You are on page 1of 4

Air merupakan salah satu sumber yang telah dianugerahkan kepada

kita di atas muka bumi ini. Sama ada kita sedar ataupun tidak bahawa 71
peratus dari permukaan bumi ini adalah air. Namun hakikatnya, air
merupakan suatu kepentingan kepada bagi setiap manusia termasuk
semua kehidupan di bumi ini. Malangnya sebahagian besar komuniti yang
hanya memandang enteng terhadap kepentingan air dalam kehidupan
mereka. Air yang dimaksudkan bukanlah air manis mahupun air
berkabonat tetapi air kosong ataupun air mineral. Sebenarnya banyak
khasiat air terhadap tubuh badan kita semua yang tidak kita ketahui. Oleh
itu, pelbagai khasiat air kosong akan dihuraikan dengan lebih terperinci.

Antara salah satu khasiatnya adalah dapat menguruskan badan. Hal
ini merupakan khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air
kosong tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata
mampu mengurangkan berat badan kita. Selain itu , air kosong juga dapat
membantu meningkatkan kesuburan bagi kaum Adam dan Hawa. Hal ini
dapat dibuktikan bahawa air putih dapat menghasilkan hormon
testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
Bagi kaum lelaki yang mempunyai paras testosteron yang rendah
mempunyai 40% risiko lebih tinggi untuk mati lebih cepat berbanding
dengan mereka yang mempunyai paras testosteron normal manakala bagi
kaum wanita ketiadaan hormon estrogen menyebabkan wanita memasuki
fasa menopaus.

Tambahan lagi, air dapat melancarkan sistem pencernaan. Hal ini
kerana dengan meminum air kosong dalam kuantiti lapan gelas setiap hari
akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari
mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan
efisien. Kemudian, air dapat melambatkan proses pertumbuhan zat yang
menyebabkan kanser selain daripada membantu mencegah penyakit hati
dan buah pinggang. Seterusnya, ianya juga merupakan perawatan bagi
kecantikan. Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh
menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit
kering dan berkerut.

Di sampang itu, air menyebabkan tubuh menjadi lebih segar dan
sihat. Khasiat air kosong bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja
tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat
bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat
bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar
dalam komposisi tubuh manusia. Tambahan pula, air juga dapat
menyihatkan jantung. Air kosong juga diyakini dapat menyembuhkan
penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan
altenatif yang memanfaatkan penggunaan air kosong. Selanjutnya air
merupakan ubat kepada penyakit strok. Air kosong tidak hanya digunakan
untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk
mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu
memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem
peredaran darah dan sistem pernafasan.

Akhir sekali, air kosong juga penawar bagi pelbagai jenis penyakit.
Kajian para sainstis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur
setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya
berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu bahawa amalan ini mampu
memulihkan penyakit termasuk yang serius. Diantara penyakit yang
termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah
sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, arthritis (suatu jenis
penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan
kekejangan sendi), degupan jantung yang pantas, epilepsy (sawan), lemak
berlebihan, bronchitis (paru-paru berair), tibi (batuk kering), meningitis
(radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang),
buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.

Kesimpulannya, setiap orang perlu mengamalkan amalan minum air
kosong ini setiap hari sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari untuk
mengekalkan kesihatan tubuh badan sihat agar tidak mudah dijangkiti
pelbagai penyakit seperti penyakit berjangkit. Selain itu juga kita perlu
memanfaatkan serta menghargai nikmat pemberian kepada kita dengan
menjaga dan memelihara sumber air agar sumber ini terpelihara dengan
baik demi masa depan generasi akan datang. Oleh itu, janganlah kita
mempersia siakan peluang ini dan amalkanlah meminum air kosong
setiap hari sebagai rutin harian. Perkara ini akan menjadi kebiasaan jika
kita melakukannya secara konsisten bagi seseorang yang kurang minum
air kosong pada setiap hari bak kata peribahasa habis geli oleh geletek,
habis rasa (bisa) oleh biasa .

























Melancarkan sistem
pencernaan
- menghindarkan dari
mendapat sembelit
malah pembakaran
kalori juga akan
berjalan dengan
efisien
C M e n g u r u s k a n b a d a n

Melambatkan proses
pertumbuhan zat yang
menyebabkan kanser

Perawatan
kecantikan
- Kekurangan
pengambilan air putih -
tubuh menghadapi
kesulitan - menyerap
air, sekaligus
mengakibatkan kulit
kering dan berkerut.


Meningkatkan
kesuburan
-menghasilkan hormon
testosteron (Adam) &
hormon estrogen (Hawa)
- lelaki mempunyai paras
testosteron yang rendah
mempunyai 40% risiko
lebih tinggi untuk mati
lebih cepat
- kaum wanita ketiadaan
hormon estrogen
menyebabkan wanita
memasuki fasa
menopaus

Tubuh lebih segar
dan sihat
- membersihkan tubuh
- sebagai zat yang
diperlukan tubuh
- dapat bertahan bila
tidak makan beberapa
hari namun tidak
mungkin dapat
bertahan jika tidak
minum air. Ini kerana
air merupakan
bahagian terbesar
dalam komposisi
tubuh manusia

Menyihatkan jantung
- diyakini dapat
menyembuhkan penyakit
jantung
- ubat kepada strok
- untuk mengubati
berbagai penyakit kulit
- sangat efektif utk
mengubati penyakit
lumpuh (air dpt
membantu
memperkuatkan kembali
otot-otot dan ligamen
serta melancarkan sistem
peredaran darah dan
sistem pernafasan)


Penawar segala penyakit
- para sainstis - amalan minum air - bangun dari tidur
setiap pagi manfaat
- Japanese Medical Society - berjaya membuktikan
dalam kes-kes tertentu - amalan ini mampu
memulihkan penyakit termasuk sakit kepala, sakit-sakit badan,
sistem jantung, arthritis (suatu jenis penyakit yang mendatangkan
kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi), degupan jantung
yang pantas, epilepsy (sawan), lemak berlebihan, bronchitis (paru-paru
berair), tibi (batuk kering), meningitis (radang pada bahagian meninges
iaitu selaput otak dan saraf tunjang), buah pinggang, dan jangkitan pada
air kencing.


Menguruskan badan
-khabar gembira buat
para wanita yang tengah
berdiet
- tidak mengandungi
kalori, gula ataupun
lemak

Khasiat Air
Kosong

You might also like