You are on page 1of 8

Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang

Kepentingan Makanan Berkhasiat




Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang
tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat.
Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan
yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama
serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung
ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang
memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak
pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi.
Pepatah ada mengatakan, Diri Anda Ialah Apa Yang Anda
Makan dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun
di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat
badan (obesiti).

Sumber dari berita harian


Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk
keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk
pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan
pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel
mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan
daripada makanan seimbang ini.

1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk
membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia.
Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu
boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah,
pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik
berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih
tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah
untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling
penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang
mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat
sejahtera sahaja.

3. Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia
perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup
khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi
menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan
mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman
yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi
jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental
seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba
menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang
itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk
menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan
individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang
menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua
kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi
masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif
daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan
tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di
negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat
untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. Tepuk dada tanya
selera.




Makanan Seimbang Kurangkan Risiko
Penyakit Berbahaya



Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering
disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada
pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang
dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa
penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan
darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh
manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada
penyakit berbahaya?

1. Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan
risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti
yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana
kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser
prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi
lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti
menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam
meningkatkan risiko kanser.

2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan
disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami
28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok
berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

3. Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan
risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko
terhadap penyakit jantung koronari.

4. Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10
hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3
hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan
merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap
penyakit jantung koronari.

5. Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada
osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan
banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6. Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran
hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika
hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)



Tips Diet Seimbang


Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi
berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih,
gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini
sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein,
karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B).
Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan boleh didapati
dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein
sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk
penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan,
pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh
yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga
21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap
daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk
menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-
kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati
daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan
20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh
itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam
masakan.
Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh
(contoh: kulit ayam).
Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti
marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar,
menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada
menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan
aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar
kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga
menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa
vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna
anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah
lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung
dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan
ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak
garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan
darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung
atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu
banyak air di bawah kulit (edema).



















Kembalilah kepada Pemakanan Berfitrah !
Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia masa kini yang terdedah dengan
berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Punca utama musibah ini adalah hasil
dari gaya hidup yang tidak sihat serta amalan pemakanan yang tidak bijaksana.
Gaya hidup yang lebih kepada pemuasan nafsu syahwat tanpa batasan (seks rambang) telah
melahirkan penyakit Aids yang sehingga kini belum ditemui penyembuh muktamad. Pemilihan
pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik,
racun di dalam tubuh badan. Malah yang lebih dahsyat, manusia sudah mengamalkan makanan luar
tabii dengan menzalimi berbagai jenis haiwan yang bukan tergolong sebagai haiwan yang boleh
dimakan. Apakah "SARS" juga turun sebagai "bala" yang disebabkan amalan pemakanan yang zalim ?
Justeru.....kembalilah kepada pemakanan semulajadi dan berfitrah. Amalkanlah GAYA PEMAKANAN
SIHAT..


TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT
Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli
makanan.
Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan
"AlhamdulilLah".
Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru
dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada
awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada
awal pagi
Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari
segi zat dan vitamin.
Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin
dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

You might also like