You are on page 1of 15

Folio Putera Gunung

Tahan

Nama: Nur Rasyidi bin Nordin

Tingkatan: 5 Pengatucaraan Komputer

Tahun: 2010

Sekolah: Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin


BIODATA PENGARANG

Ishak Haji Muhamad(pak sako), dilahirkkan di Kampung Bukit Saguntang, Pahang pada
september 1909. Beliau kembali ke rahmatullah pada 7 November 1991 di Ulu Langat,
Selangor.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Tengah, sebelum
melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis dan Sekolah Inggeris
Raub.
Beliau pernah bertugas sebagai penolong pegawai daerah, di akhbar warta malaya
dan utusan malayu. Beliau merupakan pengasas kepada penerbitan Utusan Melayu.
Antara karya beliau yang terkenal ialah Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela
Gila.
Sebagai mengenang jasa Pak Sako, beliau telah dianugerahi Ijazah Kehormat
Doktor Pesuratan oleh Universiti Malaya pada tahun 1976.

2
SINOPSIS

Bab 1: Putera Gunung Tahan


Negeri Pahang merupakan sebuah negeri tersohor di Semenanjung Tanah Melayu.
Seorang gabenor yang memerintah Tanah Melayu pernah mengatakan bahawa Pahang
merupakan sebuah negeri terbesar dengan sungai, harimau, gajah, dan hutan rimba yang
besar. Negeri Pahang juga memiliki pahlawan yang handal dan hebat seperti Datuk
Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Gunung Tahan merupakan gunung tertinggi di
Semenanjung Tanah Melayu. Diceritakan bahawa orang-orang Melayu yang kalah
menentang Sikh (askar British) dalam peperangan telah melarikan diri ke dalam hutan
dan Gunung Tahan. Seorang anak raja yang berasa malu atas kekalahan orang Melayu
telah naik ke Gunung Tahan dan tinggal di situ. Baginda dikenali sebagai Putera Gunung
Tahan. Oleh itu, pengarang memberi judul novel ini Putera Gunung Tahan.

Bab 2: Pengembaraan Yang Sesat


Tuan Robert dan Tuan William datang ke Kuala Tembeling sekitar 1926. Mereka
merupakan pakar ilmu tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan. Mereka ditugaskan untuk
mencari tempat peranginan bagi pegawai tadbir Inggeris. Ali dan Awang ditugaskan
menjadi jurupandu. Dalam perjalanan menuju ke puncak gunung, hujan turun dengan
lebat siang dan malam. Ali mati kerana dipatuk ular tedung sementara Awang mati
kerana sakit perut dan kesejukan. Hujan turun selama tujuh hari. Robert dan William
terpaksa bermalam di dalam gua. Pada hari ketujuh, hujan mulai reda. Robert telah keluar
merayau-rayau menyaksikan keindahan hutan tetapi telah ditangkap oleh orang-orang
sakai. Tuan William berusaha mencarinya tetapi hanya terjumpa kesan-kesan dan
garisan-garisan di permukaan tanah menunjukkan ada pergelutan berlaku. William
menduga bahawa Robert telah diserang oleh orang asli. Oleh itu, William kembali ke gua
dan bermalam di situ. Pada keesokan harinya, William terjumpa sehelai sapu tangan
dengan tulisan darah memaklumkan bahawa Robert telah ditangkap oleh orang sakai.
Walau bagaimanapun, William tetap mempercayai bahawa Robert masih hidup kerana
arang asli di Tanah Melayu tidak memakan daging manusia.

