You are on page 1of 14

TAJUK:

MELAKA PUSAT TAMADUN DI ASIA TENGGARA

KOD DAN NAMA KURSUS:

HNS 2013 KENEGARAAN

NAMA: MOHAMAD NASREEN HAKIM BIN CHE MOHAMED


NO. KAD PENGENALAN: 940512-03-5785
NO. MATRIK: D20141066626
SEMESTER: SEMESTER 1 2014/2015
NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHAMAD KAMAR BIN ZAINUDIN

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Pentadbiran Yang Sistematik

2.1 Hubungan Luar Kerajaan Melaka

2.2 Kedudukan Geografi Yang Strategik Di Perairan Selat Melaka

2.3 Pusat Pelabuhan Penting Pada Abad Ke-15 Dan Awal Abad Ke-16

2.4 Pusat Penyebaran Islam

2.5 Pusat Perundangan

2.6 Pusat Kegiatan Ilmu

3.0 Kesimpulan

11

Bibliografi

12

ii

1.0 Pengenalan
Gugusan Kepulauan Melayu seperti yang kita sedia maklum sangat terkenal kerana ia
dikatakan sebagai jalan perdagangan yang utama dunia. Kegiatan perdagangan
bukanlah perkara baru bagi penduduk di Melaka. Kegiatan perdagangan merupakan
warisan dan penerusan tradisi kegiatan ekonomi orang peribumi yang telah berjalan
sejak zaman awal Kerajaan Melayu Langkasasuka dan Srivijaya, iaitu dari abad ke-7
hingga abad ke-13. Gugusan Kepulauan Melayu telah menjadi tumpuan pedagangpedagang dari India, Arab dan China sejak dari abad pertama lagi. Sumber-sumber
bertulis dari China, India, Arab dan Yunani membuktikan bahawa kegiatan
perdagangan di rantau ini berkembang dengan pesat sebelum kebangkitan Kerajaan
Melayu Melaka.
Selepas Kerajaan Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru
menggantikan Srivijaya pada abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan
yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat.
Kedudukan Melaka yang strategik menjadikannya sebuah pangkalan luar yang
penting bagi kapal-kapal. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan
kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya
dipegang oleh Srivijaya. Kejayaannya menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya
ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman
dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat
perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang
moden.
Di bawah pemerintahan Parameswara, Melaka telah menjadi sebuah
pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan awal abad ke16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah ratus di mana ia
berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah
mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duerte Barbosa yang berkata, sesiapa yang
menguasai Melaka, dia dapat menguasai dunia.
Tindakan Parameswara mengawal Selat Melaka yang menjadi faktor
terpenting bagi kelangsungan ekonomi dan keutuhan Melaka. Pasukan laut terbabit
terdiri daripada orang Laut di sekitar selat Melaka yang menjadi tulang belakang

kekuatan tentera laut Melaka. Kedudukan dan peranan "kelautan' dari segi politik,
ekonomi dan ketenteraan kian menonjol di beberapa tahap awal abad ke-15.
2.0 Pentadbiran Yang Sistematik
Bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka, Sultan Melaka telah
mengadakan suatu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem
Pembesar Empat Lipatan. Sistem ini terdiri daripada kumpulan pembesar yang
menjadi pegawai tadbir kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini, sultan
mengetuai teraju pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang
dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung, dan Laksamana. Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar
Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua. Pembesar-pembesar
ini mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan
dengan jujur dan bijaksana.
Para pembesar bertanggungjawab menegakkan dan mempertahankan tugas
dengan jujur dan bijaksana sehingga menjadikan Melaka sebuah kerajaan yang
gemilang. Sokongan padu dan taat setia daripada pembesar kepada sultan sangat
penting untuk membina kerajaan yang kuat dan maju. Untuk meningkatkan sokongan
tersebut, sultan telah memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah,
sungai atau pulau. Kawasan pentadbiran pembesar tersebut dipangggil kawasan
pegangan.
Selain kawasan pegangan yang berada di bawah kuasa Pembesar Berempat,
sultan Melaka juga melantik pembesar lain seperti pembesar di kawasan jajahan dan
daerah untuk memungut cukai. Pada lazimnya, pembesar-pembesar akan datang
menghadap dan mempersembahkan ufti kawasannya kepada sultan. Kerajaan Melaka
telah memperkenalkan sistem pentadbiran yang teratur. Sistem pentadbiran ini diikuti
dan diwarisi oleh kerajaan Melayu yang lain di Semenanjung Tanah Melayu.

