You are on page 1of 17

Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai 3 R iaitu
membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf Radalah satu kata yang sesuai digunakan dalam
Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu
sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas selain
membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting
dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu
Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata
Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:

(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah
pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam
penyampaian maklumat murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan
lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain
dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama
murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara
kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan
motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

(ii) Memupuk Nilai Kerjasama

Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid
daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap
individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksi
yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan
mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini
mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep
perpaduan.


(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan
mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu
rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya
diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam
kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian
dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan
mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid
merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang
bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan
cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman
meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat
eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi
kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak.
Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada
seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid
yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada
tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang
mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang
mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada
keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

Kesimpulan
Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan pergerakan perlu
diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini
akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.



Artikel 2


Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Penggunaan
seni dalam pendidikan ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman
intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi peluang kepada murid untuk
menjalankan aktiviti seperti meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Selain itu,
murid juga diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum,
menyeluruh dan menyeronokkan.

Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan
besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek
lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui
penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di
kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan
insanyang celik seni dan berbudaya.

Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program
antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan dengan
beberapa cara seperti menghubungkait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran, Proses
penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada matlamat
terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata
pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat. Selain itu ialah menghubungkait kemahiran
dalam berbagai mata pelajaran.Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata
pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu
melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk
nilai murni sepeti menghormati, menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam
menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti
dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut
baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti
sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan
keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar.

Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun
mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai
sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan
keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih sistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara
penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.


Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni praktik
menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan
prestasi dalam cara yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya
dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri
secara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat
penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan
pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif.
Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta
pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.

Salah satu contoh bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk digunakan dalam pengajaran yang
menggunakan pendekatan bertema ialah :

Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat
Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants
Tema : Persekitaran pokok.


Jadi murid akan diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah dengan cara
membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta
melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat
muzik.

Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan.

Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang
(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup

Seni Visual : (a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan menggunakan
sapuan berus dengan pelbagai warna.
Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan, sumbangsaran
tentang aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat
membantu untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains),
mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik), menunjukkan perasaan melalui
sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza
(seni visual) dan melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)
Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;

Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga boleh digunakan
kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh menggunakan aktiviti
mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajar
akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan
sebagainya. Tema Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan
memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan
berkesan. Tema Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada
masa kini. Secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang
diajar dengan kedaan situasi yang sebenar.

Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah. Tema yang dipilih dapat
disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran
dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P

a)Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu
pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai
kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam satu
mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan
melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan
suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini
membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara
bersepadu.

2)Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan
daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses
penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-
unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya,
daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan
kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu
pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.

3)Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan
kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai
kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan
sebagainya.
4)Pemulihan
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang
mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti
pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah
pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.

5)Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar
penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi

Kebaikan dan kelebihan. Antaranya :

(a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni dalam
pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi
aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu
masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media
yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti
seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang
disampaikan.

(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap
aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian
masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan
melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.

c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam pendidikan
diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru
mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan
bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah

Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka, memperolehi
pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses
pengajaran dan pembelajaran?

Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai
sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini pelajar menggunakan persekitaran
sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat
menyediakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan
mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif,
imaginative dan kritis.

Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan
kegirangan di dalam bilik darjah.Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen,
menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan
pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi dalam seni
dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan
tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk
menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara
kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.

Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar
untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-
bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni. Ini akan membatu
para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan
cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan
apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah
ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada
topik ini pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk
pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan
mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan
emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.
ARTIKEL 3


PENDIDIKAN SENI DI MALAYSIA ANTARA HARAPAN DAN REALITI
artikel dari:
Prof. Madya Hj. Iberahim
Dekan
Fakulti Sains Sosial dan Kesenian
Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Pertukaran nama daripada Seni Lukis dan Pertukangan Tangan kepada Pendidikan Seni pada awal tahun
1980an apabila KBSR diperkenalkan dan seterusnya akan bertukar semula namanya kepada Pendidikan
Seni Visual pada 2002 tentulah berlatar belakangkan rasional yang amat signifikan. Ianya memberi kesan
yang jelas kepada matlamat dan objektif keseluruhan mata pelajaran ini. Kandungan mata pelajaran pun
akan berubah atau bertambah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga akan berubah mengikut
keperluan seterusnya akan mempengaruhi strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah juga. Yang tidak kurang pentingnya ialah falsafah, kepercayaan dan amalan guru-guru yang
mengajar mata pelajaran ini perlu selari dengan falsafah dan matlamat mata pelajaran ini.

Pada hari ini dan beberapa tahun kebelakangan berbagai-bagai pihak yang bergiat dalam pendidikan
seni visual sama ada secara individu maupun oleh institusi, kerajaan dan badan bukan kerajaan
berusaha dengan berbagai-bagai pendekatan dan kaedah untuk meletakkan mata pelajaran pendidikan
seni (visual) ini ke atas landasan yang benar agar martabatnya selari dengan mata pelajaran sekolah
yang lain. Dalam usaha ke arah itu beberapa isu yang bersangkutan dengan keberkesanan pedagogi
mata pelajaran ini perlu dijelaskan.

Pendidikan Seni Visual-Seni Halus-Seni Kraf : Kecelaruan Konsep Art Education kini kita panggil
Pendidikan Seni (Visual) sebagai satu mata pelajaran. Kita perlu menjelaskan apakah yang dimaksudkan
dengan mata pelajaran ini. Kerana sehingga kini dari pengamatan dan kajian saya masih terdapat
berbagai-bagai tanggapan dan tafsiran tentang pendidikan seni (visual) ini. Kerana apabila disebut
pelajaran pendidikan seni ada yang beranggapan sebagai suatu aktiviti seni yang merangkumi kegiatan
melukis dan membuat gambar atau lebih kepada bidang seni halus. Adakah seni halus itu serupa dengan
pendidikan seni visual? Ada setengah pihak pula beranggapan Pendidikan Seni menjurus kepada kerja-
kerja menghasilkan produk kraf. Ada yang beranggapan pendidikan seni visual kini lebih berbentuk
akademik dengan mengajukan bidang sejarah dan apresiasi seni .

Kesamaran ini perlulah dijelaskan. Bidang-bidang ilmu itu mempunyai falsafah dan struktur ilmu yang
khusus masing-masing menjurus kepada matlamat yang berlainan. Sekiranya pemikiran dan
kepercayaan yang masih bercelaru ini tidak dijelaskan bagaimana seorang guru itu dapat mendukung
falsafah dan matlamat matapelajaran yang diajar. Kesannya ialah akan berlaku penyempangan dan
mengawal proses pendidikan yang mengikut selera yang tidak tentu arah dan matlamatnya. Akhirnya
mata pelajaran ini seperti ayam kehilangan ibu dan seperti layang-layang putus tali.

Usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum
untuk menjelaskan konsep pendidikan seni ini. Jikalau diteliti kesemua peringkat sukatan pelajaran
pendidikan seni yang disediakan sudah jelas pengertian dan matlamatnya. Tetapi kecelaruan itu masih
berlaku dalam kepercayaan dan amalan di bilik darjah atau ketika proses pengoprasian dilakukan . Nilai-
nilai pendidikan tidak berjaya diamalkan dalam proses P&P Pendidikan Seni di bilik darjah tumpuan lebih
kepada matlamat menghasilkan produk semata-mata. Untuk menjelaskan lagi konsep Pendidikan Seni
itu, menurut Eisner (1972) terdapat tiga komponen dalam P&P yang saling berkait iaitu, berpusatkan
pelajar, subjek dan masyarakat. Ini selari dengan pendapat para akademik seperti Ralph Tyler yang
membahaskan bahawa semua teori-teori dan program pendidikan mesti berfokus kepada tiga
komponen tersebut.

