You are on page 1of 3

Hubungan Etnik Sem 2 2014

Soalan Tutorial


1. Menganalisis punca-punca yang membawa kepada berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969
dan implikasi terhadap hubungan etnik di Malaysia?.

2. Menganalisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di
Malaysia ?.

3. Menggalurkan proses pembentukan masyarakat pluralistik di alam Melayu ?.

4. Menganalisis faktor-faktor sejarah yang telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan
di Malaysia sebelum 1970 ?.

5. Menganalisis perkembangan modenisasi di Malaysia dan luar negara dan
menghubungkaitkan pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia ?.

6. Mensintesis proses pembentukan pembangunan ekonomi mengikut acuan Malaysia ?.

7. Menilai kepentingan Rancangan Lima Tahun terhadap perkembangan sosio-ekonomi
masyarakat majmuk di Malaysia dan menganalisis kesan rancangan lima tahun terhadap
hubungan etnik di Malaysia ?.

8. Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970 ?.

9. Menghuraikan bagaimana proses dan tindakan politik boleh memupuk hubungan etnik
yang harmonis di Malaysia dan menilai kepentingan unsur-unsur tradisi dalam konteks
hubungan etnik hari ini ?.

10. Menggalurkan proses pembentukan perlembagaan ?.

11. Menganalisis unsur-unsur tradisional dlm perlembagaan sebagai instrumen perpaduan ?.

12. Mensintesis bagaimana prinsip-prinsip Islam Hadhari dapat memupuk pembentukan
masyarakat pelbagai kaum yangg harmonis ?.

13. Bagaimana cabaran globalisasi mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia

14. Sejauhmanakah masyarakat dan kerajaan memainkan peranan dalam pemupukan
hubungan etnik

15. Menganalisis Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
dalam konteks hubungan etnik


Hubungan Etnik
Soalan ISL

1. Mengakses maklumat daripada internet dan sumber rujukan tentang Peristiwa 13 Mei
1969.

2. Mengumpul maklumat berkaitan kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks
hubungan etnik di Malaysia.

3. Menghasilkan carta garis masa tentang proses pembentukan masyarakat pluralistik di alam
Melayu.

4. Mengakses maklumat daripada internet dan sumber rujukan tentang proses pencapaian
perpaduan di Malaysia sebelum 1970.

5. Mengumpul bahan-bahan drpd pelbagai sumber tentang perkembangan modenisasi dan
pembangunan ekonomi Malaysia dan luar Malaysia.

6. Mencari dan mengumpul maklumat tentang pembangunan ekonomi.

7. Mengumpul bahan-bahan tentang Rancangan Lima Tahun bermula pada 1964 hingga kini
dalam konteks hubungan etnik.

8. Menghasilkan borang pengurusan grafik tentang pembangunan ekonomi (Rancangan
Lima Tahun).

9. Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber tentang kerjasama politik dan hubungan
etnik pada tempoh 1946-1955, 1956-1963 dan 1964-kini.

10. Mengenalpasti fasal-fasal dalam Perlembagaan berkaitan dengan unsur-unsur tradisi.

11. Menghasilkan peta minda tentang unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan negara 1948
sehingga 1963.

12. Menghasilkan peta minda tentang unsur-unsur dlm perlembagaan berdasarkan bahan
rujukan.

13. Mengumpul dan mendapatkan maklumat tentang Islam Hadhari drpd agensi-agensi dan
badan-badan kerajaan yg berkaitan.

14. Menghasilkan laporan ringkas tentang cabaran globalisasi serta implikasi kepada
hubungan etnik di Malaysia berdasarkan pelbagai sumber rujukan.

15. Menghasilkan borang pengurusan grafik tentang peranan masyarakat dan kerajaan dalam
konteks hubungan etnik.

16. Mengumpul dan mencari bahan tentang Dasar Pendidikan kebangsaan dan PIPP daripada
pelbagai sumber.

You might also like