You are on page 1of 12

NAMA MURID :

KELAS :









SK ABANG ABDUL KADIR

UJIAN PENGGAL 1


BAHASA MALAYSIA TAHUN 5
KERTAS 1
PEMAHAMAN




PEMAHAMAN












2



1.
Lina memasak ________ menyanyi di dapur.

A sehingga
B sambil
C lalu
D dan




2.
Julia tidak terdaya untuk ________ kotak yang berat itu.

A menarik
B menjual
C menolak
D menaik





3.
Kakak ______________ daging yang hendak digoreng itu dengan rempah.

A menyapu
B melumur
C melapik
D menguli

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu
jawapan sahaja.

Soalan 1 - 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.



3
4.
Amin _____________ bibirnya apabila mendengar kata-kata daripada seterunya.

A mencemarkan
B mencemikkan
C cemikkan
D cemomot

5.
Tilam yang tersimpan lama itu sudah berbau _______________

A hanyir
B hapak
C hangit
D hancing




6.
Pelancaran model terbaru motosikal nasional telah _____________ melalui Berita
Perdana semalam.

A dikisahkan
B diceritakan
C dihebahkan
D diilhamkan

7.
_____________ jumlah murid yang hadir latihan petang semalam? tanya Cikgu Ali
kepada Ramasamy.

A Bila
B Siapa
C Berapa
D Bagaimana








4



8.
Azmi masih datang lewat ______________ sudah berkali-kali diberi nasihat oleh Guru
Besar.

A sayugia
B lantaran
C walhal
D ketika




9.
Syamsul mengetuk pintu dengan kuat ________________ memanggil emaknya.

A serta
B seraya
C supaya
D seandainya

10.
Wai Kong __________ dengan bapanya sejak dia berusia lima tahun.

A tercerai
B terpisah
C tersadai
D tercampak

11.
Sikapnya yang ______________ kacang melupakan kulit amat mengecewakan kami.

A daripada
B umpama
C kepada
D pada



5



12.
Pak Kamal sedang ________ ke!apa di kebunnya.

A memetik
B mengutip
C mengait
D menjual

13.
Antara kampung-kampung yang kami lawati, Kampung Permai mempunyai
_______________ yang indah.

A pemandangan
B pandangan
C gambaran
D gadis

14.
_______________ makanan yang seimbang boleh mengekalkan kesihatan pada tahap
yang maksimum.

A Sediakan
B Persediaan
C Penyediaan
D Menyediakan




15.
Ramai yang meminati Siti kerana rupanya sungguh rupawan dan cantik seperti
_________________.

A peragawati
B seniwati
C bidasari
D Bidadari






6
16.
Pengurus pasukan olahraga akan menyingkirkan ______________ pemainnya yang
culas berlatih.

A apa-apa
B mana-mana
C siapa-siapa
D murid-murid




17.
Khairi dan Arif berlari ______________ apabila dikejar anjing liar.

A kelam-kabut
B lintang-pukang
C mundar-mandir
D porak-peranda




18.
Empat ______________ kedai di kawasan membeli belah utama di bandar itu telah
terbakar malam tadi.

A biji
B buah
C pintu
D longgok

19.
Tilam empuk di bilik tidur itu memang selesa.

Pilih perkataan seerti bagi empuk.

A lembut
B masak
C tebal
D besar






7
Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.




20.
Pilih perkataan berlawan bagi gambar di atas.

A tiada
B ciput
C sedikit
D kosong


Soalan 21 - 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21.
A Syabas, kerana gagal dalam peperiksaan itu.
B Nashiha, tolong ambilkan buku itu.
C Aduh, cantiknya rumah itu!
D Budak itu tidak adik saya.

22.
A Tolong sidaikan kain yang lembap itu.
B Minta berikan jam ini kepada Puan Rozita.
C Budak lelaki itu tidak anak buah Pak Kamal.
D Isteri Encik Zulkifli itu bukan suka membuang masa.

23.
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Mengapakah Transit Aliran Ringan (LRT) dinamakan kereta api elektrik?

A Transit Aliran Ringan (LRT) itu mula beroperasi semalam.
B Transit Aliran Ringan (LRT) digerakkan oleh kuasa elektrik.
C Transit Aliran Ringan (LRT) boleh bergerak selaju 300 km sejam.
D Transit Aliran Ringan (LRT) ialah ciptaan terbaharu di negara kita.

24.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Kejadian banjir kilat melanda Kuala Lumpur pada pagi tadi.