Pendidik mata pelajaran ini harus jelas akan 3 persoalan di bawah ini:
Siapa yang kita ajar
Mengapa kita mengajar
Apa yang kita ajar (Laura Chapman 1978)

Siapa yang kita ajar: Merujuk kepada kanak-kanak di sekolah bermula di peringkat tadika hinggalah
remaja di sekolah menengah malah hingga orang dewasa yang mengikuti pendidikan sepanjang hayat
(life long education). Mengapa kita mengajar: Jawapan persoalan ini merujuk kepada apalah matlamat
dan objektif khusus yang jelas ialah untuk membantu memperbaiki masyarakat supaya kehidupannya
lebih selesa. Membantu pelajar kita agar kehidupan masa hadapannya lebih sempurna. Apa yang kita
ajar: Yang kita ajar adalah proses mengurus dan mempermudahkan struktur ilmu Pendidikan Seni agar
domain kognitif pelajar berkembang, menerapkan nilai-nilai dalam pembentukan sahsiah pelajar agar
domain efektifnya terbentuk dan meningkatkan kemahiran psikomotor mereka.

Masalah Mentafsir Kandungan Pendidikan Seni Visual ke dalam bentuk Operasi di bilik darjah: Beberapa
unsur terlibat dalam proses ini, pertamanya sejauh mana penguasaan ilmu dikalangan kita yang
berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini. Keduanya setakat mana keupayaan kita berupaya
mengurus unsur-unsur dalam kurikulum pendidikan seni. Ketiga setakat mana kita jelas tentang
keperluan murid-murid atau pelajarnya ketika belajar pendidikan seni. Keperluan dari segi psikologi,
sosial, fizikal, emosi dan sebagainya. Keempatnya setakat mana kita mampu menguruskan masa
berbanding dengan jumlah kandungan yang hendak diajar dan dengan kemudahan yang ada. Kelimanya
apakah kepercayaan kita kepada konsep perancangan, adakah kita mengamalkan kepercayaan
selesaikan semua isi kandungan yang dirancang, buat sahaja perancangan pelajaran tahun lalu atau
sikap ambil mudah dalam merancang rancangan pelajaran pendidikan seni. Keenam kretiviti guru
mengatasi masalah kekurangan.

Yang jelas ialah perlunya memiliki pengetahuan yang mencukupi dan sikap yang positif terhadap
tugas sebagai guru pendidikan seni. Latihan yang didapati di maktab atau universiti belum menjamin
keberkesanan guru dalam menyediakan pelajaran pendidikan seni ini kerana guru perlu
mengemasakinikan dirinya dengan pengetahuan-pengetahuan dan kemahiran baru yang boleh
mempengaruhi tingkah laku guru untuk bertindak secara lebih positif dalam mentafsir kandungan
pelajaran ini sesuai dengan keperluan dan perubahan semasa. Konsep DBAE umpamanya tidak pernah
dipelajari ketika berkursus dalam tahun 70an atau 80an. Tetapi konsep atau struktur kurikulum
berdasarkan empat disiplin ilmu pendidikan seni ini merupakan amalan terkini di peringkat
antarabangsa. Sukatan pelajaran pendidikan seni (visual) terpengaruh dengan perubahan ini.
Persoalannya adakah guru-guru di sekolah rendah atau menengah sedar tentang keadaan ini. Sesuatu
perubahan baru tentangnya perlu disampaikan kepada guru-guru di sekolah. Oleh itu perlulah
diusahakan suatu makanisma bagaimana maklumat seperti ini sampai kepada para guru. Kepada yang
menguasai ICT mereka mampu mendapatkan maklumat terkini dengan melayari internet. Suatu cara lain
ialah melalui jurnal yang diterbitkan oleh pihak-pihak tertentu. Yang pentingnya ada pihak yang
bertanggungjawab untuk menulis menerbit dan mengedarkannya. Suatu cara lagi adalah melalui kursus-
kursus pendek dalam pendidikan seni perlu selalu diadakan oleh pihak tertentu sama ada dianjur oleh
pihak kementerian atau institusi pengajian tinggi yang lain.