2.1 Hubungan Luar Kerajaan Melaka


Kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka juga telah mewujudkan hubungan
diplomatik dengan China dan Jawa. Melaka juga telah mengambil inisiatif dengan

menjalankan hubungan diplomatik dengan kuasa luar dan besar dan salah satunya
adalah China (1403-1433).
Dalam aspek keselamatan, Melaka telah mendapat perlindungan daripada
negeri China. Keadaan ini wujud berikutan daripada kerajaan Melaka yang terpaksa
mempersembahkan 40 tahil emas kepada Siam, jika tidak keselamatan Melaka akan
terancam. Pada masa itu, kerajaan Melaka belum lagi mempunyai kekuatan yang
setaraf dengan Siam. Tindakan Siam tersebut juga adalah berikutan pembunuhan
Temagi iaitu wakil pemerintah Siam di Singapura yang mana beliau telah dibunuh
oleh Parameswara. Berita mengenai perkembangan pelabuhan Melaka tersebut
akhirnya samapai juga ke negara China. Oleh yang demikian, Maharaja Yung-Lo
yang merupakan Maharaja China pada ketika itu telah menitahkan Laksamana Yin
Cheng pergi ke Melaka. Pada tahun 1405, utusan dari China iaitu Laksamana Yin
Cheng telah datang ke Melaka dan ini memberi peluang kepada Parameswara untuk
menangani masalah dengan Siam. Melaka melalui Parameswara berharap dapat
menfaatkan pengaruh China yang merupakan negara terkuat di Asia pada masa itu
untuk membela kedaulatannya.
Perhubungan antara Melaka dan China semakin utuh pada tahun 1405 iaitu
selepas utusan rombongan kerajaan Melaka tiba di ibu Negara China, di mana
Maharaja Ming telah memberi pengiktirafan kepada Parameswara sebagai raja
Melaka dan juga dianugerahi Cap Kempa, sepasang kain sutera berkerajaan dan
payung berkerajaan. Apabila Siam telah bertindak menyerang Melaka dan merebut
Cap Kempanya, Maharaja Ming telah menghantar Zheng He Ke ke Siam untuk
menghalang persengketaan Siam dan Melaka. Pada akhir tahun 1407, kerajaan
Melaka sekali lagi menghantar utusan dari Melaka pergi ke negara China iaitu dengan
mengikut kapal Laksamana Cheng Ho yang singgah di Melaka dalam perjalanan balik
ke negara China. Dalam utusan tersebut, Parameswara telah menyatakan mengenai
pencerobohan Melaka oleh Siam. Oleh yang demikian, Maharaja China telah
memberi amaran kepada kerajaan Siam supaya tidak mengganggu dan menceroboh
Melaka lagi.
Pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho tiba di Melaka dengan membawa
dikri Maharaja China sebagai lambang menaikkan taraf Melaka menjadi sebuah
kerajaan. Di samping itu juga, Melaka turut mengadakan hubungan diplomatik

dengan pihak kerajaan Jawa bagi mengatasi masalah kekurangan bahan makanan.
Pertambahan bilangan penduduk yang ramai mendorong Sultan Mahkota Iskandar
Syah untuk menghantar duta ke Jawa untuk berbaik-baik dengan pemerintah Jawa
yang baru iaitu Vikramarvaddhana (1389-1429). Melaka juga mengadakan hubungan
diplomatik dengan kerajaan Pasai iaitu melalui kegiatan perdagangan. Salah satu
daripada sebab Parameswara membuat hubungan ini adalah untuk memperkenalkan
Melaka kepada dunia luar bagi mengukuhkan kedudukan mereka di samping itu juga
untuk mendapatkan barangan dagangan.

