You are on page 1of 2

Tutorial Minggu 10

1. Secara ringkas, jelaskan langkah-langkah untuk menerangkan maksud peraturan


membahagi pengangka dengan penyebut.
Contoh pecahan setara yang melibatkan kaedah bahagi:








a) Dapat dilihat bahawa bahagian pengangka(nombor di atas) dan penyebut (nombor di
bawah) dibahagikan dengan nombor yang sama untuk memperolehi pecahan setara.
b) Diingatkan bahawa langkah pembahagian boleh terus dilakukan sehingga pecahan
tidak dapat dibahagi lagi.
c) Bahagian pengangka dan penyebut dari pecahan hendaklah terdiri
daripada nombor bulat.
d) Nombor yang dipilih untuk dibahagikan hendaklah memberi jawapan yang
sama rata (tiada baki) untuk dua-dua bahagian pengangka dan penyebut.
e) Anda hanya boleh mendarabkan atau membahagi pecahan untuk
mendapatkan pecahan setara. Jangan sesekali melibatkan operasi
penambahan atau penolakan.

2. Bincangkan bagaimana pembundaran pembahagi dapat membantu dalam
membuat anggaran awal dalam pembahagian yang melibatkan nombor besar.
- Membundarkan pembahagi bertujuan untuk menjadikannya nombor yang mudah.
Nombor mudah ialah nombor yang hanya mempunyai satu digit atau satu digit yang
mempunyai beberapa padanan sifar.Contohnya, 195 dibundarkan kepada 200.
Operasi pembahagian mudah dilakukan.
- Ia juga dapat menjadikan proses pembahagian menjadi lebih ringkas kerana digit
yang digunakan tidak mempunyai nilai banyak.

You might also like