Hanya dengan ilmu dan kemahiran yang ada berserta dengan jelas falsafah, matlamat dan objektif
barulah seseorang guru pendidikan seni itu dapat merancang pelajaran dengan berkesan. Kandungan
sukatan pelajaran boleh ditafsir dengan tepat seperti yang dikehandaki. Setiap tajuk pelajaran dapat
dikembangkan kepada pelajar secara bersepadu dengan menitikberatkan kepada memperkayakan
pengalaman pelajar menerusi proses pembelajaran bersepadu. Sebagai contoh suatu proses pelajaran
yeng berkaitan dengan komposisi dalam membuat gambar. Proses pembelajaran tidak mungkin boleh
diselesaikan dalam masa satu sesi pelajaran sahaja. Seharusnya pelajar didedahkan dahulu dengan
konsep gubahan dalam sebuah catan dengan merujuk beberapa contoh seniman tempatan atau
antarabangsa. Sesi ini pelajar bersama-sama meneroka dan mencari maklumat yang dirangsang oleh
guru, secara tidak langsung sesi kritikan berlaku, pelajar boleh membuat perbandingan, seterusnya
membuat rumusan. Sesi berikut pelajar boleh menggunakan kriteria, gubahan dari mana-mana seniman
yang dipilih kemudian membuat gambar, mungkin menggunakan kaedah peniruan itu tidak salah kerana
ia merupakan suatu proses belajar. Setelah mereka faham dan mengenalpasti konsep gubahan dalam
catan mereka perlu membuat sebuah cipataan berdasarkan kefahaman mereka sendiri dengan
mengambil kira peraturan- peraturan dalam membuat sebuah gubahan yang telah mereka temui. Sesi
berikutnya disusuli dengan sesi kritikan tentang kerja-kerja mereka pula.

Melalui proses di atas pelajar diberi ilmu bagaimana untuk membuat sebuah gubahan yang baik
(merujuk kepada data-data dari guru dan seniman terpilih) dengan ilmu itu pelajar menggunakan
sebagai latihan, konsep dalam gubahan bertambah, kamahiran juga bertambah melalui latihan, proses
pengamatan semakin matang maka pelajar semakin yakin kepada keupayaan dirinya untuk terus
berkreatif. Dalam proses ini yang penting adalah :
peningkatan ilmu dalam membuat gubahan
peningkatan ilmu dalam sejarah seni, mengenali tokoh seni
peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni

Latihan dan Kursus Pendidikan Seni di peringkat Maktab Perguruan dan Institusi Pengajian Tinggi:
Apabila seseorang graduan atau guru awalan yang berkelulusan seni, pendidikan seni atau yang
berkaitan dengan seni visual melangkah kakinya ke sekolah mereka akan membawa bersama
pengalaman semasa latihannya ke sekolah. Setiap institusi membekalkan pengalaman pelajarnya
berdasarkan matlamat dan objektif latihan masing-masing. Latar belakang pengalaman graduan itu
bergantung kepada bidang kepakaran (pengkhususannya) ditambah dengan kursus diploma pendidikan
selama setahun atau seumpamanya. Sedangkan ruanglingkup isi kandungan dalam sukatan pelajaran
pendidikan seni sekolah menengah dan sukatan pelajaran baru pendidikan seni STPM begitu luas sekali.
Untuk menjadi sebagai seorang guru pendidikan seni yang berkesan latihan yang didapati di institusi
pengajian tinggi itu masih tidak mencukupi, kecuali pengajaran pendidikan seni disekolah menengah
dilakukan berdasarkan pengkhususan bidang masing-masing. Jikalau sebaliknya apabila guru golongan
ini diminta mengajar keseluruhan tajuk-tajuk pelajaran ini bagi satu-satu tingkatan sedangkan beliau
mahir dalam suatu bidang pengkhususan sahaja maka beberapa tajuk lain akan tertinggal, kerana
kurang mahir dan tidak berkeyakinan untuk mengajar. Sekira ini yang berlaku maka konsep pendidikan
seni akan menjadi lebih terkeliru di peringkat ini.

