You are on page 1of 47

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN (PISMP)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
PENSYARAH : EN AZIZAN BIN BAKAR
TARIKH
: 23 JANUARI 2014

AHLI
KUMPULAN

ASQALANI BIN
SUHAIMI

MOHD YUSRI BIN MOHD


ARIFIN

PRIYA SEGARAN

JELASKAN KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA YANG


TERDAPAT DIDALAM MASYARAKAT MALAYSIA DAN
KESANNYA.

BUDAYA

Budaya boleh didefinisikan sebagai corak


hidup dan juga sebagai pemahaman
persetujuan yang digunakan oleh manusia
untuk menjalankan aktiviti seharian mereka.
Ahli sesebuah masyarakat perlu berkongsi
idea asas yang sama tentang bagaimana
masyarakat mereka berfungsi, apa yang
penting dalam kehidupan mereka, apakah
artifak mereka dan apakah maksud tindak
tanduk mereka.

Bangsa

Bangsa

Kepelbagaian
Sosio-budaya

Kepercayaan

Struktur
Masyarakat

BANGSA

BANGSA
Menurut Kamus Dewan (1999),
bangsa merupakan sekumpulan
orang yang mempunyai ciri-ciri
kebudayaan, nilai dan aspirasi
yang sama.
Kamus Pelajar (1993) pula
memberi takrifan bangsa sebagai
kumpulan manusia yang sama
usulnya serta serupa sifatnya.

Antara tiga kaum utama di Malaysia


Cina, Melayu dan India telah pun
menetap di tanah ini selama 5 abad.
Selain itu, Malaysia juga merupakan
tanah air kepada sebanyak kira kira
80 kaum etnik.
Antaranya termasuklah Baba dan
Nyonya, Kadazandusun dan Iban.

Cina
Melayu

KAUM MELAYU
Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh
UNESCO pada tahun 1972 sebagai
suku bangsa Melayu di Semenanjung
Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina,
dan Madagaskar.
Menurut Perlembagaan Malaysia
Istilah "Melayu" hanya merujuk
kepada seseorang yang berketurunan
Melayu yang menganut agama Islam.

BANJAR

BOYAN

BUGIS

JAWA

KAMPAR

KERINCI

MENDALING

MINANGKABA
U

RAWA

JOHOR - RIAU

KAUM CINA

GELOMBANG PERTAMA
GELOMBANG KEDUA

GELOMBANG PERTAMA

Abad ke15 Puteri Hang Li Poh


dikahwinkan dengan Sultan Melaka
bawa golongan bangsawan ,pengikut
dan hamba China
KerketurunanFujian
Pekahwinan campur
masyarakatPeranakan = Baba &
Nyonya

GELOMBANG KEDUA

Abad ke 19 & 20 penghijrahan


beramai
Asal Daerah Fujian, Guangdong,
Guangxi ,dan Hainan
bentuk penempatan di Perak dan
Selangor
Pekerjaan dengan sokongan British
lombong bijih timah

KAUM CINA MASA KINI

Mengekalkan
identiti komuniti

Jarang berkahwin
campur sebab
agama dan
budaya

Pendapat
"kecinaan"
mereka sebagai
satu identiti etnik,
budaya dan
politik.

HAKKA

KAUM
CINA
HOKKIEN

KANTONIS

SUKU CINA : HAKKA


Keistimewaan :
Kumpulan dialek terbesar
Sarawak dan Sabah
Johor (Kulai)
Selangor-Kuala Lumpur
Pahang
Pulau Pinang
Perak

SUKU CINA : KANTONIS


Keistimewaan : Suku dialek terbesar
Selangor
KL
Pahang
Negeri Sembilan
Perak
Johor Timur
Sandakan, Sabah gelaran Hong Kong Kecil

Hong Kong Kecil Tempat tinggal kedua


pendatang Guangdong

SUKU CINA : HOKKIEN


Keistimewaan : Suku dialek terbesar
Pulau Pinang
Melaka
Kedah
Terengganu
Kelantan
Selangor (Klang dan pantai Selangor)
Johor Barat
Kuching, Sarawak

KAUM INDIA
Berketurunan daripada orang yang
berhijrah dari India pemerintahan
British di Tanah Melayu.
Orang-orang India telah berhijrah ke
Malaysia sejak 2,000 tahun yg lalu.
Asal : Lelaki dari India & Sri Lanka.

