You are on page 1of 3

ONE STOP AGENCY

YINK NIAGA HOLDING SDN. BHD.



LAPORAN SEMASA PROJEK KHAS ASEAN SUMMIT 2015 :
MENGHUBUNGKAN MENARA PEMANCAR TELEKOMUNIKASI
MENGGUNAKAN KABEL FIBER OPTIK DI PULAU LANGKAWI, KEDAH
DARUL AMAN (USP LANGKAWI-TOWER)


1.0 TUJUAN

Kertas ini dikemukakan sebagai laporan kepada YAB. Dato Seri
Menteri Besar Kedah Darul Aman di atas Projek Khas Asean Summit
2015 : Menghubungkan Menara Pemancar Telekomunikasi
Menggunakan Kabel Fibre Optik Di Pulau Langkawi, Kedah Darul
Aman (USP-Langkawi Tower).

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Kadar penguasaan liputan jalur lebar di Negeri Kedah Darul
Aman secara keseluruhannya berada pada kadar 118.8% bagi
telefon pintar dan 53% bagi penggunaan internet.

2.2 Namun begitu bagi Daerah Langkawi, Kedah Darul Aman
sahaja kadarnya adalah lebih rendah iaitu 67.1% bagi telefon
mudah alih dan 49.5% bagi penggunaan internet.

2.3 Selaras dengan penganjuran ASEAN Summit 2015 yang
dijadualkan pada bulan Julai 2015, kerajaan melalui
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),
Celcom dan LADA sedang berusaha meningkatkan kadar
penguasaan liputan ( Penetration Rate ) penggunaan telefon
mudah alih dan internet di seluruh Daerah Langkawi, Kedah
Darul Aman.

2.4 Usaha ini adalah penting bagi memperbaiki penetration rate
bagi telefon mudah alih dan internet di Langkawi terutamanya
semasa berlangsungnya Asean Summit 2015 nanti.

2.5 Bagi menjayakan program ini pihak SKMM telah melantik
Celcom Axiata Berhad sebagai Pengurus Projek bagi
mempermudahkan urusan pembinaan sebanyak 10 menara di
seluruh Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.

2.6 Pihak SKMM telah menetapkan projek ini disiapkan sebelum 31
Disember 2014.

3.0 STATUS SEMASA PEMBINAAN MENARA

3.1 Berdasarkan laporan daripada pihak Celcom Axiata Sdn. Bhd.
daripada 10 buah menara terdapat 7 tapak cadangan
pembinaan menara yang belum mendapat maklumbalas dari
pihak tuan tanah iaitu 4 tapak milik Jabatan Hutan Negeri
Kedah, 2 tapak KEDA dan 1 milik LADA.

3.2 Manakala 3 tapak lagi di dalam proses penyediaan dokumen
perjanjian persetujuan sewaan daripada tuan tanah.

3.3 Bagi maklumat lanjut sila rujuk Lampiran A berkelat.


4.0 PANDANGAN PENGURUSAN

4.1 Kebenaran Melakukan Soil Test & Surat Kebenaran Tuan
Tanah

4.1.1 Pihak One Stop Agency berpandangan kelulusan segera
perlu diperolehi daripada tuan tanah (Pejabat Hutan
Negeri Kedah Darul Aman, KEDA dan LADA) diperlukan
bagi pihak Celcom Axiata Sdn. Bhd. memasuki kawasan
untuk melakukan Soil Test. Ini adalah kerana keputusan
bagi sesuatu ujian itu memakan masa sehingga sebulan.

4.1.2 Pihak One Stop Agency turut berpandangan pihak tuan
tanah perlu membuat keputusan segera bagi memberi
kebenaran kepada pihak Celcom Axiata Sdn. Bhd. untuk
menggunakan tanah bagi pihak Celcom Axiata Sdn. Bhd
membuat permohonan Kebenaran Merancang kepada
Pihak Berkuasa Tempatan.

4.2 Kebenaran Merancang Oleh Pihak Berkuasa Tempatan

4.2.1 Umumnya keputusan sesuatu permohonan untuk
mendapatkan Kebenaran Merancang mengambil masa
seawal sebulan. Ini adalah kerana Pihak Berkuasa
Tempatan memerlukan laporan teknikal daripada
beberapa jabatan Kerajaan seperti Jabatan Bomba dan
Penyelamat, Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan
Penerbangan Awam.

4.2.2 Pihak One Stop Agency mencadangkan bagi Projek Khas
ASEAN Summit 2015 ini, Pihak Majlis Perbandaran
Langkawi mempercepatkan proses mendapatkan
Kebenaran Merancang kepada pihak Celcom Axiata Sdn.
Bhd. atau memberi Kebenaran Khas kepada pihak
Celcom Axiata Sdn. Bhd. untuk memulakan terlebih
dahulu kerja-kerja pembinaan menara di tapak-tapak
yang dicadangkan.


5.0 RASIONAL

Penggunaan telefon mudah alih dan internet merupakan
sumber yang paling pantas dan efektif bagi menyalurkan
sesuatu maklumat atau berita. Dijangkakan beratus pengamal
media yang mewakili 10 buah Negara ASEAN dan Negara lain
akan tiba di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.

Kegagalan untuk menyediakan kemudahan ini akan
menjejaskan tugas pengamal media di dalam menyediakan
laporan semasa.

Perhatian khas dan kerjasama penuh daripada semua pihak
diperlukan bagi menjayakan ASEAN Summit 2015.


6.0 PENUTUP

Inilah dikemukakan Laporan Semasa Projek Khas Asean Summit
2015 : Menghubungkan Menara Pemancar Telekomunikasi
Menggunakan Kabel Fiber Optik Di Pulau Langkawi, Kedah Darul
Aman (USP Langkawi-Tower).

Sekian, dimaklumkan.

You might also like