You are on page 1of 13

Registration for Wikimania 2009 is now open.

Learn
more.

Mahathir bin Mohamad


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Yang Amat Berbahagia Tun

Mahathir bin Mohamad

Perdana Menteri Malaysia ke-4


Dalam pejabat
16 Julai 1981 31 Oktober 2003
Sultan Ahmad Shah (1979 - 1984)
Sultan Iskandar (1984 - 1989)
Sultan Azlan Shah (1989 - 1994)
Tuanku Ja'afar (1994 - 1999)
Raja
Tuanku Salahuddin Abdul Aziz
Shah (1999 - 2001)
Tuanku Syed Sirajuddin (2001 2006)
Musa Hitam (1981 - 1986)
Ghafar Baba (1986 - 1993)
Timbalan Presiden Anwar Ibrahim (1993 - 1998)
Abdullah Ahmad Badawi (1998 2003)
Hussein Onn
Didahului oleh
Abdullah Ahmad Badawi
Digantikan oleh

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-4


Dalam pejabat
15 September 1978 16 Julai 1981

[Singkir] [Bantulah kami


menterjemah!]

Didahului oleh
Digantikan oleh
Lahir
Pasangan
Pekerjaan
Agama

Hussein Onn
Musa Hitam
20 Disember 1925 (umur 83)
Alor Star, Kedah Darul Aman
Dr. Siti Hasmah
Doktor
Islam

Tandatangan

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: , dilahirkan pada 20 Disember
1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri
Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober
2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan
kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam
sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang
Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang
autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan
bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia kapitalisme
autokratik yang dianjurkan oleh negeri sebagai alternatif kepada individualisme Amerika
Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman
pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar
PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya
Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia",
negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan
penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang
tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau
merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

Isi kandungan
[sorok]

1 Latar Belakang
2 Pendidikan
3 Kerjaya dan Keluarga

4 Kerjaya politik
5 Kesihatan
6 Kontroversi
o 6.1 Krisis perlembagaan
o 6.2 Pemecatan Anwar Ibrahim
o 6.3 Keluar UMNO
o 6.4 Penulisan Blog
7 Garis masa
8 Rujukan
9 Pautan luar

[sunting] Latar Belakang


Dr. Mahathir dilahirkan di No.18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah pada
20 Disember 1925. Bapanya bernama Mohamad bin Iskandar berketurunan separuh India (anak
kepada seorang Malayalee yang berhijrah ke Malaysia dari Kerala, India) sementara ibunya
seorang Melayu bernama Wan Tempawan binti Wan Hanafi.[1] Dalam autobiografinya, Dr.
Mahathir mengaku bahawa beliau mempunyai keturunan orang India yang mempunyai kaitan
dengan Kerala, India (di mana tempat asal orang Malayalee), manakala ibunya adalah orang
Melayu yang dilahirkan di Kedah. Walau bagaimanapun, beliau mengganggapkan dirinya
sebagai Melayu yang tulen.
Nama datuk beliau, "Iskandar" turut diabadikan pada sebuah sekolah rendah di bandar Alor
Setar, Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar. Manakala ayahnya pula adalah guru bahasa
Inggeris dan juga Guru Besar pertama Sekolah Inggeris di Alor Star, sekarang dikenali sebagai
Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Di sekolah tersebut, bapa beliau dipanggil sebagai "Master"
atau "Mohamad Iskandar".
Ibunya mempunyai kaitan keturunan dengan Wan Mat Saman, iaitu bekas Menteri Besar Kedah
yang berusaha membangunkan pertanian di Kedah melalui terusan yang terkenal dengan nama
'Terusan Wan Mohamad Saman' atau Sungai Korok.
Beliau mempunyai 9 adik-beradik, iaitu empat perempuan dan lima lelaki, yang mana Dr.
Mahathir merupakan anak bongsu. Empat dari mereka (dua lelaki dan dua perempuan) adalah
saudara sebapanya, hasil perkahwinan Mohammad bin Iskandar dengan isteri yang pertama.

[sunting] Pendidikan
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES),
kini Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi
Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir
menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan
kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.

Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura,
dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.
Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau
Pinang, Malaysia.

[sunting] Kerjaya dan Keluarga


Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra,
Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan
Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali pada 5 Ogos, 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu
empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau ialah :

Marina Mahathir
Mirzan Mahathir
Melinda Mahathir
Mokhzani Mahathir
Mukhriz Mahathir
Maizura
Mazhar
Daniel Fariezs

Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri,
MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu
pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Star yang pada ketika itu terdapat lima buah
klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor
Setar dan kekal sehingga sekarang.

[sunting] Kerjaya politik


Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian
dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah
salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri
Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan
perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul
Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk
pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan
calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya
tersebut.
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota
Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak
60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969,
beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas
beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai
kerusinya.

