You are on page 1of 5

Kertas Kerja

Menaik Taraf Tapak Semaian










PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
SEKOLAH KEBANGSAAN
TAMAN PAROI JAYA, SEREMBAN.


1. Pendahuluan

Projek ini dirangka bertujuan untuk melaksanakan aspirasi kementerian dalam
menaik taraf bidang pendidikan ke arah yang lebih kondusif. Projek ini juga dirangka
bagi menjadikan ia satu kawasan pengajaran dan pembelajaran aktif serta berbeza
yang sesuai dengan subjek kemahiran hidup. Di mana ia akan dijadikan tempat
pengajaran dan pembelajaran pilihan selain daripada bengkel kemahiran hidup.
Kawasan ini akan dinaik taraf dengan menambah beberapa fasiliti tambahan dimana
ia akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tapak semaian dan kawasan P&P
berbumbung.

2. Rasional

Rasional projek ini dibuat sebagai kemudahan kepada guru dan murid untuk
mengalami proses P&P sebenar untuk topik pertanian dalam subjek kemahiran
hidup. Selain itu juga ia merupakan tempat P&P pilihan selain di bengkel dan di
kelas. Kawasan ini juga dapat dimanfaatkan untuk aktiviti Persatuan Kemahiran
Hidup.

3. Objektif Projek

3.1. Sebagai kawasan pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti amali
subjek kemahiran hidup.
3.2.. Mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan praktikal.
3.3. Mewujudkan minat serta keprihatinan murid khususnya ahli Persatuan
Kemahiran Hidup dalam pemulihan dan pemeliharaan alam sekitar.
3.4. Sebagai pusat informasi Panitia Kemahiran Hidup dan Persatuan
Kemahiran Hidup.


4. Matlamat Projek

Projek ini merupakan projek untuk menaik taraf tapak semaian Sekolah Kebangsaan
Taman Paroi Jaya untuk dijadikan kawasan pengajaran dan pembelajaran pilihan
untuk subjek Kemahiran Hidup. Dimana kawasan ini akan mempunyai tapak semaian
dan ruang pengajaran dan pembelajaran. Anggaran saiz keluasan tapak ialah 20
kaki x 40 kaki. Oleh itu, bagi merealisasikan matlamat ini, diharap pihak sekolah dan
pihak PIBG dapat menyumbangkan dana yang secukupnya dalam projek ini.

5. Penyataan Masalah
5.1. Bengkel yang sering digunakan untuk tujuan lain seperti rawatan kesihatan dan
menyukarkan P&P secara amali.

5.2. Tapak semaian yang kian uzur serta rosak.

5.3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terhad untuk topik pertanian dan
aktiviti Persatuan Kemahiran Hidup.

5.4. Tiada peruntukan mencukupi untuk menyediakan ruang yang sesuai untuk
meletakkan medium semaian serta hasil kerja murid bagi topik pertanian.























6. Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
1. Bumbung
2. Net Hitam
3. Kerusi batu
4. Meja Batu
5. Kayu
6. Cat
JUMLAH Tidak diketahui
* Anggaran projek bergantung pada harga pasaran yang ditawarkan pihak
ketiga.
7. Penutup
Projek ini diharapkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada warga sekolah.
Ia sekaligus dapat meningkatkan lagi keselesaan penggunaan yang lebih
kondusif dan praktikal serta dapat memaksimakan pengetahuan murid-murid
tentang kepentingan tanaman dalam kehidupan.


Disediakan oleh :


(KHAIRUL BAKHTIAR BIN HAMALI)
Ketua Panitia Kemahiran Hidup
SK Taman Paroi Jaya.


Disahkan oleh :


(Che Fatimah binti Ismail)
Guru Besar
SK Taman Paroi Jaya.

Lampiran

Tapak Semaian

You might also like