3
Bab 3: Datuk Datin Putih
Tuan Robert merayau-rayau di luar gua tempat persembunyian kerana hendak
mengambil gambar pemandangan dan tumbuh-tumbuhan yang cantik. Dia dikepung oleh
orang sakai. Robert tidak melawan kerana tidak sempat menggunakan pistolnya. Dia
menyerah diri. Dia dibawa ke perkampungan orang sakai. Terdapat beberapa pondok di
situ. Robert berpendapat orang sakai di situ sudah maju kerana terdapat tanaman ubi
kayu, jagung dan padi huma. Walaupun Robert tidak dapat berkomunikasi dengan orang-
orang sakai, Robert dilayan dengan baik. Dia diberi makan ubi bakar. Pada waktu malam,
diadakan majis jamuan dengan nyanyian dan sorak-sorai. Hidangan yang disediakan
termasuk dua ekor babi gemuk, buah-buahan dan umbut-umbut tumbuhan di dalam
hutan. Di situ terdapat seorang perempuan tua keturunan Melayu yang tidak makan
daging babi yang dihidangkan. Orang tua itu meminta jasa baik Tok Batin memberitahu
Robert bahawa tujuan jamuan itu bagi meraikan Robert yang dilantik sebagai ‘Batin
Putih’, iaitu penghulu kepada masyarakat sakai di situ.

Bab 4: Siapa Perempuan Tua itu Dan Kisahnya


Selepas jamuan, Robert masih tidak berpuas hati walaupun dilantik sebagai
penghulu kerana jawatannya itu tidak menjanjikan sebarang ganjaran dalam bentuk
wang. Tujuannya datang ke Tanah Melayu bersama-sama dengan William adalah untuk
mendapatkan ganjaran lima ribu paun yang dijanjikan kerajaan Inggeris sekiranya mereka
berdua berjaya mendapatkan kawasan peranginan di puncak gunung itu. Perempuan tua
menceritakan asal-usulnya kepada Robert iaitu beliau berasal dari Kampung Marhum,
Pekan, Pahang. Suaminya meninggal dunia dalam pertempuran dengan askar Inggeris.
Dia amat kecewa dengan orang-orang Melayu kerana mereka tinggalkan perempuan tua
yang sarat mengandung di dalam hutan dan melarikan diri apabila diserang oleh askar
Inggeris. Dia diselamatkan oleh orang-orang sakai. Setelah bersalin, dia memencilkan
diri di dalam hutan dan tinggal bersama-sama dengan masyarakat sakai. Puteranya yang
bernama Tahan dibawa oleh orang-orang sakai untuk mempelajari pelbagai ilmu.
Perempuan tua juga meluahkan perasaan bencinya terhadap orang Inggeris.

4
Bab 5: Tuan Robert Asyikkan Perempuan Sakai
Semasa Robert datang ke rumah perempuan tua, dia sedang mengajar agama
Islam kepada perempuan-perempuan sakai. Perempuan tua menjelaskan kepada Robert
bahawa sebagai balasan orang-orang sakai mengajarnya ilmu dunia seperti ilmu
pengasih, pembenci, dan uabt-ubatan. Robert tidak percaya akan ilmu-ilmu itu dan ingin
mengajar agama Kristian. Perempuan tua marah dan mengenakan ubat pengasih (cenuai)
dalam minumannya. Perbuatan ini menyebabkan Robert tergila-gila akan seorang gadis
sakai. Dia ingin mengahwininya dan terpaksa akur dengan adat istiadat masyarakat sakai.
Dia terpaksa lari berkaki ayam menangkap perempuan sakai yang lari mengelilingi busut
jantan sebanyak tujuh kali. Dia gagal menangkapnya. Lalu, dia terpaksa memanjat pokok
untuk menangkapnya. Robert tergelincir dan jatuh lalu mati.

Bab 6: Tuan William dan Pengembaraanya


William cuba mencari sahabatnya yang hilang dan terjumpa dengan Kusina,
orang bunian yang berpakaian lengkap dan bertombak. Kusina memperkenalkan diri
sebagai pengiring Ratu Bongsu. Kusina mengenakan syarat bahawa William tidak boleh
turun dari puncak Gunung Tahan apabila tiba di puncak gunung. William bersetuju
dengan syarat yang dikenakan itu. Kusina memberitahu William bahawa Robert telah
mati. Selepas dua hari dua malam, mereka berdua sampai ke puncak gunung. William
terdengar suara ayam berkokok, kambing mengembek, suara burung dan suara manusia
tetapi semuanya tidak dapat dilihat. Tiba-tiba Kusina menghilangkan diri. Namun,
William gembira kerana dapat sampai ke puncak gunung.

