You are on page 1of 1

Pengenalan tentang PBSM

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada
tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang
Merah Antarabangsa pada tahun 1963.

SEJARAH

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan
Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak
cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan
kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai
Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh
Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu
pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan
Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali
sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak
menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di
Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan
di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang
Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen
Malaysia.

You might also like