You are on page 1of 1

Bahan-bahan :

1 packet Macaroni elbow saiz sederhana


1 cawan mix vegetables
3 keping daging Burger RAMLY- dipotong dadu dan digoreng separuh masak dengan sedikit minyak.
Proses ni nak keluarkan minyak dalam daging burger yang extra banyak tu. Boleh juga pakai daging fresh
yang dicincang kasar.
4 batang sosej - dipotong dadu atau nipis
1/2 cawan tomato puree
satu biji tomato - dipotong dadu
4 bawang putih dicincang
1 bawang besar dicincang dadu
Minyak zaitun untuk menumis - boleh je pakai minyak masak biasa, tapi kalau minyak zaitun boleh pakai
banyak sebab healthy he he he
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili - untuk sedikit rasa manis
Sedikit italian herbs - kalau suka.
Sedikit serbuk cili - ditabur jika nak pedas
Garam secukup rasa

Cara :

Rebus spaghetti dengan air sehingga al dente. (lembut diluar tetapi bila gigit masih rasa tepung keras
sikit didalam). Tapis dan simpan air rebusan untuk kuahnya. Gaul macaroni yang direbus dengan sedikit
minyak zaitun supaya tak melekat.

Tumis bawang putih, masukkan sosej dan goreng sebentar. Masukkan tomato puree, tomato cincang,
sos tiram, sos cili dan sos tiram. Masukkan sedikit air rebusan macaroni tadi sekiranya terlalu kering.
Masukkan daging burger, bawang besar cincang dan mix vegetables. Biar sehingga kuah meresap
kedalam daging dan sosej tadi. Tambah air rebusan jika perlu. Kuah perlu sedikit berair. Fungsi air
rebusan macaroni ialah supaya kuah lebih pekat dan sedap. Chef Giada De Laurentis yang cakap la. :D

Akhir sekali masukkan macaroni yang direbus tadi dan gaul seketika, sambil masukkan air rebusan jika
kuah terlalu kering, biar seketika. Its ok kalau agak berair sedikit. Ianya akan kering dan meresap ke
dalam pasta kemudian dan menjadi lebih sedap!

You might also like