Seperkara lagi corak latihan yang diterima oleh bakal-bakal guru di maktab perguruan. Rata-rata
bakal guru ini akan mengajar di sekolah rendah. Pendidikan seni di peringkat sekolah rendah merupakan
tahap pembentukan konsep yang amat penting. Hubungan antara pelajaran pendidikan seni dan kanak-
kanak sekolah rendah khususnya di tahap satu amatlah signifikan. Pelajaran pendidikan seni di peringkat
ini lebih merupakan suatu proses untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan menyeluruh
kanak-kanak. Landasan pelajaran ini adalah berlandaskan teori perkembangan. Dan pendidikan seni
kepada kanak-kanak adalah lebih kepada keperluan eksprasif, di samping perlu untuk meningkat domain
kognitif, afaktif dan psikomotor mereka. Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi
perkembangan. Oleh itu guru-guru pendidikan seni perlulah benar-benar terlatih dalam bidang ini.
Persoalannya sejauh manakah latihan yang mereka lalui. Adakah hal tersebut merupakan fokus latihan
bagi kursus pendidikan seni untuk bakal guru sekolah rendah ? Siapa saja boleh mengajar Pendidikan
Seni, Pendidikan Seni pelajaran yang tidak ada potensi

Seperkara lagi yang menjadi isu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni adalah tanggapan
masyarakat sekolah yang sering beranggapan bahawa : sesiapa sahaja boleh mengajar pendidikan seni,
pendidikan seni merupakan waktu untuk guru-guru berehat setelah penat mengajar mata pelajaran
lain yang lebih berat. Selagi tanggapan ini tidak dibetulkan selagi itulah mata pelajaran ini beransur-
ansur lenyap dari pandangan positif masyarakat sekolah. Kerana tanggapan inilah menjadikan pelajaran
ini semakin sehari semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Malahan ada kalangan guru yang pernah
terlatih dalam pendidikan seni merasa malu mengajar pelajaran ini, mereka lebih rela mengajar
pendidikan jasmani, dan pelajaran lain yang lebih glamour.

Selagi pelajaran ini diajar oleh mereka yang tidak terlatih dan tidak inovatif serta kreatif dalam
menyediakan pelajaran maka selagi itulah konsep dan roh pelajaran pendidikan seni itu tidak akan hidup
di dalam semangat pelajar. Selama itulah pelajar juga akan memandang sepi mata pelajaran ini.
Kesannya akan menimbulkan masalah kepada guru-guru pendidikan seni yang bersemangat untuk
mengajar kerana pelajar-pelajarnya menolak untuk belajar pendidikan seni, Ini berlaku kerana
berdasarkan pengalaman mereka pelajaran pendidikan seni adalah pelajaran untuk berseronok kosong,
hambar, kosong, masa rehat , dan tiada nilai masa depan serta tiada yang baru, belajar dari sekolah
rendah hingga ketingkatan lima benda yang sama saja . (Respon pelajar terhadap soal selidik persepsi
pelajar terhadap pandidikan seni, 1999 di kawasan Batang Padang)

Untuk merubah persepsi pelajar ini memerlukan pengorbanan yang besar. Guru perlu gigih dan sabar,
perlu memiliki motivasi yang tinggi. Guru perlu menguasai keperluan sebenar pelajar mempelajari
pelajaran ini. Tahap awal guru perlulah menanamkan keyakinan kepada pelajarnya bahawa pelajaran ini
berbaloi untuk belajar Pelajaran perlulah memiliki unsur istimewa yang mendorong pelajar untuk
terlibat sama walaupun terpaksa mengeluarkan wang, tenaga dan masa. Mereka sanggup melaluinya
sekiranya pendidikan seni itu menarik, berpotensi, berbaloi untuk belajar, ada nilai keilmuannya. Untuk
ini guru terpaksalah menggunakan berbagai kaedah untuk memotivasikan pelajarnya melalui berbagai
strategi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga perlu didedahkan kepada berbagai bidang dan jenis
kerajaya yang boleh membuka mata mereka bahawa mempelajari pelajaran pendidikan seni ada potensi
dalam kerjaya jikalau diberi tumpuan bersungguh-sungguh.

