You are on page 1of 9

LAPORAN SSDL

Tepat pada pukul 2.15 petang, lawatan diteruskan lagi ke satu lagi bahagian
yang terdapat di Agensi Nuklear Malaysia iaitu SSDL. SSDL Iaitu Secondary Standard
Dosimetry Laboratory, merupakan satu-satunya yang wujud di Malaysia sejak tahun
1980. Makmal ini telah diiktiraf sebagai makmal kebangsaan serta berjaya menepati
piawai ISU/IEC 17025 dan ISO 9001:2000. Penerangan semasa lawatan ke SSDL telah
disampaikan oleh En. Haimizan yang merupakan penolong pegawai di bahagian
tersebut.
SSDL telah menyediakan tiga perkhidmatan utama iaitu personal dosimeter,
calibration survey meter dan high dose industrial dosimeter. Personal dosimeter yang
menyerupai bentuk kad matrik wajib dipakai oleh pekerja sinaran seperti pegawai x-ray
dan yang bekerja kilang-kilang yang terdedah kepada sumber sinaran. Calibration
survey meter digunakan untuk memperoleh bacaan sinaran yang terdapat di sekeliling
dalam masa yang cepat. Manakala high dose industrial dosimeter pula, digunakan
dalam industri import dan eksport makanan di Malaysia. Sebagai contoh, buah pisang
yang dieksport ke luar negara akan disinarkan dengan satu dose yang dapat
mengelakkan buah pisang tersebut masak terlalu awal serta cepat busuk. Dose ini tidak
berbahaya kepada manusia dan tidak mengubah sifat semula jadi makanan yang
dieksport.
SSDL memainkan peranan penting dalam membantu hospital, industri dan NDT
dalam mengawal produk yang dihasilkan di samping sebagai langkah menjaga
keselamatan para pekerja dalam sektor tersebut. Oleh itu, penggunaan dosimeter yang
merupakan sebahagian daripada perkembangan teknologi perlu diberikan pendedahan
sewajarnya kepada umum melalui medium yang sesuai.



Kekuatan
Melalui lawatan ke Agensi Nuklear ini, kami dapat memperoleh pelbagai input-
input baru tentang pembangunan tenaga nuklear di Malaysia. Pembangunan tenaga
nuklear ini sebenarnya giat dijalankan meskipun tidak mendapat liputan mahupun
pendedahan di dalam media. Sebagai contoh, bahan-bahan makanan, kosmetik atau
ubat-ubatan yang mempunyai tarikh luput akan dibawa ke sini untuk mendapatkan
perkhidmatan sinaran dengan tujuan untuk melambatkan tempoh masa untuk produk
tersebut rosak.
Lawatan ini juga berjaya menjawab persoalan yang sentiasa bermain di benak
fikiran kami tentang keupayaan dan penghasilan senjata nuklear untuk negara. Negara
kita sebenarnya berupaya menghasilkan senjata nuklear yang ada di negara-negara
kuasa besar seperti Amerika, Jepun, Korea dan Rusia. Namun, disebabkan perjanjian
yang telah ditandatangani oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama-sama IAEA,
negara telah diletakkan di bawah pemantauan kuasa besar dengan larangan
penghasilan, penggunaan dan kajian mengenai senjata nuklear. Pastinya langkah yang
diambil ini merupakan yang terbaik untuk kedamaian dan kesejahteraan rakyat di
Malaysia.
Selain itu, kami amat berpuas hati dengan layanan dan penerangan yang
diberikan oleh pegawai-pegawai di Agensi Nuklear Malaysia. Kemahiran komunikasi
yang kompeten telah ditunjukkan oleh mereka melalui penerangan yang diberikan
secara induktif dan deduktif mengikut tahap pemahaman kami. Oleh itu, kami tidak
mengalami banyak masalah untuk memahami penerangan yang telah disampaikan oleh
pegawai yang berkenaan di samping unsur-unsur kecindan yang telah diselitkan
semasa penerangan mereka yang dapat mengubat rasa bosan dan mengantuk kami.




Kelemahan
Kelemahan utama semasa lawatan ini ialah kami sebagai pelawat tidak peka
dengan do and dont di Agensi Nuklear Malaysia. Kami seolah-olah terlupa bahawa
kami berada di premis yang berbahaya dan berisiko kepada keselamatan diri kami.
Sehingga kami telah ditegur oleh pengawal keselamatan di sana beberapa kali.
Contohnya, kami telah mengambil gambar di kawasan larangan. Mujurlah tiada
tindakan yang dikenakan kepada kami.
Seterusnya pengurusan masa program boleh diperbaiki lagi oleh pihak yang
merancang lawatan dengan memperuntukkan tempoh yang sesuai untuk setiap
bahagian yang dilawati. Tujuan utamanya adalah bagi mengelakkan sebarang dragging
time semasa penerangan yang diberikan. Hal ini kerana banyak input yang boleh
diperoleh dan site yang boleh dilawati jika tempoh masa dapat dibahagikan dengan
bijak. Ditambah lagi dengan ketiadaan tempat yang sesuai untuk pengurusan diri
menyebabkan flow program tidak begitu lancar sehinggakan kebanyakan keputusan
ditentukan di saat akhir.

Ancaman
Sepanjang lawatan dijalankan, terdapat beberapa ancaman yang perlu dititik
beratkan oleh kami. Pertama, keadaan cuaca di kawasan lawatan. Memandangkan
kawasan lawatan adalah besar, kami perlu bergerak secara berkumpulan ke lokasi
yang ditetapkan dengan keadaan yang selamat. Kawasan ini tidak disambungkan oleh
susur gajah berbumbung dan terletak jauh antara satu bahagian ke bahagian yang lain.
Mujurlah kami dibenarkan untuk menaiki bas ke lokasi yang ditetapkan.
Kedua, ancaman daripada sinaran dan kesan sinaran yang terdapat di kawasan
Agensi Nuklear. Ini agak menakutkan kami apabila memasuki bangunan yang yang
menghasilkan tenaga nuklear. Di sini, kami diminta untuk memantau bacaan sinaran
persekitaran menggunakan alat khas yang diberikan kepada ketua lawatan. Kami
melawat bahagian tersebut dalam tempoh yang disarankan bagi mengelakkan
pencemaran radiasi yang melebihi had keselamatan.

Cadangan Penambahbaikan
Sebagai penambahbaikan untuk program seperti ini, kami perlu mematuhi
peraturan dan peka kepada larangan yang telah ditetapkan oleh agensi seperti ini. Ini
penting bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini daripada berlaku serta
kami tidak menyusahkan pihak tersebut.














SSDL NUKLEAR MALAYSIA
























Gambar : Peserta lawatan membaca brochure yang telah diedarkan
Gambar : Penerangan di dalam Makmal TDL


























Gambar : Penerangan untuk proses dosimeter menggunakan kaedah
lama seakan-akan mencuci filem
Gambar : Rajah yang menunjukkan bagaimana memproses dosimeter


Gambar : Alat yang digunakan untuk membaca personal dosimetry
Gambar : Penerangan lanjut mengenai dapatan data daripada personal
dosimeter


Gambar : Suasana di dalam Makmal TDL di mana staf lain sedang
bertugas
Gambar : Maklumat yang dipaparkan di ruang laluan SSDL


Gambar : Penerangan disampaikan oleh En. Haimizan yang merupakan
penolong pegawai di bahagian SSDL
Gambar : Produk SSDL iaitu personal dosimeter

You might also like