You are on page 1of 3

MAIMUN BT ALI KUTY (M20101000203) 2012

Artikel: Perkembangan Pendidikan Matematik di Malaysia


Ulasan Oleh : Maimun Bt Ali Kuty (M20101000203)

RUMUSAN KESELURUHAN ARTIKEL
Kurikulum
Kurikulum matematik di Malaysia sekitar tahun 1950 sehingga tahun 2000 mengalami
pelbagai perubahan dan mengenalpasti pelbagai isu yang mempengaruhi perkembangan
negara,memperihalkan tempoh perkembangan utama kurikulum matematik di Malaysia dan
mempengaruhi perkembangan kurikulum masa depan.
Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia
Antara kurikulum pendidikan adalah Laporan Razak (1956) dan Laporan Projek Khas (1970)
di mana ia adalah Projek Khas KPM bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu Hassan Ali.
Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya
selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju.Bahan-bahan
pengajaran-pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar
Negara.Strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-penemuan
digalakkan.Kajian rintis bagi Projek Khas ini dilancarkan pada 1970. Program ini telah
diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya
digantikan dengan Matematik KBSR.Selain itu,Program Matematik Moden (1970)
diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal tahun 70an. Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) (1983) dilaksanakan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). Perubahan
kurikulum ini adalah sebahagian daripada reformasi Kurikulum Pendidikan Negara.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (1998) telah diperkenalkan,Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)
diwujudkan akibat pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT
(Teknologi Maklumat) .Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar
Tingakatan 1, 4 dan enam rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan
MAIMUN BT ALI KUTY (M20101000203) 2012

ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan
mudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.Projek lain yang telah dijalankan
untuk meningkatkan kualiti pengajaran matematik di sekolah adalah seperti Projek Imbuhan
(Compensatory Project), Projek InSPIRE (the Integrated System of Programmed Instruction
for Rural Environment) dan projek Sekolah Bestari.
Selain itu,pengaruh perubahan dalam Kurikulum Matematik negara luar terhadap
perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia memberi kesan yang positif untuk
perkembangan kualiti pendidikan Negara kita.Antaranya adalah Nuffield Mathematics
Project (NMP), Scottish Mathematics Group (SMG), School Mathematics Project (SMP) dan
School Mathematics Study Group (SMSG).National Council of Teachers of
Mathematics(NCTM-1989) juga mempengaruhi pembentukan kurikulum matematik di
Malaysia sejak tahun 1990 melalui dokumen Curriculum and Evaluation Standards for
School Mathematics yang telah dikeluarkan oleh NCTM.Dasar dan Program bagi Kemajuan
Matematik Kanak-Kanak digubal untuk menjamin mereka menjadi warga dunia masa depan
yang berjaya. Oleh itu, keperluan kehidupan masa depan perlu dijadikan amalan bilik darjah
hari ini bagi kelangsungan kehidupan.
Alaf baru memerlukan warga dunia yang inovatif dan kreatif selain daripada berpengetahuan.
Dunia masa depan juga memerlukan idea-idea baru yang menggalakkan pengurusan yang
baik terhadap persekitarannya. Oleh itu, amalan bilik darjah hari ini perlu melatih kanak-
kanak supaya berfikir secara kreatif dan inovatif. Selaras dengan itu, sebarang program
pendidikan matematik kanak-kanak di Malaysia perlu sejajar dengan keperluan sezaman.
Oleh itu, program pendidikan matematik perlu selari dengan teori pembelajaran berasaskan
otak dan juga penggunaan TMK dalam amalan bilik darjah.Kurikulum kini haruslah
menggalakkan kreativiti,mengamalkan pembelajaran holistic, Proses Big Picture Thinking,
Proses Emphatizing,
Proses In-forming dan menghargai matematik Ethno untuk meningkatkan kualiti pendidikan
negara kita dan mempunyai daya persaingan yang positif.
MAIMUN BT ALI KUTY (M20101000203) 2012

Kurikulum pendidikan berperanan memenuhi kehendak sezaman. Menurut Pink (2006),
Zaman Maklumat menggalakkan pencanaian otak kiri. Ini berlaku kerana pada hemisfera
otak itulah pengetahuan ataupun maklumat disimpan untuk diingatkan semula apabila
diperlukan. Oleh itu matlamat pendidikan kurun ke 20 ialah kemenjadian saraf otak
hemisfera kiri terhadap kegiatan sehala (linearity) yang melibatkan perkataan, logik, nombor,
sekuen dan analisis (Buzan, 2005)
Menurut Pink (2006), kurun ke 21 ialah Zaman Konseptual. Inovasi dan kreativiti
diperlukan selain daripada pengetahuan yang mendalam bagi sesuatu bidang. Ini berlaku
kerana masyarakat kurun ke 21 sentiasa menghendaki idea serta ciptaan baru bagi
kelangsungan kehidupan mereka. Oleh itu, Zaman Konseptual memerlukan golongan
karyawan yang inovatif dan kreatif.

You might also like