Memertabatkan pelajaran Pendidikan Seni Selari dengan matapelajaran yang lain: Isu untuk
memertabatkan matapelajaran pendidikan seni seiring dengan mata pelajaran yang lain bukanlah suatu
isu yang baru. Saya percaya guru-guru yang mencintai bidang ini sentiasa memperjuangkannya. Pada
dasaranya matapelajaran pendidikan seni adalah tergolong dalam kumpulan matapelajaran asas dari
sekolah randah hingga tingkatan tiga. Sama tarafnya dengan mata pelajaran sejarah, geografi,
kemahiran hidup, pendidikan jasmani dan kesihatan dan sebagainya. Agihan jam interaksinya dalam
seminggu pun sama iaitu tiga waktu seminggu.


Apabila seseorang pelajar sekolah menengah tamat peperikasaan SPM mereka yang mendapat kepujian
dalam Bahasa Malaysia boleh menunjukkan keupayaannya dalam berbahasa samaada dalam bentuk
tulisan ataupun lisan. Begitu juga mereka yang lulus dalam matematik mampu menyelsaikan masalah
matematik berdasarkan ilmu pengetahuan yang mereka kuasai. Pelajar dari bidang vokesional dan
teknikal pula mampu memperlihatkan kemahiran-kemahiran mereka, sesetengahnya menguasai
kemahiran asas sebagai persediaan untuk peringkat pengajian lebih tinggi atau menceburi di bidang
pekerjaan.

Persoalan dan kerisauan saya adalah mereka yang mendapat kepujian dalam pendidikan seni di
peringkat SPM, apakah istimewanya mereka. Adakah mereka memiliki tahap ilmu seni setara dengan
peringkat SPM seperti mata pelajaran yang lain ? Adakah mereka memiliki daya kreativiti yang tinggi,
setara dengan SPM. Adakah kemahiran mereka dalam penciptaan dan penghasilan karya seni setara
dengan kemahiran-kemahiran mata pelajaran lain di peringkat SPM. Adakah kita sudah merasa puas
tentang tahap pendidikan seni sekarang ? Untuk menjawab persoalan-persoalan di atas kita boleh
jadikan objektif-objektif pelajaran pendidikan seni sebagai landasan ukuran.

Keduanya kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi kandungan mata pelajaran
ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada tahun satu sekolah rendah hinggalah ke tahap SPM. Ini
adalah kemahiran membuat perancangan tahunan bagi setiap tahap Peringkat STPM, PPK telah berjaya
memperlihatkan suatu tahap mutu kandungan yang setara dengan kedudukannya, walaupun masih di
peringkat permulaan tetapi jauh lebih bermutu berbanding dengan kandungan sukatan pelajaran lama.
Ketiga , sudah sampai masanya mata pelajaran ini memiliki buku rujukan atau sekurang-kurangnya ada
buku panduan. Soalannya berbalik semula kepada isu yang di atas iaitu bergantung kepada keupayaan
guru menterjemah isi kandungan ke dalam bentuk operasi dalam P&P di bilik darjah. Keempatnya
sebagai mata pelajaran sekolah , keperluan asasnya dari segi infrastruktur perlulah diberi perhatian.
Sudah sampai masanya setiap sekolah memiliki sekurang-kurangnya satu bilik seni yang lengkap sama
seperti pelajaran Kemahiran Hidup, Sains Rumahtangga atau matapelajaran Sains. Kelima: Hanya guru
yang layak sahaja mengajar waktu pelajaran ini. Keenamnya, mungkinkah Seni memiliki sekolah
menengah khasnya seperti juga sekolah sukan ? seperti ura-ura jabatan Pendidikan Johor ?