Bab 7: Tuan William Menghadap Ratu Bongsu


Pada keesokan harinya, apabila terjaga daripada tidur, William mendapati ada
beberapa orang lelaki muda bersenjatakan keris dan tombak memberitahunya bahawa
Ratu Bongsu sedang menunggunya di istana. William memberitahu Ratu Bongsu bahawa
kerajaan Inggeris sanggup membayar lima ribu ringgit kepadanya setiap bulan sepanjang
hayatnya dan suatu kawasan yang luas untuk membina istana yang cantik kalau Ratu
Bongsu sanggup melepaskan Gunung Tahan. Ratu Bongsu menolak tawaran William dan
William dibenarkan tinggal di situ buat selama-lamanya.

5
Bab 8:Teropong Terus
Selepas sebulan tinggal di situ, William berasa bosan. Pada suatu hari, Ratu
Bongsu memberi teropong ajaib yang dibuat daripada buluh dan William meneropong
untuk melihat isterinya yang berada di England. Dia berasa kesal kerana dapat melihat
isterinya sedang bercumbu dengan seorang lelaki. Ratu Bongsu menyalahkan budaya
barat yang menggalakkan pergaulan bebas. Dengan berbekalkan teropong itu juga, Ratu
Bongsu dapat melihat tingkah laku masyarakat Melayu yang mengamalkan pergaulan
bebas, berkunjung ke tempat tari-menari, bersuka-ria, dan mengandung anak di luar
nikah. Pengaruh barat telah membawa musibah kepada masyarakat Melayu.

Bab 9: Beringin Bercakap


Sebelum Maharani (seorang perempuan tua) memberi kebenaran kepada Ratu
Bongsu untuk menggunakan beringin bercakap, baginda dinasihati agar berhati-hati
dengan William. William dapat melihat dan mendengar perbualan antara isterinya dengan
pemuda tersebut. Isterinya mengadu bahawa William tidak bertanggungjawab kerana
langsung tidak mengutus berita dan mengirim wang selama setahun. Pemuda itu andaikan
bahawa William sudah mati. kemudian, Ratu Bongsu menawarkan khidmat burung
pesuruh jaya yang boleh membawa surat William kepada isterinya yang berada di
London. William sebenarnya menulis surat meminta kerajaan Inggeris menghantar
bantuan bagi menawan Gunung Tahan. Ratu Bongsu dan William dapat meneropong
tingkah laku orang Melayu yang telah memeluk agama kristian dan pergi ke gereja.

Bab 10: Kedatangan Dua Buah Kapal Terbang


Selepas tiga bulan, datanglah dua buah kapal terbang ke tempat itu. Namun, Ratu
Bongsu mengesan hal itu terlebih dahulu dan mengarahkan rakyatnya agar bersembunyi
dan meninggalkan tempat itu. Ratu Bongsu mengarahkan William agar mengambil
Teropong dari bilik khazanahnya. Ketika itu, Kusina telah menguncikan pintu bilik
istana. Kapal terbang telah tiba dan mengebom istana Ratu Bongsu dan puncak Gunung
Tahan. Kedua-dua kapal terbang Inggeris terhempas semasa hendak mendarat. Daripada

6
tujuh orang anak kapal, hanya isteri William, iaitu Mem William terselamat. Setelah
dijampi dan dirawat, isteri William sedar tetapi masih terkejut.

Bab 11: Percintaan yang Pelik


Selepas tiga bulan, Ratu Bongsu membina sebuah bangunan yang kecil tetapi
comel sebagai tempat tinggal Mem William. Dia berasa insaf kerana berlaku curang.
Selepas tiga tahun tinggal di puncak Gunung Tahan, Ratu Bongsu berkahwin dengan
Mem William.

7
TEMA

Novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad bertemakan nasionalisme
orang Melayu menentang penjajah Inggeris. Buktinya, pahlawan-pahlawan Melayu
seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman dan Tok Gajah berjuang menggadai nyawa
menentang penjajah Inggeris. Ratu Bongsu juga digambarkan sebagai seorang yang tetap
mempertahankan Gunung Tahan daripada diserah kepada Inggeris walaupun dijanjikan
pelbagai kemewahan.

