You are on page 1of 2

Refleksi

Dalam proses pembinaan seorang guru yang cermelang dan seimbang, keikhlasan
dalam menjalankan tugas mendidik anak-anak murid, kualiti dan sikap profesional
seorang guru adalah sangat dipentingkan. Pembelajaran yang berlangsung bukan hanya
di dalam kelas, tetapi juga dijalankan di luar kelas. Seorang guru yang bertanggung
jawab memahami konsep akauntabiliti profesional keguruan dan sentiasa membina
komitmen dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dalam pelaksanaan peranan
guru sebagai seorang pendidik, pembimbing dan pembina akhlak anak-anak muridnya.
Salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa mengikuti PPG ialah
menjalani program Bina nsan Guru !BG" di mana guru dilatih menjadi guru yang
cemerlang dan seimbang seperti yang tersebut.
Pada kali ini, program Bina nsan Guru !BG" #asa $ ini berteraskan kepada
program% Sayangi &awasan Sekolah 'nda%. Proses untuk menjayakan sesuatu program
seperti ini akan mengambil masa dan bermula dari peringkat awal penubuhan
jawatankuasa sehingga kepada mesyuarat post-mortem bagi menilai keberkesanan
akti(iti-akti(iti yang dijalankan. Pada peringkat awal, kami telah diberikan taklimat untuk
menjalankan program BG yang disampaikan oleh pensyarah bertanggungjawab dan
tutor kumpulan kami.
Selepas taklimat diberikan, kami telah mengadakan perbincangan bersama rakan
seperjuangan, program ini telah dijalankan di S& Pasir 'mbor.&uala Pilah ,)egeri
Sembilan. Dalam perbincangan ini kami juga telah memilih dan menubuhkan
jawatankuasa untuk melaksanakan program ini. 'ntara akti(iti yang telah dicadangkan
ialah membuat lukisan mural pada bangunan sekolah. &umpulan saya telah ditugaskan
untuk membuat lukisan mural di kawasan kantin. &umpulan kami telah berjaya
melaksanakan tugasan ini dengan sikap berkerjasama .
Bersyukurlah saya kerana kami telah berjaya melaksanakan Bina nsan Guru !BG"
pada ** #ebruari *+,$ !Sabtu " di S& Pasir 'mbor &uala Pilah. BG yang mengambil
masa sehari ini benar-benar telah memberi saya banyak input yang amat berguna
kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan
saya dalam profesion perguruan. BG yang buat kali ini bagi saya ini telah banyak
memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi
jika BG ini tidak dilaksanakan. )ilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat
bertuah kerana BG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri
saya dari segi persediaan untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel dan
berkeyakinan tinggi.
Pada keseluruhannya, program ini telah dijalankan dengan berjayanya dengan
komitmen daripada para guru serta warga sekolah S& Pasir 'mbor.

Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh-
.hin /ee 0aw
')G&' G12')- *+,*,3,45+4+6
PS7 S898S:82 3 *+,$

You might also like