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni: Apakah pendekatan yang digunakan oleh
guru untuk mengajar Pendidikan Seni? Adakah kita henya menggunakan pendekatan p&p yang
steriotaip sahaja? Sebenarnya terdapat berbagai pendekatan yang bolah kita amaklan agar proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini lebih menarik. Sebagai contohnya guru bolah
menggunakan: Pendekatan Kemanusiaan dalam Pengajaran Pendidikan Seni: Menurut Michael (1983)
dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Menerusi proses pembelajaran yang berlandaskan pendekatan
kemanusiaan itu pelajar akan mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya.
Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali
diri sendiri, mengenali seni dan kelompok-kelompok masyarakat kecil di persekitaran mereka, peka
tentang perasaan mereka , memiliki konsepsi diri yang jelas dan boleh menyatakan pernyataan diri
mereka secara kreatif melalui media. Seterusnya mengenali nilai-nilai kemanusiaaan yang boleh digarap
maklumatnya daripada karya atau pernyataan seni yang boleh dikesan pada mana-mana bentuk seni
atau mana-mana karya seni. Pendekatan Behaviorisme Ahli behaviorisme mempercayai tingkah laku
pelajar boleh dibentuk melalui pengalaman-pengalaman pendidikan yang disediakan. Perancangan
Pendidikan Seni yang berkaitan dengan situasi kehidupan sebenar adalah penting untuk memastikan
kejayaan yang lebih berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran. Aspek asas kepada pendekatan ini
adalah guru-guru perlu mematuhi disiplin untuk pencapaian sesuatu matlamat yang telah ditentukan
dengan mengenalpasti keutamaan, mengaplikasi kaedah-kaedah penyelidikan terhadap tugas-tugas
pengajaran dari semasa ke semasa dan bersedia untuk mereka bentuk alat-alat untuk pengujian dan
penilaian dalam pembelajaran dan pengajaran seni.

Masalah utama yang mungkin dihadapi oleh guru adalah untuk menentukan tingkahlaku
berasaskan objektif kurikulum pendidikan seni. Apakah tingkah laku yang relevan untuk Pendidikan
Seni? Bagaimana seseorang itu boleh mencapai perubahan tingkah laku ketika belajar Pendidikan Seni?
Sampai ke tahap manakah sesuatu perubahan itu dinilai ? Matlamat dan objektif manakah yang
digunakan sebagai ukuran untuk sesuatu penilaian. Bolehkah dikenalpasti apa yang boleh dipelajari, apa
yang akan diajar dan tingkah laku pelajar yang macam mana yang perlu dibentuk?