PERSOALAN

1. Hormat Menghormati
Persoalan hormat-menghormati dalam novel ini sering dikaitkan dengan sikap orang
melayu walaupun mereka sedang menghadapi musuhnya. Sikap hormat-menghormati
ini ditunjukan oleh perempuan tua terhadap Tuan Robert. Perempuan tua tetap
memanggil Tuan Robert.Walaupun jelas Tuan Robert merupakan orang inggeris yang
telah memerangi beliau.

2. Tidak Mudah Putus Asa


Semangat ini ditunjukan oleh Tuan Robert dan Tuan William semasa pengembaraan
mereka mencari puncak Gunung Tahan. Walaupun sepanjang perjalanan hujan lebat
turun tidak berhenti-henti dan dua orang pengiring mereka terbunuh, pengembaraan
tersebut tetap diteruskan.

3. Semangat Cinta akan Tanah Air.


Keberanian perempuan tua menentang penjajah inggeris dan meninggalkan pangkat
serta kedudukan demi bangsa, agama, dan Negara.

8
4. Tipu Mustihat
Tuan Robert dan Tuan William sering menggunakan tipu muslihat bagi mencapai
matlamat mereka. Dalam usaha membebaskan dirinya daripada kumpulan orang
sakai.
5. Taat kepada agama
Perempuan tua masih kuat pegangannya terhadap agama Islam.
Walaupun sudah 30 tahun tinggal bersama-sama orang sakai, beliau masih
mengamalkan puasa dan sembahyang serta tidak mengambil makanan yang tidak
halal.

WATAK DAN PERWAKATAN

WATAK UTAMA
Tuan William
Tuan william merupakan sahabat baik Tuan Robert dan berasal dari London. Beliau
berbangsa Inggeris, sudah beristeri, dan mempunyai anak. Beliau juga seorang
penyiasat yang diutuskan oleh kerajaan inggeris ke Puncak Gunung Tahan.
Tuan william tetap bersabar meneruskan tugasnya mendaki Gunung Tahan
walaupun hujan lebat, tiada pemandu jalan, dan berseorangan setelah Tuan Robert
ditangkap sekumpulan Sakai.

WATAK SAMPINGAN
Tuan Robert
Tuan Robert ialah seorang Inggeris dan kawan kepada Tuan William.
Beliau merupaka penyiasat yang dihantar ke Gunung Tahan untuk menyiasat tumbuh-
tumbuhan, galian, dan mencari kawasan peranginan untuk orang inggeris. Beliau
pakar dalam bidang tumbuh-tumbuhan.
Tuan Robert meneruskan pengembaraannya ke puncak Gunung Tahan, walaupun
menghadapi cabaran hebat seperti hujan lebat yang turun hampir seminggu,
kesejukan, jalan yang licin dan berbahaya. Kematian Ali yang bertugas sebagai
penunjuk jalan(jurupandu) dan kematian Awang tidak mematahkan semangatnya.

9
Sikap tamak Tuan Robert terserlah apabila dia cuba berbagai-bagai tipu helah
untuk mendapatkan kulit harimau putih daripada perempuan tua.

Ratu bongsu
Ratu bongsu ialah seorang anak raja, keturunan raja Pahang, dan tinggal di puncak
Gunung Tahan. Baginda seorang pemuda yang kacak sehinggakan Mem william
jatuh cinta pandang pertama kepadanya. Baginda juga merupaka penghulu atau ketua
pemerintah penghuni rimba Gunung Tahan.
Ratu Bongsu memberikan layanan yang baik kepada tetamunya, iaitu Tuan
william dan menganggap Tuan William sebagai sahabat walaupun baru bertemu.
Selain itu, baginda sedia meminjamkan teropong terus, beringin bercakap dan burung
pesuruh jaya kepada Tuan William.

