tengok dia macam biasa. Tak Nampak pun tanda-tanda
dia sakit. Oh Muhammad adikku

3. Dialog
Onn: Apakah ertinya ini? Inggeris ingin merampas tanah saya di Bukit Senyum

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Dato Onn b Jaafar
seorang reformis dan pemimpin Melayu yang terulung
Menteri Besar
Pengasas kemerdekaan
Seorang yang bertanggungjawab. DatoOnn b Jaafar tidak melepaskan adik iparnya Halimah keluar dari
rumah membawa anak-anaknya setelah kematian suaminya kerana mereka kerabat dan darah daging
beliau.
Seorang yang berani. Beliau senggup menegur Tuan Campbell yang menekan pegawai-pegawai Melayu
dengan sikapnya yang bakhil.

Watak Sampingan
Halimah
isteri Dato Onn
seorang yang tegas, rajin berusaha. Halimah membantu Dato Onn mancari nafkah dengan menjual kuih
selepas Dato Onn diberhentikan kerja.

Cik Kah
seri panggung
Penari yang dapat menarik perhatian Dato Onn

DJ Campbell
Pegawai Inggeris
Sukar menerima teguran. DJ Campbell menuduh Dato Onn menentang pentadbiran British selepas
menerima teguran dari Dato Onn.

Dr Burhanuddin
Pemimpin KMM
Pengasas Parti PAS
54

Seorang yang tidak berfikiran jauh. Beliau menyangka Dato Onn. Lebih rela dijajah Inggeris di bawah
Malayan Union apabila Dato Onn.tidak bersetuju bergabung dengan MPAJA menentang Inggeris.

LATAR
Latar Masa
1. 1927, Dato Onn menjadi nelayan
2. 21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
3. 14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union.
4. 1947 peanugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua
5. 1951 Dato Onn berucap
6. 31 Ogos1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan

Latar Tempat
1. Singapura Dato Onn menjadi nelayan.
2. Bukit Pasir, Muar Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
3. Kuala Lumpur, Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan Union
4. Istana Johor, Dato Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua
5. Hotel Majestic, KL, Dato Onn berucap
6. Bandar Hilir, Melaka, pengisytiharan kemerdekaan tanah air

Latar Masyarakat
1. Masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah air
Contohnya Dato Onn.
2. Masyarakat Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu yang dijajah, ditindas dan jauh ketinggalan.
3. Masyarakat penjajah yang suka menindas dan mengaut kekayaan negara yang dijajah, contohnya DJ.
Campbell dan Maxwell
4. Masyarakat yang inginkan kemerdekaan melalui kekerasan seperti MPAJA dan KMM




GAYA BAHASA
Diksi
Kata pinjaman (bahasa Inggeris)
Contoh: miss ,cabaret night club , Johor Sport Club

Kata pinjaman (bahasa Arab)
Contoh: Masya-Allah, Insya-Allah
Peribahasa
Bagai melukut di tepi gantang, Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

NILAI
1. Nilai taat kepada ibu bapa. Contohnya , lantaran tidak mendapat restu keluarga, akhirnya perkahwinan
Dato Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama.

2. Nilai bertanggungjawab. Contohnya Dato Onn bertanggungjawab terhadap keluarga dan negaranya. Dia
sanggup mengahwini balu adiknya. Dia juga bertanggungjawab memimpin rakyat jelata untuk menuntut
kemerdekaan.

3. Nilai bersatu padu . Contohnya rakyat jelata bersatu padu agar menjadi lebih kuat. Dato Onn menegah
sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat sehingga berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah.

4. Nilai kesetiaan. Contohnya rakyat jelata perlu menyatakan kesetiaan pada tanah air tanpa berbelah bagi
dalam apa keadaan sekalipun. Keadaan inilah yang ditunjukkan oleh orang-orang Melayu di bawah
pimpinan Dato Onn

5. Nilai menghargai jasa. Contohnya Sultan Johor menganugerahkan Darjah Kerabat kelas Dua kepada Dato
Onn dan beberapa orang pemimpin lain yang berjasa kepada tanah air.
55


6. Nilai muafakat. Contohnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah, muafakat amat penting. Tanpa
muafakat masalah tidak dapat diselesaikan. Dato Onn
telah mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan mereka demi menuntut
kemerdekaan.

PENGAJARAN
1. Pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negaranya.
2. Kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air dari sebarang bentuk penjajahan.
3. Kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah.
4. Kita perlu pandai memilih maklumat daripada media massa agar tidak terpengaruh dengan unsur negatif.
5. Kita perlu pandai memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan jangan menggunakan kekerasan yang
banyak merugikan.
6. Kita perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik berbanding perbincangan
yang disertai emosi.

You might also like