You are on page 1of 29

LARIAN

PECUT
Trek Larian/ Balapan
Blok Permulaan/ Starting
Block
Spike
Aspek Keselamatan
Melakukan aktiviti memanaskan badan
Meningkatkan intensiti senaman secara
berperingkat
Meningkatkan tahap kecergasan dengan
menitikberatkan komponen kekuatan otot dan
sebagainya.
Memakai pakaian yang sesuai.
Gunakan kasut khas pada permukaan balapan.
Kawasan larian bebas daripada sebarang
bentuk bahaya
Fasa-fasa Terlibat
terbahagi kepada 4:
fasa permulaan
fasa berlepas
fasa pecutan
fasa penamat
Fasa Permulaan
Gaya Larian:
Gaya Berdiri
Gaya Dekam

Gaya Berdiri
i. Persediaan.
-peserta bersedia beberapa meter
di belakang garisan mula sebelum
arahan KE GARISAN diberikan.
ii. Ke Garisan
- pelari bergerak ke hadapan dengan
meletakkan hujung kaki rapat kepada
garisan mula tanpa menyentuhnya.
- kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira
30 40 cm dan mengimbangkan badan.
- bengkokkan kaki hadapan dan berat
badan lebih kepada pada kaki hadapan.
- condongkan badan.
- kedua-dua belah tangan bersedia di sisi
dengan tangan bertentangan dengan kaki
hadapan.
- jika kaki kiri di hadapan, maka tangan
kanan mesti diletakkan di hadapan.
iii. Sedia
- condongkan badan ditambah ke
hadapan.
- mata memandang ke hadapan.
- lutut kaki hadapan lebih dibengkokkan.
- kaki belakang tolak ke tanah.
- badan tidak bergerak.
- perhatian ditumpukan kepada pistol
atau tiupan wisel
iv. Mula
- pelari mula bergerak apabila mendengar
bunyi tembakan dengan menolak kuat
kaki hadapan.
Gaya Dekam
Terdapat tiga jenis gaya dekam yang,
iaitu:
gaya peluru (kedua-dua belah kaki peserta
dirapatkan, iaitu hujung kaki belakang
ditempatkan selari dengan bahagian tumit
kaki hadapan).
gaya sederhana (lutut kaki belakang selari
dengan hujung kaki hadapan).
gaya panjang (lutut kaki belakang selari
dengan bahagian tumit kaki hadapan)
Gaya dekam
Ke garisan
sedia
mula
Fasa Berlepas
Gaya Peluru
Gaya sederhana
Gaya Panjang
Kedudukan tangan
tangan adalah lurus dan dibuka seluas
bidang bahu individu. Ibu jari dan jari
penunjuk dibuka dengan luas dan jari-
jari lain adalah rapat di antaa satu
sama lain, diletak di belakang garis
mula.

Kedudukan kepala dan leher:
1. kepala dan leher didongak sebagai sebahagian
dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan
penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia'
diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan
dicondong ke hadapan.

Kedudukan tangan dan kaki:
selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke
hadapan dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat
tangan dan kaki.
ttangan yang bertentangan dengan kaki belakang
memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain
digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan
dibengkokkan 90 darjah.
lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat
dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan
sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam
jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan
berubah dari rendah ke condong ke hadapan.
Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

faktor yang paling penting untuk
menamatkan sesuatu larian ialah untuk
berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya.
penting bagi seorang atlit untuk terus pecut
sehingga melewati garis penamat.
cara yang paling baik untuk menamatkan
larian ialah untuk menonjolkan bahagian
torso ke hadapan
Fasa Penamat
Undang-undang Lari Pecut
jika permulaan batal, pelepas-ulang menembak
pistol sekali lagi serta-merta dan memanggil
semula semua pelari.
peserta yang melakukan kesilapan diberi
amaran.
permulaan yang baru akan dilakukan.
jika peserta yang sama melakukan kesilapan,
dia akan disingkirkan daripada bertanding.
peserta hendaklah berlari di lorong masing-
masing
Jenis Larian Pecutan
Terdapat 4 jenis larian pecut:
100 meter
200 meter
400 meter
100 meter
Pelari 100 meter adalah antara pelari yang sangat
mementingkan letupan pistol, pemecutan daripada
blok permulaan dan mengekalkan kepantasan
tertinggi sepanjang larian.
Ia akan menumpukan seluruh perhatiannya
terhadap letupan pistol tetapi sepatutnya ia dapat
mengekalkan penumpuan walaupun berlaku
beberapa permulaan yang salah.
Seorang pelari 100 meter juga seharusnya dapat
bertindak dengan cekap terhadap pelepas yang
cepat ataupun yang lambat
200 meter
dalam acara 200 meter seorang pelari di
samping mempunyai kekuatan dan
kepantasan, juga memerlukan kawalan dan
keseimbangan badan.
Permulaan 200 meter adalah lebih kurang
sama dengan acara 100 meter kecuali blok
permulaan diletakkan bersudut tepat dengan
garisan permulaan.

200 meter mempunyai 4 fasa seperti berikut:
Permulaan dalam lorong yang lurus.
Pelari perlu mengekalkan kepantasan, sambil
berlari di selekoh. Kaki kanan perlu disokong oleh
kaki kiri semasa mengambil selekoh.
apabila tiba di lorong lurus, pelari perlu
mengimbangi semula badannya supaya supaya
keseimbangan tengah badan dapat dicapai.
bahagian lorong lurus 200 meter adalah bahagian
yang memerlukan ketahanan dan kemantapan
atau kekuatan mental di mana pelari perlu
mengekalkan bentuk larian asalnya mencapai
kepantasan tertinggi semasa menghampiri
garisan penamat.

400 meter
seorang pelari 400 meter akan cuba
memperolehi:
satu permulaan dan larian pada selekoh pertama
yang baik,
larian selesa pada lorong lurus yang pertama,
berusaha kuat pada selekoh akhir dan
mengekalkan kepantasan sehingga tamat.
Seorang pelari 400 meter yang baik dapat
mengekalkan lariannya dalam keadaan tidak
tertekan
Untuk memperolehi larian dan prestasi
yang maksimum, kedudukan badan dan
anggota yang terlibat harus pada tempat
dan kedudukan yang betul.
Konsep kedudukan atau kecondongan
(lean) badan boleh dijelaskan seperti
berikut:

You might also like