2.2 Kedudukan Geografi Yang Strategik Di Perairan Selat Melaka


Melaka menjadi terkenal sebagai pusat perdagangan kerana faktor kedudukan
geografinya yang strategik. Melaka terletak ditengah-tengah perjalanan perdagangan
Timur dan Barat yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti China,
India, Arab dan Kepulauan Melayu sendiri. Angin monsun barat daya dan timur laut
juga membantu pedagang-pedagang China dan India untuk pergi ke Melaka.
Kedudukan Melaka yang strategik membolehkannya berfungsi sebagai pelabuhan dan
tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagangan yang berulang-alik melalui Selat
Melaka. Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan
porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari
Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan
lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.
Pelabuhan Melaka terlindung dari tiupan angin dan jauh dari hutan paya
bakau. Pintu pelabuhannya sangat dalam dan luas untuk membolehkan kapal-kapal
besar masuk berlabuh. Selain itu, terdapat rangkaian hubungan dengan daerah
pedalaman kerana sungai Melaka membuka jalan kepada jalan dagang seberang
Semenanjung iaitu kawasan pengangkutan dan penarikan yang bersambung ke Jalan
Muar-Pahang sehingga membawa ke kawasan yang kaya dengan emas di Ulu Pahang.
Melaka merupakan sebuah tempat yang strategik kerana kedudukannya yang terletak
di Selat Melaka menjadikannya sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli. Melaka
kaya dengan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus dan rotan serta kekayaan
hasil pertanian seperti rempah ratus, teh, beras dan lain-lain. Hasil-hasil laut seperti
kowri (matawang), kerang dwi katup, tiram dan lain-lain.
4

Selain itu, Melaka juga kaya dengan hasil perlombongan seperti emas, bijih
timah, bijih besi, antimoni dan lain-lain. Kedudukan Melaka yang strategik di Selat
Melaka menjadikannya pusat tumpuan pedagang-pedagang asing dari negara lain.
Kelangsungan kepesatan sesuatu perdagangan amat memerlukan sistem pemerintahan
dan pentadbiran yang cekap, teratur dan stabil. Kebanyakan kerajaan di gugusan
kepulauan Melayu mempunyai sistem pentadbiran dan pemerintahan yang tersusun.
Melaka contohnya mempunyai sistem pentadbiran yang cekap iaitu dengan wujudnya
sistem pembesar empat lipatan dan sistem perundangan seperti undang-undang laut
Melaka. Sistem ini dapat melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan
perdagangan di pelabuhan Melaka.
Iklim juga berperanan dalam perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan yang
penting di Nusantara. Kedudukan Melaka yang strategik membolehkannya menerima
tiupan dua jenis angin iaitu angin monsun timur laut dan angin monsun barat daya.
Kedua-dua angin ini bertiup selama enam bulan mengikut giliran tahunan. Oleh yang
demikian, pedagang-pedagang dari Barat dan Timur tidak pernah bertembung dengan
tiupan angin yang berlainan musim tadi. Keadaan inilah yang dapat mengelakkan agar
tidak berlakunya masalah lalu lintas kerana perjalanan sesebuah kapal dari Timur
mahupun Barat adalah ditentukan oleh kedua-dua angin tersebut. Keistimewaan
tiupan angin di Selat Melaka menyebabkan para pedagang menjadikan Melaka
sebagai tempat persinggahan dan tempat untuk meletak barang dagangan di gudang
untuk diniagakan apabila pedagang lain tiba di Melaka pada musim monsun yang satu
lagi. Sultan (Raja Iskandar Shah) juga telah menyediakan segala kemudahan sama ada
berbentuk fizikal atau material di pelabuhan entrepot.

