You are on page 1of 10

MERANCANG AKTIVITI MEMBACA

I.

Membaca Bersama
A.

Pengenalan
Membaca bersama melibatkan guru dan murid membaca dan ulang membaca
buku yang mempunyai teks bersaiz besar. Guru dan murid duduk bersama
mengadap buku besar. Guru tunjuk tulisan dan membaca. Murid boleh ikut
membaca bersama.

B.

Tujuan
Membaca bersama ialah satu langkah untuk membantu murid melihat bagaimana
membaca. Murid membaca mengikut contoh guru.

C.

Hasil
Membaca bersama membentuk sikap positif kerana ;
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

D.

Seronok
Membantu murid memahami buku
Mengenalkan murid kepada pelbagai jenis bahan
Memberi peluang kepada guru memberi contoh bacaan yang baik
Melibatkan murid secara aktif
Meransang imaginasi murid dan mencetus idea baru
Menyediakan contoh teks yang baik untuk digunakan oleh murid
Membolehkan guru meransang murid untuk bercakap
Menggalakkan murid berinteraksi dengan teks dan visual
Murid seronok membaca di dalam suasana yang tidak tertekan

Sebelum Membaca
1.

Guru tentukan
- apa yang hendak dibaca?
- mengapa buku itu dipilih untuk dibaca?

2.

Pilih dua atau tiga buku besar supaya kanak-kanak biasa melihatnya

3.

Tentukan objektif sesi. Fokusnya mungkin isi kandungan atau strategi


membaca.
- satu cerita
- satu topik
- satu tema
- pengarang
- bahasa - puisi, sastera, maklumat
- strategi membaca

4.

Tentukan sebanyak mana hendak dibaca. Satu perenggan, satu bab,


keseluruhan teks

5.

Galakkan murid
- lihat
- bercakap
- berkongsi
- meramal

E.

F.

6.

Letakkan buku di atas kayu pemidang supaya boleh dilihat

7.

Sekiranya murid belum pernah membaca teks, tunjukkan kulit buku dan
bincang judul serta ilustrasi

8.

Minta murid mereka perkara yang akan dibaca

9.

Sediakan perkataan atau pengetahuan asas untuk membantu murid


memahami teks.

10.

Beritahu murid tujuan membaca.


Hari ini kita membaca ;
- supaya kita dapat cari perkataan berirama
- kerana cerita ini cerita jenaka
- untuk mengetahui mengenai katak bagi projek kita

Semasa Membaca
1.

Baca teks sebaik mungkin dengan tidak berhenti bersoal jawab. Baca
mengikut nada dan intonasi membaca yang betul. Baca sehingga habis.

2.

Ulang baca. Galakkan murid


- membaca bersama

Selepas Membaca
1.

Dapatkan buku yang sama, saiz biasa supaya murid dapat membaca
semula
- membaca sendiri

2.

Berbincang dengan rakan

3.

Menulis

4.

Bentuk peta cerita

5.

Buat rumusan / laporan

6.

Tulis surat

7.

Mendengar kaset teks yang telah dibaca

8.

Choral reading

9.

Drama, teater pembaca

- inovasi teks
- kerja projek

Murid digalakkan menjalankan sesi membaca bersama sendiri


G.

Bahan
1.

Buku besar untuk membaca bersama

2.

Buku saiz biasa untuk membaca sendiri

3.

Fiksyen
- jalan cerita yang jelas

- ilustrasi yang menarik dan dapat membantu teks


- bahasa berirama, berulang
- cerita tiada penamat (circle stories)
4.

H.

Bukan fiksyen
- format yang jelas untuk membantu penulisan
- terdapat tajuk, subtajuk, muka surat, isi kandungan, indeks, bibliografi
- rajah, graf, gambar foto, ilustrasi yang membantu teks

Maklumat Kepada Ibu Bapa


Ibu bapa perlu diberitahu mengenai aktiviti membaca bersama. Ada baiknya ibu
bapa tahu bagaimana aktiviti ini dijalankan dan mengapa dijalankan. Ibu bapa
boleh diperkenalkan dengan aktiviti, dengan cara menjemput ibu bapa melihat
sesi ini dijalankan di kelas. Guru boleh berbincang mengenai apa yang dipelajari
oleh murid-murid dan proses yang dijalankan untuk murid-murid membaca.

I.

Membuat Buku Besar Untuk Bilik Darjah


1.

Buku besar akan digemari oleh pelajar


Ianya mempunyai banyak aktiviti yang berbeza bagi panduan membentuk
buku ini. Aktiviti ini memerlukan pelajar berbincang, menulis, bercerita
mengikut urutan yang betul dan mempersembahkan dalam teks yang asal.
Aktiviti ini juga memerlukan pengetahuan am untuk menyampaikan teks baru
yang lebih kreatif.

2.

Pengalaman Bahasa
Pelajar diberi peluang untuk melengkapi pembentukan buku besar dengan
perkara yang mereka gemari semasa pembacaan bebas. Teks yang
dibina boleh disokong dengan gambar atau lukisan. Bentuk teks yang
dihasilkan boleh ditulis dalam bentuk rencana, contoh ;
- menceritakan dengan panjang lebar mengenai sesuatu temasya
- peraturan untuk membuat resepi, percubaan sains atau menyelesaikan
Masalah matematik
- laporan mengenai haiwan atau pembelajaran mengenai serangga

3.

