You are on page 1of 2

Tarikh : 04 November 2014

Rujukan Kami : VCMS/CHITF/KBS/02/03/14


YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
No. 2, Tower 1, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
MEMOHON SOKONGAN KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN
KEBUDAYAAN MALAYSIA.
Dengan segala hormat,merujuk perkara yang di atas.
2. Untuk makluman pihak YB, Venture Capital Management & Services
telah diberikan penghormatan untuk menganjurkan Kejohanan TaekwonDo CHITF Asia Pasifik 2014 oleh pertubuhan Chan Hun International
Taekwondo Federation (CHITF) yang berpusat di Kanada.
Kejohanan yang julung kali diadakan di Malaysia dan yang pertama
seumpamanya di kawasan Asia Pasifik ini akan diadakan pada 6hb-7hb
Disember 2014 ini dengan penyertaan dari 48 buah negara.
Sebagai menyambut seruan Kerajaan amnya serta Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan khasnya dalam program Tahun Melawat
Malaysia 2014 yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara tumpuan utama pelancong, pihak kami telah berusaha untuk
menganjurkan satu lagi Kejohanan Sukan bertaraf antarabangsa.
Kejohanan ini secara langsung akan menarik kemasukan lebih ramai
pelancong yang terdiri daripada para peserta,penyokong serta peminat
sukan TaeKwan-Do. Kejohanan ini juga diharapkan akan menjadi satu
lagi pemangkin dalam usaha kerajaan memperkukuhkan kedudukan
Malaysia sebagai Hub pelancongan utama di Asia Tenggara khususnya,
dan dunia amnya. Usaha kami ini juga secara tidak langsung akan
menjadi satu lagi tarikan bagi pelancong asing dan termaktub di dalam
kalendar pelancongan negara.
Oleh kerana sambutan di luar jangkaan terhadap Kejohanan yang akan
dianjurkan ini, pihak kami meminta jasa baik dari pihak kementerian
untuk perkara yang dinyatakan di bawah:
1. Menjemput YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ
untuk merasmikan Majlis Pembukaan Kejohanan pada 6hb
Disember 2014 yang akan disiarkan di RTM bagi liputan media di
Malaysia serta oleh China Global TV Media bagi liputan media di
China ;dan juga pada hari Press Conference ( 11 November
2014 di The Heritage Village Seri Kembangan ) bagi menyaksikan
MOA di antara VCMS dan CHITF.

2. Memohon bantuan pihak Kementerian Pelancongan dan


Kebudayaan untuk mendapatkan tempat (venue ) lebih sesuai
yang tertakluk di bawah bidang kuasa pihak Kementerian,
memandangkan tempat yang dicadangkan di Indoor Basketball
Court Equestrian Club, Kuala Lumpur adalah tidak sesuai bagi
keselesaan para peserta terutama kepada peserta-peserta dari
luar negara.
3. Dengan sambutan di luar jangkaan ini juga, pihak kami ingin
memohon tajaan bagi menampung kos operasi bagi kejohanan ini
dari pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan seperti
yang dilampirkan pada belanjawan Kejohanan yang kami telah
sertakan di dalam kertas kerja.
Sehubungan itu, pihak kami berharap agar pihak Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan dapat memberikan sokongan kepada
usaha kami ini dari segi pengiktirafan dan juga bantuan-bantuan lain
yang boleh disalurkan bagi menjayakan Kejohanan sukan bertaraf dunia
ini.
Bersama ini kami lampirkan kertas kerja Kejohanan Taekwon-Do CHITF
Asia Pasifik 2014 untuk rujukan pihak YB.

Segala kerjasama yang di berikan,amat di hargai, semoga segalanya


dalam penerimaan YB.
Sekian Terima kasih.

TELUS BERKHIDMAT,IKHLAS BERJASA


DEMI AGAMA,BANGSA DAN NEGARA

(DATO FAIRUL FAUZI BIN MOHD IDRIS DPMP)


President
Venture Capital Management & Services.

You might also like