2.3 Pusat Pelabuhan Penting Pada Abad Ke-15 Dan Awal Abad Ke-16
Fungsi Melaka sebagai sebuah pelabuhan entreport (pusat pengumpulan barangbarang dagangan dan menguruskan penyebaran bahan-bahan ke pelbagai tempat dan
dijadikan sebagai perantaraan pedagang dari Timur dan Barat) telah menjadikan
Melaka sangat terkenal. Peranan Melaka sebagai pelabuhan entreport ini juga telah
merangsang

pemerintah

Melaka

untuk

menyediakan

kemudahan-kemudahan

perdagangan dan pentadbiran perniagaan. Pemerintah telah menyediakan kemudahankemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat perniagaan, gudang, sistem
5

sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal dan lain-lain
kemudahan yang diperlukan oleh para pedagang yang singgah berdagang di Melaka.
Di Melaka, Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi (saudagar yang menghantar dan
menyebarkan barangan dagangan) menguruskan hal-hal perdagangan. Matawang
logam digunakan dalam semua urusniaga.
Sebagai sebuah pelabuhan yang terkenal di perairan Selat Melaka di mana
kawasan tersebut terdapat banyak kegiatan perlanunan, adalah penting bagi kerajaan
Melaka untuk menjaga keselamatan para pedagang. Oleh yang demikian, bagi
menjaga keselamatan para pedagang luar di Selat Melaka Orang Laut telah direkrut
untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kawasan perairan untuk
membanteras kegiatan perlanunan. Mereka mengawal jalan-jalan laut supaya selamat
daripada ancaman dan serangan lanun. Kedudukan Selat Melaka yang strategik
memudahkan usaha untuk menjaga perairan di Selat Melaka. Orang Laut sentiasa
memberikan taat setia dan sokongan ketenteraan kepada pemerintah Melaka.
Kerjasama yang erat di antara pihak pemerintah Melaka dan Orang Laut telah berjaya
mengatasi kegiatan lanun yang mengganas di sepanjang perairan Selat Melaka.
Apabila keselamatan terjamin, para pedagang bebas melakukan aktiviti perdagangan
dengan Melaka. Parameswara menjadikan Orang Laut sebagai sebahagian daripada
institusi dan sistem kerajaan Melaka. Orang Laut mengakui kedaulatan Parameswara
dan akan melindungi keselamatannya. Manakala, Parameswara pula melindungi
kehormatan dan kebajikan mereka. Orang Laut dijadikan sebagai sebahagian besar
daripada angkatan Laut Melaka dan merupakan sumber tenaga yang paling penting
untuk menjaga keamanan di samping menggalakkan pedagang-pedagang asing ke
pelabuhannya.

2.4 Pusat Penyebaran Islam


Sebelum kedatangan agama Islam ke Melaka, masyarakat Melaka menganut fahaman
animisme dan Hinduisme. Islam mula muncul di Melaka pada tahun 1414 apabila
Parameswara memeluk Islam setelah berkahwin dengan puteri dari Pasai.
Pengislamannya diikuti oleh pengislaman penduduk Melaka secara beramai-ramai.
Proses pengislaman ini mencapai ke puncaknya pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka sekitar pertengahan abad ke-15. Kedatangan Islam telah meletakkan
6

Kesultanan Melayu Melaka menerajui sebuah empayar Melayu Islam yang berjaya
membina sebuah tamadun. Akhirnya, Melaka muncul sebagai sebuah pusat
penyebaran Islam yang terpenting di gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15.
Tinjauan jelas menunjukkan bahawa kedatangan Islam ke Melaka telah membawa
pengaruh dan sumbangan yang meluas dalam perkembangan Kesultanan Melayu
Melaka, meliputi setiap aspek budaya masyarakatnya. Justeru, perkembangan agama
Islam di Melaka telah mempengaruhi sistem pentadbiran, perundangan, ekonomi,
bahasa dan kesusasteraan, pendidikan dan lain-lain lagi.
Dari segi sistem pentadbiran, sumbangan Islam yang paling nyata ialah
tertubuhnya sebuah Kerajaan Melayu-Islam di Nusantara pada abad ke-15. Melaka
muncul sebagai sebuah negara Melayu yang berpandukan akidah Islam dengan
menjadikan Raja Sultan sebagai pemerintah tertinggi negara. Agama Islam dijadikan
agama rasmi Melaka pada tahun 1446, iaitu semasa pemerintahan Sultan Muzaffar
Syah. Ini menjadikan Islam sebagai agama utama yang dilindungi dan dikembangkan
di Melaka. Sebagai sebuah kerajaan Melayu-Islam, penekanan pentadbiran adalah
pada unsur-unsur kemelayuan, keislaman dan kesultanan. Dalam konteks ini, sultan
selaku pemimpin dan penaung kepada rakyat, baginda memegang amanah Allah SWT
bagi menjalankan kuasa tertinggi memerintah negara secara adil dan saksama demi
kesejahteraan

