You are on page 1of 5

LAPORAN TERHADAP PROGRAM CARI DAN MUSNAH SEMPENA DENGAN

PROGRAM 10 MINIT TANPA DENGGI.



Pada 6 Ogos 2014 bertempat di SK. Bukit Besi, Beluran diadakan satu
program gotong-royong iaitu Cari dan Musnah bersempena dengan Program 10
minit Tanpa Denggi yang dilancarkan pada peringkat kebangsaan sebelum ini.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membasmi atau memusnahkan
tempat pembiakan nyamuk Aedes yang menjadi punca kepada penyakit demam
Denggi di mana sekarang kes demam Denggi meningkat dengan kadar yang
membimbangkan di setiap negeri.
Sasaran program ini adalah terhadap pelajar dan juga warga SK.Bukit Besi,
Beluran. Dalam membentuk dan memberi kesedaran terhadap pelajar dan juga
warga sekolah tentang punca dan pencegahan demam Denggi dapat mengurangkan
defisit kes yang berlaku sekarang ini. Justeru itu program seumpama ini wajar
dilaksakan di sekolah.
Program ini bermula pada jam 7.05 pagi di mana pelajar berkumpul dahulu di
dataran perhimpunan. Seterusnya pada jam 7.10 pagi, guru-guru dan juga staf
mengambil tempat di dataran perhimpunan. Satu taklimat ringkas diberikan oleh
guru yang mengendalikan program berkenaan dengan tujuan, barangan yang perlu
dikutip dan juga pembahagian kumpulan mengikut kawasan.

Pelajar tahun 1 dan tahun 2 dikehendaki untuk membersihkan di kawasan
bangunan blok A dan B bersama dengan Cikgu Azian bt Mansor dan juga Cik
Maslinah Peter. Di blok C dan sekitar tandas murid diberikan kepada murid tahun 3
dan juga tahun 4 bersama dengan Cikgu Faizal Dorious dan Ustaz Abdul Wahab.
Sementara sekitar rumah guru perempuan dan lelaki diberikan kepada pelajar tahun
5 dan 6 bersama Guru Besar iaitu Cikgu Abd Sukor, Cikgu Alok, Cikgu Khairulnaem,
Cikgu Nurul Farhana dan juga Cikgu Siti Nur Azida. Sekitar kawasan pra sekolah
diberikan khas untuk pelajar pra sekolah dan juga bersama guru pra sekolah iaitu
Cikgu Anah dan juga Pn. Norathiah.
Barangan yang dikutip adalah bahan yang dapat menangkung air yang
berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan juga sampah sarap.
Antara sampah yang dijumpai dan dikutip adalah tin kosong, botol kaca dan plastik,
bekas polistrena, dan sebagainya.




Sampah sarap yang dikutip seterusnya dikumpulkan pada suatu tempat untuk
tujuan pelupusan.


Antara sampah sarap yang berjaya dikumpulkan.



Sampah sarap yang dikumpulkan dilupuskan dengan kaedah pembakaran
dan juga penanaman.










Sesi bergambar pada hujung program.

Disediakan oleh

______________________________
Muhammad Khairulnaem bin Mustopa
Guru SK. Bukit Besi, Beluran,

You might also like