You are on page 1of 2

Tulis sebuah karangan yang bertajuk Faedah Menonton Televisyen.

Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang begitu meluas


penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita kini. Hampir setiap rumah
pasti memiliki satu atau mungkin dua televisyen. Jadi, keadaan ini
membuktikan bahawa ada banyak faedah menonton televisyen kepada
masyarakat.
Faedah yang pertama ialah seseorang itu dapat mengetahui peristiwa-peristiwa
penting yang berlaku di seluruh dunia dengan mudah dan cepat. Kita boleh
menonton siaran berita yang memaparkan kejadian-kejadian penting yang
berlaku di luar negara. Jelaslah, televisyen menjadikan seseorang itu lebih
mengetahui peristiwa semasa yang sedang berlaku di dalam dan di luar negara.
Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan sebagai alat pendidikan yang
berguna. Sudah ada banyak program berunsur pendidikan yang disiarkan
menerusi televisyen bersama-sama program dokumentari dan sains yang boleh
memberi informasi kepada pelajar tentang sesuatu ilmu pengetahuan itu.
Maka, pelajar bolehmempelajari tentang pelajarannya menerusi program
televisyen juga.
Malah, menonton televisyen menjadikan masa lapang seseorang itu dihabiskan
dengan begitu berfaedah. Seseorang itu tidak akan terbabit dalam gejala tidak
sihat kerana mereka tidak perlu keluar dari rumah untuk menonton televisyen.
Oleh itu, tindakan menonton televisyen memastikan seseorang itu
menghabiskan masanya dengan bermanfaat.
Kesimpulannya, menonton televisyen merupakan satu tindakan yang
berfaedah kepada manusia itu. Kebanyakan siaran televisyen berupaya untuk
menjana pemikiran seseorang menjadi lebih kritis dan kreatif. Cuma kita perlu
mengawalnya agar sikap menonton ini tidak keterlaluan atau terlalu lama
untuk satu tempoh tertentu pula.

Televisyen merupakan sejenis media elektronik yang memainkan peranan penting dalam
kehidupan kita. Dewasa ini, hampir setiap rumah mempunyai sebuah televisyen.
Menonton televisyen boleh memberi banyak kebaikan kepada kita. Melalui televisyen,
para penonton boleh mendapat maklumat tentang ramalan cuaca. Dengan itu, kita boleh
membuat persediaan awal bagi menghadapi bencana-bencana yang diramalkan akan berlaku.
Selain itu, rancangan berita yang disiarkan melalui televisyen membolehkan kita
mengetahui hal ehwal semasa yang berlaku di dalam mahupun di luar negara. Kita akan
memjadi lebih peka terhadap perkembangan semasa.
Dalam pada itu, para murid boleh menambahkan pengetahuan melalui rancangan
berunsurkan pendidikan yang disiarkan melalui televisyen. Murid-murid tidak akan berasa
bosan dengan hanya membaca buku sahaja.

Di samping itu, kita boleh mengisi masa lapang kita dengan menonton televisyen di
rumah. Di samping melapangkan fikiran, kita boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kita
juga dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat
seperti merokok dan melepak.
Televisyen sememangnya berguna dan penting kepada kita. Kita hendaklah pandai
memilih rancangan televisyen yang sesuai dan memanfaatkan kita.

You might also like