A Di manakah banjir kilat itu berlaku?
B Bilakah banjir kilat melanda Kuala Lumpur?
C Mengapakah kejadian banjir kilat itu berlaku?
D Bagaimanakah keadaan banjir kilat di Kuala Lumpur?




8
Soalan 25 - 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25.
Puan Ros membasuh baju sebelum pergi ke pasar.

A Sebelum ke pasar Puan Ros membasuh baju.
B Selepas ke pasar Puan Ros membasuh baju.
C Puan Ros ke pasar sebelum membasuh baju.
D Sebelum membasuh baju Puan Ros pergi ke pasar.




26.
Marilah kita pergi bermain bola, Din, kata Syakir.

A Mail dan Azman suka bermain bola pada masa lapang.
B Syakir mempelawa Din pergi bermain bola.
C Syakir mengajak Din pergi bermain bola.
D Syakir mengikut Din pergi bermain bola.


Soalan 27 - 28
Pilih ayat yang betul.
27.
I Saya menghadiahkan cikgu sekuntum bunga ros merah.
II Masyarakat yang berfikiran sempit tidak akan maju.
III Oh, awaklah yang mengambil barang saya!
IV Dia tidak adik kandung saya.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

28.
I Orang ramai menghulurkan derma untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Johor.
II Bank yang terletak di antara pejabat pos dengan balai raya itu telah dimasuki
pencuri.
III Rumah usang pada hujung kampung kita telah roboh di malam tadi.
IV Gigi kita akan cepat usang jika bukan dijaga dengan baik.

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV



9
Soalan 29 - 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29.
Malathy seperti ___________ kerana tidak suka bergaul dengan rakan-rakan di dalam
kelasnya.

A kera sumbang
B cacing kepanasan
C kaca terhempas ke batu
D seperti tikus jatuh di beras

30.
Kebanyakan mangsa kebakaran itu tinggal ___________ apabila rumah mereka hangus.

A kaki ayam
B sebatang kara
C keliling pinggang
D sehelai sepinggang

Soalan 31 - 35
Baca dialog di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Johan : Hai, Amir! Apa khabar?
Amir : Oh, Johan! Khabar baik.
Johan : Sudah lama saya tidak nampak awak. Ke manakah awak pergi?
Amir : Saya pergi ke rumah pak cik saya di Perlis sejak seminggu yang lalu. Saya tinggal di
sana selama seminggu. Saya baru sahaja pulang pada petang semalam.
Johan : Seronokkah awak sewaktu berada di sana?
Amir : Seronok! Pak cik saya membawa saya melawat beberapa buah tempat yang menarik
di negeri Perlis. Antaranya, Padang Besar, Wang Kelian, Taman Ular dan Hutan
Lipur Bukit Kubu.
Johan : Wah, tentu seronok dapat mandi-manda di Hutan Lipur Bukit Kubu!
Amir : Tentu sekali. Airnya sungguh nyaman dan dingin. Buat pengetahuan kamu, hutan
lipur ini mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Selain kehijauan
hutannya yang masih terpelihara, di kaki bukitnya terdapat sebuah gua batu kapur.
Kita boleh memasuki gua tersebut untuk melihat sendiri stalaktik dan stalakmit yang
terdapat di dalamnya. Malah, di dalam gua ini juga disediakan tempat untuk kita
berehat setelah penat berjalan-jalan.
Johan : Wah, menarik sekali cerita awak ini! Berapa jauhkah hutan lipur ini dari bandar
Kangar?
Amir : Hutan lipur ini terletak kira-kira 15 km dari bandar Kangar dan 6 km dari Kuala Perlis
yang menjadi pintu masuk dan pintu keluar ke Pulau Langkawi.
Johan : Bagaimanakah cara untuk pergi ke hutan lipur ini?
Amir : Jika awak ingin berkunjung ke hutan lipur ini tetapi tidak mempunyai kenderaan
sendiri, awak bolehlah menaiki teksi dari bandar Kangar. Tambangnya tidaklah mahal
sangat, sekitar RM5 seorang.
Johan : Oh, begitu! Eh, asyik sungguh kita bersembang hingga tidak sedar bas sudah tiba!
Saya pergi dahulu.
Amir : Baiklah. Jumpa lagi.



10
31.
Mengapakah Johan sudah lama tidak berjumpa dengan Amir?