TAMIL

SIKH

KAUM
INDIA
TELEGU

MALAYALI

SUKU INDIA : TAMIL


Asal : Tamil Nadu
Keistimewaan :
Etnik India yang terbesar di Tanah Melayu
80% daripada penduduk India di Tanah Melayu

Pekerjaan :
Bekerja di ladang-ladang getah dan kelapa
sawit
Bekerja di jabatan kerajaan.
KEMBAL
I

STRUKTUR
MASYARAKAT

STRUKTUR MASYARAKAT / KELAS


SOSIAL
Sistem kelas sosial ialah satu sistem di
dalam sistem susun lapis sosial terbuka.
Di dalam sistem ini, susun lapis
masyarakat lebih mudah diubah dan
dapat bergerak dari satu lapisan ke
lapisan yang lain.
Status seseorang individu itu biasanya
bergantung kepada kedudukan ekonomi
ketua rumah.

Sebagai contoh dalam masyarakat


perindustrian biasanya terdapat 3 kelas
besar iaitu;
Kelas atasan elit
Kelas pertengahan (para
profesional dan pekerja mahir
kolar putih)
Kelas bawahan (pekerja yang
kurang mahir)

CIRI CIRI UTAMA BAGI


MENGKLASIFIKASIKAN MASYARAKAT

Hidup berkelompok
Mempunyai budaya adat
Sering mengalami perubahan
Saling berinteraksi sama ada dalaman
dan dengan pihak luar
Mempunyai kepimpinan ketua @
pemerintaan
Mempunyai aturan sosialnya susun
lapis masyarakat, kelas, status, dan kasta

MELAYU

STRUKTUR
MASYARAKAT

INDIA

CINA

STRUKTUR MASYARAKAT MELAYU


RAJA

KELAS
ATASAN

PEMBESAR

KELAS MENENGAH

RAKYAT

KELAS PEKERJA

HAMBA

KELAS
BAWAHAN

STRUKTUR SOSIAL TRADISIONAL


STRUKTUR SOSIAL MODEN

STRUKTUR MASYARAKAT CINA


Struktur/ Kelas sosial
Kumpulan intelektual ahli fikir,
guru
Penjawat awam termasuklah
tentera
Kumpulan Petani
Kumpulan Peniaga

KEPERCAYAAN

KEPERCAYAAN
Bermaksud akuan akan benarnya terhadap
sesuatu perkara.
Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah
bermaksud suatu keadaan jiwa yang
berkaitan dengan sikap berkedudukanmemihak (propositional attitude).
Dalam konteks agama pula, kepercayaan
adalah sebahagian daripada batu asas
pembangunan moral.
Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali
sebagai Akidah ataupun Iman.

ORANG MELAYU

ORANG CINA

KEPERCAYAAN

ORANG SABAH DAN


SARAWAK

ORANG INDIA

KEPERCAYAAN ORANG
MELAYU
Makan nasi jika tidak dihabiskan nasi akan
menangis
Jangan kencing dibusut nanti kemaluan tak elok
Jangan bergendang dalam rumah nanti kena
curi segala harta
Ibu hamil jangan lalu di bawah ampaian nanti
anak gagap
Jika keluar rumah ternampak biawak, patah
balik ke rumah kerana dikhuatiri akan ditimpa
bencana
Keluar rumah jangan toleh belakang nanti
diserang musuh
Jangan tunjuk pada pelangi nanti tangan
kudung