Pengamatan sebagai pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni. Merujuk kepada
objektif pelajaran Pendidikan Seni sama ada untuk sekolah menengah atau rendah, salah satu tujuan
pembelajaran Pendidikan Seni adalah untuk menajamkan persepsi pelajar. Semua pembelajaran
Pendidikan Seni menitikberatkan kepada persepsi (pengamatan) proses mendapat pengetahuan,
melayani perasaan dan pernyataan semuanya berlaku menersui deria kita. Sesetengah berpendapat
pengamatan melalui deria itu adalah kunci kepada segala ilmu dan pengetahuan. Ianya adalah tingkah
laku asas dalam proses seseorang melengkapkan ilmu pengetahuan melalui penerokaan alam
persekitrannya. Proses pengamatan melibatkan seseorang itu membuat penelitian, menganalisis,
mengsintesis dan menilai. Ia merupakan suatu proses mengurus maklumat yang memerlukan tindakan
integrasi secara kreatif. Proses ini juga memerlukan seseorang itu berfikir secara terbuka dan lebih
bersifat luwes. Dalam kurikulum Pendidikan Seni aktiivti pengamatan ini telah ditetapkan supaya
dilaksanakan mulai dari awal persekolahan hinggalah ke tingkatan menengah atas, Amalannya adalah
mengikut tahap keupayaan pelajar. Guru-guru perlu menguasai dan mengenalpasti tahap keupayaan
pengamatan pelajarnya dan menggunakannya untuk tujuan perancnagan pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mengembangkan keupayaan pengamatan ini perlu dikenalpasti.
Aktiviti yang boleh membantu pelajar untuk memajukan pengamatan, dan meningkatkan proses
kematangan deria perlu disediakan. Program-program perlu disediakan sehingga berjaya membawa
perubahan secara mampan terhadap aras kepekaan pengamatan pelajar. Pendekatan Perkembangan
Menyeluruh Pendidikan seni adalah merupakan bidang ilmu yang menjelaskan konsep pendidikan
menyeluruh, yang memenuhi tuntutan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ini sejajar dengan
Falsafah PendidikanNegara. Kneeth M. Lancing (1971), pada dasarnya manyatakan bahawa pendidikan
seni perlu memfokuskan perhatian kepada tiga domain utama tersebut. Antara kandungan yang ada di
dalam ketiga-tiga domain tersebut adalah; Domain Kognitif : iaitu ilmu yang berkaitan dengan gubahan,
prosedur, sejarah dan apresiasi, estetika serta seni dalam kehidupan. Domain Afektif : iaitu suatu aspek
yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan, mempunyai pertimbangan, menghargai
warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. Domain Psikomotor: iaitu menumpukan kepada
pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi antara mata , tangan, otot dan mental.
Seterusnya pelajar yang berbakat akan menjadi penggiat seni dan yang kurang berbakat atau
berkemahiran akan menjadi penggemar atau pengkritik seni yang mahir serta berilmu pengetahuan
hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni.

Kesimpulannya banyak isu-isu lain yang tidak diutarakan di sini umpamanya isu yang berkait dengan
pendidikan merangkupi era ICT dan seumpamanya. Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada
Kementerian Pendidikan di bawah urusetia Pusat Perkembangan Kurikulum dan unit-unit lain yang telah
berusaha untuk meletakkan matapelajaran pendidikan seni ini ke tahap yang sewajarnya. Usaha untuk
mengemaskini kualiti sukatan pelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat SPM dan
STPM telah dan sedang dilakukan. Usaha ini dilakukan dengan melibatkan wakil-wakil dari semua
peringkat sistem pendidikan Negara kita. Pernyataan falsafah, matlamat dan objektifnya telah jelas. Isi
kandung pelajaran dan ruang lingkupnya telah dinyatakan selaras dengan tahap sukatan pelajaran.
Dengan harapan agar mata pelajaran pendidikan seni dapat memenuhi harsat wawasan dan falsafah
pendidkan kebangsaan, dalam usaha untuk memberi persediaan kepada generasi muda dengan ilmu,
nilai dan kemahiran kepada generasi muda dengan personality sebagai rakyat Malaysia yang cemerlang
untuk generasi akan dating. Ini adalah harapannya. Realitinya diminta kita sama-sama membuat
renungan. Sejauh manakah kita telah melaksanakan peranan kita untuk merealisasikan harapan itu.
Sejauhmanakan kita telah meletakkan kualiti pengajaran kita dengan menguasai dan mengamalkan
beberapa pendekatan sesuai untuk sesuatu matlamat pengajaran, supaya pelajaran pendidikan seni itu
benar-benar berkualiti, menarik dan bermakna dari perspektif pelajar Daripada isu-isu yang telah
diketengahkan di atas, mungkin kita perlu mengambil langkah untuk memperbaiki bersama-sama
dengan memberi pandangan dan idea dalam seminar atau perbincangan yang amat perlu diadakan
dengan lebih kerap lagi, mungkin melalui kelompok perbincangan yang lebih kecil . Semuga dengan itu
dapat memartabatkan pelajaran pendidikan seni ini ke tempat yang sewajarnya.

You might also like