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis
Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul
Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September,
Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma).
Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah
diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir
menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam
UMNO pada tahun 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di
Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas
pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak.
Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada
1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya
Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan
portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi
Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan
persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr
Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai
Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya,
Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

[sunting] Kesihatan
Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan pintasan arteri
koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), Kuala Lumpur.
Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana
serangan jantung setelah saluran darah arteri tersumbat.
Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Langkawi
selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang.
Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan arteri koronari
di IJN selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya Awang,
Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal Balchand, Datuk
Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo di California, Amerika
Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan saluran darah arteri kali ke-2.
Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di IJN jam 7.00
pm. Ketika ini beliau berusia 82 tahun.[2]

[sunting] Kontroversi
[sunting] Krisis perlembagaan
Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang
kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum pindaan ini, setiap Bil yang akan
menjadi undang-undang dikehendaki mendapat persetujuan Agung. Dengan pindaan tersebut, bil
yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi undang-undang selepas 30 hari tanpa mendapat
persetujuan Agung. Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk undang-undang sekular dan Sultan
masih berkuasa dalam undang-undang Islam yang berada dibawah bidang kuasa mereka.
Pada tahun 1988, apabila UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah Agung, Mahathir
dipercayai merencanakan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan tiga orang lagi
hakim Mahkamah Agung yang cuba untuk menghalang kes tersebut. Siri insiden 1988 ini dilihat
sebagai titik hitam sejarah perundangan negara Malaysia yang sepatutnya bebas dari campur
tangan pihak eksekutif.Mahathir selaku ketua badan eksekutif telah mencampuri urusan badan
kehakiman ketika itu.

[sunting] Pemecatan Anwar Ibrahim


Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim
atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa itu adalah
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Anwar mendakwa bahawa beliau dizalimi
kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan Mahathir serta orang-orangnya adalah
sasaran bagi tuduhan tersebut. Penyokong Mahathir pula percaya bahawa Anwar cuba untuk
menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas melihat kejatuhan Presiden Suharto di
Indonesia atas isu yang sama.
Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai "Gerakan
Reformasi" dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Malaysia
1999. Namun begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut
dan hampir pupus pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila hanya memenangi satu
kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang dimenangi oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah. Parti
tersebut walaubagaimanapun berjaya mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum
Malaysia 2008 dengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti
pembangkang di Malaysia.

[sunting] Keluar UMNO


Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO[3]. Beliau bertindak
demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela
nasib orang Melayu di negara ini. Dr Mahathir mendakwa UMNO kini hanyalah dijadikan parti
untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan
keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara. Pengumuman keluar UMNO ini
dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah.

Tindakan Dr Mahathir dikritik oleh Pengerusi DAP Karpal Singh yang melabelkan Dr Mahathir
sebagai ahli politik murahan[4]. Tindakan Mahathir dipercayai mempunyai kaitan dengan hasil
siasatan klip video Lingam yang melibatkan nama beliau. Menurut Karpal, Dr Mahathir
seharusnya cuba membersihkan namanya. Mahathir bagaimanapun menafikan tindakan beliau
ada kena mengena dengan kes klip video Lingam.
Pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan gagal Dr
Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden UMNO. Dr Mahathir
dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden
UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu
berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan Mahathir
tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO[5].
Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
keenam, Dr.Mahathir bersama-sama isterinya,Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk
Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut
berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.
Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas melepaskan
jawatan presiden di dalam parti UMNO kecuali Tun Abdul Razak, yang meninggal ketika masih
menjawat jawatan tersebut.[6]. Dato' Onn Jaafar keluar dari UMNO apabila cadangan beliau
untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak dipersetujui. Tunku Abdul Rahman dan
Tun Hussein Onn pula meninggal dunia selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO
kerana berselisih pendapat dengan Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama lebih 21
tahun.
Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan perdana menteri, Tun
Musa Hitam berkata 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula
harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah
berlalu[7].

[sunting] Penulisan Blog


Beliau mula menulis blog pada 1 Mei 2008 pada pukul 1:27 AM, dengan penulisan beliau "The
Appointment of Judges". Pada 19 Jun, blog beliau dr-chedet.blogspot.com, telah disekat oleh
Bloggers.com kerana disyaki menyebarkan mesej berbentuk spam.[8]
Kini blog beliau terletak di http://www.chedet.cc/.

[sunting] Garis masa

1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember.


1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.
1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
1953: Mendapat ijazah perubatan dari King Edward VII Medical College (yang
kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;

1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Star, Hospital
Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.
1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, Maha
Clinic di Alor Star.
1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas beliau
menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi;
Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.
1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.
1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.
1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya pada 10 Mei,
dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana kehilangan "undi
Cina" apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk
memenangi dalam pilihanraya;
o Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, berikutan
pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman;
o Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.
1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema Melayu" (The
Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak.
1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;
o Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA).
1973: Dilantik sebagai senator.
1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;
o Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya 1974, yang
mana beliau menang tanpa bertanding;
o Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.
1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas memenangi dengan
majoriti sebanyak 47 undi.
1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.
1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Hussein Onn pada
15 September;
o Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri
Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);
1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia ke-empat
pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;
o Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) disamping memegang
jawatan Perdana Menteri;
o Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan Melalui
Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan
polisi pemulauan barang UK ("Buy British Last");
o Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia untuk
menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;
o Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;
o Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma)
o Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie Corporation
oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham London pada 7