KEPERCAYAAN ORANG CINA


Sambutan Hari Raya Cina tidak
boleh pakai baju putih, biru, hitam.
Baju kuning dan merah membawa
tuah.
Meja makan mesti bulat,
melambangkan kesatuan
Tidak boleh menyapu sampah,
dikhuatiri buang nasib baik ong
Jika ada kematian tidak dibenarkan
pakai warna warni tetapi warna
hitam, kelabu dan biru

KEPERCAYAAN ORANG INDIA


Tidak boleh menyapu rumah pada waktu
malam
Perempuan tidak keluar rumah selepas
pukul 8 dikhuatiri kena rasuk
Tidak boleh makan daging
Jika masuk rumah perlu mencuci kaki jika
tidak semangat jahat akan ikut
Orang baru kahwin perlu jadi vegeterian
selama 3 hari untuk cuci badan

Hari bayi dilahirkan hingga hari ke 16


dianggap keluarga tersebut tidak suci
Ketika berlaku kematian rumah tersebut
tidak boleh membuat aktiviti memasak
Kaum wanita dilarang untuk mengiringi
mayat ke tempat membakar
Kalau makan daging sembahyang tidak
diterima
Jika perayaan Tahun Baru (India) jangan
mengunjungi pada hari Ahad, Selasa, atau
Khamis

KEPERCAYAAN ORANG SABAH DAN


SARAWAK
Orang Asli tidak boleh memuji
bayi comel kerana akan di ambil
hantu
Orang Kadazan Pengunjung
dihadiahkan seekor ayam sebagai
tanda terima kasih kerana
mengunjungi rumah mereka
Bajau harta orang mati ditanam
bersama jenazahnya

BAHASA

BAHASA
Bahasa alat pertuturan untuk
berkomunikasi
Antara bahasa utama yang
digunakan di Malaysia ialah:
Bahasa Melayu kaum Melayu
Bahasa Cina
kaum Cina
Bahasa Tamil
kaum India

KESAN KEPELBAGAIAN SOSIO


BUDAYA

GURU

MURID

SEKOLAH

KURIKULUM
TERSIRAT

GURU
Menurut Mok Soon Sang (2002), guru
bukan hanya menyampaikan ilmu
pengetahuan semata-mata,tetapi juga
menanam sikap, nilai dan sahsiah yang
sempurna dan mematuhi peraturan
masyarakat.
Bertepatan dengan itu, guru perlu
bersedia dengan kepelbagaian
sosiobudaya murid yang datangnya
daripada pelbagai kelas sosial dan kaum.

Guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal


daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu
diketepikan dan semua murid perlu di layan dengan
sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan
kaum mereka.
Guru juga perlu peka terhadap pembentukan
kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang
berasaskan kelas sosial dan kaum.
Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang
berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan
interaksi serta pergaulan yang sihat.

MURID
Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan
kepada murid.
Murid-murid mempunyai pendirian tersendiri hasil
daripada pengaruh budaya, agama dan persekitaran.
Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio
budaya di dalam kelas menjadikan mereka prejudis
terhadap murid yang berbeza daripadagayahidup
mereka.
Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman
mereka terhadap rakan-rakan mereka yang berlainan
agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara
mereka bagi memudahkan proses pembelajaran.

SEKOLAH
Sistem pendidikan negara mempunyai pelbagai
jenis pilihan sekolah yang boleh diikuti oleh
murid.
Kepelbagaian sosio-budaya telah mewujudkan
sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa
seperti sekolah kebangsaan untuk semua
kaum, sekolah jenis kebangsaan Cina dan
Tamil.
Oleh itu, aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang
dengan teliti bagi mengatasi kepelbagaian
sosio-budaya ini.

KURIKULUM TERSIRAT
Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis
yang sistematik merangkumi objektif,
kandungan, strategi penyampaian dan penilaian
untuk dilaksanakan.
Kurikulum tersirat pula merujuk kepada norma,
nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui
pendidikan formal dan interaksi di sekolah.
Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada
persekitaran yang wujud di kalangan warga
sekolah.
Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan
sebagai kurikulum tersirat.

SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like