You are on page 1of 1

Satu penyiasatan terhadap pencaran tumbuhan dijalankan oleh

sekumpulan murid. Mereka menanam lima biji benih P, Q, R, S dan T


daripada tumbuhan induk yang sama pada jarak yang berbeza. Pokok
induk yang digunakan dalam penyiasatan ini ialah pokok keembung. Jadual
di bawah menunjukkan ketingian setiap anak benih selepas satu bulan.
Anak benih Jarak dari tumbuhan induk (cm) Ketinggian anak benih (cm)
P 20 25
Q 30 30
R 40 35
S 50 40
T 60 45

a) Apakah tujuan penyiasatan ini?


b) Beri satu sebab (inferens) tentang ketinggian anak benih.

c) Nyatakan satu pemerhatian untuk menyokong sebab (inferens) di (b).


d) Ramalkan apa yang akan berlaku pada anak benih P jika jarak anak
benih P dikekalkan dari tumbuhan induknya.


e) Nyatakan apa yang diubah dalam penyiasatan ini.

f) Nyatakan apa yang diperhatikan dalam penyiasatan ini.


g) Nyatakan apa yang ditetapkan dalam penyiastan ini.

You might also like