rakyat

dan

keharmonian

negara.

Teks

Melayu

lama

yang

memperkatakan tatanegara seperti kitab Bustanus-Salatin, Tajus-Salatin, Hukum


Kanun Melaka jelas memperkatakan bahawa pemerintahan raja-raja hendaklah
berdasarkan lunas-lunas ajaran Islam,bukan sahaja syariah atau hukumnya, tetapi juga
dari segi tatasusilanya.
Hasil daripada pengaruh agama Islam, nasab raja-raja Melaka dihubungkan
pula dengan Iskandar Zulkarnain, dan daripada perkahwinan mereka ini lahirnya
nasab keturunan raja-raja Melayu. Dengan itu, golongan raja bukan sahaja terus
dipertuankan seperti dahulu, bahkan menjadi lebih dihormati kerana keturunannya
yang mulia itu. Pemerintah mulai dianggap sebagai pemimpin rakyat mengikut
konsep sultan dalam tradisi Islam. Pentadbiran Melaka dalam aspek-aspek tertentu
turut dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Islam. Menurut catatan dalam Sejarah
Melayu, memandangkan Melaka di bawah pimpinan tokoh Islam, maka beberapa
amalan dalam institusi pentadbirannya juga berlunaskan Islam. Ini terbukti apabila
amalan musyawarah dan bermuafakat telah diamalkan antara raja yang memerintah
7

dengan para pegawai dan pembesar Melaka. Raja tidak memerintah secara
bersendirian dan keputusan raja adalah secara kolektif. Dalam pentadbiran Melaka,
Bendahara, Temenggung, Syahbandar, Laksamana, Tun Bija Sura, dan Tun Utama
memainkan peranan sebagai penasihat kepada Sultan Melaka.

2.5 Pusat Perundangan


Hukum Islam juga terpancar melalui sistem perundangan Melaka. Undang-undang
Melaka atau Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka banyak
berlandaskan undang-undang Islam. Selepas pemerintahan Sultan Megat Iskandar
Syah, proses rasionalisasi telah berlaku terhadap undang-undang tradisi menyebabkan
perhukuman Islam menjadi sebahagian besar intipati Undang-undang Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka. Malah, peranan kadi dalam sejarah perundangan
Melaka juga amat dipentingkan, yakni dalam memelihara undang-undang tersebut.
Raja atau sultan bertindak sebagai penaung undang-undang.
Dengan penerimaan agama Islam, Melaka semakin menjadi tumpuan saudagar
Islam. Melaka menjadi sebuah pelabuhan perdagangan yang sungguh terkenal,
sehingga mengatasi kerajaan di pantai timur Sumatera seperti Haru, Jambi, Pedir dan
Samudera-Pasai. Menjelang pertengahan kurun ke-15, Melaka berkembang menjadi
kuasa dan empayar kelautan yang agung dan gagah. Sesungguhnya agama Islam telah
menjadi suatu tenaga yang kuat yang mendorong kemunculan serta perkembangan
Melaka sebagai sebuah empayar kelautan yang agung. Dalam melaksanakan urusan
perniagaan, undang-undang berjual beli yang diamalkan di Melaka adalah juga
berlandaskan undang-undang Islam. Umpamanya, Islam melarang amalan riba atau
keuntungan berlipat kali ganda daripada pusingan modal yang sebenarnya. Hukum ini
adalah untuk membataskan sifat tamak atau kecenderungan mengambil keuntungan
berlebihan dan pembeli pula dapat dilindungi. Muamalat Islam berhubung dengan
soal tersebut ada terkandung dalam Fasal 30 Hukum Kanun Melaka. Seterusnya,
hukum Islam ada mensyaratkan supaya semua maklumat atau butir hutang dicatatkan
dengan disaksikan oleh dua orang lelaki. Ini bertujuan untuk mengelakkan kesulitan
dan perbalahan pada masa depan. Barang-barang yang diperniagakan mestilah
barang-barang yang suci, berguna dan bukan barangan haram. Fasal 30 Hukum
8

