You are on page 1of 5

PUNCA SISTEM PENGANGKUTAN DI DARAT

BENTUK MUKA BUMI


- Jalan raya dan jalan kereta api sesuai dibina di kawasan tanah pamah, lembah
sungai dan pinggir pantai.
- Pantai barat Semenanjung Malaysia yang luas dan rata memudahkan pembinaan
jalan raya dan jalan kereta api.
- Kawasan yang mempunyai hutan tebal, tanah tinggi, bergunung-ganang dan
berpaya menjadi penghalang bagi pembinaan jalan raya dan jalan kereta api.
Contohnya di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan kawasan pedalaman
Sabah dan Sarawak.

KEGIATAN EKONOMI
- Jaringan pengangkutan yang cekap perlu untuk proses penghantaran barangan
ke pasaran atau pelabuhan untuk dieksport.
- Kawasan yang mempunyai sumber mineral dan sumber hutan biasanya
dihubungkan dengan jalan raya dan jalan kereta api untuk memudahkan
pengangkutan bahan mentah.
- Kawasan pertanian dan kawasan perindustrian juga mempunyai jaringan jalan
raya dan jalan kereta api yang lebih padat dan baik.

KEMAJUAN TEKNOLOGI
- Kemajuan teknologi telah membantu menjimatkan kos pengangkutan dan
perhubungan.
- Ia juga membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar-
membolehkan pembinan lebuh raya, terowong, jambatan dan pelabuhan.
- Hubungan Malaysia dengan negara-negara yang lain dapat dieratkan.



Sumber: http://www.slideshare.net/trackdata?link=/arezNInie/bab15-jaringan-
pengangkutan.html
KESAN SISTEM PENGANGKUTAN DI DARAT

KESAN TERHADAP KESIHATAN MANUSIA

Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti
karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan
melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu
mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan
pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan
menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus,
wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia.
Kesan pencemaran bunyi kepada manusia mampu merosakkan kesihatan secara
fisiologi dan juga secara fisiologi. Pencemaran bunyi mampu menyebabkan seseorang itu
rimas dan mempunyai gangguan seperti sikap yang agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi,
kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain.

Seterusnya, tekanan dan
hipertensi adalah punca utama masalah kesihatan, di mana telinga berdengung atau 'tinitus'
yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah daya ingatan, tekanan teruk dan
serangan panik yang tidak dapat diduga.
Tahap bunyi bising yang tinggi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaskular
dan pendedahan kepada tahap sederhana tinggi dalam tempoh lapan jam boleh menyebabkan
peningkatan statistik pada tekanan darah daripada lima hingga sepuluh poin. Peningkatan
tekanan perasaan atau vasoconstrictionjuga mendorong kepada peningkatan tekanan darah
termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri koronari.



Sumber: https://www.scribd.com/doc/233664594/Pencemaran-Udara-Baru.html
KESAN TERHADAP TUMBUHAN
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun),
klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan
sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu,
kesan itu akan mengganggu keseimbangan ekosistem.

KESAN TERHADAP HAIWAN
Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan
oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan haiwan daripada sumber
tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.










Sumber: https://www.scribd.com/doc/233664594/Pencemaran-Udara-Baru.html
LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DILAKSANAKAN
UNTUK MENGURANGKAN PENCEMARAN UDARA

MENGHIJAUKAN KAWASAN
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat
mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam
udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses
fotosintesisnya.

PENGGUNAAN PETROL TANPA PLUMBUM
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam
pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering
berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan
selsema daripada berlarutan.

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri
masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar,
penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan
selanjutnya.



Sumber: http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/langkah-langkah-mengurangkan
kesan.html

You might also like