September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah


pertanian kepada rakyat Malaysia.
1983: Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan, supaya rang
undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dapat
menjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultansultan negeri masing-masing;
o Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional.
1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada
27 Februari;
o Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia;
o Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang jawatan
Perdana Menteri;
o Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang lawatan rasmi Chaim
Herzog, Presiden negara Israel.
1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO
dengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April;
o Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri Dalam
Negeri dan Perdana Menteri Malaysia.
1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Salleh Abas kerana
menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa kehadapan UMNO akan
diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan oleh
Makhamah Tinggi);
1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) di
samping memegang jawatan Perdana Menteri.
1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri;
o Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan, selepas peristiwa
Douglas Gomez;
o Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia merosot
apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang degil
("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan APEC.
1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi Krisis
Ekonomi Asia 1997.
1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan dalam
UMNO pada 2 September;
o Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan peliwatan dan penyalahgunaan
kuasanya; Anwar dihadapkan ke makhamah pada 2 November;
o Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore, Naib
Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia di
Persidangan APEC yang pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia.
o Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana
Menteri;
o Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di
Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion;
o Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88
tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia;
o Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME.

1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping memegang


jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997;
o Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan peranan
yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia.
2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001)
disamping memegang jawatan Perdana Menteri.
2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran
Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;
o Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam
Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan
selama 18 bulan.
2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan menamakan
timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliau memegang jawatan
Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin
negara Asia yang paling lama perkhidmatannya;
o Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.
2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran
"Datuk Seri Utama".

[sunting] Rujukan
1. John Victor Morais (diterjemahkan oleh Abdul Razak bin Haji Abdul Rahman) (1982).
Mahathir: Riwayat Gagah Berani, page 1-Kuasa Yang Merjudikan Seorang Budak Itu
Bewasa, Bab 1, Arenabuku.
2. Dr. Mahathir masuk semula ke ICU, Utusan Online.
3. Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta, Bernama. Dicapai 19
Mei 2007
4. Karpal: Dr Mahathir ahli politik murahan, Malaysiakini, 19 Mei 2008
5. [1], Malaysian Insider, 19 Mei 2008
6. Nur Jazlan, The Umno curse strikes, again, Malaysian Insider, 19 Mei 2008
7. Musa: 'Duri dalam daging sudahpun terkeluar', Malaysiakini, 19 Mei 2008
8. http://dr-chedet.blogspot.com/, Blog lama.

[sunting] Pautan luar

Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:


Mahathir bin Mohamed

(Melayu) Blog Mahathir - Che Det


(Melayu) Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir
(Melayu) http://www.tunmahathir.com
(Melayu) Laman sokongan Tun Mahathir.

Penyandang Terdahulu
Hussein Onn
Penyandang Terdahulu
Hussein Onn
Penyandang Terdahulu
Tun Hussein Onn
Penyandang Terdahulu
Tun Daim Zainuddin

Perdana Menteri
Malaysia
16 Julai, 1981 31
Oktober, 2003
Presiden UMNO
28 Jun 1981 30
Oktober 2003

Penyandang Kemudian
Dato' Seri Abdullah bin
Haji Ahmad Badawi
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Abdullah bin
Haji Ahmad Badawi

Timbalan Perdana
Menteri Malaysia
5 Mac 1976 15 Julai
1981

Penyandang Kemudian

Menteri Kewangan
Malaysia
1 Jun 2001 31 Oktober
2003

Penyandang Kemudian

Musa Hitam

Dato' Seri Abdullah bin


Haji Ahmad Badawi

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad"


Kategori: Kelahiran 1925 | Orang hidup | Ahli politik Malaysia | Muslim Malaysia | Kelahiran
Kedah | Perdana Menteri Malaysia
Pandangan

Rencana
Perbincangan
Sunting

Sejarah

Alatan peribadi

Try Beta
Log masuk / buka akaun

Pandu arah

Laman Utama
Tinjau
Gotong-royong
Hal semasa
Laman rawak

perhubungan

Tentang Wikipedia
Portal masyarakat
Perubahan terkini
Hubungi kami
Menderma
Bantuan
Kedai Kopi

Gelintar
Khas:Gelintar

Pergi

Alatan

Pautan ke laman ini


Perubahan berkaitan
Laman khas
Versi boleh cetak
Pautan kekal
Petik rencana ini

Bahasa lain


Bahasa Indonesia

Basa Jawa
Dansk
Deutsch
English
Espaol
Esperanto
Euskara

Franais

slenska

or k okm l
Polski
Runa Simi

Cari

Soomaaliga
Srp kohrvat ki /
Suomi
Svenska
Tagalog

Ting Vit

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 06:35, 2 Ogos 2009.
Teks boleh didapati di bawah Creative Commons Attribution/Share-Alike License; syarat
tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma Penggunaan untuk perincian.
Dasar privasi
Perihal Wikipedia
Penafian

You might also like