Kanun Melaka ada menentukan barang-barang yang boleh diperniagakan serta yang
dilarang oleh Islam seperti arak, babi, anjing dan tuak. 48 Amalan membayar zakat
turut diperkenalkan di Melaka. Amalan ini mewujudkan hubungan yang erat sesama
umat Islam dalam kalangan rakyat. Semua ciri tersebut merupakan ciri-ciri ekonomi
Islam seperti yang disarankan dalam al-Quran.

2.6 Pusat Kegiatan Ilmu


Kedatangan agama Islam telah memperkenalkan abjad Arab (tulisan Jawi) sebagai
bahasa persuratan di Melaka. Di samping digunakan dalam penulisan kitab agama,
seperti kitab Duril-Mazlum, tulisan Jawi juga digunakan bagi penulisan yang lain,
seperti surat menyurat diraja, watikah, hukum kanun, surat peribadi dan karya sastera.
Malah boleh dikatakan bahawa semua penulisan yang dilakukan dalam kerajaan
Melaka adalah dalam tulisan Jawi.
Oleh sebab itu, naskhah asal yang ada kaitan dengan empayar Melaka seperti
Sejarah Melayu, Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Melaka ditulis dalam
tulisan Jawi. Sesungguhnya, Islam telah menyumbangkan perkembangan minda serta
intelektual terhadap golongan elit dalam masyarakat, apabila tulisan Jawi
diperkenalkan di Melaka. Seterusnya, bidang lain yang menerima pengaruh besar
seiring dengan pengenalan tulisan Jawi ialah bahasa dan kesusasteraan Melayu.
Sumbangan agama Islam dalam pembentukan dan perkembangan bahasa sangat
ketara, iaitu meningkatkan tarafnya sebagai alat pengucapan intelektual dan sekali gus
sebagai bahasa perantaraan di Nusantara. Sebelum kedatangan agama Islam, belum
ada sebarang bahasa yang layak memainkan peranan yang penting ini. Kedatangan
agama Islam memberi ruang untuk bahasa Melayu muncul sebagai bahasa pengantar,
bahkan sebagai bahasa sarjana dan para cendekiawan yang terkemuka.
Bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar dalam bidang
kesusasteraan tetapi juga dalam bidang perbincangan falsafah. Tegasnya, bahasa
Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi yang dibawa oleh Islam telah menjadi
bahasa ilmu dalam kalangan orang Melayu. Justeru itu, jelas agama Islam telah
memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai wadah perkembangan ilmu di
Melaka. Sejajar pengangkatan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, kedatangan
agama Islam turut memperkenalkan banyak istilah baharu yang diambil daripada
9

bahasa Arab atau Parsi bagi memperkayakan lagi perbendaharaan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu banyak meminjam daripada perkataan Arab, misalnya, pondok, maaf,
batin, nafas, syukur, zalim, nikmat, salam dan kafir. Pemerintah Melaka selepas
kedatangan agama Islam mula memakai gelaran yang melambangkan ciri-ciri Islam
sama ada daripada pengaruh budaya Parsi, Mesir atau Arab. Gelaran Syah yang
dipakai oleh raja-raja Melaka bermakna Raja dalam bahasa Parsi, manakala istilah
Sultan adalah daripada bahasa Arab. Aspek perkembangan ini juga dapat dilihat
secara jelas apabila merujuk kitab serta karya sastera zaman Melaka, iaitu Sejarah
Melayu yang mempunyai tajuk asalnya dalam bahasa Arab, iaitu Sulalatus Salatin.
Begitulah juga buku-buku seperti Bustanul Salatin, Tajus Salatin dan Tuhfat-an-Nafis.
Keterbukaan perdagangan di Selat Melaka juga telah menyebabkan Melaka
secara tidak langsung menjadi pusat penyebaran agama Hindu-Buddha dan agama
Islam. Tambahan lagi dengan kedudukannya yang sangat strategik di perairan Selat
Melaka yang mana dapat memudahkan kemasukan banyak bangsa yang menganut
pelbagai agama. Melaka juga telah memainkan peranan dalam proses penyebaran
agama-agama ini. Pengaruh ketiga-tiga agama yang kuat ini menyebabkan tarikan
lebih