Perempuan Tua
Perempuan tua berketurunan raja, tetapi terpaksa berlari jauh ke dalam hutan kerana
diburu oleh inggeris. Beliau pernah bersuami dan mempunyai seorang anak lelaki.
Suaminya mati dibunuh inggeris manakala anaknya dihantar menuntut ilmu di puncak
Gunung Tahan. Beliau telah tinggal di dalam hutan berpuluh-puluh tahun bersama
masyarakat sakai yang telah menyelamatkannya.
Perempuan tua ini bertutut dengan lemah lembut dan mempunyai budi pekerti
yang tinggi. Sikap ini ditonjolkan ketika dia menyambut dan melayan Tuan Robert
sebagai tetamu masyarakat sakai.

Mem William
Mem William ialah isteri Tuan William. Dia seorang wanita yang cantik dan berasal
daripada kalangan orang berada.
Semasa ketiadaan suaminya, Mem William telah menjalin hubungan cinta dengan
seorang lelaki muda da rumahnya. Dia membohongi pemuda itu bahawa dia tidak
cukup belanja, padahal Tuan William telah peruntukkan belanja untuk kegunaan
belanja keluarganya selama dua tahun sepanjang peninggalnya.

10
Mem William becadang untuk menjayakan tugas suaminya merampas Gunung
Tahan dengan menggunakan tipu daya apabila mengetahi bahawa Ratu Bongsu ingin
menjadikan permasuri puncak Gunung Tahan.

Kusina
Orang bunia yang menjadi pengiring setia Ratu Bongsu. Dia juga boleh
menghilangkan dirinya. Kusina betanggungjawab membawa Tuan William ke puncak
Gunung Tahan dan dia jugalah yang mengunci Tuan William di dalam sebuah bilik
istana ketika kapal terbang inggeris mengebom istana tersebut.

Tok Batin
Tok Batin merupakan ketua kaum sakai. Dia seorang pemimpin yang dihormati
kewibawaannya. Tok Batin juga baik hati kerana memberi layanan yang baik kepada
orang asing seperti Tuan William dan telah menyelamatkan perempuan tua yang
ditinggalkan bersendirian di dalam hutan.

Perempuan Sakai
Seorang gadis sakai yang paling cantik antara yang lain. Tugasnya ialah menggoda
Tuan Robert. Dia berpewatakan lincah dan pantas bergerak sehingga Tuan Robert
gagal menangkapnya untuk dijadikan isteri.

Awang dan Ali


Kedua-duanya berbangsa melayu. Ali menjadi penuntuk jalan kepada Tuan Robert
dan Tuan william dalam hutan Gunung Tahan. Ali mati dipatuk ular berbisa. Awang
pula pembawa makanan kepada kedua-dua orang putih tersebut. Awang mati kerana
kesejukan dan sakit perut

11
PLOT

Permulaan
Pada peringkat awal novel, pengarang menceritakan serba sedikit keadaan geografi
dan sejarah negeri Pahang. Kisah perjuangan orang melayu menentang penjajah
Inggeris dan asal usul Putera Gunung Tahan diceritakan serba sedikit ringkas, tetapi
mempunyai perkaitan yang rapat dengan isi kandung novel.

Perkembangan
Pengembaraan dua orang pegawai Inggeris, iaitu Tuan Robert dan Tuan William
mencari puncak Gunung Tahan untuk dijadikan peranginan orang Inggeris. Mereka
sanggup melalui berbagai-bagai cabaran untuk mendapatkan upah sebanyak lima ribu
pound jika berjaya.
Tuan Robert dan Tuan William terpisah kerana Tuan Robert telah diculik oleh
orang Sakai, manakala Tuan William meneruskan pengembaraannya seorang diri.

Konflik
 Tuan Robert diculik oleh masyarakat sakai. Beliau telah dilantik sebagai ketua
mereka bergelar ‘Datuk Batin Putih’, tetapi beliau tidak rela menerimanya.
 Tuan Robert sering berbeza pendapat dengan perempuan tua tentang agama,
adat, dan budaya orang melayu.
 Tuan Robert dikenakan ubat minyak pengasih (cenuai) orang sakai oleh
perempuan tua.
 Tuan William pula berpura-pura bersetuju dengan syarat yang diberi oleh
Kusina dengan niat untuk menipu Kusina.
 Tuan William sering berselisih pendapat dengan Ratu Bongsu tentang ketuaan
raja-raja melayu dan masalah sosial orang-orang melayu.
 Tuan William menipu Ratu Bongsu dengan cara mengutus surat untuk
meminta tentera Inggeris menyerang Istana Ratu Bongsu.
 Tuan William ternampak isterinya yang sedang berlaku curang semasa
ketiadaannya.

