You are on page 1of 1

AKTIVITI 4

Pada pendapat saya berdasarkan video yang saya lihat ialah pentingnya perpaduan di
Malaysia ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai
etnik . Perpaduan ini penting bagi Malaysia supaya negara aman dan damai . Jika
tidak negara akan kucar kacir kerana tiadanya perpaduan di antara etnik di Malaysia .
Kepelbagaian etnik di Malaysia menyebabkan Malaysia mempunyai bangsa yang
berlainan dan agama yang berlainan dan ini bukanlah gambaran yang sempurna tetapi
itulah pentingnya perpaduan di kalangan etnik yang terdapat di Malaysia ini . Rakyat
dan kerajaan haruslah bersama-sama mencapai perpaduan yang di ingini . Kedua-dua
pihak harus bekerjasama.Contohnya kerajaan telah menlancarkan slogan 1Malaysia
yang bertujuan bagi idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan
kebudayaan.

AKTIVITI 1
Pada pandangan saya , wajah kepelbagaian yang dipaparkan di dalam lagu tersebut
adalah wajah kepelbagaian yang ideal. Ini disebabkan, wajah yang ditonjolkan amat
berbangga menjadi rakyat malaysia.selain itu, keharmonian jelas sekali di lihat dalam
video tersebut yang melibatkan pelbagai bangsa dan kaum.
Simbol perpaduan yang terdapat dalam lagu tersebut adalah 1Bangsa 1Negara
1Matlamat 1Malaysia. Semua etnik di Malaysia menyanyikan lagu ini bersama-sama
dengan bersemangat dan penuh kegembiraan. Simbol ini sangat memainkan peranan
penting kerana ianya menunjukkan perpaduan kaum walaupun berbeza budaya,
namun kita tetap bersama dalam apa jua keadaan dan tetap bersama dalam
menyelesaikan masalah atau konflik yang tercetus antara rakyat.

You might also like