banyak

pedagang-pedagang

asing

yang

masuk

ke

Melaka

untuk

memperdagangkan barangan mereka.


Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-Buddha di
Nusantara. Kedua-dua negeri ini merupakan pusat perkembangan agama Buddha
membantu mengembangkan kegiatan perdagangan dengan India dan China. Melaka
merupakan empayar Islam, secara tidak langsung ianya dapat menarik pedagangpedagang Islam. Kejayaan Melaka dalam memainkan peranannya sebagai sebuah
pelabuhan enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai
penerima atau pembeli barang dagangan, menjadi pusat pengantaraan dimana Melaka
menjadi tempat pertemuan antara para pedagang asing dari Timur dan Barat termasuk
juga pedagang dari Nusantara dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan
yang dibawa dari Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan
Srivijaya, namun begitu pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya. Hal
ini kerana, Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang
menjadi nadi yang mana dapat menggerakkan seluruh kegiatan pemerintahan dan
rakyatnya sehingga kini.

10

3.0 Kesimpulan
Perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di gugusan
Kepulauan Melayu dalam abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan oleh
kedudukannya di tempat yang strategik di perairan Selat Melaka. Perkembangan
perdagangan di gugusan Kepulauan Melayu berlaku kerana kedudukannya di
persisiran pantai dan kepentingannya berasaskan kepada penguasaan lalu lintas
perdagangan antara China dan India. Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya
selepas kejatuhan Majapahit iaitu kira-kira pada tahun 1414 masihi. Pada ketika itu,
Melaka telah diperintah oleh Sultan Muzaffar Syah. Baginda telah berjaya meluaskan
kuasanya di negeri sekitar Melaka. Ekspedisi peluasan kuasa ini telah membantu
menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang terpenting di gugusan
Kepulauan Melayu pada abad ke 15 dan awal abad ke 16. Sejak pengasasannya,
Melaka telah mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun. Faktor ini menyebabkan
Melaka muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal. Kedudukan Melaka yang
strategik iaitu di Selat Melaka telah mendorong kepada perkembangan perdagangan
di gugusan Kepulauan Melayu.
Kepesatan perdagangannya telah menarik minat kuasa Barat iaitu Portugis di
bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk menakluki Melaka pada tahun 1511.
Keagungan dan kemasyhuran Melaka sebagai pusat perdagangan pada awal abad ke15 dan awal abad ke-16 memang tidak dapat dinafikan. Keagungan empayar
perdagangan Melaka mulai merosot setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada
tahun 1511. Setelah itu, Acheh telah menggantikan peranan Melaka sebagai pusat
perdagangan yang maju di gugusan Kepulauan Melayu.

11

Bibliografi
Dr. Ustaz Hj. Md. Zain Hj. Serudin, 1998. Melayu Islam Beraja : Suatu Pendekatan. Brunei
: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Taib Osman, 1989. Masyarakat Melayu ( Struktur Urbanisasi ) dan Manifestasi.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Yusoff Hashim, 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Prof. Khoo Kay Kim, Melaka dan Sejarahnya. Terbitan Persatuan Sejarah Malaysia
Cawangan Melaka.
Shahnon Ahmad, 1981. Kesusasteraan dan Etika Islam. Petaling Jaya : Fajar Bakti.
Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. MALAYSIA : Warisan dan Perkembangan Edisi
Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

12

You might also like