12
Klimaks
 Tuan Robert yang tergila-gilakan perempuan sakai sanggup memanjat pokok
yang licin untuk mendapatkannya dalam upacara perkahwinan orang sakai.
 Dua buah kapal terbang pengebom tentera Inggeris tiba di puncak Gunung Tahan
 Menyedari muslihat Tuan William, Ratu Bongsu mengarahkan Tuan William
masuk kedalam istana yang akan dibom oleh kapal terbang tentera Inggeris.
 Tuan William dikunci di dalam istana tersebut oleh Kusina.
 Ratu Bongsu meminang Mem William yang mempunyai niat untuk membalas
dendam.

Peleraian
 Tuan Robert tergelincir dari pokok semasa mengejar perempuan sakai lalu mati.
 Tuan William terkunci di dalam istana dan mati apabila istana tersebut dibom.
 Mem William menerima lamaran Ratu Bongsu sebaik sahaja terpandang
ketampanan wajah Ratu Bongsu.

13
LATAR

Latar Tempat
Di kawasan Gunung Tahan, sama ada di kaki bukit, pertengahan dan di puncak gunung.
Juga berlaku di Gua Batu. Peristiwa juga berlaku di perkampungan orang sakai. Juga
berlaku di sekitar istana Ratu Bongsu.

Latar Masa
Sebelum berlaku banjir besar pada tahun 1926. Peristiwa berlaku sebelum kemerdekaan
Tanah Melayu. Peristiwa juga berlaku pada waktu siang dan malam.

Latar Masyarakat
Masyarakat terdiri daripada masyarakat orang asli, orang Melayu dan penjajah. Juga
terdapat masyarakat bunian yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

GAYA BAHASA

Sinis
Gaya bahasa ini digunakan untuk menyindir orang Inggeris. Contohnya, dialog antara
perempuan tua dengan Tuan Robert. “orang-orang hutan itu lebih mulia daripada orang-
orang bandar yang dikatakan berkemajuan.(hal 26)

Paradoks
Contoh-contoh paradoks dalam novel ini ialah:
a) “kemuncak ini boleh dikatakan menjadi tiang tau pasak pun(hal.3). Maksud:
kedudukan Gunung Tahan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia menjadi
tulang belakang yang penting bagi struktur muka bumi semenanjung Malaysia.
b) “Gunung Tahan seolah-olah menjadi penjaga setia kepada bumi semenanjung
yang makmur ini.(hal.3). Maksud: puncak Gunung Tahan yang paling tinggi di
Tanah Semenanjung seolah-olah dapat melihat dan mengawasi serta melindungi
Semenanjung Malaysia.
c) “mati hidup balik tempat ini tidak boleh jatuh kepada tangan-tangan yang
ganas”(hal.58)

14
NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai
I. Cinta kepada tanah air
II. Hormat menghormati
III. Berbudi bahasa
IV. Sayang akan alam
V. Taat kepada ajaran agama
VI. Berwaspada atau berhati-hati

Pengajaran
1. Kita hendaklah insaf tugas sebagai warganegara untuk mempertahankan tanah
air daripada dijajah.

2. Kita hendaklah berani mempertahankan negara daripada dijajah


3. Kita hendaklah mempertahankan kesucian agama

4. Kita hendaklah mematuhi adat istiadat masyarakat setempat.


5. Kita hendaklah mendengar nasihat orang tua / orang yang lebih
berpengalaman.
6. Kita hendaklah mempunyai rasa simpati dan belas kasihan sesama insane
7. Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu tindakan.
8. Kita janganlah tamak akan harta kekayaan hingga mendatangkan keburukan
kepada diri sendiri
9. Kita jangan mudah terpengaruh dengan budaya hidup orang barat yang
negatif.
10. Kita janganlah belot dan mengkhianati tanah air tercinta.

15

You might also like