You are on page 1of 7

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN

PENGHARGAAN

PROFIL PELAJAR

PENULISAN ESEI

RUJUKAN

BAHAGIAN A :
PENULISAN ESEI

SOALAN:

BAGAIMANA

KEBOLEHPERCAYAAN

GURU

DAPAT

INSTRUMENT

MENANGANI

PENTAKSIRAN

ISU

KESAHAN

BERASASKAN

DAN

SEKOLAH

(PBS) DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI.


Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah satu bahagian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep ini, walaupun mempunyai tafsiran yang
berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, memangnya ada kaitan yang rapat dengan
proses

pelaksanaan

pengajaran

dan

pembelajaran.

Pengujian,

pengukuran

dan

penilaian memainkan peranan yang sama dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani


berbanding dengan kurikulum yang lain. Ianya dilakukan untuk menilai samada sesuatu
objektif yang ditetapkan itu tercapai atau tidak.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, ketiga-tiga aspek ini
dilakukan bagi mengetahui sama ada guru mengajar dan pelajar belajar. Oleh itu
pemahaman terhadap konsep pengujian, pengukuran dan penilaian sangat penting bagi
seseorang guru untuk memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.
Tambahan, kebolehan dan keupayaan melaksanakan ujian, pengukuran dan proses
penilaian dengan mengambilkira kesahan dan kebolehpercayaan merupakan petunjuk
akauntabiliti bagi seseorang guru Pendidikan Jasmani dan Sukan.
Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur
(Youngman& Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada kesesuaian
dan kekuatan interpretasi markat ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk
kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Misalnya, gayut siku bengkok adalah ujian
yang sah untuk mengukur kekuatan dan daya tahan otot bahagian atas badan tetapi ianya
tidak sah digunakan untuk mengukur kepantasan tangan. Kesahan boleh dibuktikan melalui
beberapa kaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive
validity),kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity)
(Fraenkel& Wallen, 1996).
Kebolehpercayaan

sesuatu

ujian

merujuk

kepada

ketekalan,

ketepatan,

kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang

dan
boleh

dipercayaiakan menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran


ujian yang telah dijalankan), tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa
keraguan. Menurut Dr, Ahmad Hashim (2004) dalam bukunya Pengukuran Kecergasan
Motor, sesuatu ujian yang dapat memberi keputusan yang konsisten setelah diuji
berulangkali adalah mempunyai kebolehpercayaan. Misalnya, jika sekumpulan pelajar
mengambil ujian tekan tubi berdasarkan prosedur yang sama pada dua hari yang berbeza,
maka skor yang diperolehi sepatutnya sama.
3

Pentaksiran berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang


bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Hampir dua tahun dilaksanakan, rungutan terhadap PBS
mula disuarakan terutama daripada barisan pendidik dan ibu bapa. Antara masalah perdana
yang diuar-uarkan oleh ibu bapa adalah kesahan dan kebolehpercayaan instrument
Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi sesuatu matapelajaran. Menurut Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian tersebut perlu dilakukan ekoran terdapat
pelbagai masalah dihadapi dalam melaksanakan PBS. Bagaimanapun semua guru masih
perlu menjalankan sistem penilaian tersebut. Oleh itu, guru-guru hendaklah berusaha untuk
menangani masalah-masalah yang dihadapi daripada PBS.
Sebenarnya, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesahan bagi sesuatu ujian
atau instrument pengukuran. Sebagai guru Pendidikan Jasmani perlulah memberi perhatian
kepada beberapa perkara bagi mengelakkan masalah isu kesahan dan kebolehpercayaan
instrument Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani. Antaranya, mengenalpasti ciri-ciri atau latar belakang pelajar yang diuji.
Contohnya, sesuatu ujian yang sah untuk digunakan oleh pelajar berumur 13 tahun adalah
tidak sah jika diguna ke atas pelajar yang berumur 17 tahun. Ujian yang sah untuk lelaki
mungkin tidak sah untuk perempuan. Sesuatu ujian itu hanya sah digunakan ke atas pelajar
yang sama umur, jantina dan pengalaman.
Selaras dengan itu, terdapat beberapa faktor yang mungkin memberi kesan terhadap
kebolehpercayaan ujian dan nilai skor yang diperoleh dalam proses pengujian pengukuran
dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani. Diantaranya adalah memberi arahan yang tidak
tepat, prosedur pemberian skor ujian yang tidak konsisten, perbezaan peralatan yang
digunakan semasa pengujian dan suasana persekitaran ujian yang berbeza. Guru-guru
Pendidikan Jasmani hendaklah sentiasa memberikan arahan yang tepat mengenai prosedur
ujian yang hendak dijalankan.
Ini adalah sebab, murid yang tidak memahami arahan guru tidak dapat melaksanakan
ujian dengan betul dan tepat. Selain itu, guru PJ juga hendaklah perlu mengenalpasti skor
ujian yang digunakan adalah konsisten bagi setiap individu. Lebih penting lagi, guru perlulah
memastikan peralatan yang digunakan semasa pengujian sama dari segi saiz, berat dan
sebagainya. Manakala suasana persekitaran ujian juga perlulah sesuai dengan jenis ujian
yang hendak dilaksanakan. Misalnya, apabila guru hendak melakukan ujian lari pecut 30
meter, guru tersebut hndaklah memastikan padang sekolahnya tidaklah basah dan licin.