Bahan
-

4.

kertas untuk melakar tulisan


kertas besar yang kosong (saiz 40 cm x 30 cm)
pensil warna atau pen
gambarajah (jika diperlukan)

Langkah-langkah
-

Guru dan kanak-kanak berbincang penggunaan bahasa, menentukan


bagaimana untuk ditulis / dirakam dan penyambungan
pembinaan teks

Ulang dan sunting bersama. Guru menulis teks di atas kertas besar dan
kanan-kanak melukis gambarajah atau menambah lakaran di
mana-mana yang patut

J.

Mempamerkan muka surat itu, dalam urutan seperti carta atau lukisan
supaya ia boleh digunakan bersama dalam pembacaan sehingga
kanak-kanak menjadi biasa dengan teks itu
Untuk membuat buku, kumpulkan muka surat ikut turutan dan tambah
kulit hadapan untuk ditulis nama pengarang, muka surat bersama
isi kandungan dan apa sahaja yang berkaitan

Baca semula buku secara berulang-ulang (kerap kali) dan tinggalkan


kepada kanak-kanak untuk dibaca

Buat banyak salinan dalam saiz buku untuk perpustakaan kelas

Penerangan Teks
1.

Selepas kanak-kanak membaca teks bukan fiksyen dan catat dalam bahasa
yang berbeza mengikut struktur dan penerbitan yang digunakan dan
panduan membentuk buku besar dengan format yang sama

2.

Bahan
- kertas untuk lakaran tulisan
- kertas kosong yang besar
- pensil atau pen warna
- gambarajah

3.

Langkah-langkah
- Baca semua teks dengan menggunakan contoh
- Bincang dan lukis jadual / carta mengikut kebiasaan yang dapat
diperhatikan oleh kanak-kanak seperti isi kandungan muka surat,
index,
bibliography dll
- Semak muka surat isi kandungan dan gunakan garis panduan untuk
membina buku besar dalam topik yang hampir sama seperti
Apa labah-labah kelihatan
Dimana labah-labah tinggal
-

Kanak-kanak membuat penyelidikan untuk mendapatkan penerangan di


setiap perkara
Guru dan kanak-kanak bersama membentuk teks dari penyelidikan
mereka. Ulang dan semak
Pindahkan penerangan dalam kertas besar dengan menggunakan saiz
yang dicadangkan. Kanak-kanak boleh melakar teks yang
sepadan
Pamerkan mengikut siri dalam carta dinding. Baca berulang kali dan
bercakap mengenai bahasa yang digunakan dalam penerangan
teks
Kumpulkan muka surat dan bina buku besar bersama. Bincangkan
tempat, bentuk dan fungsi untuk disiarkan dalam berbagai
kumpulan

II.

Membaca Kepada Kanak-kanak


A.

Pengenalan
Membaca kepada murid merupakan aktiviti yang sangat bernilai dan sepatutnya
menjadi program harian.Murid daripada semua peingkat umur akan dapat faedah
mendengar buku dibacakan didalam suasana yang kondusif. Guru bolehmemilih
buku yang dirasakan murid akan suka .Tujuan membaca ialah berkongsi teks
untuk hiburan dan juga bagi tujuan pembelajaraan yang tertentu.

B.

Tujuan
Membaca kuat memberi peluang guru menentukan kecintaan kepada buku dan
membawa murid menghayat bentuk bahasa narrative, puisi atau
maklumat.

C.

Hasil
Membaca kepada murid akan membantu murid membentuk sikap positif melalui;
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

D.

Merangsang untuk membaca


Merangsang imaginasi dan mencetus idea baru
Membaca adalah satu keseronokan
Contoh pembacaan yang baik
Mengenal perkataan baru
Mengenalkan pelbagai bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen
Buku dan pengarang baru

Sebelum membaca
Beritahu murid mengapa bahan dipilih.

E.

Semasa membaca
1.
2.

F.

G.

Jadikannya seronok
Baca sehingga hahis

Selepas membaca
1.

Galakkan murid
- Bercakap
- Berfikir
- Berkongsi maklumat
- Membanding

2.

Beri masa untuk membincang teks.

3.

Lihat semula teks.

4.

Beri teks kepada setiap murid supaya mereka dapat membaca sendiri.

Bahan

H.

1.

Buat kajian untuk menentukan tabiat membaca dan bahan yang digemari
murid- murid.

2.

Perkenalkan murid kepada pelbawgai bahan bacaan


- Puisi
- Cerpen
- Cerita rakyat
- Fiksyen sejarah/ sains
- Artikel surat khabar/ majalah

Maklumat Ibu Bapa


Ibu bapa digalakkan membaca kepada anak-anak. Sediakan pelbagai bahan
bacaaan. Aktiviti membaca dirumah melibatkan seluruh keluarga (tiada
televisyen).Anak-anak mengikut contoh orang disekelilingnya. Ibu bapa
perlu memberi contoh yang baik.