A Amir sudah berpindah ke Perlis
B Amir lebih suka berada di rumah
C Amir pergi ke rumah pak ciknya di Perlis
D Pak Cik Amir membawa Amir berjalan-jalan

32.
Pada pendapat kamu, di manakah Johan dan Amir bertemu?

A Di dalam bas
B Tempat menunggu bas
C Di Hutan Lipur Bukit Kubu
D Di hadapan rumah Johan
33.
Jumlah tambang yang mungkin akan dikenakan oleh pemandu teksi jika empat orang
pelawat menaiki teksinya untuk pergi ke Hutan Lipur Bukit Kubu dari bandar Kangar
ialah

A RM5.
B RM10.
C RM15.
D RM20.

34.
Pilih penyataan yang tidak benar tentang Hutan Lipur Bukit Kubu.

A Terdapat sebuah gua batu kapur di kaki bukitnya.
B Kehijauan hutan di sekelilingnya masih terpelihara.
C Hutan lipur ini mempunyai air terjun yang nyaman dan dingin.
D Gua batu kapur di kaki bukitnya mempunyai kesan peninggalan sejarah.

35.
Perkataan bersembang dalam dialog bermaksud

A bersama-sama
B berbual-bual
C bermain-main
D berkata-kata













11
Soalan 36 - 40
Baca catatan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

15 Mac 2011
Cuti semester baru sahaja bermula. Aku, ibu, dan ayah pulang ke kampung untuk
menghadiri perkahwinan Mak Usu. Kami bertolak ke negeri Che Siti Wan Kembang itu pada
pukul 8.00 malam dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah.

16 Mac 2011
Hari ini merupakan hari pertama aku berada di kampung. Nenek menghidangkan
masakan pucuk ubi yang direncah dengan ikan tilapia sebagai juadah tengah hari itu. Aku makan
dengan berselera hingga tidak sedar aku telah menambah sepinggan nasi lagi. Suasana makan
turut meriah dengan celoteh nenek. Maklumlah, kami telah lama tidak pulang ke kampung. Pada
sebelah petang, Mak Usu membawa aku ke bandar untuk membeli beberapa barang yang
diperlukannya. Kami membeli sepasang kasut baru dan aku mendapat sebuah songkok
berwarna merah jambu.

17 Mac 2011
Hari ini Amin dan Abu mengajak aku mandi di sebatang sungai yang terdapat di kampung
itu. Air sungai itu sungguh jernih. Pemandangan alam sekitar di sungai itu sangat cantik.
Udaranya pula nyaman. Pada sebelah malam aku ke surau bersama datuk. Selepas
menunaikan sembahyang Maghrib dan Isyak secara berjemaah, kami mendengar ceramah
agama. Penceramah mengingatkan para jemaah agar sentiasa mengamalkan ajaran Islam dan
mengingati Tuhan Yang Esa.

18 Mac 2011
Majlis perkahwinan Mak Usu berlangsung pada hari ini. Sejak awal-awal pagi lagi
penduduk kampung datang untuk bergotong-royong memasak. Mereka bekerja dengan
semangat muhibah dan bermuafakat. Kedua mempelai yang bersanding seperti 'cincin dengan
permata'. Pada malam ini, aku, ibu, dan ayah akan bertolak pulang ke kota batu kami yang
senantiasa sibuk itu. Hanya yang banyak terdapat di sana bangunan pencakar langit, KLCC,
PWTC dan entah apa lagi. Sebelum pulang, datuk menghadiahkan aku sebuah Al-Quran dan
rehal. Nenek pula membekalkan aku nasi dagang dan kuih baulu.

36.
Negeri Che Siti Wan Kembang ialah negeri

A Terengganu.
B Kelantan.
C Pahang.
D Kedah.

37.
Berapa lamakah penulis berada di kampung?

A Dua hari
B Tiga hari
C Empat hari
D Lima hari





12
38.
Apakah kebaikan bergotong-royong?

A Banyak penduduk kampung datang
B Persiapan majlis berlangsung awal
C Tugas memasak menjadi mudah
D Kerja yang berat menjadi ringan

39.
Pilih pernyataan yang manakah tidak benar berdasarkan petikan tersebut.

A Penulis bertolak ke kampungnya dengan menaiki kereta ayahnya.
B Penulis pulang untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya.
C Penulis membeli sehelai baju Melayu.
D Penulis mandi di sebatang sungai.

40.
Frasa seperti cincin dengan permata membawa maksud

A sama cantik serta sepadan.
B sama pandai sama tinggi.
C sama gagah sama padan.
D sama menarik sama ayu.

You might also like