Masalah-masalah

inilah

yang

menjadi

faktor

perdana

dalam

menimbulkan

ketidakbolehpercayaan sesuatu instrument penilaian.


Dalam hal ini juga, pihak sekolah bertanggungjawab dalam memilih guru yang
berpakar dalam subjek matapelajaran Pendidikan Jasmani untuk melaksanakan PBS.
Ini dikenali sebagai

pentaksiran (subject matter expert). Guru-guru bidang Pendidikan

Jasmani hendaklah menjadi penyelaras PBS bagi subjek tersebut, Ini adalah untuk
membantu guru-guru untuk mengadakan penilaian tersebut. Guru yang berpakar dalam
subjek Pendidikan Jasmani akan lebih mengetahui mengenai ujian-ujian bateri kecergasan
dan prosedur pelaksanaan ujian tersebut dengan betul dan tepat. Misalnya ujian kecergasan
motor yang melibatkan pengukuran daya tahan otot, ketangkasan, imbangan, kepantasan
dan koordinasi. Ini bermakna segala pentaksiran dijalankan oleh guru dengan membuat
penyediaan item, instrument, jadual pentaksiran, kekerapan mentafsir dilakukan sendiri oleh
guru berpakar tersebut. Ini secara tidak langsung akan memberikan hasil penilaian yang sah
dan dapat dipercayai.
Selain daripada melibatkan guru-guru yang berpakar dalam subjek Pendidikan Jasmani
untuk melaksanakan PBS, guru-guru juga boleh mengambil insentif untuk menerima
latihan dalam pentaksiran PBS. Mereka bolehlah melibatkan diri secara aktif dalam kursus
atau latihan mengenai PBS. Apabila guru menerima latihan, guru akan mendapat ilmu dan
pengetahuan baru mengenai PBS. Ini dapat membantu guru untuk melaksanakan
pentaksiran subjek Pendidikan Jasmani dengan mengikut prosedur yang betul. Apabila
seeorang guru melaksanakan penilaian mengikut prosedur yang diajar dalam latihan, hasil
instrument yang didapati adalah sah dan boleh dipercayai. Ini secara tidak langsung dapat
menangani isu kesahan dan kebolehpercayaan instrument PBS dalam matapelajaran
Pendidikan Jasmani.
Seterusnya, guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masingmasing kerana mereka lebih memahami konteks yangs sesuai dengan persekitaran dan
perkembangan murid dalam pengajaran dan pembelajarannya. Oleh itu, guru hendaklah
memantau perkembangan murid-murid secara berterusan. Misalnya, guru Pendidikan
Jasmani bolehlah mengadakan ujian kecergasan bagi 5 bulan sekali. Kaedah ini dikenali
sebagai Uji dan Ulang Uji. Kaedah ini memerlukan pentadbiran ujian yang sama ke atas
pelajar yang sama dua masa yang berbeza. Ujian ditadbirkan ke atas pelajar bagi
mendapatkan set data yang pertama. Kemudian diulang secara berterusan untuk
mendapatkan set data yang kedua. Dengan menggunakan kaedah korelasi, kedua-dua data
tersebut dikorelasikan untuk mendapatkan nilai pekali kebolehpercayaan. Ini secara tidak
langsung dapat memberikan instrument pentaksiran yang boleh dipercayai dan sah.
5

Ringkasnya,
memerlukan

pelaksanaan

perancangan

yang

pengujian
teliti

dan

semasa

pengukuran
pemulihan

Pendidikan

dan

Jasmani

pentadbiran

ujian

dilaksanakan. Seseorang guru Pendidikan Jasmani hendaklah mengenal pasti kriteria ujian
kecergasan motor yang terbaik. Ujian kecergasan motor yang dipilih oleh guru hendaklah
berdasarkan ciri-ciri realistic dan munasabah, mudah untuk dilakukan, ekonomik dan tidak
mengambil masa yang lama untuk ditadbirkan, mempunyai prosedur ujian yang lengkap,
mudah mentadbirkan skor ujian serta relevan dalam pelbagai aktiviti sukan, permainan dan
pertandingan. Cara ini dapat membantu guru untuk menghasilkan hasil instrument penilaian
yang sah dan kebolehpercayaan.

RUJUKAN
BUKU
Ahmad Hashim. (2004). Pengukuran Kecergasan Motor. Tanjong Malim : Quantum Books

Ted, A. B., Andrew, S. J., Matthew, T. M., & David, A. R. (2007). Measurement For
Evaluation In Physical Education & Exercise Science. New York : McGraw-Hill.

Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan


Misi. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

ARTIKEL ONLINE
Ahamad B. (2014). Sistem PBS Ditambah Baik. Utusan Melayu Online. Dipetik daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140203/pe_01/Sistem-PBSditambah-baik#ixzz3DAXxaiIk

LAMAN WEB
Siti Nuraudah. ( 2013). Kesahan dan Kebolehpercayaan :Validity and Reliability. Dipetik
daripada http://www.cikgudahlia.com/2011/10/kesahan-dan-kebolehpercayaanvalidity.html

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2012). Soalan Lazim. DipetiK daripada


http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=147&keyword=&

JURNAL

Shamsiah, S., Nurin, A. M., Nelly, E. F., Hamidah, M. & Mohd, N. H. (2010). The Role Of
Tvet Teachers In School Based AssessmentOf Vocational Electives Subjects At
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn, Batu Pahat, Johor, 203-229.

You might also like