III

Membaca Berpandu
A.

Pengenalan
Membaca berpandu ialah aktiviti membaca yang membolehkan guru memehati
kumpulan kecil (tidak lebih daripada 10 orang). Kumpulan ini membaca
buku yang ditentukan oleh guru. Guru memberi soalan,perkara
perbincangan dan panduan.

B.

Tujuan
1.
2.
3.

C.

Membentuk keyakinan memdapatkan maklumat dari buku.


Memudahkan perbincangan yang dapat membentuk kefahaman.
Menggunakan bahan untuk kemahiaran membaca yang tertentu.

Hasil
Guru dapat,
1.
2.
3.
4.
5.

D.

Sebelum membaca
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

8.
E.

Melihat strategi yang digunakan oleh murid


Membantu murid membaca dengan tujuan
Membantu murid membuat renungan
Merangsang murid untuk membaca
Melihat reaksi murid kepada teks

Guru tentukan
- Apa yang hendak dibaca
- Mengapa dibaca
Tentukan kumpulan untuk tujuan yang ditetapkan
Tentukan objektif pembacaaan
Pilih bahan bacaan yang sesuai
Bincangkan tujuan membaca.Beri bahan kepada setiap ahli kumpulan
Bincangkan kulit buku dan judul
Galakkan murid
- Lihat
- Bercakap
- Berkongsi
- Meramal
Sediakan pengetahuan asas yang dapat membantu murid memahami teks.

Semasa membaca
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Baca teks bersama/ sendiri mengikut objektif pembacaan


Beri soalan dan murid membaca senyap untuk mencari jawapan. Murid yang
dapat menjawab dahulu diminta membuat soalan seterusnya.
Bincangkan teks melalui jawapan yang diberi
Bincangkan bagaimana untuk memahami teks
Bincangkan perasaan murid mengenai teks
Baca semula teks

F.

Selepas membaca
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

G.

Buat renungan
Bincang teks berpasangan
Buat peta cerita,peta minda
Cerita semula teks
Kerja projek
Choral reading
Drama
Dengar kaset mengenai teks

Bahan
Buku yang digunakan dipilih mengikut kebolehan murid membaca dan minat
mereka. Buku yang dipilih boleh memberi cabaran tetapi tidak terlalu
sukar.Teks perlukan buku yang sebenar.

H.

Maklumat Ibu Bapa


Ibu

bapa perlu di beri penerangan mengenai aktiviti membaca


berpandu.Sekiranya tidak dapat memjempu ibu bapa kesekolah,brosyer
boleh disediakan untuk pengetahuan ibubapa.

IV.

Membaca Sendiri
A.

Pengenalan
Kanak-kanak belajar membaca dengan melihat orang lain membaca.Tujuan
utama program mmbaca ialah untuk menghasilkan pembaca yang boleh
membaca sendiri.Semua kanak-kanak dari awal lagi perlu diberi peluang
membaca sendiri.

B.

Tujuan
Kanak-kanak boleh
1.
2.
3.

C.

Berlatih dan membentuk keyakinan membaca.


Mencuba,menilai cara mereka membaca dan belajar daripada kesalahan.
Fokus kepada perkara yang meraka perlu latihan.

Hasil
Memastikan kanak-kanak
1.
2.
3.
4.

D.

Sebelum menentukan
1.

Murid menentukan
- apa yang hendak dibaca
- mengapa membaca

2.

Peranan guru
- menyediakan masa untuk membaca (USSR)
- memastikan banyak bahan bacaan
- beri masa untuk murid memilih buku
Galakkan murid
- melihat
- berfikir
- meramal
- menentukan bagaimana membaca

3.

E.

Semasa membaca
1.
2.
3.

F.

Ada masa untuk memilih buku.


Ada peluang untuk membaca semula buku yang mereka suka semasa
membaca bersama
Boleh memilih jenis buku dan pengarang yang mereka minati
Boleh belajar memilih teks mengikut kebolehan mereka.

Baca teks.
Murid perlu melihat guru juga membaca.
Semua orang membaca.

Selepas Membaca

1.
2.

G.

Buat renungan dan membuat catatan/ rekod dengan menghasilkan peta


minda. Aktiviti ini memerlukan murid melihat semula teks.
Berkongsi maklumat.

Bahan
Bahan untuk membaca sendiri boleh dipinjam daripada pusat sumber sekolah.
Guru memilih buku yang sesuai, beranika jenis dan mengikut tahap
kebolehan murid membaca.

H.

Maklumat ibu bapa


Ibu bapa perlu memahami nilai sesi membaca sendiri dijalankan oleh semua ahli
keluarga.
1.
2.
3.
4.

Beri masa anak membaca sendiri tanpa diganggu.


Beri pujian dan galakan dan luangkan masa untuk berbincang mengenai
Buku yang dibaca
Beri buku sebagai hadiah.
Galakkan anak-anak;
- Baca buku pengarang yang diminati.
- Pergi ke pepustakaan selalu.
- Baca sebelum tidur.
- Bertanya mengenai buku yang mereka baca.

You might also like